Jangan Sesekali Merendahkan Orang Lain Dengan Niat Jahat

April 20, 2010


Assalamualaikum w.b.t

Ya sayalah Hami Asraff yang dimaksudkan. Dan blog ini masih blog beliau. Sila jangan tukar channel lagi. Cuba dan terus mencuba memberitahu audiens bahawasanya diri ini sangat busy sehingga terpaksa mengabaikan blog ini. Ya terpaksa. Kerna perlu melunaskan tanggungjawab yang diamanahkan sebagai seorang pelajar.

"Ala, paper tu senang je beb"

Kata-kata seorang sahabat. Oh memanglah jikalau kita sudah pun mengambil paper berkenaan, maka terasa senanglah. Aku pun akan berkata sedemikian juga kot. Hemm, maybe modified sikit la.

"Paper tu? Boleh la. Lulus ngam ngam je"

Ini dinamakan sindrom sudah habis paper yang susah.

Aku sangat busy dan kalut dengan projek. Alhamdulillah sudah selesai presentation siang tadi. Walaupun sebenarnya masih perlu dibaiki. Oh tidak mengapa. Tinggalkan ia sejenak di situ.

Eh, bukan ini sebenarnya yang ingin dikongsi. Ah, biasalah aku. Mukadimah tidak mahu mengalah. Ada saja ingin ditokok tambah. Supaya ia lebih menyerlah dan indah. Okey cukup bermadah.

5 hari lepas kalau tak silap aku, kalau aku silap pun tiada masalah rasanya. Aku buka emel. Seorang sang sahabat mengepost emel dari jauh. Ya agak jauh. Dari bumi Penang. Lebih 300km jaraknya.

Emel yang diutusi merupakan sebuah artikel. Sebuah artikel yang membuat aku insaf. Insaf yang membuat aku berfikir. Berfikir yang membuatkan aku rasa ketakutan. Ketakutan supaya dijauhi oleh segala bentuk kejahatan.

Wah wah kedengaran agak serius di situ. Tapi ini serius! Walaupun kedengaran ala-ala Wonder Pets, tetapi sangat menginsafkan aku dan para pembaca barangkali.

Mana mana artikel tuh? Haih tak sabaq nampak. Nah! Baca kat bawah ni dulu.



Kelik untuk tumbesaran gambar rajah

Sudah bacakah anda? Eh, mestilah sudah kan? Amacam insaf tak? Apa? Tak insaf pun. Aduyai ~ Tak kena tune gamaknya aku hantar ni.

Maybe some of you dah pernah terbaca kot artikel ni. Kalau yang dah pernah terbaca pun, bacalah sekali lagi. Tak rugi pun.

Kekadang kita tidak sedar. Kita tidak sedar kita telah melakukan sesuatu diluar jangkauan. Yang memungkinkan mendapat dosa daripadanya. Lidah senjata paling 'merbahaya' jikalau tidak digunakan pada tempat yang betul.

Kekadang juga kita begitu seronok dan teruja mengkeji dengan harapan sang dikeji terasa disakiti. Walhal, ianya akan memakan diri sendiri suatu hari nanti. Ya kisah di atas adalah kisah benar. Keratan akhbar.

Maka, ambillah kisah benar ini untuk dijadikan panduan dan ikhtibar. Marilah sama-sama meminta maaf sekiranya kita ada merendahkan orang lain. Tak kira sesiapa sahaja. Eh eh toksah dok tunggu Hari Raya untuk nak minta maaf. Do it right now!

Itu sahaja aku rasa. Maka, aku minta maaf la ye kot-kot ada reader yang marah dengan penulisan aku ni. Mana nak tau kan? Aku juga hanya manusia biasa seperti kamu jua. Yang acapkali melakukan kekhilafan.

"Lebih baik berdiam diri daripada berkata perkara-perkara yang sia-sia"

Wassalam ~

Post Script : Final Exam ku start 25 hari bulan ni. Please pray for me.

Share/Bookmark


You Might Also Like

45 Comments

  1. sgt insaf... takutnya... Allah bayar cash kt dunia... sama2 kita amik ikhtibar...

    Good luck for the exams... All the best... May Allah bless you...

    ReplyDelete
  2. dah baca ni before..
    tapi 1st time baca mmg terduduk kejap..fikir2 balik ada ke tak pernah buat macamtu..
    skrg ni kawan2 pun dah balik..
    mudah2an takda yg simpan dalam hati..

    ReplyDelete
  3. thanks for sharing. kuasa Allah kan?

    ReplyDelete
  4. 1st time baca..hhuuhuhu
    renung2kan dan slmt beramal :)

    ReplyDelete
  5. salam. semoga dapat jwb dgn cemerlang.

    ReplyDelete
  6. kuasa Allah..

    insaf aku baca artikel ni..kerana mulut, badan binasa..

    huhuhu

    ReplyDelete
  7. dah baca..

    mmg xelok aibkan org walau niat nak bergurau..

    setuju dgn kata-kata" lebih baik berdiam diri dari berkata sia-sia.."

    ReplyDelete
  8. insaf sgt bile baca kisah natrah tuu...

    Allah Maha Berkuasa n Maha Adil..

    ReplyDelete
  9. entry yang menginsafkan...tp dok fikir jugak kenapa la si nat tu tergamak memalukan kawan sampai mcm tu sekali...

    ReplyDelete
  10. entry yang menginsafkan...tp dok fikir jugak kenapa la si nat tu tergamak memalukan kawan sampai mcm tu sekali...

    ReplyDelete
  11. salam...
    kadang2 diam adalah yg terbaik
    untuk kita
    untuk semua..











    menumpang diam sebentar disini
    =(

    ReplyDelete
  12. salam ziarah...sesunggunya Allah maha berkuasa...

    ReplyDelete
  13. salam ziarah...sungguh menginsafkan..

    ReplyDelete
  14. salam....

    terima kasih untuk peringatan ini. kadang2 kita perlu disedarkan dalam leka, terutama saya sendiri yang bercakap non stop ni. takut2 ada hati yang terluka......

    all da best for final exam jugak.....

    ReplyDelete
  15. salam,
    em.. entri ni mmg menginsafkan..
    kalaulah kita sedar sesungghnya kata2 itu lebih tajam dari mata pedang, pasti kita menjaga tutur bicara dgn baik..insyaAllah xterhiris dan terlukalah hati org2 d sekeliling kita..

    apa yg ditanggung Natrah insyaAllah adalah untuk menyucikan dosanya.. sungguh Allah telah menghukum dosanya d dunia, semoga di akhirat kelak beban ini telah terhapus..
    wallahualam~

    ReplyDelete
  16. salam,
    entry tu dah keluar gak dalam blog aye dulu...walau apa pun ulangan siaran tak per.... mungkin dah lama dan ada yang dah terlupa... buleh ingat balik.... hmmm kat mana Ina sekarang ni yer?

    http://yangbaik.blogspot.com/2010/01/mengena-terkena-mengapa-harus-terjadi.html

    ReplyDelete
  17. sedihnya....hmph.. kdang2 kita tak fikir, apa yang kita lakukan masa skrg akan memberi kesan pd masa akan datang.

    thanks bro!

    ReplyDelete
  18. Thanks Abg Hami tuk peringatan tuh..Insap jap..hehhe..^^

    ReplyDelete
  19. aku ada baca artikel tu...mmg sedih... sian pulak kat dia ek...

    ReplyDelete
  20. terdiam dan terfikir . dalam tak sedar, pernah buat ke tak ?

    ReplyDelete
  21. dasatnya..
    kisah benar..
    tak sangka..
    semoga jadi teladan..

    gudluck for your final examination
    (hiikkss... tetibe perasan jadi omputeh pulak)

    ReplyDelete
  22. salam....kalau merendahkan org lain dgn niat baik boleh ke...??:)


    ziarah kembali...
    :)

    ReplyDelete
  23. dah lama kan paper ni? pernah bace dulu...
    tu la setiap yg kite lakukan mesti Allah kasi ganjaran, sama ada baik atau buruk bergantung pd ape yg tlh kite laku kan dulu...

    insaf :(

    ReplyDelete
  24. bagus artikel ni.menginsafkan :)
    btw,goodluck exam!

    ReplyDelete
  25. Salam..

    sentap jugak la baca artikel tu.smapai mcm tu skali pulak nk jatuhkan org..padahal kwn tu tak bt salah ape pun..tak paham sungguh..

    bt pe la nk bt jht kat org..suka agaknya jatuhkan maruah org lain..hish hish hish..

    papepun, gudluck ngan exam ek awak..

    ReplyDelete
  26. oh~ Pisyek juge ingin meminta maaf kepada kalian~

    smuga berjaya dlm peperiksaan..

    :D

    ReplyDelete
  27. citer di atas adalah peringatan pada kita semua...takut gak kalau ada tersalah cakap pada member2...sedar dan tak sedar...kerana mulut, badan binasa...mintak maaf gak pada semua...mintak dijauhkan perkara-perkara yang tak baik...amin...

    ReplyDelete
  28. gudluckbro..mg dpermudahkan segalanya;)

    ReplyDelete
  29. huhu..
    bahaya nye akibat mulut and our own act~
    thx for sharing :)
    gud luck exam :D

    ReplyDelete
  30. bagusnya cerita ini hami..fia terdiam n terpk ade ke fia buat pkara2 yg mengaibkan org nih?huhuhu mintak maaf sume kalo fia secara xsengaja telah mengaibkan sape2 huhuhu =)

    nak publish entri nih boleh kat blog fia?tp fia link kan pd blog kamu ek? fia malas nk copy atau taip pjg2 hehehe =)

    all da best utk final exam..gambatte o kudasai =)

    ReplyDelete
  31. yup da penah bc kisah nie. mmg sedih dan mengisafkan.

    n then gud luck yep =))

    ReplyDelete
  32. hmm... terasa gak ni..
    mungkin saya ada sakitkn hati org..
    siyes kena mintak ampun byk2..

    ReplyDelete
  33. lmnyaaaaaa xjguk2.....he3...
    emmmm.....yg pling baek,sblm tdor,kte niat utk maafkn suma org n jgn smpn dlm ati kata2 mmbr kte....suma 2 urusan Yang MAHA ESA....jdi sorg yg pemaaf & ska mnta maaf...2 kn slh 1 drpd akhlah Rasullullah....
    Peace no war!! (~_~)

    ReplyDelete
  34. Like ur blog, many advices. Followed u, follow me pls!

    ReplyDelete
  35. salam ziarah dari akak..betul..diam memang baik..

    ReplyDelete
  36. salam..
    lamanya xsinggah n komen kat blog incek hami.eheh

    mmg menginsafkan artikel tu..terkedu sy..1st tyme bce..huhu..tmbh2 lg sbb berlaku di uitm..huhuhu..sedih nye..tp xkisahla d uitm ke mana2 saje mmg perkara mcm ni berlaku..iaitu...hasad dengki.huhu

    Sama2lah kt berdoa smuga diri kt dijauhkan dpd sifat hasad dengki yg akhirnya memakan diri jua...sy nak share satu do'a ni yg mmg sesuailah dgn topik entri ni..n pd musim2 exam..

    Doa dijauhkan hasad dengki:
    "Wahai Tuhan kami, ampunkan dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yg mendahului kami dalam iman dan jangan Engkau jadikan dlm hati kami perasaan dengki dan dendam kpd org2 yg beriman. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengasih dan belas rahmat-Mu."

    Ameen...

    ReplyDelete
  37. Salam.

    Sangat insaf Aku baca artikel tu.
    Mintak2 insaf Aku ni bertahan lama la...

    Amin.

    ReplyDelete
  38. sungguh menginsafkan.
    Maka:
    hari ini sebelum kita mengatakan yang tidak baik,fikirkanlah tentang seseorang yg tidk dpt berkata-kata sama sekali.

    sesungguhnya segala pancaindera kita adalah amanah...jagailah sebaik mungkin..

    ReplyDelete
  39. masa zaman universiti memang suka bergossip. jumpa kawan baru, semua benda orang yang tak disukai dikeji sama-sama. alhamdulillah sekarang dah kurang. thanks for sharing this. semoga kita semua dijauhkan dari perkara sebegitu.

    ReplyDelete
  40. knapala sanggup pg mngintip org tu bt kerja apan rekod plak tu...kalau bt keje x elok..lainla...aihh..tu org ckp..xde keje pg cri keje...tengok...Allah bagi cash kat dunia. peringatan untuk diri sendiri jugak.wallahualam.

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe