Kegagalan Suntik Semangat

January 19, 2010




Assalamualaikum w.b.t

Masuk-masuk terpandang jejaka di atas tu. Siapakah beliau? Beliau ialah Najmil Faiz Mohamed Aris. Mungkin ramai yang kenal beliau. Mungkin juga tak ramai yang kenal. Di bawah ni ada sedikit info mengenai beliau. Anda pasti kagum.

Percayalah!
Sumber di petik : Kosmo Online.

Kegagalan Suntik Semangat


NAMANYA mula menjadi sebutan pada awal tahun 2005 yang lalu. Najmil Faiz Mohamed Aris membuatkan rakyat negara ini tersenyum bangga apabila menjadi anak Malaysia pertama diberi penghormatan membentangkan tesisnya di Parlimen Britain.

Bukan hanya nama negara dijulang, bahkan kajiannya itu berjaya membuatkan Britain membuka mata tentang kebolehan anak watan negara ini. Para hadirin yang terdiri daripada tetamu terhormat dan saintis di House of Common, London tertarik dengan pembentangan selama 15 minitnya itu. Mungkin tarikan itu datang daripada saiz tubuh yang lebih kecil, tapi hakikatnya, idea penyelidikan anak muda ini begitu mempesona.

Kajiannya mengenai teknologi nano dalam kejituan kejuruteraan mendapat pujian Menteri Perindustrian Britain, Dr. Brian Iddon dan dinobatkan sebagai Prospek Terbaik untuk industri pembuatan. Hebat sekali pencapaiannya. Terpilih sebagai seorang pelajar Asia paling cemerlang, mungkin ramai yang beranggapan dia sememangnya lahir sebagai insan terbilang.

Benarkah begitu? Dibesarkan di Pasir Mas, Kelantan dalam keluarga sederhana, dia merupakan pelajar sekolah yang nakal di sekolah dan pernah memakai tali rapia pada kasut sekolah. Lebih teruk daripada itu, dia turut terjerumus ke dalam kancah mat rempit jalanan. Kerana sikapnya yang nakal dan culas, akibatnya, dia memperoleh pangkat 3 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dilabel ramai sebagai satu kegagalan. “Kegagalan itu menjadi kaunselor hidup saya. ‘Dia’ membantu saya bangkit dan sentiasa di sisi untuk ‘memukul’ saya bagi meneruskan perjuangan,” katanya ketika dihubungi KOSMO! baru-baru ini.

Najmil, 28, kini menuntut di Brunel London University dalam pengajian ijazah doktor falsafah. Selain telefon, emel juga menjadi penghubung di antara penulis dan Najmil bagi menyediakan bahan artikel ini. Menyorot zaman ‘nakalnya’ dahulu, Najmil berkata, sejak di sekolah rendah lagi, dia minat bertukang dan mengubah suai basikal. Keadaan tersebut berlarutan ketika di peringkat sekolah menengah.

"Nama pun budak sekolah vokasional. Kalau dulu basikal... kini motosikal menjadi sasaran saya. Sikit sebanyak ilmu automotif yang diterima oleh saya dan kawan-kawan di sekolah telah dicampur dengan kreativiti sendiri untuk memperbaharui prestasi motor. “Namun, kebolehan yang ada disalah guna dengan menguji hasilnya di jalan raya tanpa menghiraukan keselamatan diri. Inilah masa untuk menguji sejauh mana lajunya motor kita dengan motor orang lain.

Saya pernah terlibat dengan kemalangan tetapi tidaklah cedera teruk,” katanya. Selepas ‘terkandas’ dalam peperiksaan SPM, dia bekerja sebagai pembantu pam minyak berhampiran rumah. Ejekan dan sindiran sinis daripada kawan-kawan serta ada yang ‘buat-buat seperti tidak mengenalinya’ membuatkan dia berasa perit dengan kegagalan. Dia mula sedar untuk menjadi lebih baik dan bertekad untuk ‘berhijrah’ menjadi insan berjaya.

“Saya berterima kasih kepada mereka yang mengejek saya gagal kerana ungkapan itu tidak melemahkan saya malah membakar semangat saya untuk berusaha lebih bersungguh-sungguh untuk menjadi seperti hari ini,” ujarnya. Perjalanan untuk bangkit tidaklah semudah itu. Dia kemudian memohon masuk ke sebuah institut pengajian tinggi swasta di Damansara, Kuala Lumpur dalam pengajian berkembar luar negara bagi kejuruteraan mekanikal. Bagaimanapun, keputusannya tidak memuaskan sekali gus memadam hasratnya untuk mendapatkan tajaan melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Namun, dia tidak berputus asa. Dia memilih jalan sukar untuk masuk ke Leeds Metropolitan University, Britain. Dia berusaha mengumpul wang sebanyak yang termampu dengan bekerja di sebuah syarikat antarabangsa di Damansara. Berbekalkan duit gaji itu serta pinjaman bank yang dijamin oleh bapanya yang berpendapatan sederhana, cita-citanya untuk melanjutkan pengajian ke universiti tersebut tercapai. “Di sana, saya bekerja keras untuk hidup. Wang perlu dicari sendiri untuk membayar yuran universiti, sewa rumah, buku dan sebagainya.

Saya bekerja dan dalam masa yang sama, tekun belajar. Hanya belajar dan bekerja menjadi rutin harian hidup saya. Tidak ada masa untuk berehat, melepak atau berhibur. "Macam-macam kerja saya buat. Mengangkut barang, mencuci bangunan dan longkang serta membersihkan stadium. Kadang-kadang sampai tiga kerja sehari. Saya lihat, pelajar yang mendapat tajaan pun terpaksa bekerja sambilan untuk menampung perbelanjaan. Bermakna saya yang datang tanpa tajaan perlu bekerja lebih kuat lagi!



MENERIMA Anugerah Terbilang daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di PWTC, Kuala Lumpur pada tahun 2005


Akhirnya, berkat kesungguhannya, dia berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kejuruteraan pembuatan dengan cemerlang dan penyelianya mencadangkannya untuk meneruskan pengajian ke peringkat doktor falsafah.

“Gagal sekali bukan bermakna gagal untuk selamanya. Prinsip hidup saya adalah selagi ada kemahuan di situ ada jalan. Jika orang lain boleh melakukannya, kita juga pasti boleh melakukanya,” tuturnya.

“Ia untuk mengeluarkan diri kita dari zon selesa yang menyebabkan kita kurang sifat cekal. Apabila kita berada di tempat orang, kita terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran seperti budaya, bahasa pertuturan dan layanan yang berbeza. Semua ini akan menguatkan semangat dan membuatkan kita berfikir lebih matang dan pantas,” ujarnya yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan. Isteri dan anaknya menemaninya di London.

Ikuti cerita selanjutnya di sini.

Sebenarnya sikit saja lagi cerita mengenai beliau aku tak copy di sini. So macam mana? Kagum dengan pencapaian anak muda ni? Kalau bertanyakan aku, jawapanku SANGAT KAGUM!. Aku telah mengikuti perkembangan mengenai beliau sejak tahun 2005 lagi. Dari situ aku jadikan beliau sebagai 'inspirasi' aku. Cerita 'kegagalan' beliau menjadi pedoman untuk aku.

Last 2 years aku berjaya dapatkan buku tulisan beliau yang bertajuk Meniti Puncak Antara Realiti & Fantasi. Versi Inggeris Towards Greater Height. Memang menarik buku tu. Menceritakan pengalaman jatuh bangun beliau dalam dunia akademik sehingga ke mercu kejayaan. Juga disertakan beberapa tips belajar dan saranan. Good for everyone.

Di muka terakhir buku, beliau ada memberi emelnya supaya senang untuk dihubungi. Memang aku ada emel beliau mengucapkan tahniah atas kejayaan yang sangat membanggakan itu. Mengharumkan nama negara beb! Bukan semua orang boleh lakukan. 10000 orang dalam 1 barangkali. Juga aku minta tips serta pandangan.

2 tahun berlalu. Tiada emel yang singgah di kotak emelku dari beliau. Oh faham. Beliau pastinya seorang yang sangat sibuk dalam merencanakan kejayaan hidupnya. Banyak urusan yang perlu didahulukan. Sehinggalah semalam.

Aku online YM seperti biasa. Tiba-tiba somebody YM aku begini " Salam. Perjalanan masih jauh lagi " Mula-mula tu aku buat rileks je. Ingat member-member. Bila aku amati nama beliau, NAJMIL FAIZ??!! ( teruja yang amat sangat ketika ini )

Memang aku tak sangka dapat YM orang yang dah lama aku 'inspirasikan'. Alhamdulillah diberi kesempatan itu. Ada la YM tanya itu dan ini ( kan aku ni banyak bertanya ). Juga aku telah minta kebenaran beliau untuk menulis mengenai beliau ini. Dia kata, " Silakan dan thank you very much " dan mengakhiri perbualan " Hami, take care. Kamu akan berjaya satu hari nanti "

Doa dari seorang insan yang aku kagumi. Memang lepas sahaja YM dengan beliau aku terus menulis entri ni. Diharap kisah beliau menjadi pedoman dan inspirasi untuk kita semua khususnya para pelajar macam aku.

Itu sahaja kali ni. Wassalam ~

"kegagalan dalam liku-liku perjalanan hidup adalah untuk mematangkan diri seseorang"


Bersama buku tulisan beliau bertajuk "Meniti Puncak Antara Realiti & Fantasi"


You Might Also Like

41 Comments

  1. Salam..

    Ketika kejayaan saudara najmil diumumkan, sy xterkecuali berasa kagum dgn kejayaan beliau..sy juga b'cita2 menjadi seperti beliau..tp malangnya..lari bidang la pulak sejak masuk ipt..

    Tp xpe..lain org, lain caranya..kejayan beliau tetap m'jadi pendorong sy..Sy pun t'golong dlm golongn org yg tidak dipandang..penuh b'liku nk dapat apa yg sy perolehi skang ni..

    Alhamdulillah, walau bukan dpt tmpt di IPTA yg dibanggakan tu, sy mampu b'jaya dlm bidang sy skang ni..

    Alhamdulillah..sy dpt menyambung master business administration (muamalah)...

    ~ NEVEY SAY DIE BEFORE I TRY
    ~ Sy penah dikutuk kerana 'bodoh' oleh insan yg b'gelar ustaz..tq atas kutukan itu..

    ReplyDelete
  2. aiseh. dah kawen la plak. haha. oh bangga juga dgn beliau.

    ReplyDelete
  3. masya allah...

    hebat dye...

    kagum saya...

    smoga sy pun bley blajar dri penglaman hidup macam dye... :)

    ReplyDelete
  4. Aminn..Semua antara kita akan berjaya jika ada kemahuan yang bersungguh dan istiqamah serta iringan doa kepadaNYA :)

    ReplyDelete
  5. waa,.

    sungguh kagum,.,.
    semangat sikit rase,.sbb mmg rs mcm xde motivasi...,


    bangga betul ade ank muda spt ini,

    bila la nk jadi mcm dia

    ReplyDelete
  6. Owh... Bagus2...

    Nanti kalau boleh Hami Asraff la pulak buat satu buku, dan YM aku~

    Insya Allah...

    ReplyDelete
  7. Sangat2 kagum dengan kegigihannya...beruntung siapa yang menjadi isterinya itu apatah lagi ibu yang mengandungkannya. Sejuk perut Ibu.

    ReplyDelete
  8. wow!!!mmg best jd cm die..byk xperience...muka pn encem...heh3...pape pn,tabik spring r klu de g llki cm ni...;p

    ReplyDelete
  9. salam tuan rumah,

    semenjak nama beliau baru mula meniti di bibir masyarakat,saya sudah mula sedar kewujudan beliau.menjadikan beliau salah satu sumber inspirasi bukan 1 kesilapan! moga beliau terus berjaya duniawi dan ukhrawi..

    ReplyDelete
  10. i read about him too much b4... one of my idols in education field...

    ReplyDelete
  11. ~fantastic person~
    moga kita semua dpt ikut jejak insan cemerlang nih.

    Jum-jum hami, kita nih cemerlang, dan misti bangkit utk jadik cemerlang ,insyaAllah lebih baik dr org2 yg cemerlang...

    Chayokk!!!

    ReplyDelete
  12. Brilliant Marjan --> salam. hemm, kejayaan beliau memang manjadi inspirasi kepada semua orang. yup, kutukan itu kadangkala mampu buat kita bangun semula insyaALLAH :-)

    ReplyDelete
  13. otak ketat --> haha ~ lawak la kamu.

    ReplyDelete
  14. Iznie --> insyaALLAH kita semua boleh berjaya :-)

    ReplyDelete
  15. DiyanAzwa --> usaha + doa + tawakal. insyaALLAH boleh berjaya. jangan putus asa dengan rahmat ALLAH. Dia pasti membantu :-)

    ReplyDelete
  16. 'AQILAH --> jom bangkit! ( kalau orang kedah ni selalu kata bangkit dari tidoq = bangun tidur ) :-)

    ReplyDelete
  17. cikTi --> moga pengalaman hidup beliau menjadi pedoman kita bersama ya :-)

    ReplyDelete
  18. Mrs Salju Kasih --> boleh. najmil_faiz@yahoo.com

    ReplyDelete
  19. Redz da Tsar --> thanks for the saranan. doa2kan la ye :-)

    ReplyDelete
  20. zures --> betul! mak ayah mana tak bangga. tambah2 mengharumkan nama di mata dunia. bukan semua orang mampu lakukan :-)

    ReplyDelete
  21. Penawar --> hehe ~ macam2 la kamu ni penawar.

    ReplyDelete
  22. NuRhAnIsAhSaFiAnShAhNuM --> ya! sudah lama beliau menjadi 'inspirasi' untuk saya dalam pelajaran :-) insyaALLAH

    ReplyDelete
  23. ~Ana Mujahid~ --> oh thanks N. jom pergi 'berperang' :-)

    ReplyDelete
  24. n0thing imp0ssible...every0ne can fly..hehe

    ReplyDelete
  25. SOKONG!! bangun dari jatuh LEBIH BAIK dari tak jatuh jatuh langsung! (kata kata dari seorang yang pernah tersungkur)

    ReplyDelete
  26. tiada yg mustahil dalam hidup ni....

    ReplyDelete
  27. inilah hakikat yang perih

    yang gagal di maki caci
    yang menang dianugerahi puji

    hujani lah puji
    setelah puas mendengar caci

    ReplyDelete
  28. mmg betul2 impressed dgn kejayaan beliau!
    semoga kita pn blh berjaya sprti beliau :)

    ReplyDelete
  29. belum terlambat lagi untuk kita bangkit..yeah!!

    ReplyDelete
  30. manusia makhluk terhebat dan teristimewa yang dicipta Allah..kita semua berasal dengan kosong,tak tahu ape2 pun..tapi bila kita dah mula mengenali kehidupan,tiada apa yang akan mustahil untuk dilakukan..terpulang kepada individu itu sendiri untuk memilih jalan benar ataupun salah..

    Sdr. Najmil membuktikan bahawa gagal pada awalnya tidak membawa kepada kegagalan selama2nya..

    Allah pun ada berfirman mafhumnya : Allah tidak akan mengubah nasib sesebuah kaum itu sehinggalah mereka sendiri berusaha untuk mengubahnya..

    Ana sendiri teruja ngan dia ni..dan anugerah Allah juga sebenarnya..Subhanallah..

    :)

    ReplyDelete
  31. assalammualaikum hami

    saya yang membaca juga turut teruja
    dok pikir camana nak menceritakan kepada anak2 murid saya yang duduk di kelas hujung dengan gaya penceritaan yang semenarik ini

    ReplyDelete
  32. maknanya beliau mmg terer english lah kut ea since skola lg.
    bila lah i nak terer english neh?
    +___+

    ReplyDelete
  33. ~slm~

    sgt2 kagum...smpai xtaw nk ckp apa..heee..

    *twink..twink*..:)

    ReplyDelete
  34. Kira lewat juga dia tersedar. Maknanya kalau anak atau adik dapat biasa2 sahaja UPSR, PMR ke, jangan lemah semangat dan terus berikan mereka harapan, sokongan dan keyakinan. Bagus ayah dia juga seorang yang sabar.
    Pengalaman kerja di UK memang seronok, gaji tinggi. Itu yang silap2 boleh terleka. Kira hebatlah saudara Najmil.
    Satu lagi, namanya telah melambangkan kejayaannya. Najmil Faiz(bintang yang berjaya). Jadi bagi nama anak biarlah bermakna. Doa tu.

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe