Naik Moto Dengan Pasangan Tidak Halal Boleh Mengundang Musibah

September 25, 2010




Gambar hiasan


Assalamualaikum w.b.t

Asyik pospone je. Itulah aku apabila menulis entri. Idea tu ada, cuma Encik MahMood tu yang selalu tiada. Eh jangan taktau, menulis pun kena ada mood. Kena ada feel. Barulah entri yang bakal disajikan memberi kepuasan. Ye kepuasan diri yang perlu diutama. Tapi berTWITTERing sentiasa pulak ada Encik MahMood ni. Heran betoi! Dan satu lagi makin bergiat cergas dalam arena TUMBLR pulak. *promote*

Okey baiklah. Mari terus ke agenda. Agenda entri yang ingin dikongsi di sini. Sebuah perkongsian yang kebanyakan orang dah tahu tetapi sering lupa. Yang sering buat-buat alpa pun tak kurang jugak. Itulah namanya manusia.

Kejadian berlaku di hari raya ke-7 kalau tak silap aku. Ye tak silap, hari raya ke-7. Sebuah kemalangan berlaku di susur keluar tol Alor Setar Utara. Kemalangan motosikal yang melibatkan pasangan tidak halal bersama sebuah kereta.

Pasangan tidak halal? Okey aku takmau serkap jarang walaupun sah-sah nampak yang mereka bukan suami isteri. Budak belasan tahun. Tapi dek kerana tidak mahu serkap jarang, assumelah mereka suami isteri. Si wanita memang cedera parah. Difahamkan patah tengkuk dan pinggang. Si lelaki kelihatan cuak sekali dan tak mampu buat apa-apa. Nak buat apa lagi kan?

Ambulans datang dan berlalu pergi. Tinggal sang lelaki dengan raut wajah seribu penyesalan barangkali. Timbul tanda tanya dalam diri. Macam manalah bakal lelaki ni nak jawab dengan ayah perempuan yang garang (tambahan) tu. Tak kena penyepak, paling tidak sebilah penampar bakal hinggap di pipi. Patutlah muka cuak tu.

Sekarang mari kita sama-sama melihat dunia hari ini yang kononnya menjadi sebuah trend. Naik moto bersama pasangan tidak halal. Macam perkara biasa walhal sesuatu yang luar biasa. Sebab? Sebab ramai orang buat dan tak nampak pun akan kesalahan dia. MasyaAllah.

Adik-adik, abang, kak chik, kak long semua HENTIKANLAH segera yang dok suka naik moto bersama pasangan tak halal anda tu. Sumpah langsung tak elok. Serius sangat tak bagus. Yakinlah itu hanya sebuah keburukan. Percayalah tiada manfaat yang dapat melainkan kerugian.

"Ala, kalau nak eksiden, sorang-sorang pun boleh jadi beb. Semua tu kuasa Allah."

Ada orang telah memberi kenyataan ini. Aku dah agak dah akan ada orang bakal keluarkan statement ni. Tak payah dok habaq la cek oi. Semua orang tau. Ye ajal maut semua di tangan Allah jua. Kekadang tu kita dah habis berhati-hati dah. Ada orang lain menghentam kita. Ada jugak yang macam tu.

Sebab tu lah adanya istilah : "Mencegah Lebih Baik Dari Merawat"

Sebab-sebab inilah.

"Ala, saya tumpangkan makwe saya sebab beliau takdak kenderaan nak pergi kelas."

Pun aku dah agak dah statement ini bakal dilemparkan. Bagilah pelbagai alasan yang berbagai-bagai, jawapan telah terhidang pun. Cuma kamu tidak mengunyah lagi intipati matlamat tu. Fahamkan?

Tak faham? Beginilah, senaraikan 10 sebab kenapa suka sangat naik moto dengan pasangan tidak halal anda tu. Tak payah 5 sebab sudah cukup. Tapi pastikan sebab-sebab anda tu merangkumi semua aspek yang dilandaskan syariat.

Aku tidak mengutuk sesiapa. Tidak melabelkan sesiapa. Ini hanya pandangan dan pemerhatianku terhadap dunia metafora yang sedang berlaku di kalangan masyarakat kita yang tak pernah padam. Masyarakat langsung tidak memandang akan ini sebuah perkara yang perlu dititik-beratkan sebab ianya sudah terbiasa.

Tipulah kalau naik moto bersama tidak berlaku acara sentuhan. Bermula dengan pegang tangan. Bersentuhan ringan-ringan sehingga sampai satu tahap yang besar. Lepas tu keluar berita kes pembuangan anak. Masing-masing salah kan masing-masing dan akhirnya tunding jari kepada diri sendiri.

Dan ini adalah sebuah pengakuan dari seseorang. Kisah benar:

"Pernah berlaku satu kejadian satu masa dulu, pasangan tak halal ini membonceng bersama-sama dan nak dijadikan cerita kemalangan. Pasangan wanita mati di tempat kejadian dan pasangan lelaki di pukul sampai mati oleh famili pasangan dia. Nauzubillah..."

Sebuah kisah benar yang cukup beri pedoman. Bukan berkutbah atau bersyarah, ingin betulkan diri juga. Sekiranya ada salah, sila betulkan. Sama-samalah kita mencari keredhaanNya. Buat apalah kita buat sesuatu yang tidak manfaat yang memungkin ada natijah di sebaliknya. Rugi bukan. Fikir-fikirkanlah hakikat ini.

Wallahu'alam

Wassalam.

Hami Asraff :

2. Sebenarnya naik kereta pun sama jugak. Lagi merbahaya dan tak nampak apa yang berlaku di dalamnya.

You Might Also Like

51 Comments

  1. salam

    zaman sekarang macam2 yang berlaku..terasa amatah bangga bila dapat naik motor bersama bukan muhrim..masya allah...harap kita semua tidak seperti itu..insya allah..

    ReplyDelete
  2. bese la..diorg da anggap bnde ni kebiasaan...xpikir da hukum semua...berharap bnde ni di jauhi la dr sy..amin...

    ReplyDelete
  3. bese la..diorg da anggap bnde ni kebiasaan...xpikir da hukum semua...berharap bnde ni di jauhi la dr sy..amin...

    ReplyDelete
  4. @madihah:

    Wsalam. Itulah kebanggaan yang tak sepatutnya.

    ReplyDelete
  5. emm...dh jadi biasa bnda 2 t anak2 generasi akan datang pon akan ikot sama dan xmustahil depa xtau itu adalah haram.sama kah bg pasangan xhalal yg nek kereta?

    ReplyDelete
  6. dorang tk pikir akibatnye bro..
    pikir srnk jek bile atas moto tuh..
    dlm keta toksah cite laaa..
    selain musibah eksiden nie..msti transport tuh akn bt mcm2 hal..=)

    ReplyDelete
  7. @Nabiel:

    Tak fikirkan akibat dan fikirkan nafsu serakah.

    ReplyDelete
  8. Setuju, kalau boleh elakkan la membonceng bersama yang tak halal. Boleh elak kan jika berkehendak. Stuju dengan kamu, jika jadi apa apa di ketika sedang membonceng macam kamu kata tadi, berlaku kemalangan. Memang kita tak tau bila nak kemalangan, bila nak mati. Tapi bila dah berlaku, tempias nya pada family. Orang akan berkata-kata dibelakang.

    ReplyDelete
  9. kadang2 mak bapak pon xkisah ank gadisnya membonceng dgn si jejaka.. hurmm mcm mana yaaaaa...
    tepuk dada ty diri masing2 ye..
    sme2 ingt mengingati yerk..

    ReplyDelete
  10. alamak naik kereta pun tak boleh ea .. huhu

    ReplyDelete
  11. Salam..

    Setuju dengan kamu.. tapi yang dilarang, itu lah yang mereka suka. Suka nak bertenet.. (oopsss)

    Kena bendung dari awal. Peranan Ibu Bapa penting. Dan lagi, program kesedaran di peringkat sekolah dan universiti mungkin dapat membantu..

    ReplyDelete
  12. aku kurang selesa membonceng dgn lelaki..rasa kurang sopan.even dgn adik sendiri pun.prefer naik kereta lagi.biarlah orang nak cakap 'minah ni layan yang ada bumbung je', asalkan aku selesa.

    =)

    ReplyDelete
  13. salam...
    selagi namanya manusia,seringkali tidak endah...
    tgk ajelah kwn2 yg terdekat dgn kita...kalo kita lihat,mmg nmpk baik,ttp aurat segala segi,tp bl naik motor ngan pakwe,hilang rase respect kat dorang...

    ReplyDelete
  14. itu la.mencegah lebih baik dari mengubati. tak payah nak bagi alasan dalih2.. haih...

    ReplyDelete
  15. penah sorang mamat tu ade jawab ...." takpe kitorang dah baca doa naik kenderaan '..... haish

    ReplyDelete
  16. @Khadijah Nas:

    Mencegah Lebih Baik Dari Merawat itulah yang paling tepat.

    ReplyDelete
  17. @✿Bloodberry✿:

    Itulah mak bapak yang tidak menitikberatkan etika agama dalam mendidik anak. Apa boleh buat kalau mak bapak tak larang.

    ReplyDelete
  18. @diana:

    Naik laju boleh peluk. Tu yang makin suka tu.

    ReplyDelete
  19. @Hasrol Nizam:

    Alasan untuk mereka yang ingin buat. Sebab tu suka sangat bagi alasan.

    ReplyDelete
  20. smoga kita dpt mencegah dr perbuatan yg dilarang dan Allah akan sentiasa melindungi hamba-Nya yg beriman

    ReplyDelete
  21. dulu lec saya pnh cakap camni.. "cuba tgk pasangan yg naik moto bersama..klu awk nampak diorang dlm position yg rapat sgt maksudnya diorang tu kapel, kalau yang rilek and steady tu maksdnya dah jadi psangan yang sah..sebabnya pasangan yang sah blh bermesra2 di luar pandangan masyarakat"

    ReplyDelete
  22. betul tu Halal tetap Halal || Haram tetap Haram...semoga mereka diberi petunjuk oleh Allah swt..=_=

    ReplyDelete
  23. @meowwmania:

    Yup itulah yang diperlukan. InsyaAllah sama-sama kita berusaha ke arah itu.

    ReplyDelete
  24. @illianahidayah:

    Suka dengan ayat lecture kamu. Meaningful! :)

    ReplyDelete
  25. @Nur Hayaty:

    Benda yang dah termaktub ramai yang suka mengubahnya. Moga kita sama-sama mendapat pertunjuk dariNYA.

    ReplyDelete
  26. semoga mereka yg berbuat demikian diberi hidayah dan petunjuk dari Allah untuk berubah..

    amin ya rabb..

    ReplyDelete
  27. yup, sgt byk mcm ni. rmai dh cm tak kisah bnde2 cmni. nk pkir sronok, soal risiko sume tolak tepi.

    mtk jauh sgt. insya-Allah. aminn..

    ReplyDelete
  28. kalau nak sorang-sorang pun memang la boleh eksiden jugak, tapi itu kan lebih baik daripada eksiden time tengah buat dosa.

    ReplyDelete
  29. setuju sgt..
    xmanis pn org tgk..huhu

    naik kete ok sikit kot.. tp kna jaga la batasan kn.. lg elok kl de teman.. Allahualam...

    "wa, xlayan la mat motor mcm lu bro.. wa, layan mat kete je bro..
    yang ade bumbung".. :D

    ReplyDelete
  30. setuju sgt..
    xmanis pn org tgk..huhu

    naik kete ok sikit kot.. tp kna jaga la batasan kn.. lg elok kl de teman.. Allahualam...

    "wa, xlayan la mat motor mcm lu bro.. wa, layan mat kete je bro..
    yang ade bumbung".. :D

    ReplyDelete
  31. salam....

    artikel yg bagus wat peringatan pd mamat n minah yg suka naik motor yg dlm konteks 'pasangan x halal'. nauzubillah.......

    ReplyDelete
  32. nak naik kereta ngan lelaki pon yg bukn muhrim pon takut2..ni kn plak nk naik motor..huhuhuh

    ReplyDelete
  33. peringatan yang baik..
    bukan apa,pakcik sy pernah pesan dulu cmnih..
    "nnt ape2 jadi nnt,smpi ke kubur org duk mengata.."

    ReplyDelete
  34. orang laki kalo boleh bawa awek kat belakang naik moto bangga gila..

    siap main brek lagi..

    selalunya remaja la ramai.. duit tak ada nak pakai keta lagi..

    ReplyDelete
  35. @hifazphat:

    Naik kereta lagi bahaya. Tertutup. Tiada siapa yang nampak.

    ReplyDelete
  36. @GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr:

    Biasalah. Memang bertujuan nak tunjuk kat orang pun.

    ReplyDelete
  37. tak suka, tak berkenan dan tak akan membonceng motor lelaki bukan muhrim..even dengan muhrim sindri pun rasa janggal..
    hairan dan pelik lihat muda mudi skarng ambik lewa je hal2 camni..

    ReplyDelete
  38. tak suka, tak berkenan dan tak akan membonceng motor lelaki bukan muhrim..even dengan muhrim sindri pun rasa janggal..
    hairan dan pelik lihat muda mudi skarng ambik lewa je hal2 camni..

    ReplyDelete
  39. salam.. skong3 kata bro tu!
    skrng ni byk prkara hram yg dhlalkn..
    astakfirullah...
    p/ : moga kita smua djauhi dri prilaku mngkar & ddekatkn dgn sfat2 mhmudah..
    bro.., truskn prjuangan mnegakkn yg bnar!
    go acha fghting hait!
    wassalam..

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe