Minta Maaf Atas Keterlanjuranku Berkata Sebegitu Dahulu
April 30, 2010Assalamualaikum w.b.t
Suasana hiruk pikuk kota, pekik tawa bergema, manusia sedang bercanda. Ya itulah yang dirasa di saat entri ini ditaip. Di saat entri ini ditaipku di sebuah pasaraya terkemuka. Ah tipu sahaja terkemuka. Tapi yang pastinya terletak nun jauh di utara. Bagaimana boleh aku menaip tika berada di pasaraya? Hemm, biarlah jadi tanda tanya. (aku suka sebegitu)
Perkara ini sudah lama terperam. Sudah lama tertangguh. Sudah lama terbiar. Mungkin hari ini segalanya akan diceritakan di sini. Biarlah. Aku dah penat. Dah sarat menanggung segalan tekanan. Aku dah capek. (capek is penat)
Banyak-banyak tempat, suasana hingar bingar ini juga yang dirasakan masa yang sesuai untuk meluah segala. Ya suasana ini seolah-olah mendesak aku. Desakan yang kuat untuk melancarkan penaipan. Aku terbejat. Jiwa terdampar.
Justeru permonolongan dalaman segera berlaku.
Ah, perlukah aku mengkhabari segalanya di sini? Adakah aku akan berpuas hati setelah aku coretkan di sini? Bagaimana sekiranya sebaliknya yang berlaku? Aku sanggup menanggung risiko? Sanggup atau tidak belakang cerita. Yang penting biarlah semua orang tahu. Biarlah satu dunia tahu. Biarlah segala pekikan hati yang tiada siapa mendengar ini terlepas di sini.
Jadi, aku perlu ambil risiko. (berfikir sedalam-dalamnya)
Baiklah. Aku akan cuba bercerita. Akan cuba sedaya upaya. Walaupun masih teragak-agak. Aku bulatkan tekad. Aku sematkan fikiran dan pasakkan keazaman. Sebelum segalanya hilang dari lintasan minda, aku perlukan segera.
*sigh* (mengeluh berat)
Begini. Aku tidak akan berselindung lagi. Benda ini berlaku 2 bulan yang lalu. Tetapi hanya 1 bulan sahaja dapat bertahan. Entah. Aku terpilu.
1 bulan yang begitu mengujakan. Begitu membuahkan rasa. Sangat menggembirakan. Sangat menggembirakan sehingga aku sanggup meninggalkan CM. CM yang begitu setia di sisi saban hari.
Itulah yang terjadi setelah ku dapat CL. Aku telah ‘bersama’ CM hampir 12 tahun. Ya 12 tahun bukanlah 1 tempoh yang singkat. 12 tahun CM membantu aku sehingga aku ke menara gading walaupun tiada gading sebenarnya di sini. Ah tiada masa nak buat lawak.
Aku dengan rakusnya sanggup meninggalkan CM hanya kerana CL. Hanya 1 bulan bersama CL tapi aku telah meninggalkan CM. Bukankah itu dinamakan kejam? Ya, aku sedar aku bersikap kejam. Tapi segalanya berlaku diluar kawalan. Aku tak mampu menahan.
Segala bentuk alasan memang sukar diterima sekarang ini.
Aku faham. Aku mengerti. Aku juga sedari. Itu yang sering terjadi. Aku faham dengan situasi. Aku mengerti dengan sekeliling. Aku juga sedari dengan mata hati. Adakah aku belum terlambat untuk segalanya?
Diam tanpa kata nista.
Sekarang aku perlukan CM. Minta maaf CM atas keterlanjuranku berkata sebegitu dahulu. Apa yang aku telah katakan?
“Aku dah tak perlukan CM. Aku dah ada CL. CL lebih memberikan kepuasan. Ya! Selamat tinggal CM”
Itu sahaja. Hilang kata-kata.
********
Err, kenyangnya. *tetiba*
Eh apa khabar readers semua? Sudah makan? Sudah minum? Amacam hari ini?
(cuba tidak mahu hubungkait dengan cerita di atas)
Wey wey, apa ni cerita tak habis.
Cerita apakah? (masih cuba berselindung)
Siapa CM dan siapa pulak CL? Cepat bagitau! Kami tak suka hang cerita tak habih ni.
CM? CL? Apa hampa semua merepek ni? Cari Makan? Cari Lubang? (masih dan masih bersembunyi di sebalik kebenaran)
PANGGG!!!! (sebilah penampar kepunyaan Mak Cik Senah hinggap di pipiku)
Err, baiklah baiklah!(sambil berjalan terhoyong-hayang) CM dan CL ialah ……
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
CM = Cermin Mata & CL = Contact Lense
Okey, puas hati korang?
Aku rasa aku perlu chow dahulu sebelum penampar Mak Bedah pulak singgah di muka gebuku ini. Okey, cancincalok!
Wassalam ~
Post Script 1 : Sebenarnya entri ini ialah kesinambungan daripada entri Aku Nekad. Nak tahu? Klik di sini --> [link]
Post Script 2 : Kepada sesiapa yang masih berminat nak exchange link dengan blog tak seberapa ini, bolehlah berbuat sedemikian di sini --> [link]
50 Comments
haha. entry yang penuh suspen oh? terbaek. (:
ReplyDeletedah teruja baca..ropa2nya... hahah.. skrg dh xpakai ke CM??
ReplyDeletecepat upload gambar kamu bersama CL
ReplyDeletehaish.
ReplyDeleteade gak yg kene lukku neh.
aiseh.
ngeh ngeh ngeh
^^
ingat apalah CL n CM tuh.
ReplyDeletehaih..
haha..sy pkai dua2..CM n CL..so..saling dgunakn..tiada mkne "selamat tggal" antara kami..:p hahhahak
ReplyDeletedah agak ade sesuatu dah..
ReplyDeleteyg entri dulu mengenai ni pun peernah terkena..
xpernah2 buat ayat skema n memilukan ni..haha...
Saya tak terkena!!!wuhu...
Ingatkan apa tadi..contact lense rupanya...hehe..
ReplyDeletebuahaha,bikin saspen jee..
ReplyDeleteade mase singgah la ke blog saye yee
http://muhdfarith.blogspot.com :)
salam...ngehehe....good entry...bgus... :p
ReplyDeleteigtkan cte psl motor.
ReplyDeleteoke, nmpk sgt wa x tahu menahu psl motor.
grrrr
haha , ingat kan central market :P
ReplyDeletehahahaha...entry yg penuh sopan santun...haha
ReplyDeleteaduyai...bro...ish2...=-=
ReplyDeletei like it!!
ReplyDeleteilang la tnsen gue kejap...heh3....
lwk r awk ni......mla2 mmg dh bleh agk yg awk nk knakn org,tp sj xnk bc bwh trus...sj follow slow2...so suspen ckit....wlupn dh dpt agk,tp ttp nk t'gelak...hak999999999.....best2!!!toshey2 cbb bt sy appy ckit lpas kna bt k'ja b'tmbun2 n mmeningkn kpla akibt b'tntang mata ngn pc t'lalu lm...hu3....daaaaaaaaa...... ;p
hahahaha.. okay, funny :P
ReplyDeleteMasyaallah. Mati-mati ingat pasal awek. Adoiyai, heh.
ReplyDeleteHAHAHAHAHAHA
salam..saya suka belog ini..saya suka entries kat sini..tapi, saya nk meluahkan pendapat seorang blogger terhadap en hami..beliau kt,en hami menipu sbb iklan dapat wang tuh en hami tukar dengan ads maybank...maka,ramai yg tertipu termasuk dia...ok,sekian.....
ReplyDeletedi jemput singgah ke blog saye,ade sesuatu untuk kamu :D
ReplyDeletehttp://muhdfarith.blogspot.com
saspen yg amat.
ReplyDeletehee~
kdg2 ku masih pakai CM. waktu malam lebih kepada ia. haha :)
ReplyDeletetakkan nk pakai CL kan? bahaya knnnn.
pakai CL kaler itam...nanti mata nampak bulat n shining...hehehe
ReplyDeletehahahaa..
ReplyDeletetergelak bila habis membaca.
suspens je..
CM & CL..):)
bikin hati bergula..:)
Hoho..suspenn! :P
ReplyDeleteperrghhh..tertipu!
ReplyDeletewalaweiiiii punya lah xcited bce.. bikin deberan sungguh.. hahahhahahha.. pape pon CM fhm kot & pasti CM diperlukan lg agaknye ye...
ReplyDeletekikikikikikiki
hahaha~
ReplyDeletekamu ni bang~
^^
pakai CM lg best kot dr CL..malas pon ade..huhu..ku penah pilih CL pastu kembali ke CM..sayang nk tinggalkn.=)
ReplyDeletepkai CM la bro br evergreen..haha
ReplyDeletepewittt lu bagi gua saspen tak abes2...hahaha ayat bagai nak rak..dush tendangan maut dari gua
ReplyDeleteini ke student shah alam tu.
ReplyDeletehai..........
hahahahha ...
ReplyDeleteactually aku fobia bila baca entry lu munge2 kat mula2. mmg fishy. aku still ingat story gigi sakit tu. hahahhaha
>>___<<
salam..
ReplyDeleteya Allah..memang suspen sgt la entri nie..=)
egt ke pasal apa la tadi..
tapi best..
selamat berkarya..
contact lens??teringn nk pkai tp mber2 x syorkn sgt..huhuhuhu..lgpon sy ni gelojoh ckit.xreti jga brg..hihi
ReplyDeletegood blog.. ok.. itu jew..
ReplyDeletehakhakhakkkkkkkkk..ntah ape2 je..bikin suspen..sayangilah CM..walaupun dia dh bermadu dgn CL..bertindak seadil2nya
ReplyDeletehaha..leh lak cmtue. sian CM..=D
ReplyDeletemesti mkin smart.
ReplyDeletesalam ziarah,nice blog,sila surf blog saya lak d http://elaksamana.blogspot.com n jdilah follower utk kite same2 share info2 islamik mnarik, wslm
ReplyDeletesaya juga pemakai CM..hohohoho
ReplyDeletealo bro! exchanged link nk? best gak blog ko ni... nnt jwb kat chatbox aku...
ReplyDeletehahaha,..ingat apa la tadi....aik...mak senah nama mak kita....kenal ke?? hahah
ReplyDeleteSorry for late replying ur question about fb LIKE button..
ReplyDeleteSo, here is the answer.. hope it will help you..
http://biarblogyangberbicara.blogspot.com/2010/05/button-like-facebook.html
entry yg best. CM and CL dua2 tak best. ;)
ReplyDeleteaish..buat gempak je. Kaknam nak join gosip. ghupenye mata tambahan..chit.bikin suspen je. tapi lagi senang dgn cm dari cl. cl leceh..manje..
ReplyDeleteIngatkan Cik Maimon dengan Cik Leha! huhuhuhu!
ReplyDeletei pon suke CM gak..dulu dengan CL kejap jek..i tinggalkan..i setia ngan CM skang ni..hahhah sengal =p
ReplyDeletewah..msti bertmbh ensem..hikhikhik..
ReplyDeleteade awrd utk kamu di belog sy..
salam kenal:)
salam sinGGah...
ReplyDeleteadusss kena lG....huhuhu...suspeN jer....lallalalala
haha...ingat kan apa tadi,yaty pun dulu meninggalkan CM kerana CL tapi now da stick to the CM....hehehe
ReplyDeleteSetiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)