Kita Tak Mampu Puaskan Hati Semua Orang. (Nukilan Di Malam Sepi)

March 07, 2011





Buat itu salah. Buat ini tidak kena. Bercakap ini dikatakan bongkak. Berkata begitu dicakap riak. Tulis begini dikritik. Tulis itu dihentam. Apa lagi tidak kena wahai sang manusia?

Manusia. Makhluk yang mempunyai akal budi. Makhluk yang tersangat aneh. Makhluk yang tidak pernah puas. Makhluk yang misteri. Makhluk yang unik. Makhluk yang terlalu banyak ragam. Makhluk yang baik. Makhluk yang jahat. Makhluk yang kejam. Makhluk yang sopan santun. Makhluk yang penyayang. Makhluk yang dengki.

Terlalu banyak untuk aku bentangkan satu persatu. Memang tidak pernah habis akan kriteria untuk seorang insan yang bergelar makhluk Allah S.W.T. Tidak pernah cukup dengan sehelai kertas. Tidak pernah lengkap dengan sebuah kiasan bermadah. Tidak pernah.

Meniti penghidupan bergelar manusia, aku belajar banyak benda. Terlalu banyak perkara yang dikutip. Mengenal manusia membuatkan aku lebih kenal Sang Pencipta. Membuatkan aku mengagumi kebesaranNYA. Juga membuatkan aku lebih kental dalam meneruskan perjalanan. Berliku mungkin. Masakan perjalanan kamu lurus. Tidak mungkin.

Kita senantiasa berusaha memperbaiki diri. Memperbaiki kelemahan diri seadanya. Mencuba dan terus mencuba melakukan yang terbaik. Bukankah itu diperlukan sebagai sang manusia? Kalau jawapan ya kenapa masih perlu ada sengketa? Kenapa perlu tanamkan perasaan hasad dengki dalam darah daging kamu? Kenapa biarkan darah daging itu membusuk? Kenapa? Tiada jawapan bukan?

Masa depan adalah sinar baru bagi setiap orang. Kenapa perlu memilih jalan yang kelam sekiranya sinar halus masih kelihatan? Tahu. Kadangkala kita tidak nampak jalan walaupun haluannya terbentang luas. Kadangkala kita memilih jalan yang salah walaupun jalan yang betul telah sedia terhidang. Kadangkala kita sudah pun memilih jalan yang sepatutnya, tetapi terhenti di pertengahan.

Manusia dikurniakan dengan kesabaran. Tetapi janganlah diuji kesabaran itu berkali-kali. Nescaya, meledak jua. Manusia dikurniakan dengan akal yang sihat lagi waras. Jangan meletakkan kewarasan itu pada tempat yang tidak sepatutnya. Manusia juga punya hati dan perasaan. Jangan sesekali lukakan sekeping hati yang penuh rasa kasih sayang atas alasan yang tidak masuk akal. Manusia juga dianugerahkan dengan maruah untuk dijaga. Janganlah biarkan maruah disepak terajang oleh manusia. Jangan.

Tiada manusia yang sempurna. Jangan salahkan orang lain atas sebab yang berpunca dari diri sendiri. Kita berusaha menjalani kehidupan yang lebih baik hari demi hari. Tetapi mungkin ada manusia yang lebih suka memilih masa silam untuk teruskan kehidupan. Terpulanglah. Semoga kita semua berjaya harunginya.



Hami Asraff:
Aku dah delete entri bergambar sebelum ni. Puas hati kamu?


You Might Also Like

49 Comments

  1. lor kenape da delete saudara hami... :( pedulikan je yg xsuke tu.myb diorg jeles.. :)

    ReplyDelete
  2. manusia..tu la lumrahnya..
    x bole nk ikut sgt kata org nie

    ReplyDelete
  3. betol3x...itukan sebahagian dari kehidupan..biasalah tu..no body is perfect...

    ReplyDelete
  4. ye mmg susah puaskan hati semua org...krn kita x sempurna...apa2 pun mst kuatkn hati utk hadapinya...(^_^)

    ReplyDelete
  5. Betul. Setuju sangat2 dengan entri ini.. Kita bukannya malaikat dan bukan nabi yang sempurna dari segala segi. Kadang2 melakukan kesilapan. Tapi sgt mengecewakan jika kesilapan kita dicanang dengan sgt teruk.

    Sabarlah walaupun pahit. Endingnya mesti manis..

    p/s: 1st time komen kat sini sejak jadi silent readers. Good blog..;p

    ReplyDelete
  6. Salam. hidup ini kadang kadang kita kena layan dengan selamba, seadanya. Jangan terlalu baik kalau yang ditempuh itu bagus. Jangan pula terlalu sedih kalau yang datang itu menyakitkan. Layan hidup selamba dan seadanya, hati jadi tenang, fikiran jadi lapang.

    Kalau kena kata dengan orang jangan ambil terlalu serius, relaks sudah. Memanglah sakit hati, tapi relaks dan buat buat tak kisah lebih baik dari mengamuk gila.

    ReplyDelete
  7. manusia memang tak pernah puas terutama dalam mencari kesalahan dan aib orang lain....dan kita sebagai mangsa tu banyakkan bersabar, tentu ada hikmahnya....InyaAllah....

    ReplyDelete
  8. entri berkaitan apa yg di delete?

    x sempat nak baca...

    for this entry here what i'm thinking..

    apa yg kita buat sentiasa ada yg memerhati, baik di alam blog sekalipun..

    ada yg suka bila memerhati, ada yang tak suka.. walaupun blog adalah hak milik kita, dan apa yg diluahkan adalah dari pandangan kita...

    kadang2 sedih gak.. kita buat entri, menceritakan sesuatu dari sudut pandangan kita, tapi akhirnya di kecam hebat2... pdhal kita tak merujuk kepada sesiapa dan lebih merujuk kepada umum...

    just keep going telling the truth.. dalam 10 org bukan semua 10 tu kita boleh amik hati diorg...

    ckup la kalo ada sorang yang bersetuju n menyokong penulisan kita..

    =)

    ReplyDelete
  9. alahai incik Hami Ashraf abaikan saja mereka mereka itu, kalau nak dilayan sampai bila-bila pon tak sudah

    akan sentiasa ada kot mereka-mereka yg bersikap mcm ni haihh...

    ReplyDelete
  10. eh?ada yang kecam hami ke sebab letak entri bergambar tempoh hari?hmm..macam2 betul perangai manusia ni..

    ReplyDelete
  11. salam. Kenapa entri tu didelete? biarkan je lah jika anda rasa benda tu tak salah. Abaikan apa orang nak kata.
    kita delete, maknanya kita tunduk kat prang yang jeles dengan kita tu. Chill ok?

    ReplyDelete
  12. selagi manusia ader sifat PHD(perasaan hasad dengki)memang susah nak senangkan hati semua org..
    Anggap lah semua nie satu cabaran utk kita memperbaiki diri ini...
    ingat ALLAH sentiasa bersama dgn kita...

    ReplyDelete
  13. biasa la manusia, smua benda x kena dimatanya.. kita dh x bleh lari dr lumrah kehidupan yang harus kita tempuhi walaupun ianya pahit untuk ditelan.. Kita haruskah bersabar dan redha dgn segala ketentuan.. Yang penting, kita telah sedaya upaya berusaha utk tingkatkan diri kita supaya menjadi org yg disenangi oleh rakan2 sekeliling..
    (^__^)

    ReplyDelete
  14. nice entry bro ;)

    kita as manusia . memang semua benda takkan ada yang kena dengan 'taste' kita so buat jerla apa yang kita rasa ok. orang nak terima ke tak , itu hak dorang. ;)

    ReplyDelete
  15. abaikan aje manusia-manusia itu. Mengalah tidak bererti kalah...just smile like me > =D

    ReplyDelete
  16. hasad dengki, cemburu dan iri hati.. semuanya perasaan manusia yg negatif, yg mane semua manusia ada memiliki sikap begini..

    ape perlu buat, mereka sangka diri sendiri sempurna..

    *awat delete entry bergmbr? ade yg mengutuk kee?? chooooi pedulikan!

    ReplyDelete
  17. Ishhh...tak suka betul bila ada org macam tu..Sian Hami..

    ReplyDelete
  18. Hami, bersabarlah. Jadikan semua itu sbagai satu teguran yang membina, teguran agar kita menjadi lebih baik. Jangan pandang siapa yang menegur kita, tapi pandang apa yang ditegurnya.
    Think positive. Mungkin apa yang mereka nasihatkan atau perkatakan betul. takmo sedih beb.
    Rasulullah dulu lg teruk dihina, dicaci, dibenci, malah disakiti utk BERDAKWAH. Jadikan AQ dan Sunnah dlm setiap perbuatan. Diri ini juga lemah dan hina. Cuma peringatan bersama. Ingatlah, Allah sentiasa bersama kita.
    Just twist from -ve to +ve. InshaALLAH. =))

    ReplyDelete
  19. kenap delete entry bergambar tu? ada yang tak suka?
    biasalah Hami, manusia..kadang2 der yg tak puas hati dengan keadaan org lain...
    xsemua yg kita buat org suke...orang boleh terima..so..buat je perkara yang kita rasa tak salah..org tak suke ke suka ke tu hal dorang.janji kita dah buat benda yg betul..
    waallahualam..

    ReplyDelete
  20. mreka plih jln yg snang tp xbrpanjangan...
    jln yg lrus dan bnar agk brliku nmun kekal n brterusan.

    kte xbolh nk puaskn hati smua org, tp setidaknya kte cba utk tdk melkukn yg salah~

    ReplyDelete
  21. tak semua apa yg kite buat org suka... yg penting kite tau apa yg kite buat tu betul dan tak bercanggah dgn agama islam. org nak kata apa, itu lantak mereka laa...

    ReplyDelete
  22. Mungkin terselindung kemanisan disebalik kepahitan. Mungkin juga terselindung kebenaran yang tidak dapat diperlihatkan dengan mata kasar disebalik perbuatan. Mungkin juga Allah ingin melindungi akhi daripada sesuatu yang akhi tidak nampak. Pandangan lah segalanya dari Atas, kerana coretan Nya lebih indah dari pandangan dibawahnya.

    ReplyDelete
  23. Mak aih..mcm x der ruang je aku nk meng'ulas' kat sni..

    Alar hami..ingat satu jer, dalam hidup ni x semua org boleh terima kita or style kita..

    Even org pling terkenal dalam dunia ni pun mesti ada jugak yg x terima a.k.a sekepala..

    So, selagi rasa ok and rasional, ada yg masih lg boleh terima kt, keep on je lah..

    -Whatever I am, I'll never give up!

    ReplyDelete
  24. entri apa yg didelete tu?xsmpt sy tgk huhu
    btw, kita sememangnya takkan dpt puaskan hati semua org..

    ReplyDelete
  25. salam...


    sabar ajelah....manusia mmg xleh lari dari perasaan hasad dengki...huhu...


    sy suka entry bergambar hari tu...^_^

    ReplyDelete
  26. hmmm itulah namenye manusia...mmng susah nk puaskn hati manusia...mereka ada hak utk brkata ape shj, dan begitu juga kite, ade hak utk buat apa shj selagi ia tidak melanggar fitrah diri kite sndiri...=)

    ReplyDelete
  27. ops... tersalah sudah.. nma hampir nk sama.. hehehe.. mujur la bertanya dahulu kan..kan

    ReplyDelete
  28. hm, mmg susah untuk piaskan hati semua org, nanti hati kita juga yang sakit....

    ReplyDelete
  29. yep, betul. kita xblh nak puaskan hati semua.

    interest on the past article, kisah pakcik tua sapu sampah, how meaningful!

    ReplyDelete
  30. huahauahuahua!


    pedulikan kata 0rg.. mungkin die busuk hati.

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum wbt...=)hm...baru je nak tunggu penjelasan hami ttg gadis bertudung yg photoshoot sekali tu...wat saspen sgt...ahaks! tunang ke..(kalu ye, xlama la sy nak merasa nasi minyak)hehe..atau model majalah Anis ke..ehehe..tp tup tap dh delete..huhu..

    xpela hami, you must have your reasons...sabarlah ye dgn apa yg org kata...dlm hidup kita ni xmungkin kita dpt puaskan hati semua org..boleh gila dibuatnya kalo asyik nak ikut ckp org...

    yg penting, kita cuba sedaya upaya menjadi manusia terbaik...pedulikan apa org kata..we're not perfect bro!Mistakes & painful experiences make us grow & become wiser...*hm, teringat plak citer sepasang anak beranak (ayah & anak) seta keldai mrk* hehehee. Moral of the story: In this world (especially blog world) you can never satisfy everyone..but be yourself & be tru to your heart, insyaAllah everything will be okay..^^,)

    ReplyDelete
  32. saya xpuas ati~!!

    sebab x sempat baca pun entry bergambar tu..

    x__x

    ReplyDelete
  33. untuk memuaskan hati orang lain, banyak cabaran, tapi pernah ke orang yang kita cuba puaskan hati dia berfikir sama dengan apa yang kita fikir?

    kalau ya, bagus. kalau tidak, ini tidak adil namanya
    :)

    ReplyDelete
  34. jangan putus asa..sudah jadi tradisi manusia merendahkan yang lain....teruskan usaha sahabat,,

    ReplyDelete
  35. hehe..kenapa ade certain blogger suke sgt delete komen2 yg berunsur nasihat n teguran?=.?.......hamba yg konpius hrp setiap teguran x jejas kan line trafik anda=)))

    ReplyDelete
  36. jangan cepat melatah ye encik hami asraff ^_^

    ReplyDelete
  37. hami asraff ke,Hilal asyraff ke, imam muda asyraff ke,smuanya kena kritik..hai laa manusia..xde bnda yg x dikritik..hmm

    ReplyDelete
  38. Lumrah manusia, tak semua suka, adat hidup. nk puaskan hati setiap org tu mmg susahla. apa2pun, semoga tabah hadapi tiap ragam manusia.

    ReplyDelete
  39. juz accept sume tu dgn ikhlas...biase la dlm idup mesti ade 0rang suke n ade juge yg x suke...n sy rase as l0ng as hami tulis benda baek xde masalah la...janji kite ikhlas...n pe yg awk tulis biasenye b0leh dijadikan pngajaran...sabar n biarkan mereka tu....insyaALLAH sume 0k....nh=)

    ReplyDelete
  40. kita hanya manusia biasa. tidak dapat memuaskan hati manusia. jika terlalu ikut hati, smpai bila manusia tidak akan puas. :)
    yang penting. padangan Allah terhadap kita :)

    ReplyDelete
  41. assalam,

    memang benar kita hanya insan kerdil disisiNya...
    segala kekurangan dan kelebihan adalah lumrah..

    ReplyDelete
  42. Izinkan sy share ye saudara..☺

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe