Kembali Kepada Akar Umbi

March 12, 2011



Assalamualaikum w.b.t


Bukan semua yang kita impikan mampu menjadi milik kita. Perlu disemat kemas di dada. Juga kewarasan minda dipengaruhi bersama. Berwaspada dengan setiap langkah. Bersiap sedia dengan segala kemungkinan. Belajar mencari jalan penyelesaian.

Inilah kehidupan yang harus kita jalani dan fahami. Manusia tidak akan senantiasa berada di atas. Di bawah juga. Sampai suatu ketika akan jatuh terjelepuk dan sukar untuk bangun lagi. Juga tanpa disangka kita bakal diangkat dengan jayanya. Siapa tahu. Kuasa Allah itu nyata. Mari terus berdoa.

Harus lihat dari akar umbi kembali. Kembali kepada jalanNya. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Biar pun diuji berkali-kali, teruskanlah memujuk hati. Alhamdulillah kita masih punya sekeping hati untuk dijaga. Sabar dan redha. Gabungkan keduanya.

Mungkin ini yang kita perlu cari. Mari bertaubat dan muhasabah diri.  

Wassalam.

Hami Asraff:

1. Dunia blogging makin dicemari.
2. Terlalu banyak kemungkaran yang dilakukan manusia di dunia ini. Bencana alam adalah bala dari Allah S.W.T
3. Moga taubat kita diterima.


You Might Also Like

8 Comments

  1. Terasa berat diselangi sayu entry ni eh.. Tetapi ada harapan di penghujung nya.. Tabah and tidak berputus asa wahai sahabat.. ;)

    ReplyDelete
  2. Betul..Bala itu *amaran* Allah swt buat kita...Semoga DIA pelihara kita drp bahaya.amin~

    ReplyDelete
  3. Setuju..doa adalah sumber kekuatan dan penunjuk jalan yang sebaiknya...

    ReplyDelete
  4. macam merajuk jek bunyinyer hami..
    xpe lah hami xsemua org boleh terima siapa kita kan..
    dan ada yg tak boleh terima kebaikan yg kita cuba sampai kan...
    sabar dan jgn putus asal...teruskan

    ReplyDelete
  5. Bukannya nama kehidupan jika kita tak diuji kerana definisi kehidupan itulah ada di celahnya~


    kita hanyalah berstatus seorang hamba DIA, maka selayaknya kita diuji~ =) Hakikatnya bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba~ =))

    ReplyDelete
  6. Dear Hami,

    Selagi bernama manusia kita akan terus di uji. Itu fitrah kehidupan dan ketentuan dariNya.

    Dan ketika di uji, jalan yang terbaik adalah KEMBALI PADA AKAR UMBI, dengan harapan kita bertemu hikmah di sebalik di sebaliknya.

    Ada masa jemput singgah ke blog picisan saya.... :)

    ReplyDelete
  7. yeh..dunia blog semakin tercemar..so..kita kena buat entri yang betul2 berlandaskan apa yg patut..salam kenal dari twitter

    ReplyDelete
  8. baru mula mengenali blog ni.. keep it up.. :-)

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe