Meletakkan Ruangan Iklan Di Blog
September 08, 2010
Assalamualaikum w.b.t
Anda perasan? Bagus! Eh eh, bukanlah perasan yang anda perasan macho atau cun itu. Bukan yang tu. Tetapi perasan ini adalah berkaitan perasan anda setiap kali menjengah blog Hami Asraff yang tak best ni. Setiap kali? Okeylah saya hanya perasan! (-_-") *sadis*
Baiklah. Marilah saya memperasankan kalian. Kalau anda perasan, (haish, pakai lagi perkataan ini) dekat penjuru kanan atas blog ini telah ditambah satu ruangan iklan. Yer iklan. Iklan macam kat telibisyen tu. Akhbar dan majalah pun boleh jugak. Merepek adalah kepakaranku. Maka minta maaf dan layan sahaja.
Terus menerus kepada agenda entri. Takut-takut terbabas penutup baru ada point. Justuru, dengan ini saya akan membuat sebuah pengumuman penting. Penting jugak.
Ehem... ehem...
Untuk sesiapa yang berminat untuk meletakkan iklan anda di blog tak seberapa ini sangat amat begitu terlalu dialu-alukan. Okey objektif perletakan ruangan iklan telah pun tersembul keluar.
Hanya perlu ikut 4 cara yang mudah :
1. Buat satu banner iklan bersaiz 125x125
2. Apabila sudah buat, silalah mengkhabari kepada saya melalui :
iii. Emel dan Yahoo Messenger (hami_asraff@yahoo.com)
3. Apabila selesai, sila beri banner iklan anda dan saya akan link ke laman sesawang anda.
4. Ulang langkah 1 hingga 3.
Berapa harga dan cara pembayaran?
Saya meletakkan harga setimpal seperti kebanyakkan blogger lain iaitu RM10/Bulan. Bolehlah membayar dengan membuat pembayaran ke Akaun Maybank (157429003890) atas nama HAMI ASRAFF BIN AB HALIM.
ATAU
Begitulah hendaknya. Senang saja bukan. Kalau masih ada kekeliruan dan kemusyiklan tentang 'apa benda hang merepek' ni, silalah berjumpa face to face dengan saya. Eh bukan! Silalah hubungi saya melalui 3 medium di atas. Fuh!
Okey yang baik datang dari Allah S.W.T dan yang kurang daripada kelemahan saya sendiri. (Saya tau ini adalah ayat penutup majlis. Terima kasih ingatkan)
Sekian dan wassalam.
Hami Asraff :
1. Bantu-membantu bloggerkan amalan mulia. Semoga kita terus bertahan di dalam industri blogging ini. Err, layan je!
2. Untuk mereka yang sudi tukar link dengan blog tak seberapa ini, kliklah di TUKAR LINK bawah header aku. Terima kasih.
17 Comments
alernatif utk tambah wang saku?
ReplyDeletebtw,u ada typo..pengunguman instead of pengumuman.
SALAM AIDILFITRI.teruskan menulis =)
iklankan blog sendiri boleh kah? hehe.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya, Hami.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri!!!~ :) Maaf zahir dan batin ye..:)
ReplyDelete@umi kalsom:
ReplyDeleteSebenarnya dah perasan tadi. Mula-mula nak biarkan je. Tapi dah ada orang tegur, thanks la ek :)
Salam Aidilfitri kembali.
@ain fathihah:
ReplyDeleteEh mestilah boleh. Berminat? :)
Yer, Selamat Hari Raya.
@baincardin:
ReplyDeleteSelamat Hari Raya jugak! :)
bagus le kan
ReplyDelete@Sharinginfoz:
ReplyDeleteHarap begitulah! :)
Selamat Hari Rayer!!! :D
ReplyDeleteboleh papar prestasi?
ReplyDeletetraffic ker..rank, PR ker..
thx..
good luck
sambil2 blogging, biar bagi sampai dpt duit.. ye dak bro? hehe
ReplyDeleteAda Bezakah Raya Anda Tahun INI?
@AiDa AzRyN:
ReplyDeleteSelamat Hari Raya! :)
@gnesop.com:
ReplyDeleteOh papar prestasi. Blog saya tak sebegitu bagus sangat trafik.
@Aku X-PO:
ReplyDeleteSambil-sambil kan? Bolehlah sedikit pendapatan sampingan :)
makin maju setapak ke hadapan ;)
ReplyDeletetak ada orang akan advertise kat blog saya =P
ReplyDeleteloan untuk SWASTA/GOV/BUSINESS..blacklist juga layak..ikut terma dan syarat..lawati blog kami di http://tune-ur-life.blogspot.com untuk keterangan lanjut.
ReplyDeleteSetiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)