Aku Nekad!

January 20, 2010


Assalamualaikum w.b.t


Oh aku perlu menceritakan benda ni. Sangat perlu aku rasa. Dah sarat menanggung bebanan. Biarlah aku luahkan semua di sini. Biaq ampa semua tau! ( tudia keluaq dah loghat kedah dia ) Biar satu dunia tahu. Biarlah! Aku tak peduli lagi. Biar aku membuka 'pekung di dada' ( please jangan halang aku ejan! ) Err, ejan? Budak rumah aku la.

Okey begini. Dengar baik-baik ya kalian. ( Sengaja aku tulis dengar, lepas tu nak suruh korang perbetul, bukan dengar tapi baca ). Kisah ini telah berlaku 12 tahun yang lalu. 12 tahun yang lalu telah berlaku kisah ini. Dan kisah yang telah berlaku 12 tahun ini. Dah stop it!

Sebelum itu, hendak mengkhabari di sini cerita yang bakal aku ceritera cinta ini bukanlah seperti cerita 'Benda Ini' dan 'Sukarnya Membuat Pilihan'. Aku tahu ada yang 'teperdaya' dengan aku. Adakah? ( eh tak ada? *blushing* ). Ini cerita lain okey. Buktinya? Tu tajuk entri dah lain kan? Okey, fine!

Dengan ini aku akan start. ( sila baca dengan khusyuk ). Aku telah 'involve' dalam benda ni sejak 12 tahun lagi. 12 tahun beb! Dah darjah 6 pun kalau diukur umur dengan seorang budak. Rasa sekejap sahaja masa berlalu. Aku betul-betul tak sangka dah 12 tahun aku 'terjebak' dalam ni. Ohbulan! ( teringat lagu yuna )

Selama 12 tahun ini 'ia' terlalu sebati dengan diriku. Terlalu! Terlalu = sangat. Dan dengan tiba-tiba aku boleh berubah fikiran. Adakah aku terlalu kejam? Tidakkah aku hargai 'ia' selama 12 tahun ini? Ya, sekarang itulah perasaan aku. Bagi aku 'ia' dah tak bermakna dalam hidup aku.

( Waktu ni mungkin ramai yang dah suspen ) Aku cerita sedikit kenapa aku boleh ubah fikiran. Aku ni seorang observer. Pemerhati dalam bahasa Melayu. Aku tengok dah ramai orang buat 'benda ni'. Entahlah, memang aku tengok pun tertarik. Oh begitu kuat penangannya. Tapi bukan semua orang perlu 'benda ini'. Certain orang macam aku sahaja.

Dulu aku tak ambil port sangat. Entah kenapa semester ini keinginan aku mencuba membuak-buak. Oh tidak! Aku nekad. Biarlah apa orang nak kata. Aku akan buat juga. Aku tak peduli! Biarlah orang nak kata apa pun. Keputusanku muktamad. Tiada talian nyawa. Okey, entri tamat di sini.

( Aku rasa dah ada orang nak bagi penampar bongsu kat aku ni ). Eh rileks ar beb! Korang ni emosional la. Okey setelah tindakan nekadku itu, maka hari ahad yang lepas mengukir sejarah tersendiri dalam hidup aku. Aku ingat lagi hari tu. "Ejan, jom teman aku pi Bintang sat" ( Bintang is pasaraya. Harap maklum ). "Eh apa barang bintang, bulan la beb!". Eh dok buat lawak basi pulak mamat ni. Ingat aku nak gelak la tu. Pirahh! "Lani toksah dok cakap banyak, nak pi jom, tak mau sudah" kataku yang kunun marah. "Err, okey okey jom" kata memberku ketakutan. Haha ~ ( Habih la hang aku mengeksploitasi hang. Lalala ~ )

Tanpa berselingkuh ( pakai lagi ayat ni ), kakiku terus meluru laju ke kedai yang telah aku aim sebelum ni. Habis la lu tauke. Gua datang nak serang. "Tauke, wa nak beli 'barang' ni." Kataku dengan nada ganas. "Macam-macam ada kawan, yang mulah ada, yang mahal ada, yang cantik suma ada. Lu nak yang macam mana?" Balas the apek. "Wa nak itu balang yang baek ar tauke, tapi itu balang kasi yang mulah-mulah sudah la" Aku cuba berkomunikasi loghat apek itu. "Okey, wa kasi yang inilah". Gua bagi duit dan terus blah.

Di rumah sewaku. Sebelum tu, gelak dulu ya. Hahaha ~ Akhirnya aku dapat juga. Yes! Pagi tu aku bangun awal dari biasa. Oh sangat tidak sabar untuk menerai 'benda ini'. Jeng.. Jeng.. Jeng.. ( rehat kejap, penat la menaip )

Okey sambung. Ceh aku ingat sekejap sahaja 'upacara' ni. Rupa-rupanya ambil masa sampai 1/2 jam. Aduh ~ Masaku berlaku begitu sahaja. Tak mengapalah sekurang-kurangnya aku mencuba. Oh hari itu terasa lain sekali. The whole day aku rasa semacam je. Ye la first time kan?

Sehinggalah saat aku ingin 'menanggalkan'nya. Oh aku rasa time nak 'memasukkannya' lebih mudah. Aduyai ~ Lantas aku menalipon rakanku juga yang telah 'involve' dengan 'benda ini'. "Wey, macam mana ni wey? Dah la boh sampai 1/2 jam. Nak buang pun seksa gak. Ishh menyesai aku" Luahku pada memberku. Tahu member aku cakap apa? Dia bantai gelak kat aku. Hampes sungguh! Dia kata " Susah-susah sangat hang buang dulu bijik mata hang tu. Hahaha ~ " Katanya dengan penuh tragis.

Eh eh aku macam dah bagi klu tu. Korang dah dapat tangkap ke? Mesti korang fikir benda pelik-pelik tentang aku kan? Astaghfirullahalazim. Aku tak buat benda-benda tak elok la. Benda-benda tak senonoh tu. Okeylah kesian sangat korang dok berteka teki kan? Aku sertakan gambar kat bawah ni.



Eh what the nonsense?! Ini gambaq hang. Hang jangan nak pekena kami. Satgi ada yang makan penumbuk kot. Eh rileks dulu boleh tak? Ishh, cuba amati di mataku. Nampak? Bagus! Anda tak rabun macam aku.

Dengan ini secara eksklusifnya ingin memberitahu aku telah memakai CONTACT LENS atau bahasa Melayunya KANTA LEKAP atau KANTA SENTUH. Hahaha ~ ( gelak paling jahat )

Mesti korang menyesal gila-gila kan baca entri aku kali ni. Minta maaf ya. Aku memang bermaksud nak buat macam ni pun. Cacilah, makilah aku. Kalau itu membuatkan korang rasa berpuas hati. Mungkin dengan cara itu sahaja caranya nak 'balas dendam' padaku.

Okey, now aku dah dapat biasakan dengan 'mata baru' ni. Bagi aku best. View lebih menarik and more comfortable. Ya la pakai spek rasa macam ganggu walaupun dah 12 tahun aku pakai spek.

Sila kata aku jakun. Ya memang aku jakun. ( sumpah aku tak tau jakun tu maksud dia apa. Tau sebut ja. Adei ~ ). Tapi memang lawaklah nak pakai memang susah kalau first time. Rasa takut-takut. Nak kena sentuh mata hitam tu beb. Nak keluarkan pun macam tu juga. So aku dapat pengalaman yang berguna. Okey dipersilakan ramai-ramai gelakkan aku. Terima kasih.

Moral of the story : "PRACTICE MAKES PERFECT". Eh ada kena mengena ke? Entahla, layan sudah. Okey gua caw dulu. Kalau tak best cerita ni jangan marah ya. Kalau marah pun macam la aku boleh tolong meredakan kemarahan korang. Hoho ~ Dah dah. Wassalam ~

p/s --> Jangan jadi jakun macam gua. Terima kasih.
p/s --> 'ia' merujuk pada spek gua. 'benda ini' merujuk kepada kanta sentuh.

You Might Also Like

55 Comments

  1. halfway reading dah hagak dah, contact lens!! :P

    ReplyDelete
  2. hami, suspen gak memula tp xde lah negative thinking... halfway citer dh dpt agak... then tgk gambar dh dpt teka... hahahahahaha... i tried this b4... but then not suitable with me yg suka bgn lmbat nie... hehehehehe... first time pakai, dekat 1/2 jam gak nk msk... kui3... saya stop pakai bila mata merah and membengkak... (ni pun sbb salah i coz kul 10 mlm x tggl2 lgi)... dush... lps ni lg ramai la anak dara yg x tdo ml tgk hami... hahahahahahahaha...

    ReplyDelete
  3. zackque nye ayat "lps ni lg ramai la anak dara yg x tdo ml tgk hami" neh kan, SAYA BANTAH YANG ARIF!!

    Eceh :P

    P/s: org lelaki yg pakai lens should be more careful with kebersihan tangan..kuman2 kotoran tu yang paling byk menyebabkan mata jadi merah dan sebagainya..

    ReplyDelete
  4. betol3..saye suke tgk die pakai spek YG ARIF!!!

    =)) ikut suke hang la, mata hang.

    ingat pesanan penaja diatas (xtau nak nasihat coz xpenah pakai mende alah tuh)

    ReplyDelete
  5. amboi...loqlaq hg naa...ingatkan mende la tadi..huhu..leh wat cerpen saspen ni.haha

    ReplyDelete
  6. hoho..pkai contact lens..
    saya begitu gerun ingin memasukan sesuatu ke dalam sesuatu.(oopss!)
    memasukkan sesutu ke dalam mata..

    sebab tu sampai skrg bwa kete x penah rase pkai cermin mata matahari besar ..hikhik

    ReplyDelete
  7. eleh...dh agak dah..memang btullah ape yg sy jangka..hoho
    kontek lens?tidakkah merbahaya??rules dia bukan banyakke?sy lebih rela pakai spec walaupn agak merimaskan asalkn x merbahaye.huhu

    ReplyDelete
  8. dah agak dah..tp, sy xrela la pakai lens..cm seksa je..cermin mata pun jarang nk pakai..

    ~tp la ni, kena pakai gak speck..huhu
    ~jom mkn buah berry tuk mata cantik =)

    ReplyDelete
  9. salam..banyak makan carrot untuk cerahkan mata..InsyaAllah biiznillah..lps ni xyah pakai spek mata n contact lens dah..

    ReplyDelete
  10. mmg suka bt saspen naa..
    eyh.right now saya ada kt seksyen 7, s.alam..hehehe

    ReplyDelete
  11. WOISYYY.. TERBAEK PNY LA MI!! TAHNIAH N SYABAS!! PENULISAN ANDA KIAN BAGUS!! WEE~~

    ReplyDelete
  12. heh3...nth pape nth????;p
    tp klu pkai spek nmpk gnius ckit....ala2 prof gitu....hak555...daaa...

    ReplyDelete
  13. nape muka u mcm muka fahrin ahmad skit2 bila x pakai spek...ke saya ni rabun eh..hehe

    ReplyDelete
  14. haha..mampu gelak je..
    (baca separuh dah dapt tangkap..penghujung citer..eh btl la..

    but lagi suka tgk pkai spek..hehe
    tapi terpulang kepada tuan punya badan..kalo selesa terus kan..
    sbb pkai lens ni cam leceh ckit..

    ReplyDelete
  15. sama...dah pakai spec 12 tahun....tapi pakai lens, takutnye ...

    ReplyDelete
  16. hehe...suspen...
    tp halfway da bley agak dah apa dia...
    erm sy pown pkai lens stat umo 17..
    suka pakai lens coz xrimas..p skul pown rasa selesa ja...
    tapi bla kita nak cepat,haa mula la rasa leceh nak pakai..
    so,kalo msuk skul 7.30tu,kna prepair awl sket.
    bkan snang nak jaga kebersihan CLENS.
    clap2 kta akan rasa gatal2,pedih..
    klo jd camtu bek kamu tukar yg baru je...better pkai monthly pnya..

    ReplyDelete
  17. tapi kan,kamu nampak matang bla pkai spek..(ikhlas taw)hahaha...

    ReplyDelete
  18. same2 lah kite memakai contact lense.. hehe.. lebey selesa dan praktik ngn donia yg penoh pancaroba ney.. huhu.. =) btw, toddia.. kuaq kedah piaw noo.. haha..

    ReplyDelete
  19. enjoy the life....hak2...apa2 pon.....buat la apa yg kita suka....hak3

    ReplyDelete
  20. abg hami dok uat suspen plak noh..ishhh2..

    ReplyDelete
  21. salam.
    wat suspen jerp hami ni..isk3.
    tp lawak giler r entri ni.adess..
    bace punyer bace punyer bace...tibe2 tergelak giler..mmber pun heran..haha.
    adesss..lebih kurg r kite..bru start kai contact lens..agak best gak kan?heee..
    ape2pn..sweet jew xkai spek..hehe..
    ~nice~

    ReplyDelete
  22. xlarat gelak baca entri ni..hahaha

    sy penah gak pakai kontek lens..mmg best la mle2.. tp lm2 sbb ghenyah nk jaga n onkosnya pn leh thn gak nak menten..so,pakai mr. spek je la..hehehe

    ReplyDelete
  23. huhu...bikin gempaq lu bro!
    aku pon baru pakai lense...
    beli terpksa sebab masa tue spect patah n tak cukup duit nk beli....
    so, beli lense yg sebulan=rm16....
    mula2 tak selesa
    dan tersasul nk bukak spect....10 thn pkai spect, dah biasa kalo nk p mndi buka spect...tp bile pagang telinga, xda papa....
    tp now, x pkai sgt
    mata ni rasa kuyu je nk tdo bila pakai lense...huhu


    "rabun itu maksudnya, satu nikmat kita dah ditarik.....bersyukurlah pada mereka yg x rabun'....

    ReplyDelete
  24. siot tol ang letak nme aku dlm blog ang noOO...hahaha..xpa2....

    ReplyDelete
  25. tgk gmba dah dpt predict dah..hehhe...
    gud luck pegi kelas pki cntct lens yek.. kene bgun pg semate2 nak pki lens..hehe..tp lame2 biase nnt.. mcm sye =)

    ReplyDelete
  26. suspennya...saya suka pakai glasses tapi mata okey..bg saya nampak mature bila pakai glasses...

    ReplyDelete
  27. salam..

    erm..ana baca komen kt sini,majoriti cam x stuju je enta pakai cntc lens..huhu

    tp xpe..ana support enta 1000%..hehe

    berkenaan dgn nama,mivida tu just suka2 je..tuk blogging..
    nama diberi MohdFirdausSaad..hehe
    YM ade : nafsi_i3p (add la kalau sudi)
    tp tmpt ana bljr ni connection dia slow sgt2..nk bukak ym xboleh..server busy..YM guna email boleh la..

    ReplyDelete
  28. hahahha
    disebabkan xsabau, da scroll down awai2. kah2. saba je la eh ;p

    ReplyDelete
  29. ya ampunnn..
    penat baca entry nih..
    da berdebar sume...
    cettt

    nasib xpakai speck..
    xde susah2 nk pakai contact lense..
    alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  30. Assalamualaiakum....singgah jap mbaca cerita kamu nie...
    jakun is like darat...xpenah ke laut.pastu terloncat2..hi~hi contoh ja tuw...

    x ke bahaya guna contct lens? kalau untuk function2 okay kot kan..tapi most n most n most like chips more i love to see u in speky..

    o.kayla..take care =)

    ReplyDelete
  31. mmg buat org suspen je
    adehh
    rupe2nye contact lense
    :D
    teringin nk pkai gk
    cz kte pn rabun --"
    tp takut
    hee

    ReplyDelete
  32. pki cntact lens kaler ape??hehe..

    ReplyDelete
  33. Salam hami ashraff,

    ish..ish umi pulun baca ingat apa benda..ok la tu.."PRACTICE MAKES PERFECT"

    ReplyDelete
  34. hehhehehehe... ensem arr tuh... hehehhehe

    ReplyDelete
  35. DiyanAzwa --> eh yeke bleh gak? hihi ~
    zackque --> statement anda sangat tidak boleh blah okey.

    ~Ana Mujahid~ --> macam-macam la kamu ni N ( icon tersengih )

    imz jentayu --> haha ~ loqlaq lama tak sebut.

    sarah --> bawak keta pakai sun glass :-)

    khairiyah --> tak merbahaya kalau kena dengan caranya.

    Brilliant Marjan --> nak kena pegi cari buah berry ni :-)

    Anonymous 1 --> yup! karot sangat bagus untuk mata.

    sya ar, [asam]pedas, z@ck --> hehe ~
    SHAZ D MAFIA --> tq k.shaz :-)

    Penawar --> genius la sangat cik penawar oii!

    mizara --> termasuk kamu dah 3 orang cakap macam tu. huhu ~

    Fairuz Zulaila --> huih dah dapat tangkap noh. ishh kena buat lain ni. hehe ~

    nurasyikin.mokhtar a.k.a ieykin baik --> haha ~ ( balas gelakan anda )

    'AQILAH --> jangan try kalau tak yakin :-)

    Anonymous 2 --> memang kebersihan paling perlu dititikberatkan kalau pakai lens ni.

    Anonymous 3 --> yeke matang? yay!

    M[i]$Z[a]C[k] --> sempoi2! hidup kedah! ( tetiba )

    A person on Earth --> setuju dengan kamu!

    AkU --> haha ~ kamu pun turut terasa kesaspenannya? hehe ~

    ♥ Nasiha Sakinah ♥ --> terima kasih atas gelakan anda. saya hargai!

    momoko-chan87 --> yup memang agak renyah!

    ...antikapel... --> member2 yang tengok pun nampak pelik kan?

    Anonymous 4 --> akhirnya Ejan muncul jua! yay!

    cik ery --> thanks for the wish! :-)

    Raja Norimie Raja Sulaiman --> owh really? saya pun tengok keadaan juga.

    Dak Wan --> thanks for the tips! :-)

    Mi vida --> salam. hahaha ~ ada yang tak setuju erk. oh tak pa. insyaALLAH nanti saya add.

    noin --> tak saspen la buat macam tu. hehe ~

    farhana --> kesorian la ye.

    nurkasih --> waalaikumussalam. thanks ya nur kasih :-)

    Amirah Rashid --> pakai je. ahaks!

    NUNU EERA --> kaler merah. percaya tak?

    kawie2020 --> eh yeke! ( blushing lagi )

    ReplyDelete
  36. assalamualaikum.

    first time singgah bace kat sini n drop komen. panjang betol story ni ek. suspen pun ye gak. tp sj xmau trus scroll ke bwh. bc jela step by step. br besh. hehe. tp sampai kt gmbr, mmg leh agak dh~

    xtau nk komen ape. cume mase tgk pic tu, terlintas gakla dlm fikiran, "eh, cam iras2 fahrin ahmad la plak kalau tnpa spek, plus sengeh lebar tu" hehe. tp pk2, kot sy sorg je nmpk gitu. tgk2 de gak yg pikir gitu =D

    sy tgk adik sy pakai contact lens, cm serabut n kelam kabut je. hehe. ntahla. tgk masing2 la kan. depends on individual. so kalau rase lbh selesa ngan contact lens, xde slhnye pn, asalkan jgn sampai memudharatkan mata tu :)

    p/s: scr personal nye, prefer laki yg pakai spek, sbb nampak matang n genius. kalau yg x pakai tu nmpk cam de je yg x lengkap kat laki tu. hehe. (ni pndpt peribadi je, xde betol atau salahnye, jd hrp xde yg marah ataupun terasa)

    sekian. sori panjang mengarang kt sini. hehe. thanx sbb sudi singgah bace n drop komen di blog saye.

    ReplyDelete
  37. pakai dua-dua pun ada kelebihannya
    huahua =)

    ReplyDelete
  38. Honeyz --> waalaikumussalam. h terima kasih meluangkan masa anda membaca entri yang hampes ini dari gua. owh diru tersangatlah hargai. fahrin ahmad? saya la adik dia. ( uweakk ) sila muntah! kebetulan je kot. kalau kamu perasan baca la komen2 di atas. mereka sependapat dengan anda. memang pakai lense ni mengalami kelecehan yang agak tinggi. oh thanks for the personal opinion. i really appreciated.

    ReplyDelete
  39. hui, hang neh kan (tetiba je loghat utara) dah boleh jadik dua alam. alam pertama pakai spek, ala2 cikgu gitu, yg tinggi ilmunya (mmg tinggi pun ngalahkan aku), alam kedua adalah alam jambu, yang selayaknya menjadi model majalah mangga. ahhahahaha...

    ko cuba buat gilir2 ahh. ade masa ko pakai spek, ade masa ko pakai lens. time tu baru org nampak ko sebagai ada split personality gitu. hak hak!

    ReplyDelete
  40. cehhh...hampeh tol!
    wat suspen ja...
    nyway...mmg ensem la x pkai spek..tp lg ensem klu pkai..ehehe...
    first time aku comment kt blog ang nih..huhu

    ReplyDelete
  41. (-_-")
    tak nak cakap ape daa..
    semoga berbahagia dengan mata baru

    ReplyDelete
  42. sangat kelakar!!! apa pn, brbahagialah dgn 'khdpn' baru Hami..

    Hurmm....

    ~dya adriza~

    ReplyDelete
  43. err..even sy pn suka melalut pepanjang..tp xda la sepanjang ni..
    awk ni mesti bnyak cakap an3???
    mcm karangan..
    tajuk:kanta lekap
    arahan:karangan anda tida melebihi 1000 patah perkatan.
    jangan marah..gurau je..ngee~

    ReplyDelete
  44. Sori..baru follow blog anda.. dan bru baca entry ni..sbb tu baru nk komen.. *sila maafkan keterlambatan ini*.. hehe

    Komen: Tp awk nmpk lebih macho bila pakai spec~ :)

    ReplyDelete
  45. skl pandang cam Farid Kamil.Bila tengok lamer-2 ckit baru perasan tu Hami rupernyer....

    ReplyDelete
  46. aq tak baca habis aq tiba2 trus baca yang kau pakai kontek lens tu. hahaha jakun?? jakun tu puak orang asli.

    ReplyDelete
  47. hampeh .. =___="

    ReplyDelete
  48. salam hami..bantu saya macame nak dapat google friend connect..sampaikan ilmu dalam my fb : fariq ibnu ariffin

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe