Letak Status Yang Baik-Baik Di Facebook Dan Twitter Untuk Tunjuk Diri Bagus Dan Riak?

December 06, 2011






Assalamualaikum w.b.t 

Aku ada terniat. Kalau boleh aku nak cuba tulis entri yang pendek-pendek. Macam dua, tiga perenggan dan post. Baru boleh update blog selalu. Ada saja idea, tulis dan post. Tak macam sekarang ni berblogging, kena hold sekurang-kurangnya dua hari untuk satu entri. Lembab kan? Dah agak dah yang tu yang korang akan cakap. Aku terima dengan redha. 

Tapi memang tak dinafikan pun. Aku suka membebel. Kalau tak tulis entri mencecah lantai tu tak sah la. Bukan Blog Hami Asraff la tu. Tak percaya pi ushar entri-entri lama aku. Memang panjang berjela dan jenuh nak membaca. Bila idea datang tu punya la khusyuk sampai tak sedar menaip. Macam dalam khayalan. Wah boleh begitu? Nampak tak? Dua perenggan dah merepek. Mahu la tak panjang. 

Jadi mari terus pada agenda entri. Aku memang sangat suka pada 'Quotes'. Pernah tulis dalam entri 'Quotes' Itu Adalah Nukilan Spontanku Sekiranya Tiada Nama Penciptanya.

Perasaan yang aku boleh kata semua ada. Empat huruf sahaja untuk membentuk perkataannya. R.I.A.K. Sebut perkataannya pun dah terasa macam riak. Oh setiap manusia sentiasa dihasut oleh perasaan ini. Dihantui oleh sesiapa sahaja. Sama ada sedari ataupun sebaliknya. Yang pastinya riak ini terlalu dekat dengan manusia. Jadi awas dan berjaga-jagalah. 




Begini. Mari aku beri contoh supaya lebih difahami. Aku memang sangat suka kata-kata hikmah. Dekat blog aku ni pun suka membina kata-kata hikmah sendiri. Turut dituruti di Twitter mahupun Facebook. Dan kata-kata hikmah aku selalunya berunsur kebaikan, motivasi dan islamik. Tetapi biasalah, bila ada kata-kata begini dikongsi di social network ada saja cakap-cakap manusia. Yang tak puas hati. Anda pasti ada? Ada je. Dalam entri Tidak Terungkap Dengan Kata-Kata. Maka, Aku Luahkan Segalanya Di Sini panjang lebar aku elobrate.

“Dia ni asyik nak letak kata-kata hikmah je. Eleh nak tunjuk bagus la tu. Nak tunjuk yang dia berilmu la tu. Nak menunjuk-nunjuk la tu. Blah la lu!” 

See. Ada je yang akan bercakap-cakap. Sama ada diluahkan pada diri sendiri atau dikongsi pada rakan-rakan. Dengan harapan semua orang tahu dia tu nak tunjuk bagus. Hmmmm, macam ni la. Aku bentukkan dialong kiasan di bawah.


 Si A: Kau tahu mana yang dia tu nak tunjuk bagus?

Si B: Eleh, aku kenal la dia tu. Dia tu biasa-biasa je. Bukan bagus sangat pun. 

Si A: Lor, habis tu nak luar biasa ke nak sebar kebaikan? 

Si B: Tak la. Sekurang-kurangnya dia kena ada ilmu, bertauliah. Baru boleh sebar ilmu. 

Si A: Pulak dah. Aku rasa tak salah pun. Malahan bagus apa. Benda baik kena la nasihat. Tegur. Ingat mengingati. Selagi tidak bercanggah dengan syariat, ambillah.

Si B: Tapi dia kongsi tu nak menunjuk-nunjuk. Riak je lebih.

Si A: Eh kau ni memandai je. Mana kau tahu dia nak menunjuk-nunjuk? Katakanlah, dia langsung tak menunjuk-nunjuk. Langsung tak rasa riak. Niat dia memang nak berkongsi. Macam mana?

Si B: Alaaa, kalau tak riak tak perlu nak berkongsi selalu. Mengharapkan orang Like (Facebook) dan Retweet (Twitter) status tu.

Si A: Ishhh, sebab apa kau kata dia mengharap pulak? Bukti?

Si B: Tak perlu bukti. Aku tahu sangat la. 

Si A: See. Dalam hal ni aku nampak kau yang lebih serkap jarang. Kau yang fikir banyak sangat tentang dia. Kau yang fikir buruk-buruk tentang dia. Cubalah kau fikir positif. 

Si B: Okey okey. Andai kata dia betul-betul riak macam mana? 

Si A: Tegurlah dia. Tetapi jangan la tegur secara umum. Tegurlah secara berhikmah. 

Si B: Macam mana? 

Si A: Tegur la dia dari Inbox Facebook ke, Direct Message Twitter ke, Email ke, YM ke. Antara kau dan dia. Kan cantik macam tu. 

Si B: Kalau dia tak nak terima? 

Si A: Dah cuba tegur? Cuba dulu. Selebihnya doa. 

Si B: Aku cuba. 



Tamat dialog rekaan sendiri. Panjang pulak. Tapi itulah salahnya orang kita. Selalu sangat nak fikir negatif terhadap orang lain. Terus-terusan fikir negatif pada orang tu. Cuba ambil positif dulu dari negatif. Cuba lihat perkara kebaikan dulu dari kejahatan. Cuba ambil yang baik-baik dulu. Dah cuba? Belum? Jadi cuba dulu. 

Fikirkan sejenak. Anda terus mencari kesalahan orang tu, tapi orang tu rileks dan happy. Sikit pun tak peduli tentang anda. Lepas tu anda sebar pada orang lain yang dia ni nak tunjuk riak, nak tunjuk bagus. Orang itu terus gembira dan bahagia. Lepas anda sebarkan semua tu, orang tu buat derk, anda sakit hati. Lepas tu apa jadi? Anda terus sakit hati kan? Untung tak dapat. Malah rugi yang banyak. 

Jika memang dia nak tunjuk yang dia baik, tetapi sebenarnya dia tak baik, maka berdoa la supaya dia menjadi insan yang baik. Insan yang tidak riak. Haruslah ingat sentiasa di hati dan minda, apabila kita menasihati orang lain kebaikan adalah secara tak langsungnya nasihatkan diri sendiri terlebih dahulu. Sama juga, kalau nak pandai dalam sesuatu tu, cuba mengajar orang. Ha tahu pun kan? Jadi berhenti terus berfikiran negatif pada orang lain. 

Jika asyik mencari kesalahan manusia dan terus menindas manusia tersebut, bermakna anda terlupa tentang kesilapan diri sendiri. Ingatlah setiap orang ada kebaikan dan keburukkannya. Setiap orang mampu untuk berubah ke arah yang lebih baik. Jadi sekiranya ada insan yang mahu berubah ke arah yang lebih baik, bantulah beliau. Bukan mencaci, bukan menghina sebaliknya bersyukurlah. Berdoa dan berbahagialah untuknya. Memang Kita Tidak Mampu Puaskan Hati Semua Orang. tetapi kita cubalah yang terbaik untuk diri sendiri, di samping menyebarkan kebaikan pada semua orang.

Boleh? Boleh jika kita semua mahu. InsyaALLAH mari kita sama-sama menasihati satu sama lain. Yang salah tegur. Tetapi tegurlah secara berhikmah. Boleh lihat ruangan PEDOMAN di sidebar blog aku ini. Hayatilah maksud yang cuba Imam Hassan Al Basri sampaikan. Yang paling penting Utamakan Pandangan ALLAH Daripada Penilaian Manusia.  Tegurlah aku sekiranya aku ada salah.

Wallahu’alam. 


 Wassalam.

Hami Asraff:

"Bersyukurlah sekiranya masih ada yang mahu menasihati kita ke arah kebaikan. Itu tandanya orang itu peduli. Tidak mahu kita terus hanyut."


You Might Also Like

39 Comments

  1. salam.. itu bukan riak. hanye berkongsi mutiara kata.terpulang kepada yang menerima. panjang juga entry kali ni.

    ReplyDelete
  2. Sy pon suka quotes.Slalu jg buat benda yg sama dkt fb.Post quotes.Terpulang pd org la nk fikir apa bila baca kata2 hikmah tu.Sebab bg sy,kadang2 apa yg kita baca tu lah yg menyedarkan kita.tak gitu?hehe :)

    ReplyDelete
  3. we are what we think....what we do, what we have

    ReplyDelete
  4. leks bro manusia nie punyahasad dengki yg mne pantang nmpk kebaikan dismpaikan pasti mahu ditentg...manusia ni kn Allah dh pernah berfirman bhwe kite ni makhluk yg mudah lupa sbb itu kene sentiase diperingat...xsalah sebenarnya pe yg kita wat niat uh biar tuhan jela yg tau bg sespe yg melihat ato membace seharusnya mek sebagai iktibar n renung2kan n selamat beramal.. jgn di judge siapa yg menyampaikannya yg penting inti yg cuba dismpaikan..itu yg lebih utama... (^_^)

    ReplyDelete
  5. hehe...ske ayt di ats 2...alaa abg mi...bt xtau je dgn kte org yg xd sivik 2...kte b'kte2 dgn kte yg benr..bukn yg xsnonh...so juz go on...rmai lg follower abg yg ske dgn kte2 hkmh n nsiht abg...watpe nk heran dgn ckp2 org yg "sengal" gtu????mreka hny semut kcl..kmi adalh rimau sbg pnyokg abg mi...truskn b'bloggg dgn pnuh kte hkmh...:-)aslm...

    ReplyDelete
  6. salam, Hurm,I'm agreed with what u try to say in ur entri.But sometimes orang2 yang tulis post yang baik2 aje.Sweet2 which indirectly portray himself as a good person yang mana when people baca entry dia, org akan rase sweetnyaa dia ni, baik nya dia,but when jumpe face to face.He totally different from my expectation,his readers expectations.Sumpah, miang sangat.after all, i dah tak percaya when i read any blogs entry yang terlalu menampakkan kebaikkan penulisnya.

    ReplyDelete
  7. manusia mmg x de yg perfect n mampu puaskan ati semua org..people always said think positive think positive but not all people can do it including me..

    ReplyDelete
  8. RIAK itu sangat-sangat ditakuti. Sia-sia ja amalan kita kalau ada perasaan tu.

    ReplyDelete
  9. perasaan syak tu ada je dlm hati. tapi takdela nak sebarkan. biasalah manusia tak sempurna

    ReplyDelete
  10. pd sy, status fb di wall sndiri adalah milik peribadi. those who read or write are friends. do unfriend if don't like. easy! :)

    ReplyDelete
  11. syaitan akan menggoda anak adam dari segala sudut.berhati-hatilah......

    ReplyDelete
  12. terbaek la entry..tp sy lg suke org kongsi benda baek2..dr die post status maki hamun lagi sy menyampah...klu dh xsuke sgat sy remove je..

    ReplyDelete
  13. selalu gak post kata-kata hikmah or qoutes kat Fb or blog. niat hati sekedar berkongsi. tapi ada juga yang kata saya manusia plastik.

    anyway nice entry. leh jadi idea untuk taip entri sendiri.

    ReplyDelete
  14. akhrnyaaa..bole gak bkak blog ni...hr 2 xbole...

    ReplyDelete
  15. " Aku diharamkan solat malam selama lima bulan atas sebab dosa aku. "

    Bila ditanya kenapa, beliau menjawab,

    " Sebab aku kata orang yang sedang membaca quran riya'. Aku sangka buruk terhadap orang yang menangis. "

    Teruskan memberi kata-kata hikmah. Pedulikan apa kata manusia, cukup dengan apa yang Allah akan kata.

    ReplyDelete
  16. Kita mmg payah nk lari dri riak nie.. Tpi seboleh mungkin cuba la untuk iklaskan hati..

    ReplyDelete
  17. Salam Hami Asraff, sejuk je hati bila saya baca entri ni.. kalau semua hal berunsur kebaikan samada status di facebook atau twitter dianggap riak siapa yang mahu menyebar kebaikan..hairan bila seseorang itu menyebar kebaikan selalu dianggap menunjuk-nunjuk.. sedangkan mereka yang tunjuk jahat dan suka menyebar fitnah dan gosip pulak yang disokong... :)

    ReplyDelete
  18. @Fendy So we have to do what we need to do right?

    ReplyDelete
  19. @syabab Ya saya positif je dengan sikap dan kata-kata manusia even kadang-kadang menyakitkan hati jugak. So let it be.

    ReplyDelete
  20. @HIDAYAH_MUTIARAKU Hehe okey. Kena belajar sivik la gitu. Ye dok?

    ReplyDelete
  21. @Arra Jasmy Oh ada jugak yang macam tu. Jadi janganlah kita cepat menilai manusia. Sesiapa sajalah.

    ReplyDelete
  22. @Muhammad Iqbal So syuh syuh riak! Berdoalah pada Allah moga dijauhi riak ini. Amin.

    ReplyDelete
  23. @Puteri Biru Manusia itu pelbagai ragam dan gaya. Tidak mampu diramal.

    ReplyDelete
  24. @Dy Hydie Benar. Tapi ramai manusia berdegil taknak ikuti.

    ReplyDelete
  25. @hdn952 Syaitan tidak pernah berputus asa. manusia yang sering berputus asa.

    ReplyDelete
  26. @MaiRa QuEeN Jika ramai nampak manfaatnya, pasti ramai yang berbuat baik.

    ReplyDelete
  27. @Yana Lan Terima kasih. Sering mempedulikan kata-kata negatif. Tetapi jika ianya kritikan yang membina, saya ambil sebagai pedoman.

    ReplyDelete
  28. @reza al-razi Ikhlaskan diri. Mohon pada Allah moga dijauhi riak.

    ReplyDelete
  29. @Dr Hafiz Itulah sikap manusia Dr. mentaliti, ideologi dan pemahaman manusia sukar diubah. Kesedaran diri sendiri jugak yang kena lakukan akhirnya.

    ReplyDelete
  30. mmg byk org riak sana sini nak riak..kadang2 terasa nak tegur juga..tapi biarlah..biarlah dia begitu sorang2..semoga mereka itu bahagia.

    ReplyDelete
  31. masalah saya, saya tak rasa ada orang yang cakap saya ni bajet islamik ke apa, tapi masalahnya saya takut sangat muncul riak dalam hati saya, kadang2 saya cakap kat hati saya, "jangan riak, tolonglah jangan riak", bila saya cakap macam tu pun ade terbisik kat hati, "bagusnya aku tak riak", kire riak tu tetap ada, susahnya nak jaga hati.
    hakikatnya, saya masih ada perasaan cintakan dunia sebab tu riak tu still ade. doakanlah yang terbaik utk saya

    ReplyDelete
  32. Saya suka setiap kata-kata anda dan sungguh bermakna tapi kalau kerap sangat orang akan bosan. Sebab jika tidak salah saya zaman Rasulullah dulu ada waktu2 tertentu untuk menasihati seseorang.

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe