Hentikan Trend 'I Follow You, You Follow Me Back' Sekiranya Mahu Berjaya Dalam Berblogging

March 25, 2011



Assalamualaikum w.b.t


Aku rindu. Aku rindu mahu membebel di blog. Seperti dulu dulu. Sewaktu aku mula-mula terjebak dalam arena blogging. Tiap-tiap hari ada saja titipan entri di sini. Ah, masa berlalu. Keadaan mengeliru. Suasana hilang satu persatu. Masa depan yang kita sendiri tidak tahu. Itu kehidupan.

Mungkin aku bukan blogger sejati? Mungkin. Apakah definisi seorang blogger sejati? Aku sendiri tak pasti. Adakah perlu sentiasa update blognya sehari 5 atau 6 kali? Aku sendiri tidak pasti. Adakah perlu blogwalking setiap hari dari blog ke blog? Aku sendiri tidak pasti. Adakah perlu turun padang dalam memeriahkan aktiviti bersama-sama blogger yang lain? Ah, serius aku sendiri tak pasti.

Kalau jawapannya adalah 'YA' untuk soalan-soalan di atas ni, maka aku bukanlah seorang blogger sejati. Eh hello kenapa timbul pasal blogger sejati ke tak sejati ni? Blogger, bloggerlah. Main sejati sejati la pulak.

Hahaha. Tidak. Aku cuma terfikir. Sebenarnya sudah lama terfikir akan hakikat ini. Dunia blogging makin dicemari. Seperti pernah aku cakap dalam entri-entri sebelum-sebelum ni. Dicemari yang bagaimana? Hurmmm, makin ramai manusia tidak mengaplikasikan 'Matlamat Tidak Menghalalkan Cara'. Terlalu ramai. Khususnya untuk para blogger.

Terlalu banyak penambahan trend dalam berblogging kini. Menyusup dan terus memintas dengan laju. Blogger pulak seperti tumbuh bagai cendawan setelah hujan. Peribahasa acapkali digunakan. Terlalu banyak trend yang bagi aku tidak sihat yang telah diamalkan oleh para blogger. Terlalu banyak sekiranya mahu kupas satu persatu. Baik, aku kupaskan satu isu sajalah dulu.

Tajuk entri di atas sudah mampu membayangkan apa yang bakal aku canangkan. Mari mari sama kita lihat adakah perkara ini sesuatu yang tidak sihat atau sebaliknya.

Dah lama aku mahu bercerita perihal ini. Terlalu lama. Cuma masa tidak mengizinkan. Trend blogger kini yang mungkin sedang mendapat sambutan. Aku mungkin bukanlah blogger yang lahir dari zaman dahulu kala. Aku pun baru lagi dalam arena berblogging ini. Baru hampir 2 tahun. Mentah lagi. 

Para blogger termasuk diri ini,

Tak usahlah terlalu kejar followers. Tak usahlah terus mengamalkan trend 'I Follow You, You Follow Me Back'. Hentikanlah dengan kadar segera. Sekarang jugak! Sekiranya anda masih punya keinginan dan beretika dalam dunia blogging, janganlah dijadikan ini sebagai sumber utama. Perkara utama di dalam anda berblogging. Nescaya anda tak kemana.

Silalah kembali pada tujuan anda berblogging. Ikhlaskan diri. Tanya pada diri apa tujuan anda berblogging? Letakkan matlamat yang jelas. Jangan terlalu mahu mengikut arus blogging yang mengejar glamer kononya, mengetepikan segala hal-hal entri. Terlupa yang bahawasanya entri adalah perkara utama dalam berblogging. Ah, makin ramai yang lupa aku rasa.

Berbanggakah anda sekiranya anda copy bulat-bulat tajuk akhbar hari ini dengan harapan ramai orang akan masuk blog anda? Kalau itu yang anda bangga, maka anda memang tiada matlamat yang jelas. Pernah aku menulis dalam entri Perlu Tetapkan Matlamat Yang Jelas Dalam Berblogging. Bacalah sekiranya mahu.

Selama hampir dua tahun aku berblogging, hanya 4 blog saja yang aku betul-betul ikuti. Di bawah ni atau anda boleh klik di sini





Sebab apa? Sebab aku tak rasa dengan mengamalkan 'I Follow You, You Follow Me Back' dapat membantu menjadikan anda seorang blogger yang bermatlamat. Dan sekiranya mahu kata aku riak dengan menunjukkan begini, dipersilakanlah. Aku sudah lali dengan cakap-cakap manusia yang tak penting bagi aku.

Habis tu macam mana nak suruh orang follow dengan rela hati?

Dengan rela hati tidak perlu suruhan. Caranya, hanya hasilkan entri yang berkualiti. Entri yang memberi maklumat. Entri yang memberi manfaat. Entri yang dapat memberi apa-apa sahaja kesan kepada pembaca. Tak kisahlah. Ada yang tulis pasal peribadi pun ramai gila yang suka baca. Mungkin itu kelebihan anda. Ambillah itu sebagai sesuatu yang positif.
Apabila anda berkarya/menulis dari hati, pembaca dengan sendirinya akan follow blog anda. Semuanya terletak pada anda. Carilah idea bagaimana mahu menghasilkan entri-entri yang mampu memikat hati pembaca. Paling penting, jadilah diri sendiri.

Sekali lagi ingin aku bagitau di sini. Tiada langsung mahu berbangga. Aku cuma mahu para blogger sedar apa itu berblogging. Bermulalah dari bawah. Tak usahlah kejar followers, tak usahlah terlalu kejarkan trafik sehingga anda lupa banyak lagi perkara penting. Utamakan isi entri anda terlebih dahulu. Yang lain akan menyusul. Anda mahu kejar sampai ke mana? Nescaya memang tak terkejar.

Belajar dan terus belajar membaiki kelemahan diri. Untuk diri sendiri terlebih dahulu. Begitu jugak di Twitter. Aku pun tak mengamalkan 'I Follow You, You Follow Me Back'. Sekiranya anda suka, silalah follow, tak suka, tak usahlah follow. Konsep mudah yang semua orang kena faham.

Mari terus menjadi blogger yang beretika dan tak mudah lalai dengan arus trend yang terus menghasut.

Wassalam.

Hami Asraff:

1. Mungkin aku dulu pun macam tu. Tapi aku mula belajar dari hari ke hari :)
2. This is not the race dude.

You Might Also Like

74 Comments

  1. to others blogger out there..i dont want to follow u but for me..i read you post..just be silent reader...and take it for me to improve my self..

    thanks...

    ReplyDelete
  2. aku hanya ada 4 juga. tapi salah satunya adalah blog sendiri hahaha saja mahu tengok.

    lepas aku guna wordpress. dan kini guna blogspot balik sebab wordpress tu kene tsunami. maka aku tetap rasa follow memfollow tak berapa menarik.

    sebab aku guna google reader. tapi ada yang tak setuju. maka mudah kata, ikut korang la. sebab aku tak nampak kegunaan follower yang ramai terpampang

    ReplyDelete
  3. @TMUkmkd:

    Kalau pakai wordpress memang tak kisah sangat kot follow mengfollow ni.

    ReplyDelete
  4. hai encik hami..saya sangat setuju dengan pandangan anda..kita seharusnya xperlu tkejar2 utk mendapatkan follower, adakah itu menjamin blog kita jd popular..kdg2 sy xpaham nape bila org follow mesti nak suruh kita follow dia balik, dan sgt xbekenan dgn situasi cmni..why not kita berblogging dengan ikhlas..jgn tlalu mengejar populariti, jgn jadikan ia trend..akhirnya menekan diri kelak..nway i like ur entry...tq and salam

    ReplyDelete
  5. 1st time komen kat sini.

    Sangat tepat! Kalau entry copy paste, mmg penuh la kat Dashboard tu. Menyampah. tulis lah dari hati, buka copy.

    Btw. Benda ni mmg sgt meng-annoyed-kan aku klau nmpak, I folo u, folo i balik. rasa mcm nak SPAM kn jer blogger tu. klau boleh la. Haha

    ReplyDelete
  6. Setuju. Dunia blog hari ini semakin dicemari.Dan rindu pada blogger2 sejati - iaitu blogger yang berblog dari hati. Itu baru betul2 sejati. Tak mengejar dan mencari, namun terus-terusan memberi:)

    ReplyDelete
  7. @Ana admi:

    Sebenarnya tiada istilah popular atau mencari populariti dalam dunia blogging ni. Terima kasih sebab suka.

    ReplyDelete
  8. @si kacak bergaya:

    Kalau setakat entri copy paste semua orang mampu lakukan. Yeah spam jangan tak spam!

    ReplyDelete
  9. @Anem arnamee:

    InsyaAllah masih ada lagi blogger sebegini. Mereka yang aku follow adalah blogger yang dimaksudkan :)

    ReplyDelete
  10. setuju
    n aku follow dengan setia
    kereta mayat bertahun

    bermanfaat

    ReplyDelete
  11. @Frodo Baggins:

    Kereta Mayat adalah blogger terbaik bagi aku.

    ReplyDelete
  12. nice .saya suka entry ni =)thumbs up !
    saya ber'blogging' pon sekadar suka2.kalau ada orang baca and comment , Alhamdulillah.rasa dihargai.kalau takde pon , rasa puas hati dapat berkongsi.most entry memang pasal personal life.

    blog kereta mayat memang best.hihi
    btw , semoga terus istiqamah dalam niat nak ber'blogging' ni.amin.

    ReplyDelete
  13. Setuju...sangat rasa terpaksa dan terancam ( he he..) bila diberi peringatan begitu....

    ReplyDelete
  14. Terima kasih atas tips ini Hami Asraff. SAya pun dah mula sedar. Waktu saya mula-mula berblogging pernah juga saya guna ayat i follow u and please follow me back . Tapi lepas beberapa lama saya sudah tidak melakukannya. Saya setuju bila berblogging entri yang berkualiti dan bermanfaat adalah lebih penting.

    ReplyDelete
  15. hami asraff, bukan dulu awak suh saya follow belog awak ke?. siap suh klik iklan nuffnang lagi.. dah lupa ke. :p

    ReplyDelete
  16. salam ?

    ....biarlah kalo nk letakkan paparan akbar pun...tu kan satu perkongsian...kadang2 manusia nie baca paper BM jer.....paper BI jarang dibaca oleh masayarakat...apalah salahnya kalo ade org nk share kan bahan tu dan kemudian dia translate ke dlm BM.... x salah tu...perkongsian...semua org layak berblog....x kisahlah kalo org tu nk taip semula cerita dlm majalah solusi ker....sbb maybe x semua yg membeli....itukan perkongsian......sblm ckp pikir dulu ye....saya sekadar menegur kerana Allah...maaf jika terasa....hak asasi manusia unt berblog

    ReplyDelete
  17. yup, setuju dengan entri ni. sekarang newbie terlalu mengejar followers =)

    ReplyDelete
  18. @Cikgu Nurin:

    Tak perlu rasa terancam. Menasihati diri sendiri dahulu.

    ReplyDelete
  19. @Dr Mohd Hafiz bin Dato' Osman:

    Sama-sama kita belajar ye doktor. Saya pun masih belajar memperbaiki diri.

    ReplyDelete
  20. @Anonymous:

    Waalaikumussalam. Eh! Tiada perkataan salah pun di atas. Letaklah. Cuma soalan saya berbanggakah anda? Yup itu satu perkongsian yang perlu dilakukan semua. Maka sedikit pun tak terasa. Mungkin anda yang terasa sehingga anda melemparkan komen ini :)

    ReplyDelete
  21. @Alexandriana Alia:

    Yeke? Hahaha. Sori saya terlupa barangkali. Ala biasalah dulu2, masa baru nak berjinak2 :D

    ReplyDelete
  22. Thumbs up, suka entry ni.

    Kadang2 rasa sadis aje tengok orang datang blog kita lepas tu follow disebabkan nak kita follow dia. Bila kita tak follow dia marah. Unfollow pulak. Tak kisah pun sebenarnya cuma lawak aje tengok.

    ReplyDelete
  23. betul.... i follow u and u follow me bacak spt memaksa dan tak ikhlas...

    ReplyDelete
  24. true.... tp bagi blogger yg followernya 50 org je... mesti dalam hati dy teringin nak follower ribu2 gak...hehe i agree with you tapi at the same time blog yg udah faemes gilas akan selalu buat entry camni... ben ashari ke hanis zalikha ke apa2 ja lah yg dah otai2 tu slalu kata bilangan follower xpenting.... tp bg yg newbie2 ni follower tu la yg nak drive dy buat entry... xgitu?

    kadang2 blog yg dah hebat follower pun dah xletak... ramai sangat dah.. apatah lg nak follow balik link kat shoutbox...

    kan kan??

    ReplyDelete
  25. salam?

    baguslah jika tak terasa.....sama-samalah mengakui kelemahan dan cuba memperbaiki diri....

    ReplyDelete
  26. Salam perkenalan. Bonda setuju dengan Hami Asraff. Ayat "I follow U and U follow me" dah gambarkan kematangan blogger tu. Jika Bonda dapat ayat macam ni, Bonda jenguk jugaklah blog dia. Nak follow atau tidak, tenguk dululah.

    ReplyDelete
  27. sebolehnya xperlu ah kata cenggitu kan?macam seolah memaksa kita pulak nak follow blog depa.. hmm.. =.=

    ReplyDelete
  28. jadi silent reader pun dpt mbantu klu xfolow kan..? ;)

    ReplyDelete
  29. alamak..lepas ni dah xbole la nak buat "i follow u, then u "should" follow me back..hehe..terima kasih kerana mengingatkan en.hami asraff..

    ReplyDelete
  30. entry yg sgt berguna...
    dan sy pun x mengamalkan 'I Follow You, You Follow Me Back'

    ReplyDelete
  31. tau xpe..rse cm x ikhlas amalkan prinsip follow you, follow back ni.. sme jgk dgn komen entri pon lbih kurang kann..

    eh,eh, muke hami ni mcm muke ckgu seni sy la. hee~ :P

    ReplyDelete
  32. dulu masa mula2 blogging macam ni juga
    nak kejar follower

    bila dah lama2, baru sedar
    kalau setakat follower ribu riban, tapi diorang tak baca entri kita tak guna kan

    so, peduli la orang nak follow ke tak
    sekarang ni lebih kepada nak menulis untuk diri sendiri je.

    ReplyDelete
  33. @AMIRA ATIYA MYRA_ZOE:

    Sebab dia tak paham konsep berblogging. Biarkan je la.

    ReplyDelete
  34. @yui92:

    Betul. Sebab itulah aku cakap mula dari bawah. Start dengan blogwalking ke blog orang dan tinggalkan komen. Lakukanlah secara konsisten. InsyaAllah blogger lain akan balas balik dengan cara yang sama :)

    ReplyDelete
  35. @bonda:

    Yup, dapat mengukur aras kematangan dari situ.

    ReplyDelete
  36. @budakpandai:

    Mengingatkan diri sendiri terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  37. @SHM:

    Baguslah kalau macam tu. Konsisten ya?

    ReplyDelete
  38. @Hahazirah:

    Kirim salam kat cikgu kamu. *out of topic*

    ReplyDelete
  39. @syarifah radiah ibrahim:

    Followers haruslah diletakkan nombor 2. Pengisian entri nombor 1 :)

    ReplyDelete
  40. salam, rasanya baru pertama kali komen dekat blog ni. bagi aku, trend u follow i, i follow u tak menjadi masalah bg aku. selalu bila org ckp 'i follow u dekat chatbox' aku akan follow die balik dengan niat menggembirakan hati blogger tu. biar sebanyak mana pun blog yg aku follow tp aku akan igt blog mana yg betul2 menarik minat aku dan blog itulah yang hari-hari aku baca. kdg2 mereka yg suka u follow i, i follow u ni nak banyakkan follower je dan depa tak kisah pun rasanya org baca blog dorang ke tak. terlalu banyak sgt dah blogger skgni. meriah! dan aku lebih sukakan kualiti penulisan dari bpe byk follower ade. nak jadi blogger sejati senang je, jd je diri sendiri dan menulis dgn ikhlas. :)

    ReplyDelete
  41. suruh lah berbuaih mulut pun..
    ada jugak orang buat.
    biaq p kat depa laa..



    hahahahahahahaha

    ReplyDelete
  42. Aku setuju juga pasal entri ni
    follower ni tak boleh dipaksa gak la kan,kalau dorang nak follow,tu dah kira bersyukur

    ReplyDelete
  43. setuju dg entry ni..masa letak shoutbox dulu, mmg penuh ayat2 follow memfollow ni..Akhirnya ambil keputusan untuk buang..Mcm ada unsur 'paksa' pula bila baca ayat tu..huhu

    ReplyDelete
  44. plenty of trues in what you have stated, I really agree with you.

    Copying does not take you anywhere for sure and looking for followers does not mean anything.

    ReplyDelete
  45. Awak rasa-rasa tulisan saya dalam blog http://abangensem.com ni ikhlas tak?

    ReplyDelete
  46. @hanaahmad:

    Memeriahkanlah dunia blogging dengan cara yang sihat. Yup penulisan dan entri berkualiti yang terpenting.

    ReplyDelete
  47. @isaac ismael:

    Hahaha. Tu la biaq pi kat depa la noh :D

    ReplyDelete
  48. @wazy:

    Ada jugak yang marah2 kalau kita tak follow balik. Tak paham betoi aku!

    ReplyDelete
  49. @BeeWhiteRoses:

    Dulu pun ada letak shoutbox. Tapi sekarang dah tak letak. Sebab inilah.

    ReplyDelete
  50. @Nava Kishnan:

    Thanks for dropping your comment here. Really appreciated :)

    ReplyDelete
  51. @abang ensem:

    Akan dijengah. Tengkiu atas jemputan :)

    ReplyDelete
  52. Betul.. Jika Sifu Jump, Dia Pun Jump.. " I jump, you jump.."

    ReplyDelete
  53. entri yg baik..setuju dgn pndpt anda..owh ya, sy sk view blog kereta mayat & stokin putih..byk bg peringatan..

    ReplyDelete
  54. salam saudara hami ashraf.
    saia sgt setuju dgn isi entry ni, malah saia juga ada bt entry utk hal yg sama.

    tp, sejujurnya, trend i follow u, u follow me back ni makin hari, makin byk yg terjebak.

    ReplyDelete
  55. lepas baca entri ni aku rasa perlu gak muhasabah diri aku..kat mana aku sebenarnya sekarang..thanks bro =)

    ReplyDelete
  56. aku setuju sama sekali...sebab tu aku dah tendang jauh akunye shoutbox..

    ReplyDelete
  57. Oh begitu konsepnya ya? manala aku tahu. aku dah start buat blog sejak tahun 2009. tapi baru mula tulis entry tahun 2012...adala dalam seminggu lepas...aku seorang pendiam n suka brsndirian.sb tu aku rasa terpanggil nak menulis kat blog ni.sb aku rasa wp org tak baca blog aku.aku dah luah apa yang patut...n apa yg menarik perhatian aku spnjg hidup ni...aku suka apa yg kau sampaikan, tuan tanah... manala aku tau sb first kawan yg jd follower aku pun tulis tagline cenggitu...ni pun aku datang sini sebab aku tgh google sape sudi jd follower aku..ak pun taipla 'u follow i, i follow u'..thanks for info~jd diri sendiri n ikhlas...ya i like :D

    ReplyDelete
  58. Salam singgah, dunia blogger kian dicemari. Setuju dengan konteks itu. saya blogger juga, kurang tegar, entahlah.. studioous.blogspot.com/

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe