Mamat Dan Rakan-Rakannya

January 11, 2010


AMARAN KERAS! : Entri ini mungkin agak panjang. Sekiranya akan mendatangkan kebosanan kepada anda, sila tinggalkan blog ini serta merta. Terima kasih.





( gambar hiasan )

Assalamualaikum w.b.t

First of all, thank you very much for the commenters at my previous post ( Mari Berfikir Sejenak ). Oh i really appreciated. In other word this post is continuing of the previous one.

Huih cakap orang puteh pulak dia. Oh sekali lagi diulang. Entri kali ini adalah kesinambungan daripada ' Mari Berfikir Sejenak ' the movie ( menambah ). Aku saja memospone untuk post supaya aku dapat komen-komen yang lebih bernas dari anda. Oh terima kasih tak terhingga diucapkan ya. Nanti aku bagi choki-choki setiap sorang. Adei ~ ( amboi melawak sikit pun tak boleh, tak rock & roll la kamu )

Okey, okey serius. Aku akan cuba menjawab kembali atas komentar-komentar kalian yang amat bernas itu. Dan sekali lagi dinyatakan di sini, semua yang bakal aku cerita di bawah ini adalah pendapat aku semata-mata. Daripada pemerhatian, pembacaan, pembelajaran dan dari sedikit ilmu yang dikurniakan ILLAHI. Kalau salah tumbuk aku dengan serta merta.

Oh paling tertarik dengan ayat komentar-komentar. " Biarlah, itu urusan mereka dengan ALLAH SWT. Jangan menilai amalan seseorang itu " Begitulah bunyinya. Ala modified sikit je.

Dengan ini untuk makluman kalian, aku tidak pernah menghakimi atau menilai amalan sesiapa pun. Jika seseorang itu melakukan kebaikan, aku tumpang gembira. Alhamdulillah. Semoga kebaikan yang dilakukan berpanjangan. Dan jika seseorang itu melakukan keburukan, berdoalah supaya ALLAH SWT memberi hidayah kepada hamba ALLAH tersebut. Lagipun kita bukannya sesiapa untuk menilai dan menjatuhkan hukuman pada seseorang itu. Bukanlah dengan kenyataan ini seolah-olah hendak angkat bakul sendiri. Kalau itu tanggapan anda, silalah ubah serta merta ya.

Mengenai " Biarlah, itu urusan mereka dengan ALLAH SWT ". Oh aku akan cuba memberi contoh di sini supaya penjelasan aku ini lebih jelas dan faham. Ini contoh cerita yang direka sendiri oleh aku. Cuba baca dan fahami.

Dalam sebuah kampung ada seorang pemuda yang bernama Mamat. Mamat selalu melakukan kejahatan. Si Mamat ni pula pandai betul berkata-kata. Pendek kata dia tahu semualah. Pada suatu hari Mamat melakukan zina. Dipendekkan cerita Leman ( member Mamat ) dapat tahu yang Mamat berzina. Leman cuba menegur Mamat. Tahu jawapan Mamat? " Biarlah ini urusan aku dengan ALLAH, kau siapa nak ajar aku? " jawapan kasar dari Mamat.

Pada hari lain pula, kegiatan bermain judi Mamat dapat dihidu oleh Kasim ( member Mamat yang lain pula ). Kasim ni pun baik macam Leman. Dia cuba nak menegur kegiatan tidak bertauliah itu. Oh jawapan yang diberikan sama juga. " Biarlah ini urusan aku dengan ALLAH, kau peduli apa? " ( ayat terakhir berbeza sedikit dengan Leman )

Selang beberapa hari selepas hari yang lain. Mamat minum arak. Oh ibu segala kejahatan tu. Budin ternampak Mamat minum arak. Oh Budin ialah member ke3 Mamat. Budin cuba mendekati Mamat. Belum apa-apa lagi Mamat dah sound, " Biarlah, ini urusan aku dengan ALLAH, kau jangan masuk campur " Err sebenarnya Budin nak pinjam duit. Adei ~ ( serkap jarang )

Tamat cerita rekaan sendiri. Soalan aku, siapakah member Mamat yang paling kacak? ( Aku tahu, semua hati pembaca dah bergelodak. Bergelodak? Pelik je bunyi. Adei ~ ). Oh tak apalah, KIV dulu jawapan anda semua ya.



( gambar hiasan )

So faham tak cerita di atas tu? Aku cuba huraikan. Niat murni seseorang akan terbantut sekiranya pertolongan yang cuba dihulurkan tidak seperti yang diharapkan. Orang yang berjaya ialah orang yang memberi jawapan dan penjelasan bukan mencari seribu satu alasan. Tidakkah anda sedar dengan mengeluarkan kenyataan " Biarlah, itu urusan saya dengan ALLAH SWT " adalah kenyataan ' lepas tangan '?

Sila jangan salah faham lagi. Ya kita kena yakin seyakinnya itu semua adalah urusan ALLAH SWT. DIA berhak untuk setiap penjuru muka bumi ini. Semua ini milikNYA. Sedangkan entri yang saya taip ini juga atas kehendakNYA. Subhanallah. Maha Suci ALLAH. Tidaklah DIA menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.

Artis apabila ditangkap khalwat ( contohnya ). Tak mention siapa-siapa okey. Apabila wartawan melodi menerjah. " Bagaimanakah Cik Y terkantoi malam itu? " No komen. Itu urusan saya dengan ALLAH SWT ". Ada lagi. " Kak X ni dah berumur 63 kan tahun ni? Bila ya agaknya Kak X akan memakai tudung? ". Jawab Kak X, " Eh Kak X muda lagi. Tak sampai seru lagi. Oh biarlah, itu urusan saya dengan ALLAH SWT ". Hoho ~

Terus-terusan memberi jawapan yang sama. Jawapan yang kononnya pelepas untuk segalanya. Okey mulai sekarang ni korang semua janganlah tegur ya kalau nampak terang-terangan kejahatan berlaku depan mata korang. Ala, buat donno je la. Lagipun korang dah tahu pun jawapan orang tu.

Sekarang faham tak apa yang aku cuba sampaikan? Kalau ini berterusan, memang bertambah tambahlah kejahilan. Yer la dah tak boleh tegur. Buang masa saja. Sedangkan dalam Islam sendiri menyeru sekiranya nampak kejahatan di depan mata tegur la dengan tangan ( perbuatan ). Sekiranya tak mampu tegurlah dengan lidah ( percakapan ). Dan sekiranya tak mampu juga lagi membencilah di dalam hati. Ianya selemah-lemah iman.

Terima kasih kepada Faizal Murad atas pandangan yang diberikan. Membuka mata ramai pihak yang tak sedar apa yang berlaku. Aku copy paste balik ya ayat beliau dalam komen aku.

assalamualaikum,

ini adalah jawapan daripada wakil media...

aku bekerja dalam bidang ni hampir setahun di salah sebuah tv tempatan dan aku melihat serta nampak suatu benda yang orang lain tak nampak, pergaulan bebas, tinggal solat (perkara biasa dah tu) dan yang paling teruk TAK PUASA DAN MAKAN DEPAN PEKERJA LAIN.

aku tak tau samada ni adalah budaya di mana2 tv pon, tapi, inilah realiti masyarakat hari ni. depan tv bukan main nmpk elok lagi cover2, tujuan konon2 nak mendidik masyarakat, tapi diri sendiri tak terdidik.

satu persoalan yang timbul adalah adakah bidang ini menjurus kepada masalah ini?

Tidak juga. sebab tak semua org mcm tu. biasalah, kalau ada yang bersungguh tu, mana2 waktu pon ada tempat nk buat ibadah. Cuma samada antara nak dgn taknak je,

pengaruh dalam bidang ni terlalu bahaya.so,pesan aku, jgn melibatkan diri dalam bidang ini. atau kalau boleh, jauhilah, sebab bidang ini terlalu banyak lagha nya, dan maksiat.

sama2la kita ingat mengingati.

amal makruf, nahi mungkar,



Nampak tak di sini? Pengakuan seorang insan yang terlibat dalam dunia penyiaran. Now bukalah hati, bukalah minda. Marilah kita cuba muhasabah diri kita. Negara kita telah lama dijajah. Kita telah dijajah ' mind set ' kita. Kita tak mampu keluar dari ' kepompong ' yang direka kita sendiri.

Hari ini orang Islam cuba menjatuhkan bangsa seagamanya sendiri. Sedarlah wahai saudara saudariku, hidup di dunia ini hanya persinggahan semata-mata. Ibarat nakhoda kapal yang berlayar di lautan luas terbentang menuju ke sebuah pulau yang kekal abadi. - AKHIRAT -

Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud : " Janganlah kamu menjadi orang yang terikut-ikut dengan mengatakan kalau orang lain berbuat kebaikan, kami pun akan berbuat baik dan kalau mereka berbuat zalim, kami pun akan berbuat zalim. Tetapi teguhlah dirimu dengan berprinsip, kalau orang lain berbuat kebaikan, kamu berbuat kebaikan pula dan kalau orang lain berbuat kejahatan kamu tidak akan melakukannya. " { Riwayat al-Tirmizi }



( gambar hiasan )
Wassalam ~
p/s --> Cepat jawab member Mamat yang paling kacak. Nak tau jawapan aku, klik di sini
p/s/s --> Marilah menegur sesama kita dan silalah tegur diri ini jua.


You Might Also Like

31 Comments

  1. Bukan semua orang boleh terima teguran..bila ditegur kita balik yang dimarahi dengan alasan konon macam la kita ni baik@bagus sangat nk tegur kan..tapi x salah utk ingat kan orang lain..neway suka dengan pendapat hami..

    p/s:siapa sifu yg mengajar n memperkenalkan dunia blogger ni..mesti dia lagi advance kan..hehe

    ReplyDelete
  2. emmm....btul3...kte pn,nk tgur p'lu b'hikmah...tak bleh trus mrh je...kdng2 org yg bt mksiat ni tau dosa tp npe depa nk bt gk???cbb iman...so,kte sbg kwn yg prihatin,cba tarik die kuar p'lahan2...mcm ppatah 2,tarik rmbut dlm tepung,rambut xptus,tpung xb'trbur...kna de cara nk bmbing org...jgn musuhi org2 cmni...sdngkan Rasulullah s.a.w sndri xp'nh musuhi org kafir..n org kafir yg kbnyakan msk islam pn cbb pribadi islam 2 sndri...so,cnclusionnya,we must show our strange b4 we want to conduct another people...

    nth pe yg gue mrepek ni...heh3...klaa...daaa...topik ni best gk...tmbh ilmu d dada yg dah lm kering ni...hu3...;p

    ReplyDelete
  3. nak tegur, tapi kena tengok diri sendiri jugak....

    ReplyDelete
  4. soalan tanya sapa member mat yang paling kacak mebuat kan aku rasa macam nak hempuk2 ko dengan laptop aku...semangat aku baca ,itu solan yang ko terjah...

    tp camner pun nice entry...
    ayat urusan aku dengan ALLAH tu boleh jer guna...TETAPI..(ceh..nak juga ala2 ustazah bahiyah kan)...
    ada caranya lah..TETAPI(lagi sekali!)
    kalau orang tegur kita atas kesalahn yang kita sendiri sedar kesalahn tu jangan la ko guna ayat tu..memang aku tangan2 kan ko kang...

    p/s:susah ar aku mau terang ...bila aku komen dia atas ni dah macam komen tanpa tuju...padahal aku ada benda nak dituju...

    bye!

    ReplyDelete
  5. kita semua tahu nk tego ade byk cara.jika mreka tidak mnerima mlalui kata2 cubalh ngn cara yg lg brhikmah.tp bgaimna?thats why si penegur seboleh2 nya lbih alim(mengetahui) dlm agama.

    k la trlebih baek lak ak.nice post btw..

    ReplyDelete
  6. sis tegur direct pd yg boleh menerima...tp biasanya direct pun pedas2 laaa...

    kalo jenis susah nk terima, memang ckp bersopan laa...tp biasanya, pedas mencili jerk..sape maakan cili, dia rasa pedas..hehe

    keep it up!!! good post

    ReplyDelete
  7. ulasan yg sgt bernas! good point of view.. so marilah kite sama2 renungkan nyer... :)

    ReplyDelete
  8. salam,
    pendapat sue la kan,jwpn seperti itu hanya bhs standard la kan,nk melepaskan diri,supaya org tak kata,awk bukan baik sgt pn,mcm 2 lbh kurang.tp sebenarnya menegur itu mmg tuntutan,dia nk dgr itu masalah kedua,mmg la kdg2 nk menegur 2 takut,kang kena ban la ape la kan,tp mmg sy stuju dgn pndgn saudara 2..klu di biarkan mmg akan menjurus ke arah yg lebih buruk,tp sy nak bertnya,siapakah yg harus menegur secara terang seperti itu?undang2 sendiri telah di manipulated,seakan2 tiada sape yg mahu ke depan utk menegur smua itu.moga ada mereka2 seperti anda cuba tampil ke depan.syabas!

    ReplyDelete
  9. Wuih! Bila post panjang, komen pun bleh tahan panjang jugak ye.

    ReplyDelete
  10. fitrah manusia mmg suka menilai sesuatu perkara.. tetapi cara menilai adalah perkara subjektif.. terpulang bagaimana caranya utk kita membuat penilaian..

    sebenarnya cara berfikir setiap insan juga perlu berbeza mengikut apa dirinya sebenarnya.. erm.. maaf, jika ayat ini payah utk difahami..
    ok, lihat.. blog ini adalah kepunyaan org yang mahu menegur.. tidak ada sesiapa yang tidak setuju dengan pandangan kamu.. melainkan yang mmg tidak faham apa tugas kita yang selayaknya di bumi Allah ini. tetapi masih ada yang berpesan agar kamu jgn terlalu cepat menilai.. masih wujud ayat urusan amalan, adalah urusan seorang hamba dengan tuhanNya.. tapi masih tetap tidak salah utk kamu menjalankan kewajipan kamu utk terus igt mengingati..

    itu perkara pertama.. cubalihat dari sudut pandangan yang berbeza..
    jika blog ini adalah kepunya mamat(masih watak yang sama yang berzina, minum arak dan judi) takkan ada mana2 blogger yang akan berkata dan komen di post mamat dengan berkata begini.. 'takpalah mamat.. itu urusan kamu dengan Allah'.. pasti tiada.. melainkan mungkin segelintir yang masih terawang mencari dan tercari satu hakikat.. pemikiran orang yang menegur dengan yang ditegur mmg perlu berbeza..

    maaf la.. terpanjang plak komen.. apa yang igin ana sampaikan kat cny.. komen2 blogger2 mahupon silent reader kamu pada n3 lepas bukanlah utk menentang apa yang ingin kamu bawa.. tetapi menyokong, di samping mengingatkan kamu juga.. kalau ada yang nak menentang pon.. ana yakin.. mungkin segelintir sgt2.. dan tak perlu tergugat utk meneruskan misi dakwah kamu hanya dengan jumlah yang sedikit itu..

    apapon keep on posting.. ana cuma menghadirkan diri memberi komen atas jemputan.. insyAllah robbuna yusahhilak.. amin ya robb.

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum wbt

    terima kasih atas ingatan supaya komen entry kali ni :P

    Buat perkara baik, bukan senang. Pasti ada halangan2nya. Cuba lah buat perkara jahat.. Senang sangat andaikan hati ssorg tu dah xde ketakutan terhadap Allah SWT.

    Rasulullah saw bersabda, Jika sudah hilang rasa malumu, maka buatlah apa yg kamu suka.

    Budaya tegur menegur sudah menjadi perkara yg susah bagi sape2 yg ingin menyampaikan kebenaran. Perkara ni dari zaman nabi nuh as, nabi hud as, Rasulullah saw serta lain-lain lagi.

    Bersyukur lah kerana diberi kesedaran sedangkan masih ramai lalai.

    Teruskan lah perjuangan mu, sahabat. Moga Allah rahmati ^^

    ReplyDelete
  12. emmm...isu yang baik untuk diketengahkan..itulah dunia skang,bnyk sgt tipu daya..

    ReplyDelete
  13. fuhh... semangat..
    panjang giler... tak bercita2 nak wat novel ka..
    mesti laris...

    ya... bernas pendapat tuh... but tak semua orang boleh menerima teguran orang lain dengan baik.. malah byk yang ego...

    sukar tuh...

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum..

    mle2ye syukran jazilan sbb di jemput utk mmbri pndagan..

    ape yang hami ckp tu mmg btol..klu kte pkirkan kan blek budaya tegur mnegur utk kebaikan dan di terima dgn hati yang terbke srta bersdia utk brubah mmg satu pkre yg amat sush skng, bahkan pkre ini bukanlh pkre bru bg mrk yg mnyelusuri prjlanan dkwah para nabi dan rasul. cbe kte ambl cth yg terdkt iaitu plbgai pristwa yg terpkse Rasulullah tempuh krn syg akan umatnya.

    Rasulullah ditentang oleh kluarga bginda sndri spt Abu Jahal bapa saudare baginda yang pada hari kelahiran nabi, Abu Jahal lah orang yang pling gmbra..

    kesusahan yg dialami olh kte skng tdk stnding apa yg tlh dlalui olh Nabi..jd ble kte rse ptus asa atau sush hti ingatlah ksah2 Nabi sbg pmngkin smgt utk mnyambung apa yang tlh Nabi mulakn..stp ksushn yg kte hdpi skng psti di dpn sne ada blsn Allah yg sdg mnungu..

    sme2 lh kte berdoa smge diampunkan sgle dosa smge dprmudhkn sgle urusn baik di dunia mhupun akhrat..amin..

    ReplyDelete
  15. mula-mula haku takut gak nak baca entri neh sbb amaran ko tuh.

    tapi sbb dah tade ape nak buat kol 3 stengah pagi neh, layan kan je laa.

    tetiba rase cam nak hantuk kepala kat meja lak. mmg sengal juga penulisan kamu neh rupanye.

    by the way, mcm ko cakap, dunia kita skang (maksud aku negara daa) mmg telah ada mindset negatif seperti ini.

    jadi pendekatan dakwah orthodoks tidak boleh digunakan lagi. utk kita membawa visi 'amar makruf nahi mungkar' kita juga perlukan pendekatan baru yg kreatif sejajar kreatifnya juga mereka itu dalam mencarik helah utk menghalalkan dosa.

    itu pesan aku utk org2 seperti kamu. kerana aku ini pendosa orgnya, dan suka juga melenting setiap kali dinasihat.

    tapi yg aku saksikan sendiri apabila nasihat yg disampaikan itu berkonsepkan idea fresh, relevan, dan kreatif, aku menjadi teruja untuk mendengar dan mendalami.

    mungkin ada yang kata islam itu berdasarkan nas, bukan logik akal, bukan juga menyusahkan maka cara lama masih harus diguna.

    tapi kalo manusia mcm aku terus berbuat dosa, maka samalah konsep dengan 'buat camne pun takde guna'.

    kene pikir solution, berbanding sekadar meratap trouble. pandangan aku laa.

    a'ah laa, entri yg panjang memerlukan komen yg panjang laa kot. :P

    ReplyDelete
  16. bro,
    lu dah sampaikan.
    nak hambek atau tak.belakang kira.
    topap akaun saham lu tetap jalan.
    hati-hati manusia neh Allah yang pegang, Allah boleh bolak balikkan ikut kehendak Dia.bila tegur tanak dengar, tinggal lagi doa sebab dah usaha.Allah bagi hasil.

    bagi gua, bila orang cakap lu tunjuk baik sebab tegur lu cakap macam ini saja "laa mmg pon, gua bkn takat baik malah hebak lagi, lu bila mau hebak macam gua?"

    HAHAHA.kasik sentap jiwa brutal mereka.pejuang kena mahir main hujah dan mahir jaga akhlak.kalau dua elemen ini ada, lu mmg superb beb!orang lain nganga wa cakap.KAHKAH.jangan ikot gua, akhlak hancor tapi hujah hebak.dan lagi, kena ada motivasi kental dalam jiwa.tak mudah neh nak tegur dan ajak orang buat baik.

    lu dah lepas tanggugjwab sesama muslim.dan gua paling hangin mulut puaka cakap 'hoi lu sendiri jalan cam ketam ada hati nak ajar anak jalan lurus sendiri' gua mmg lempang dah tak banyak cakap.HAHA.

    apa2 pon..entry lu best.i like forever.

    heh.muslimah bukan sembarangan.wanita kuku besi.HAHA.

    bye.

    ReplyDelete
  17. hami, selain statement "itu urusan aku dgn Allah", byk lagi statement klise spt menegakkan benang yg basah... dh tentu ape yg diorg buat tu salah... for example "ko dgn urusan ko,jgn masuk urusan aku. kubur lain2"... mmg kubur lain2 tapi sesama umat, x salah klu saling mengingati... sebagai manusia, kita selalu alpa dgn kenikmatan dunia... so, dgn saling mengingati,diharap dpt membimbing kita ke jln yg diredhai... semoga kita semua sentiasa di bawah perlindungan Allah s.w.t...

    ReplyDelete
  18. Salam. tenkiuu follow Bain. Blog Bain tu blog sharing ilmu dlm photography yg paling basic je. Semua boleh belajar sama² kt situ. Sharing is caring :)

    ReplyDelete
  19. Good Entri. Aku tak brani nak komen banyak. Cuma, aku nak kata, Semoga Kita Semua Dilindungi Allah...

    ReplyDelete
  20. Good entry. Saya pun tak mahu komen banyak. Tapi betul la, kadang2 kalau kita tegur, bukan lagi mahu mengucapkan terima kasih(walaupun bukanlah mengharap pun!), malah dimarahnya kita.

    apa2pun, thanks utk jemputan memberikan komen. wah. kalau tak, mungkin terlepas satu entri yang 'cantik'.

    tq. :]

    p/s : tak berani tak menegur orang sbb diri sendiri banyak yang tak betul.

    ReplyDelete
  21. Saiz Diameter 43mm x Tebal 4mm
    Panjang tali 260-350mm (Adjustable)

    Bungkusan Setiap Pendant di dalam kotak ekslusif beserta sebuah Kad Keaslian.
    Setiap Pendant mempunyai nombor siri unik yang dicetak pada kedua pendant & Kad Keaslian.


    Untuk makluman, produk ini adalah 100% Original Fusion Excel Quantum Scalar Energy. Ia didatangkan dengan kad aunthencity yang mana ada no siri yg sama dengan no siri dibelakang energy pendant itu.


    Saya menawarkan 7 hari 100% moneyback guarantee pada semua pembeli jika mendapati produk ini palsu. Hantar semula kepada saya (pos ditanggung oleh pembeli) dan saya akan pulangkan wang anda 100% tanpa soal jawab.

    RM 169.90 siap penghantaran PERCUMA ke seluruh Malaysia. Harga market Rm550.00. Kenapa bayar lebih untuk produk yang sama?? Order sekarang!!! Offer terhad!!

    ReplyDelete
  22. panjangnyer entri kali nie..
    trime kaseh atas nasihat.....:)

    ReplyDelete
  23. Lumrah manusia memang macam ni.

    Ada yang amik peduli, ada yang buat tuli.

    Pada yang amik peduli, bagus! sangat kuat sensor kesedaran anda untuk menegur kemungkaran.
    Pada yang buat tuli, nauzubillah. semoga golongan ini akan mendapat kesedaran kelak.

    Lumrah manusia memang macam ni.

    Bila tak kena musibah lagi, semua hidung macam nak tinggi.
    Bila dah kena sekali, mulalah ampun yang dicari2.

    Sama-sama kita renungkan, thumbs up hami!!:)

    ReplyDelete
  24. salam. sume dah kasik komen panjang lebar. aku kasik ringkas ja la ya. hehe. arr bg aku, tak patut la. kita manusia mmg selalu lalai. jd perlu utk saling igt meningati. kalau org tu tanak dgr, dah ar. nk wt cmne kan. masing-masing dah besar panjang. boleh fikir sendiri kot. yg pnting, kita dah cuba utk memperingatkan dia. selok-eloknya, tegur dpn-dpn. tp tak semua org berani. ni encik hami tegur ikut blog pn kira bagus la neh. heharap ada la artis/org yg g mejlis tu baca. hikhik :p

    ReplyDelete
  25. aku baru jer tulis entry pasal kwn yg berubah mnjadi kearah yg lebih buruk.. sedihh tgk dia jadi camtue.. tapi kalu dah tegur tk mkn.. tkkan nk pergi rotan dia..huhu..

    tuk tegur dia.. mmg betul2 kna ada nyali yg kuat.. walaupon kna bantai balik ngn dia.. tk salah tuk mencuba tegur sekaligus buat teguran tuk diri sendiri..(diri sendiri pon jahat gak).. tapi tk suka tgk kwn yg lupakan akhirat..

    ReplyDelete
  26. salam

    :)
    comment ckit2 jela ea..comment byk xreti..ahakss..

    1stly..nice entri~
    ~prkra2 cmni mmg byk berlku dlm sgelintir msyrkt...lau bkn ayat melayu cmtu diorg gune..maen speaking trus.."None of ur business"..@ "its not ur business"..ayat cmni sbb xnak kita msuk cmpur ngan urusn diorg..sdgkn bnde yg diorg buat tu melampaui batas agama..xpasal2 org yg mngur tuk kebaikn ni pun leh terkaku ngan statement tu...sdgkn niat kita ikhlas tuk mngur...tp sboleh2nye..kita sntiasa cuba utk ingt mengingati cam Hami wat ni... yelah..sbg umat Islam kita sling perlu ingt mengingati kan..n slalu kena buat..tp kalau diorg xnak dgr sume tu, skurg2nya kita da jalankn tanggungjwb sebgai umat Islam n saudara seagama dlm melakukan kebaikan...tp apa2pn..seandainya tiada keinsafan yg wujud dlm jiwa diorg...sntiasalah berdoa utk diri sndiri agar sntiasa dikuatkn iman ..dan doakn diorg agar trbuka hati utk menuju jalan yg diredhai Allah...(psnn tuk diri sndiri jugak..:) )

    ~hee....(kata skit..tgk2 da pnjg lebar..huk2..:)

    ReplyDelete
  27. Mak Long ada teringat satu firman
    Allah, tapi tak ingat sebijik2. Tapi,
    maksud firman tu lebih kurang macam
    ni :

    Sesiapa yang tegur/menasihati orang
    tu mengenai sesuatu kejahatan/kebatilan,
    sedangkan dia sendiri yang buat jugak
    benda tu, Allah laknat manusia tu.

    So, nak tegur boleh. Tapi, jaga-jaga... Cermin diri dulu. ;)

    ReplyDelete
  28. POLIS/HAKIM/PEGUAM: kenapa kamu membunuh si mangsa?

    PEMBUNUH: eh, lantak sy la encik, ni urusan sy dgn dia..dia yg xbyr hutang rm2 juta yg dia pinjam kat sy tuh..encik sibuk2 ni pehal? ade sy mintak encik tolong byrkan untuk dia? xde kan? so, lepaskan sy skrg, encik xde kene mengena dlm hal neh..

    ***agaknya kalo kt dunia nih praktis gaya hidup "lantak aku la, kau sebok pehal?" ,secara automatik pembunuh tu akan di bebaskan dan akan terus membunuh ikut sedap ati dia je kan?

    P/S: ni court kt dunia, kt court akhirat nnt cane?..u answer.

    ReplyDelete
  29. assalamualaikum...
    hurmm..memang susah nak menegur orang zaman2 skarang ni...lagi2 plak kalau kita nampak lebih low standard dari orang yang ditegur tu..

    just nak share pengalaman,..
    saya pernah tegur sahabat2 se-universiti dengan saya sebab ber dua-duaan kat tempat gelap,.. memang saya tak kenal pun diorang ni.. tapi ingat atas landasan saudara se muslim kan...tegur la... saya cuma cakap,.."bersurai laa.. tak elok macam ni.."
    tau ape jawapan lelaki tu?
    "aaahh..ko ingat ko tu baik sangat??blah laa..nak nasihat orang konon..weh, kubur kita lain2 laa... dah2 jangan ganggu urusan aku!!!" dengan suara yang saaaaangat lantang....
    aduhh..geram saya,..akhirnya, ini yang saya balas..
    "sedara, memang kubur kita lain-lain...tapi saya takut kubur kita sebelah2...kang sedara dok terjerit-jerit, macam mana kami jiran2 ni nak duduk dengan tenang?.. ok..assalamualaikum."
    huhu..kisah berakhir di situ setelah saya melarikan diri..takut..hehe

    ReplyDelete
  30. tgok latest pnye komen dh lama..tp xpe sy nk komen gk h0ho~ XD nk tegur 2 mmg la susah lebih2 lgi org yg rapat ngn kite :( penah dgr ustz bagi kuliah..beliau kate, kite xleh benci sesorg 2..jgn benci die melainkan kite benci kpd kemungkaran yg die lakukan

    ReplyDelete
  31. .... bukan senang kite nk tegur orang, biasanyer mereka akan point pada kiter balik..... susahkan??... langkah terbaik, berdoa ajer, agar Allah bukakan pintu hati insan2 sebegitu dn bukakan pintu hati kiter agar mnjadi lebih baik dan sebaik2nyer... Bila dh jadik baik sebaik2nyer, baru mudah orang akan dengar nasihat kiter/nasihat kiter diterima.....

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe