Minta Maaf Atas Keterlanjuranku Berkata Sebegitu Dahulu

April 30, 2010

Assalamualaikum w.b.t
Suasana hiruk pikuk kota, pekik tawa bergema, manusia sedang bercanda. Ya itulah yang dirasa di saat entri ini ditaip. Di saat entri ini ditaipku di sebuah pasaraya terkemuka. Ah tipu sahaja terkemuka. Tapi yang pastinya terletak nun jauh di utara. Bagaimana boleh aku menaip tika berada di pasaraya? Hemm, biarlah jadi tanda tanya. (aku suka sebegitu)
Perkara ini sudah lama terperam. Sudah lama tertangguh. Sudah lama terbiar. Mungkin hari ini segalanya akan diceritakan di sini. Biarlah. Aku dah penat. Dah sarat menanggung segalan tekanan. Aku dah capek. (capek is penat)
Banyak-banyak tempat, suasana hingar bingar ini juga yang dirasakan masa yang sesuai untuk meluah segala. Ya suasana ini seolah-olah mendesak aku. Desakan yang kuat untuk melancarkan penaipan. Aku terbejat. Jiwa terdampar.
Justeru permonolongan dalaman segera berlaku.
Ah, perlukah aku mengkhabari segalanya di sini? Adakah aku akan berpuas hati setelah aku coretkan di sini? Bagaimana sekiranya sebaliknya yang berlaku? Aku sanggup menanggung risiko? Sanggup atau tidak belakang cerita. Yang penting biarlah semua orang tahu. Biarlah satu dunia tahu. Biarlah segala pekikan hati yang tiada siapa mendengar ini terlepas di sini.
Jadi, aku perlu ambil risiko. (berfikir sedalam-dalamnya)
Baiklah. Aku akan cuba bercerita. Akan cuba sedaya upaya. Walaupun masih teragak-agak. Aku bulatkan tekad. Aku sematkan fikiran dan pasakkan keazaman. Sebelum segalanya hilang dari lintasan minda, aku perlukan segera.
*sigh* (mengeluh berat)
Begini. Aku tidak akan berselindung lagi. Benda ini berlaku 2 bulan yang lalu. Tetapi hanya 1 bulan sahaja dapat bertahan. Entah. Aku terpilu.
1 bulan yang begitu mengujakan. Begitu membuahkan rasa. Sangat menggembirakan. Sangat menggembirakan sehingga aku sanggup meninggalkan CM. CM yang begitu setia di sisi saban hari.
Itulah yang terjadi setelah ku dapat CL. Aku telah ‘bersama’ CM hampir 12 tahun. Ya 12 tahun bukanlah 1 tempoh yang singkat. 12 tahun CM membantu aku sehingga aku ke menara gading walaupun tiada gading sebenarnya di sini. Ah tiada masa nak buat lawak.
Aku dengan rakusnya sanggup meninggalkan CM hanya kerana CL. Hanya 1 bulan bersama CL tapi aku telah meninggalkan CM. Bukankah itu dinamakan kejam? Ya, aku sedar aku bersikap kejam. Tapi segalanya berlaku diluar kawalan. Aku tak mampu menahan.
Segala bentuk alasan memang sukar diterima sekarang ini.
Aku faham. Aku mengerti. Aku juga sedari. Itu yang sering terjadi. Aku faham dengan situasi. Aku mengerti dengan sekeliling. Aku juga sedari dengan mata hati. Adakah aku belum terlambat untuk segalanya?
Diam tanpa kata nista.
Sekarang aku perlukan CM. Minta maaf CM atas keterlanjuranku berkata sebegitu dahulu. Apa yang aku telah katakan?
“Aku dah tak perlukan CM. Aku dah ada CL. CL lebih memberikan kepuasan. Ya! Selamat tinggal CM”
Itu sahaja. Hilang kata-kata.

********

Err, kenyangnya. *tetiba*
Eh apa khabar readers semua? Sudah makan? Sudah minum? Amacam hari ini?
(cuba tidak mahu hubungkait dengan cerita di atas)
Wey wey, apa ni cerita tak habis.
Cerita apakah? (masih cuba berselindung)
Siapa CM dan siapa pulak CL? Cepat bagitau! Kami tak suka hang cerita tak habih ni.
CM? CL? Apa hampa semua merepek ni? Cari Makan? Cari Lubang? (masih dan masih bersembunyi di sebalik kebenaran)
PANGGG!!!! (sebilah penampar kepunyaan Mak Cik Senah hinggap di pipiku)
Err, baiklah baiklah!(sambil berjalan terhoyong-hayang) CM dan CL ialah ……
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---


CM = Cermin Mata & CL = Contact Lense


Okey, puas hati korang?
Aku rasa aku perlu chow dahulu sebelum penampar Mak Bedah pulak singgah di muka gebuku ini. Okey, cancincalok!
Wassalam ~
Post Script 1 : Sebenarnya entri ini ialah kesinambungan daripada entri Aku Nekad. Nak tahu? Klik di sini --> [link]
Post Script 2 : Kepada sesiapa yang masih berminat nak exchange link dengan blog tak seberapa ini, bolehlah berbuat sedemikian di sini --> [link]


Share/Bookmark

You Might Also Like

50 Comments

  1. haha. entry yang penuh suspen oh? terbaek. (:

    ReplyDelete
  2. dah teruja baca..ropa2nya... hahah.. skrg dh xpakai ke CM??

    ReplyDelete
  3. haish.
    ade gak yg kene lukku neh.
    aiseh.
    ngeh ngeh ngeh
    ^^

    ReplyDelete
  4. haha..sy pkai dua2..CM n CL..so..saling dgunakn..tiada mkne "selamat tggal" antara kami..:p hahhahak

    ReplyDelete
  5. dah agak ade sesuatu dah..
    yg entri dulu mengenai ni pun peernah terkena..

    xpernah2 buat ayat skema n memilukan ni..haha...

    Saya tak terkena!!!wuhu...

    ReplyDelete
  6. Ingatkan apa tadi..contact lense rupanya...hehe..

    ReplyDelete
  7. buahaha,bikin saspen jee..

    ade mase singgah la ke blog saye yee

    http://muhdfarith.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  8. salam...ngehehe....good entry...bgus... :p

    ReplyDelete
  9. igtkan cte psl motor.

    oke, nmpk sgt wa x tahu menahu psl motor.

    grrrr

    ReplyDelete
  10. haha , ingat kan central market :P

    ReplyDelete
  11. hahahaha...entry yg penuh sopan santun...haha

    ReplyDelete
  12. i like it!!
    ilang la tnsen gue kejap...heh3....
    lwk r awk ni......mla2 mmg dh bleh agk yg awk nk knakn org,tp sj xnk bc bwh trus...sj follow slow2...so suspen ckit....wlupn dh dpt agk,tp ttp nk t'gelak...hak999999999.....best2!!!toshey2 cbb bt sy appy ckit lpas kna bt k'ja b'tmbun2 n mmeningkn kpla akibt b'tntang mata ngn pc t'lalu lm...hu3....daaaaaaaaa...... ;p

    ReplyDelete
  13. Masyaallah. Mati-mati ingat pasal awek. Adoiyai, heh.

    HAHAHAHAHAHA

    ReplyDelete
  14. salam..saya suka belog ini..saya suka entries kat sini..tapi, saya nk meluahkan pendapat seorang blogger terhadap en hami..beliau kt,en hami menipu sbb iklan dapat wang tuh en hami tukar dengan ads maybank...maka,ramai yg tertipu termasuk dia...ok,sekian.....

    ReplyDelete
  15. di jemput singgah ke blog saye,ade sesuatu untuk kamu :D


    http://muhdfarith.blogspot.com

    ReplyDelete
  16. kdg2 ku masih pakai CM. waktu malam lebih kepada ia. haha :)

    takkan nk pakai CL kan? bahaya knnnn.

    ReplyDelete
  17. pakai CL kaler itam...nanti mata nampak bulat n shining...hehehe

    ReplyDelete
  18. hahahaa..
    tergelak bila habis membaca.
    suspens je..
    CM & CL..):)
    bikin hati bergula..:)

    ReplyDelete
  19. walaweiiiii punya lah xcited bce.. bikin deberan sungguh.. hahahhahahha.. pape pon CM fhm kot & pasti CM diperlukan lg agaknye ye...
    kikikikikikiki

    ReplyDelete
  20. pakai CM lg best kot dr CL..malas pon ade..huhu..ku penah pilih CL pastu kembali ke CM..sayang nk tinggalkn.=)

    ReplyDelete
  21. pewittt lu bagi gua saspen tak abes2...hahaha ayat bagai nak rak..dush tendangan maut dari gua

    ReplyDelete
  22. ini ke student shah alam tu.
    hai..........

    ReplyDelete
  23. hahahahha ...
    actually aku fobia bila baca entry lu munge2 kat mula2. mmg fishy. aku still ingat story gigi sakit tu. hahahhaha


    >>___<<

    ReplyDelete
  24. salam..

    ya Allah..memang suspen sgt la entri nie..=)
    egt ke pasal apa la tadi..
    tapi best..
    selamat berkarya..

    ReplyDelete
  25. contact lens??teringn nk pkai tp mber2 x syorkn sgt..huhuhuhu..lgpon sy ni gelojoh ckit.xreti jga brg..hihi

    ReplyDelete
  26. hakhakhakkkkkkkkk..ntah ape2 je..bikin suspen..sayangilah CM..walaupun dia dh bermadu dgn CL..bertindak seadil2nya

    ReplyDelete
  27. haha..leh lak cmtue. sian CM..=D

    ReplyDelete
  28. salam ziarah,nice blog,sila surf blog saya lak d http://elaksamana.blogspot.com n jdilah follower utk kite same2 share info2 islamik mnarik, wslm

    ReplyDelete
  29. saya juga pemakai CM..hohohoho

    ReplyDelete
  30. alo bro! exchanged link nk? best gak blog ko ni... nnt jwb kat chatbox aku...

    ReplyDelete
  31. hahaha,..ingat apa la tadi....aik...mak senah nama mak kita....kenal ke?? hahah

    ReplyDelete
  32. Sorry for late replying ur question about fb LIKE button..

    So, here is the answer.. hope it will help you..

    http://biarblogyangberbicara.blogspot.com/2010/05/button-like-facebook.html

    ReplyDelete
  33. entry yg best. CM and CL dua2 tak best. ;)

    ReplyDelete
  34. aish..buat gempak je. Kaknam nak join gosip. ghupenye mata tambahan..chit.bikin suspen je. tapi lagi senang dgn cm dari cl. cl leceh..manje..

    ReplyDelete
  35. Ingatkan Cik Maimon dengan Cik Leha! huhuhuhu!

    ReplyDelete
  36. i pon suke CM gak..dulu dengan CL kejap jek..i tinggalkan..i setia ngan CM skang ni..hahhah sengal =p

    ReplyDelete
  37. wah..msti bertmbh ensem..hikhikhik..
    ade awrd utk kamu di belog sy..
    salam kenal:)

    ReplyDelete
  38. salam sinGGah...




    adusss kena lG....huhuhu...suspeN jer....lallalalala

    ReplyDelete
  39. haha...ingat kan apa tadi,yaty pun dulu meninggalkan CM kerana CL tapi now da stick to the CM....hehehe

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe