Cerita 1 Syawal 1432 Hijrah

August 30, 2011



Assalamualaikum w.b.t

Pagi yang hening.
Pagi 1 Syawal yang baru.
Pagi yang membawa sebuah harapan.

Memang 1 Syawal yang paling berbeza. Seusai solat Aidilfitri berlaku sebuah peristiwa yang tidak pernah berlaku seumur hidup aku. Juga seumur hidup keluarga aku. Dan semuanya berlaku pagi tadi. Detik-detik yang akan senantiasa dikenang dalam layar memori.

Menziarahi pusara ayahanda tercinta.

Pusara datuk dan nenek jauh. Memang tidak pernah ziarah. Malah tidak pernah melihat datuk dan nenek pun. Keempat-empat tak pernah lihat dari kecil. Makanya, ini yang pertama menziarah pusara orang terdekat pada 1 Syawal. Seperti yang dijangka emosi dan perasaan memang tidak lagi mampu diseka. Bercucuran juga airmata segenap isi keluarga. Al-fatihah buat arwah ayah, Ab. Halim Bin Md. Diah. Moga ayah terus tenang di sana.

Perjalanan hari raya aku seperti biasa saja. Kawan-kawan terdekat saja yang bertandang ke rumah. 

Alhamdulillah.

Di kesempatan ini aku ambil kesempatan juga untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca blog ini. Minta maaf segalanya. Mungkin ada saja yang tidak menggemari tulisan aku di sini. Mengguris hati yang membaca. Aku pohon kemaafan itu. 

Adakah Syawal ini yang terakhir bagi kita? ALLAH jua Maha Mengetahui.


Wassalam.

Hami Asraff:

"Kemaafan mampu memberi ketenangan yang tidak mampu digambarkan. Itulah indahnya memberi kemaafan kepada sesiapa sahaja."



You Might Also Like

29 Comments

  1. Assalamualaikum..
    Takziah untuk anda sekeluarga..
    Moga ayahanda kamu tergolong dalam golongan yang beriman. amin.

    Selamat Hari Raya.
    :)

    ReplyDelete
  2. spek baru ae hami??

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..

    Selamat Hari Raya Aidilfitri Hami..

    Kisahnya hampir sama..
    Ya..itulah rutin kami sekeluarga sejak 3 thn lalu..melawat pusara ibunda tercinta.Abahlah penguat semangat kami semua dan dari renungan matanya saya tau abah memang amat2 merindui arwah mak.

    Al-Fatihah buat ayah Hami...

    #pssst...merahnya baju...silau mata..

    ReplyDelete
  4. Salam..

    sama mcm sy, mase tahun ptma raya tanpa abah.. rasa lain sgt T__T

    skrg dah tahun ke-4.. Alhamdulillah semua smkin baik... :)

    Doakan ayah, tgok2kan mak.. Slmt Hari Raya!

    -Kacak-

    ReplyDelete
  5. semoga syawal taun nie mebawa sejuta kegembiraan dengn amalan yang telah dilakukan sepanjang Ramadhan..insyaAllah akan berjumpa lagi Ramadhan tahun hadapan...

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya bro
    semoga roh ayahanda tercinta bersama orang2 yang beriman dan beramal soleh

    ReplyDelete
  7. @faiezah hamzah:

    Waalaikumussalam. Selamat Hari Raya jugak. Al-fatihah buat arwah ibu kamu.

    ReplyDelete
  8. selamat hari raya aidilfitri hami asraff..

    bertabah la..menyambut hari raya tnpa insan tersayang buat pertama kali memang perit dan sedih sangat..saya pernah mengalaminya 12 tahun yg lalu..

    ReplyDelete
  9. salam aidilfitri. :)

    Semoga arwah ayah awak ditempatkan di kalangan orang beriman.amin

    ReplyDelete
  10. selamat hari raya aidilfitri encik hami :)

    ReplyDelete
  11. @En iLham:

    Terima kasih. Selamat hari raya jugak.

    ReplyDelete
  12. @♥CIK SHA♥:

    InsyaAllah ketabahan itu yang perlu diraih. Selamat Hari Raya jugak.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum...
    semoga anda dpt tempuh hidup dgn tabah dan sabar ya...pasti ada sinar pelangi selepas ALLAH turunkan hujan..selamat hari raya =)

    ReplyDelete
  14. salam aidilfiti, abg hami asraff...
    (:

    ReplyDelete
  15. salam aidilfitri. mtk maaf, boleh tlg kecilkan ckt gmbar yg berbaju merah tu? sy kurg selesa nk baca entri anda.

    ReplyDelete
  16. Salam Aidilfitri..Barakallahu fiika..=)

    ReplyDelete
  17. salam aidilfitri tuk hami sekeluarga..
    al-fatihah tuk arwah ayah hami..

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe