Kita Dan Al-Quran

January 23, 2010

Assalamualaikum w.b.t

Salam perpaduan semua. Minggu ke tiga belajar. Dah bermula episod kebizian dalam melewati hari-hari yang mendatang. Kerja pun makin hari makin banyak. So ayat yang saya selalu pakai apa murid-murid? STANDARD CHARTED la! ( Segerombolan manusia menjawab serentak ). Oh sungguh bagus anak-anak muridku ini. Gua praktis nak jadi cikgu.

Beberapa weekend yang lalu member gua ajak pergi Lowyat. Kalau sebut ja Lowyat siapa tak tau tu saja sangat la. Tapi aku pun baru saja tau sejak menjejak kaki ke bumi Shah Alam ni. Lowyat sinonim dengan ' Barang-barang komputer '. Memang perkakas lain turut serta meramaikan majlis, tapi barangan komputerlah mendominasi tempat itu.

Aku bukannya nak beli apa pun. ' Membeli-belah tingkap ' sahaja. Tetapi gua dengan secara tak sengajanya termasuk sebuah kedai yang tak ingat namanya. Tertarik akan sebuah 'benda'. Ya la bagitau. Benda itu ialah sebuah buku. Kat bawah ni lah rupa paras buku yang dimaksudkan.


Buku bertajuk ' AL-QURAN RAHSIA TERUNGGUL ( RAHSIA KEBAHAGIAAN SEJATI ) hasil karya oleh ALI AHMAD MALEYA. Err, setakat nak beli buku tak payah nak pergi sampai Lowyat. POPULAR dah berlunggok dah. Ya tak ya juga. Ala dah terlanjur pun. Apa salahnya kan. Okey okey tak salah.


Aku baru baca sedikit buku ni. Aku ni memang gemar membaca tetapi bukanlah seorang yang gemar 'rushing'kan pembacaanku. Maksudnya aku ni tak akan concentrate on that book until finish up. Aku suka baca sikit-sikit dan sambung pulak esok atau lusa. Oh itu terpulang kepada anda la. Ke'suitable'lan masing-masing. Janji tanamkan sikap suka membaca. Itu yang paling penting.

Basicly this book very good for everyone ( i think ). AL-QURAN RAHSIA TERUNGGUL : Kunci utama untuk menyingkap segala rahsia yang tersurat dan yang tersirat di dalam ayat-ayat qalam Allah, yang terungkap melalui Al-Quran dan sering kita dengar, sering kita baca, tetapi malangnya tidak ramai yang mampu menjiwai makna dan rahsianya, sehingga kita terlepas dari merasai kenikmatan dan keberkatan yang terkandung di dalamnya.

Aku cuba berfikir dan mencari hubungkaitnya dalam kehidupan masyarakat kita hari ini. Di bawah apa yang terfikir :

Hari ini ibu bapa berasa sedih dan kecewa jikalau anak mereka tidak lulus peperiksaan terbesar ( UPSR, PMR, SPM, STPM ). Tetapi tidak berasa sedih dan kecewa sekiranya anak mereka tidak tahu membaca Al-Quran.

Hari ini ibu bapa berasa hampa dan terkilan jikalau anak mereka tidak disenarai akhir dalam menyertai pertandingan realiti tv. Tetapi tidak berasa hampa dan terkilan sekiranya anak mereka tidak mengenal Al-Quran.

Hari ini ibu bapa sanggup menghabiskan wang ringgit demi membiayai kos pelajaran anak-anak mereka demi memastikan hebat dalam pelajaran. Tetapi tidak sanggup untuk menghantar anak-anak mereka ( kelas ) untuk belajar mengenal dan membaca Al-Quran.

Sila jangan salah faham lagi. Aku tidak melabelkan sesiapa dalam apa yang aku utarakan di atas. Just my point of view. Sekadar pandangan dan pendapat dari insan yang jahil ini ( masih belajar memperbaiki diri ). Aku pun masih belajar membaca Al-Quran. Masih tidak sempurna bacaanku. Masih mengalami kekeliruan dalam hukum tajwid lagi. Tapi insyaALLAH aku akan belajar membaiki diri.

Kadang kala terlintas juga di fikiran ini. Apabila di tanya segelintir manusia. "Yang mana penting lagi? Dunia ke akhirat?" Jawapan yang rata-rata akan membalas "Eh dua-dua penting beb! Bagi seimbanglah dunia akhirat".

Okey now mari berfikir sejenak. Seimbang dunia dan akhirat. Apabila rancangan kesukaan TV mula nak start, contohnya pukul 9 malam. 8.30 dah tercegat di hadapan TV. Tetapi apabila azan berkumandang di udara, "eh kejap lagi la, dah nak habis dah rancangan ni". Seimbang dunia dan akhirat.

Contoh lainnya pula. Selepas solat maghrib lekas-lekas buka buku pelajaran. Yer la, esok exam pagi-pagi tu. Eh tak boleh ke baca Al-Quran sekejap. 5 minit je pun. Seimbang dunia dan akhirat. Nak contoh lain? Hemm, kejap fikir. Okey dah dapat. Kalau nak beli sesuatu yang nak sangat sanggup habiskan duit. Aku tak kira! Janji aku dapat selipar jepun ni. Err, okey contohnya. Tapi rasa sayang sangat nak sedekahkah wang ringgit kat tabung masjid depan rumah tu. Seimbang dunia dan akhirat.

Adakah perbuatan-perbuatan di atas menggambarkan seimbang dunia akhirat? Anda dah tahu pun jawapannya. Sekali lagi ingin memberitahu, bukanlah bermaksud aku ini dah terlalu banyak buat kebaikan. NO! Tidak sama sekali. Tapi aku rasa benda ini patut kita sedari dan sama-sama berfikir macam mana caranya untuk memperbaiki diri.

Amalan yang disukai oleh Rasulullah SAW ialah melakukan sesuatu itu secara berterusan walaupun sedikit. Marilah kita sama-sama berfikir akan perihal ini. Jom kawan-kawan. Jomlah kita jadi pemuda-pemudi yang cintakan kitab suci yang agung ini - AL-QURAN.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud : "Salah satu golongan antara tujuh golongan yang akan dilindungi Allah dalam naungan-Nya pada hari yang tiada naungan lain selain naunganNya ialah seseorang pemuda yang cenderung hatinya untuk beribadat kepada Allah." { Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah }

Tegurlah diriku sekiranya kenyataanku di atas salah sama sekali. Sangkallah pendapatku sekiranya lagsung tidak boleh diterima dek akal. Kritiklah aku sekiranya apa yang aku nyatakan salah di pandangan anda. Apapun marilah kita muhasabah diri, belajar dan terus belajar. Sesungguhnya yang terbaik itu datang dari Allah jua dan yang lemah dari insan kerdil ini. Wallahu'alam. Wassalam ~



p/s --> Jom dapatkan buku tersebut di pasaran dan sama-samalah kita menjadi insan yang cintakan Al-Quran.
p/s/ --> Silalah menjengah ke blog bisnes gua dengan hanya klik di sini. TQ!

You Might Also Like

22 Comments

  1. nasib baik aku dapat abah yg utamakan alquran, abah ajar sendiri 8 org anak2 dia baca quran sampai pandai, kena lempang kalau salah bab ngaji n tajwid mmg dah biasa, sampai nangis2 kitorang adik beradik. n sampai skang pun, abah still cek bacaan quran kitorang. terharu sangat. my dad, cuma 1 dalam dunia.!

    ReplyDelete
  2. bagus2...utamakan Al Quran drpd novel2 biasa tu.Al-Quran kan novel paling best!!!bahasa para anbiya',bahasa AlJannah.jadikannya panduan hidup...Hidup Islam.Allahuakbar!!!

    ReplyDelete
  3. contoh seterusnya kita tengok sendiri pada doktor2. seimbang x dunia akhirat? :) bukan rawat jasmani semata, tapi rohani jugak :)

    ReplyDelete
  4. emm. topik yg bagus. persoalan "mana lagi penting, dunia ke akhirat?" umpama telah ada jawapan refleks dari rata-rata masyarakat yang of coz mengaku islam. maksud aku mereka suka melontarkan kata tanpa memahami maksudnya.

    tak kira bab tajwid je, tauhid ke, fekah ke, ramai je yang begitu konfiden dengan hujah2 mereka sambil galak berpaksikan tiang islam.

    contohnya, aku pernah terkesima bila ada manusia yang mengatakan pada aku maal hijrah dan awal muharram itu berlainan. aku juga terpaksa mengkaji semula ilmu tauhid dan nas-nas di sebaliknya ketika polemik penggunaan nama Allah dibangkitkan.

    dan hanya baru-baru ini aku dapat tahu bahawa persitiwa hijrah bukan berlaku pada 1 Muharram sebaliknya tarikh itu adalah permulaan kalendar yang mana secara tak langsung kalendar itu mula dikira pada tahun hijrah.

    ia membuatkan aku banyak terfikir, berapa banyak ilmu-ilmu sampingan yang kita tak tahu dalam mendukung diri kita untuk mengaku kita islam sejati?

    okeh, aku mungkin tergolong dalam manusia akhir zaman yang hanya berstatus islam pada nama.

    tapi aku rasa dalam keadaan carca merba sekarang dengan pelbagai perdebatan hukum syarak dan mazhab dan sebagainya, adalah lebih baik aku memfokuskan sahaja kepada penuntutan ilmu asas tiang agama yang masih banyak aku ketinggalan dan lalai dalam perlaksanaannya.

    cukup lah aku lahir sebagai islam, dan mati juga dalam islam, biarpun aku ini tidak layak digelar pendeta islam sekalipun.

    ReplyDelete
  5. ^^JiKa namanye 'IsLam' dan mengaKu 'berIman'..wajibLah dekatkan diri dengan Al-Quran..Bukan itu saje, Fahami isi kandungannya dan mengaplikasiKan hukum yg terdapat dalam al-Quran itu.

    ini buKan 'kerja' ustaz' dan 'ustazah' saje..

    'kerja' kte org2 yg 'beriMan' ^^

    ReplyDelete
  6. betol3 ana solehah~
    nothing to say,cuma terkilan tgk bekas anak murid aku yg xtahu ngaji,dan aku plak xsempat nak ajar diorg,,,,

    ReplyDelete
  7. melalui pemerhatian..alhamdulillah rakyat malaysia cukup subur dalam mengaji al-Quran. kita masih melihat anak-anak kecil dihantar untuk mengaji al-Quran. tetapi ketahuilah 1 fakta, yang rakyat malaysia cukup kontang dalam mengkaji al-Quran.

    kebiasaan mengaji dari anak kecil sampai peringkat tua,dah umur 55 tahun masih belajar mengaji lagi?..pemahaman al-Quran masih kurang atau tidak memahami isinya. pemahaman isi al-Quran ini tidak dititik beratkan sepertimana mengaji.

    maka tidak hairanlah kita masih di takuk lama. sedangkan muallaf di luar negara tidak tahu mengaji,tetapi memahami (mengkaji) maka mereka hebat dari segi dakwah di sana,sehingga 20 ribu orang kafir memeluk islam setiap tahun di sana. tapi dakwah di malaysia? makin banyak murtad ada. kita jauh dengan al-QUran,kita jauh memahami dalam memahami al-Quran. sedangkan itulah buku manual panduan hidup kita. kita masih terlalu sikit ATAU ZERO berdakwah dengan non-muslim.. hanya bercakap tentang islam dengan sesama muslim je..

    muhasabah bersama..

    mengaji dan mengkaji seimbang.

    kita pertingkatkan ilmu untuk berdakwah dengan non-muslim,kita perlu mengkaji agama mereka untuk mudah kita kaitkan kelemahan agama mereka dan kebenaran dan kehebatan Islam. tidak dapat tidak,kita pun perlu mengkaji perbezaan agama ini untuk kita merasakan sendiri keistimewaan islam. justeru,menidakkan Islam itu hanya agama warisan keturunan dan Islam hanya atas nama.tetapi membenarkan kita pilih Islam,bukan kerana agama warisan tetapi PILIHAN HATI kita. dan menjadikan kita hamba Allah yang sebenar-benarnya memahami tuntutan Islam.

    ..ayat di atas,ayat yang dicedok selepas mendengar ceramah "al-Quran dekat di hati,melahirkan generasi cemerlang dengan formula I.S.L.A.M."..harap maklum.

    saya menyimpan niat untuk mengkaji agama2 yang ada di sekeliling kita.di sekolah tak di ajar ilmu pengkajian agama ni.maka kena belajar sendiri dan ibu bapa perlu mengajarkan pada anak-anak.
    bagaimana dengan anda?

    pengalaman saya berchatting dengan seorang christian,yang menyoal..kamu dah kaji ke Islam? kamu hanya warisi dari ibu bapa kamu. kamu dah kaji christian? mana satu yg benar dan apa hujah kamu?

    maka bersediakah kita? jika iman tak kuat, ilmu agama kurang, mudah je cristian memesongkan akidah kita.sesetengah negara termasuk malaysia,kristian aktif menyebarkan dakyah mereka. maka meningkatnya kes murtad di malaysia.

    okey itu je.
    sorry hami,panjang2 macam entry dah.lau tulis entry macam ni di blog saya yg tak famous tu kurang la orang membacanya. jadi saya ambil kesempatan berkongsi di sini. hidup perlu pandai mengambil peluang. tak gitu? :)

    ReplyDelete
  8. oh ye, lupa bagi cara.
    satu pendekatan yg boleh kita guna adalah dengan memberi buku-buku pendedahan Islam atau tafsir al-Quran kepada non-muslim.
    yela nak terangkan kita pun tak pandai mana. dengan buku tu boleh la dia baca sendiri.
    penyanyi terkenal cat stevens, skang dikenali yusuf islam, masuk islam setelah menerima hadiah buku "the amazing of Quran".
    golongan saintis yang hebat dan anti-agama(aethes) banyak masuk Islam setelah mengkaji kebenaran dalam al-Quran..dan banyak lagi nama-nama muallaf yang terkemuka.
    saya nak cerita lagi,mungkin next entry di blog saya insyaAllah. perlu pada perincian. so tak leh nak direct citer skang.

    ok rumusan,dakwah non-muslim perlu ada pendekatan berhikmah. eratkan hubungan dahulu dengan mereka dan beri hadiah buku. semua ni perlu kepada ilmu. ilmu dan ilmu. mari sentiasa update diri.

    ReplyDelete
  9. setuju jgk.
    ibu bapa skrg kurang penghayatan dlm membudayakan islam lagi-lagi Quran

    ReplyDelete
  10. A'lillah.....
    tahniagh kepada hami asraff atas segala penerangan diatas.....sayer plak peminat peminat buku edaran Al-Risalah.....semuanyer tentang peringatan utk kiter.....nasehat utk kiter.....dan baik utk kehidupan seharian kiter....

    sayer pon baru jer abis baca separuh isi kandungan dr buku ini....dan terbukti ianyer byk mengingatkan sayer tntg kesilapan sayer selama ini....dan sayer mula sedar akan tggjwb sayer di dunia dan akhirat.....

    ader stu petikan cerita dlm buku ini yg betul2 menyentuh hati sayer....kisah ini mngisahkan tntg nasrani yg membawa puterinyeryg lumpuh dr lebanon ke syria kerana doktot di lebanon tiada kepakaran utk mengubati puterinyer....mereka tggl tidak jauh dr makam suci Sayidah ruqayah....

    pada tanggal 10 Muharram...wanita itu melihat ramai org berduyun2 ke makam suci tersebut....lalu dier bertanyakan pada penduduk kampung.....mereka menjawab merka ingi menziarah puteri Saidinia Hussein bin Ali bin Abi Thalib ra, cucunda Rasullullah saw....

    dengan ketulusan hati dan keinginannyer utk melihat puterinyer sembuh....dier pergi makam suci tersebut....wanita itu berdo dgn sepenuh hati dan berjam2 lamanyer sehingga wanita tersebut jatuh pengsan akibat kepenatan....lalu wanita itu terdengar ader suara yg berbisik kepadanya...."bangkitlah dan pulanglah ke rumah nescaya puterimu sendirian di rumah dan ALLAH telah menyembuhkannya".....

    wania itu bangkit dan bergegas kerumah...sebaik tiba si ibu terkejut melihat puterinyer menyambut kepulangannya dengan senyuman.....si ibu bertanyer mukjizat apekah yg terjadi....

    si anak menjawab...."sebaik sajer ibu keluar....ader seorg wanita bernama Ruqayah datang kerumah....dia ajk sayer keluar bermain bersama2nyer....bacalak Bismillahirrahmanirrahim agar engkau mampu berdiri...dia menarik kuat tgn puteri itu dan ternyata bdn puteri itu dah kembali sepenuhnyer....

    selepas kejadian itu....si puteri tersebut memeluk Agama Islam atas tanda kesyukurannya kepada ALLAH....

    Allah hu akbar....besar sunnguh nikmat yg ALLAH berikan pada kiter....cumer kiter yg lalai dan leka dalam mengejar dunia....

    ReplyDelete
  11. seeloknya di setiap sekolah diberikan buku teks berupa terjemahan al quran yang dinukil menarik agar budak2 boleh membacanya penuh minat... selain memahami terjemahan, tingkah juga terbentuk baik...

    ReplyDelete
  12. Terima kasih kerana membuat entri berguna ini. Semoga dapat memberi manfaat dan pengajaran kpd semua pembaca. Teruskan berkarya=)

    ReplyDelete
  13. yer..alquran memang segaalnye...saya selalu sibuk ngan kerja..tp sy tetap cube utk bacanye..sekurg2 1 muke surat...sebab pd sy..alquran shj mampu kurangkan rase stress bekerja...

    regards,

    Triplesmiley

    ReplyDelete
  14. pergh bro memang best...tepat kat batang idung..tahniah bro..

    ReplyDelete
  15. da lame gile x mmbaca ney.. adesh.. igt nnt nk g MPH cari arr...

    ade owg ckp, blajar bace al-quran dgn mak kite agy bgus.. btul erk??

    ReplyDelete
  16. komen2 yg m'bina gk dr tman2 yg mngomen...n utk mr blogger,cba bc plak buku keajaiban sains & al-Quran,penulisnya dr daniel..
    bku 2 mmg best gler wa ckp lu...heh3...;p

    ReplyDelete
  17. smoga info2 sebegini memberi keinsafan kpd kite semua..amin.. :)

    ReplyDelete
  18. aku dah baca buku nie....
    mmg bez dah mudah difahami..
    aku harap korang pn baca buku nie..

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe