perjuangan diteruskan

January 04, 2010

Assalamualaikum w.b.t

Hari pertama sekolah bermula. Untuk negeri-negeri Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Kelantan dan Terengganu dah start dah semalam. Tengok Buletin Utama kerenah budak-budak Darjah 1 yang tak nak masuk kelas. Nak juga mak ayah tunggu kat luar kelas. Hemm, standard la tu.

Aku pun dah start 'sekolah' juga hari ni. Tapi dengan bangganya aku tak pergi kelas hari ni. Hoho ~ Selalunya first day ni memang macam tu. Tak ramai lagi student yang merajinkan diri pi kelas. Daftar kursus pun ada yang tak settle lagi. Nasib baik ada saudara Mudin tolong daftarkan untuk aku kelas Mandarin. Tengkiu Mudin! :-)

Hari Sabtu lepas gua berjumpa seorang sahabat. Sahabat gua ni baru sahaja grade dan dimurahkan rezeki dapat kerja cepat. Kurang daripada sebulan. Seorang engineer di sebuah syarikat berdekatan Shah Alam. Banyak tips dan pandangan yang gua dapat daripada sahabat gua tu. Ya la, gua pun akan melangkah ke arena tu suatu hari nanti. Sempat juga gua promosi bisnes gua. Hehe ~ Standard la tuh. Apa-apa pun thanks ya bro! Banyak juga ilmu yang diperturunkan kat gua. Akanku guna di saat-saat diperlukan :-) Oh kamu wajib singgah ke blog aku ya. Dah bagi url blog ni, buat-buat lupa pulak dia.

Hari ni pulak terjumpa lagi seorang sahabat. Eh semester lepas aku aku tak ketemu pun kamu. Kemanakah kamu menghilang? Member gua tu cakap ambil cuti sem lepas sebab ada hal sikit. Oh patut la tak nampak kamu. Lantas gua mengajak member gua ni lepak rumah gua. Sambil menglepakkan diri, gua pun cuba mengoreklah rahsia kenapakah mamat ni ambil cuti sem ( yang tadi tak puas hati lagi ). Korek punya korek ya beliau menunjukkan sesuatu yang membuat aku kagum seketika. Beliau menunjukkan pasport ke luar negara. Okey, dipendekkan cerita mamat ni dapat exchange student US dan UK. Perghh, gua tabik sama lu. Serius gua tak percaya beb! So, don't ever judge the book by its cover. Bayangkan 1 UiTM ni hanya 3 orang sahaja yang terpilih untuk itu. He's the one. Hoho ~ kamu memang hebat! :-) Again, gua sempat juga promote bisnes gua.

Hemm, begitulah serba sedikit perjalanan hidup member-member gua. Honestly, frankly, gua cukup berbangga dengan kejayaan engkorang semua. Keep it up a good effort! Gua juga dengan perjalanan hidup gua. Perjuangan ini diteruskan dengan jayanya. Bermula lagi sebuah episod perjuangan dalam menggapai sebuah impian. Dalam meniniti perjuangan suci ni kekadang perlukan sokongan dan semangat dari pihak luar. Di saat ini juga teringat la aku lagu-lagu yang memberi semangat dan kekuatan untuk diri ini untuk terus melangkah. Kat bawah ni aku sertakan lagu dan link untuk download terus.
Ni la lagu-lagu yang dimaksudkan. Most of you all dah pernah dengar lagu-lagu ni semua. Lagu-lagu lama dah. Cubalah hayati bait-bait lirik lagu-lagu ni. Memang sangat-sangat bagus. Memang semangat bila mendengar. Bagi aku la, engkorang tak tahu la pulak. Sesuai sangat untuk pelajar macam aku. Dan untuk yang bukan pelajar pun boleh. Lagu Inggeris pun ada yang best-best. InsyaALLAH nanti aku post for the next entry. Yang penting lagu-lagu untuk menuju ke mercu kejayaan. Moga yang baik kita jadikan amalan dan panduan dan yang kurang baik kita cuba elakkan. InsyaALLAH. Wassalam ~


merenung masa hadapan yang bakal kunjung tiba.


p/s --> Member-member gua di atas dua orang yang humble person. Mereka tak mahu nama mereka disebut dalam blogku ini. Harap maklum!

You Might Also Like

22 Comments

  1. Salam..
    tumpang conteng kt cni jab tuan rumah.. serius, lagu2 tu bagi motivasi bila nak exam je..
    tp, ada 1 lagu, Anak Soleh ~ Aeman, 100% bagi kita motivasi, ingat jasa mak ayah..

    ~1st time masuk tadika pun, mak yang tunggu kt luar klas, not for 1 day, but, for 1 year.. [out of topic..]

    ReplyDelete
  2. salam..lagu gemuruh sgt mnyentuh hti sy.bukn sebb sy minat FT(Wlaupn sy memg mint dy) tp disebabkan liriknya.sy prnah menangis dgr lagu ni time dh nk spm.x tau knape.dpt merasa feel nk exam 2...btw wish me luck n gd luck to u too..gambate ne..

    ReplyDelete
  3. eit..ami mandarin juga.....nnti leh le speakcina ngan ko..hahah..
    neway, gudlak sem nih...doakan aku dpt LI gak ek...asal arr sush sgt nk dpt tmpt utk chem eng nih,..huhu

    ReplyDelete
  4. bru nak start kelas ke?
    lmbtnye. study mane ek??

    ReplyDelete
  5. p3perak --> salam. xpa2, bleh je tumpang lalu :-) owh it depends on the person. how they get involve in det songs. but for all kind of dis song giv such an inspiration for me. owh yeke kamu mcm tu masa tadika? ok la tu, at least ada sumthing utk dikenang :-)

    ReplyDelete
  6. khairiyah --> lagu gemuruh mmg a good song. dlm konteks motivasi la. cuba tgk lirik dia. " gemuruh jiwa, semangat membara, dari punjuk menuju ke angkasa " tak semestinya utk exam je. utk anda yg inginkan kejayaan. insyaAllah :-)

    ReplyDelete
  7. meera^da cute..*_* --> ya saya mengambil mandarin. nak speaking mandarin? buleh2. speaking pertama. " ni jiao shenme mingzhi? " jawab2. hehe ~ :-)

    ReplyDelete
  8. Sharinginfoz --> danish anak ke? comey anak anda. :-)

    ReplyDelete
  9. azizisamsudin --> salam kenal kembali.

    ReplyDelete
  10. Ery Farieha --> a'a, baru nak start. eh tak perasan ke di atas sudah dimention :-) saya study kat UiTM

    ReplyDelete
  11. salam...

    selamat menempuh azam baru dan tahun baru..

    p/s:....Biarkan masa berubah ,tapi aqidah jgn goyah.Silakan masa berganti,tapi keyakinan jgn mati.Ia adalah intan paling mahal,berharga, dan permata penyeri jiwa.Pejuangkan IMAN dan ISLAM..mge urusan2 kite semua dipermudahkan ALLAH....

    ReplyDelete
  12. marsitah --> salam. terima kasih atas pandangan. insyaALLAH apa yang dilakukan hanya untuk Dia :-)

    ReplyDelete
  13. salam perkenalan... first bulan tengok nama kamo.. ingatkan gurl,.. bila bukak page kamu.. wow... hheheh..
    nama kamu sedap serius...
    belajar mana??
    utara juga ke..
    jgn ponteng kelas tau..
    sampaikan salam buat teman mu itu

    ReplyDelete
  14. BuLaN iTu aKu --> salam perkenalan kembali. hehe ~ eh tidakkah kamu mengfokus bacaan kamu sehingga terskip tempat belajarku? huhu ~

    ReplyDelete
  15. BuLaN iTu aKu --> salam perkenalan kembali. hehe ~ eh tidakkah kamu mengfokus bacaan kamu sehingga terskip tempat belajarku? huhu ~

    ReplyDelete
  16. sya suka lagu samudera..nora nyanyi..sedap ooo..tp xleh mkn walau sedap sekali...hehehheh...

    ReplyDelete
  17. Semua yg dlm list itu lagu pembakar semangatku.

    ReplyDelete
  18. Standing in eyes of the world...lagu pmbakar smangatku ktika hmsick yg hmpir 2sem ble 1st tme bjauhan dgn fmly..huhu

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe