Fenomena Cakap (Menulis) Lepas Di Facebook Membawa Kepada Pesongan Akidah

August 15, 2010





Tak pasti, diam saja. Kan lebih baik.

Assalamualaikum w.b.t

Selamat berpuasa sekalian umat. Hari ini sudah 5 Ramadhan umat Islam seluruh dunia berpuasa. Sekejap sahaja masa berlalu. Begitu pantas meninggalkan kita yang masih leka dan terpinga-pinga. Masih.

Seperti biasa, hari ni aku bersembang-sembang dengan dengan rerakan mayaku di Twitter dan seorang rakan Twitterku, Cikgu Farha telah ping sebuah entri yang buat aku tersentap. Aku mengucap panjang. Nauzubillah. Entri Cikgu Farha --> [LINK]

Aku pun akan post di sini. Supaya ianya boleh jadi pedoman dan teladan bersama.


(Save dulu imej di atas ini dan baru boleh zoom untuk melihat)

Walaupun Cikgu Farha sudah beri komen, aku ingin menambah sedikit. Terus menjadi sebuah tanda tanya.

Siapa Salleh Gregor Samsa ini?

Apakah status agamanya yang sah?

Jadi persoalan.

Aku tak pasti dan sesiapa yang baca status yang ditulis tu pun tak dapat kenal pasti apa motif dan tujuan sebenar beliau. Motif status itu dilahirkan. Yang aku nampak lebih kepada tak puas hati. Hasad dengki yang tumbuh dalam jiwa manusia yang tak pernah padam. Atau beliau punya prinsip songsang dalam hidupnya?

Nauzubillah min zalik.

Bak kata seorang rakan di Twitter, "Satgi time dia tengah tekan keyboard menaip dekat Facebook, nyawa kena rentap dengan Allah. Nauzubillah". Tidak mustahil berlaku. Semua itu atas kekuasaan Allah jua.

The power of print screen. Manusia terlalu pantas. Kamu silap, kamu naya! Daripada pengamatan aku di gambar yang telah di 'print screen' tu, cuba lihat ruangan 'Photo Albums' beliau. Bawah penjuru kiri. Ada 2 tajuk Album yang sangat menunjukkan dia ni orang yang 'macam mana'. 2 Photo Albums dia bertajuk 'I Hate Your God' dan 'Fuck Us All'.

Dan ayat dia paling mengjengkelkan :

"Kita letakkan 2015, tarikh kiamat untuk semua penganut itu. Which is by that time, semua mereka (pengikut ini) akan bunuh diri beramai-ramai di padang depan Amcorp Mall"

Hanya mampu geleng kepala.

Bukan ini sahaja yang berlaku. Banyak lagi yang telah berlaku yang tak payahlah aku sebut satu persatu. Siap ada Group dan Facebook Page untuk mereka yang mengeluarkan statement yang tak fikir panjang. Bahananya, kamu dicerca oleh manusia. Ya untuk mereka yang mencerca, bukanlah aktiviti yang bagus. Tetapi itulah yang terjadi. Sensitiviti masyarakat kita sangat tinggi.

Sebelum kita (anda dan saya) ingin mengeluarkan sebarang kenyataan di Facebook, bacalah kembali kenyataan anda. Fikir baik buruknya dahulu. Aku fokuskan kepada Facebook sebab kebanyakkan kes berpunca dari Facebook.

Blog pun macam tu juga. Dah tahu 2 medium ini tatapan satu dunia, masih ingin bereksprementasi dengannya. Natijahnya, kamu bakal terima padah. Sekiranya tak pasti, diam sahaja. Sekiranya tak puas hati, cuba cari cara lain untuk menghambur segala sumpah seranah anda. Apabila anda menghambur segala kata nista, anda yakin bahawa dapat merungkai segala. Anda silap! Tetapi sebenarnya, lagi timbul sebuah permasalahan yang baru.

Ingatlah, aras kematangan anda bakal diukur dari perbuatan anda. Kena sedar akan hakikat yang penting ini. Pernah juga menulis entri ini dulu. Hasad Dengki Mampu Membunuh Setiap Jiwa.

Kita bukan sesiapa untuk menjatuhkan maruah atau menghakimi manusia lain. Kekhilafan dalam diri telah sebati. Terlalu. Yang diutama, hanya nasihat dan menasihati. Tegur sesama insani. Bukankah itu yang diperlu? Tiada ungkapan riak, sombong, bongkak, angkuh sekiranya unsur nasihat terus dikekalkan.

Pesan Nabi, 'Sampaikan Walaupun Satu Ayat'. Sama-samalah kita memperbaiki kelemahan dan tingkatkan amalan di bulan yang mulia ni.

Wallahu'alam.

Wassalam.

You Might Also Like

57 Comments

  1. salamm..

    tak perasan plak ada yang tulis kat twitter macam tuh..hemm itu semua kekuasaan Allah..

    biar lah dia..saya dapat 1 komen mengatkan dia bukan Islam..tak thu laa betul ke tak..

    ReplyDelete
  2. salam...
    nauzubillah...
    berdiam lebih baik dari berkata-kata..
    itu yang terbaik

    ReplyDelete
  3. Farha :

    Walaupun bukan Islam, tak sepatunya cakap macam tu.

    madihah :

    Tak pasti, diam saja.

    ReplyDelete
  4. mungkin kerajaan boleh tambah kurikulum bagaimana cara jaga sensiviti orang lain..? heheh...

    ReplyDelete
  5. Pisyek :

    Cadangan yang bernas jugak tu!

    ReplyDelete
  6. x suka orang cakap macamni...huh

    ReplyDelete
  7. f_aRa_aINa989 :

    Tiada siapa pun suka.

    ReplyDelete
  8. Kalau ada yang tak suka, biarkan.

    Teruskan menulis Papa!

    *wink*

    ReplyDelete
  9. LORD ZARA 札拉 :

    Err, insyaAllah akan cuba lakukan itu :)

    ReplyDelete
  10. betul! zida pun terkejut masa baca pasal ni dekat blog sape ntah. memang gila betul budak to. what the frog betul. huhhuhu siap kata nak buat agama, kitab baru, tak menahan. Astaghfirullah. T___T

    ReplyDelete
  11. moga Allah bukakan pintu hati dorang. amin

    ReplyDelete
  12. zida :

    Saya baca tadi pun sangat terkejut. Bercakap tanpa berfikir panjang.

    SweetyMui2 :

    Moga-moga begitulah!

    ReplyDelete
  13. dah pergi jengah blog dia. mungkin terlalu bosan dgn tuntutan-tuntutan islam barangkali. tue jadi macam tue.

    ReplyDelete
  14. salam..

    Astaghfirullah.. inilah pepatah ada kata telajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya..

    skank kita kne hati2 dalam mengutarakan apa saja pendapat dan pandangan.. jgn sampai mengguris hati dan perasaan orang lain apatah lagi yang bersangkut dengan perihal agama..

    moga di jauhkan kita semua dari perbuatan tersebut..

    ReplyDelete
  15. nauzubillah...manusia skrg smakin rosak..tkut andai akidah tpesong tnpa disedari...mtk dijauhkan lah bnde2 cam neh...bio hidup dan mati dlm islam..Amin....

    ReplyDelete
  16. memula baca memang sakit jati dengan status dia.ko try la bukak blog mamamt ni. mcm takde agama je. nama je Salleh.sayang..

    biarlah, kita doakan yang terbaik buat insan bernama salleh gregor samsa ni..

    ReplyDelete
  17. inilah realiti kehidupan anak2 muda zaman sekarang, memang x semua tapi majoritinya memang begitu... apa yg menyedihkan jumlahnya semakin meningkat... itu adalah di antara contoh yg dpt di kesan... mana yg x dpt di kesan? semua pihak kena bekerjasama dlm membanteras gejala sebegini...

    Thanks for sharing with us :)
    Moderator Blogger's Malaysia
    DAKJAAT.COM

    ReplyDelete
  18. hurm.. dia ckp nak draft kitab.. buat agama sendiri.. heh.. cuba try buat air or udara dulu..???
    ish2.. pening tgk anak muda sekarang..

    ReplyDelete
  19. ima :

    Itulah padahnya.

    Encik Tikus & FaizalSulaiman :

    Eh tak boleh pun masuk blog dia. Ada link?

    HaiDa HiDa :

    Manusia ini kekadang leka dengan apa yang dicakap. Mengikut tuntutan nafsu dan emosi. Sebab tulah jadi macam tu.

    wAwA :

    Moga dijauhkan.

    Dakjaat :

    Sangat sedih apabila teknologi disalahgunakan. InsyaAllah semoga ada manfaat bersama.

    amira :

    Salah siapa? Kena silidik.

    ReplyDelete
  20. hemm..budak2 zaman sekarang..xtau la nk ckp mcm mn lagi da..

    ReplyDelete
  21. isk isk..

    bangga yer mereka..hmmm...speechless..

    ReplyDelete
  22. Fathiah Farid :

    Kurang didikan barangkali.

    kay-N :

    Meletakkan kebanggaan pada tempat yang salah.

    ReplyDelete
  23. Speechless aku bro. Sedih takut semua bercampur aduk. T_T

    ReplyDelete
  24. Mohd Shahrul Hafizi :

    Sama juga perasaan yang dialami aku setelah baca tentang ni.

    ReplyDelete
  25. YA ALLAH..

    "sabitkan hati2 kami dalam agamaMu dan dalam ketaatan kepadaMu. Pelihara akidah kami dari terpesong..Jangan Kau tarik semula hidayah yang telah Engkau kurniakan kepada kami..amin"

    -hanya mampu berdoa.

    ReplyDelete
  26. Nauzubillah..yang mampu kita buat sekarang adalah berdoa agar orang ni dibukakan pintu hatinya dan segera bertaubat..amiin..

    ReplyDelete
  27. hami, ni alamatnya

    taip saja di google

    bintang kertas

    ps:aku link kan entry ni ke blog aku utk edisi pagi ni.again, thanks sharing!

    ReplyDelete
  28. UmmuL SyabinaR :
    Doa terus dipanjatkan. Untuk sekalian umat. Banyak lagi fitnah dunia akan menimpa. Tanda-tanda akhir zaman terlalu banyak.

    iqbalsyarie :
    Sama-sama. Moga kita dijauhkan.

    Nurliyana Amdan :
    InsyaALLAH. Mari lakukan secara istiqamah.

    FaizalSulaiman :
    Dia dah private blog dia. Okey no hal.

    ReplyDelete
  29. tu ler kita pun kena berhati2 mgunakan FB..

    ReplyDelete
  30. LiFe KaMi :
    Sangat perlu. Rasanya kena ada garis panduan. Tambah-tambah untuk bebudak sekolah yang masih baru kenal dunia internet.

    ReplyDelete
  31. Well said.. Tak taw mengapa manusia begitu "angkuh", tak sedar nikmat Allah byk sgt.. nauzubillah...

    ReplyDelete
  32. wow . sgguh , terpana baca tu .

    ReplyDelete
  33. semoga budak ni dapat hidayah dari Allah supaya kembali ke pangkal jalan...

    ReplyDelete
  34. nauzubillah.. moga kita xtrgolong spt itu.. dan moga dia sedar akn perbuatan dia 2.. ngeri gak ble mmbce komen2 kt ctuh..

    ReplyDelete
  35. nauzubillah.. moga kita xtrgolong spt itu.. dan moga dia sedar akn perbuatan dia 2.. ngeri gak ble mmbce komen2 kt ctuh..

    ReplyDelete
  36. Shahrul Shaharuddin :
    Tanda-tanda akhir zaman yang jelas ketara.

    fathiahRAIHANA :
    Hemmm, semua akan terpana apabila baca ni.

    Tomato Gurl's Life & kim_HasNuL :
    Moga-moga.

    ReplyDelete
  37. dari gaya bahasa..macam kenal dari mana...

    perbuatan menghina sangat keji..tiada agama yg mengajar umatnya bermusuh...

    jikalau dia atheist sekalipun...tindakan dia sangat tak bermoral...setahu aku..atheist tak amik kisah pasal agama..

    dia mungkin kecelaruan identiti~

    ReplyDelete
  38. memang dah terpesong dia ni..huhuhu

    ReplyDelete
  39. Sir Marcello :
    Dia sendiri mengaku yang dia kecelaruan identiti sebenarnya.

    [z@ck] :
    Rasanya memang dah pun.

    ReplyDelete
  40. facebook ni dah banyak makan orang ni
    harap2 semua pengguna berhati2 memberi kenyataan / melepaskan geram

    ReplyDelete
  41. bila darah daging dah bersatu dengan iblis..

    ReplyDelete
  42. tehr & .sweet-ants. :
    Macam dah jadi sebuah penyakit.

    ReplyDelete
  43. manusia zaman skunk dah berkata-kata dan bertindak tanpa ikut landasan yang betol..malam blh membwa kepada murtad....takotnya...jika lahir islam tapi matinya kafir....semoga kite lahir dalam islam hidup dalam islam dan mati dalam islam...amin

    ReplyDelete
  44. Salam singgah..moga sihat
    orang di sini..selamat menjalani
    ibadah puasa dengan penuh keberkatan
    jua dari-Nya...
    memang sedih bila ada yang masih di kategorikan jahil..tapi bercakap yang bukan2..semoga mereka bertaubat..

    ReplyDelete
  45. Makin banyak kes hina menghina masuk dalam Facebook ni. tapi selepas itu profile mereka hilang. Adakah kerana mereka yang sengaja memadam akaun mereka ataupun tindakan selepas dilaporkan kepada admin Facebook? saya sendiri tidak pasti (maklumlah tidak tahu dalam bidang itu)

    apapun pendapat saya, budak macam ni tidak perlu dilayan sangat statusnya (yang saya nampak rakan rakannya pun sebengong dia juga). cuma yang menyakitkan hati, penghinaan terhadap Islam yang melampau itu. apapun agama dia, tidak sepatutnya dia berkata sedemikian.

    marah la juga, mudah mudahan dia beroleh hidayah. Ameen Ya Rabb..

    ReplyDelete
  46. nauzubillah.
    apa nak jadilah.
    iman tipis sangat.

    ReplyDelete
  47. terima kasih singgah blog saya. best blog ni. mcm2 hal org sekarang..

    ReplyDelete
  48. Saya sukakan pandangan kamu tentang ini.

    pokok pangkalnya fikir dahulu sebelum buat :)

    ReplyDelete
  49. Terima kasih semua kerana beri pandangan :)

    ReplyDelete
  50. astaghfirullahalazim...YAALlah..sgt3sedih..andainya Rasulullah ada pd zaman ini dan melihat umatnya yang amat Baginda kasihi,,,alngkah sedihnya!!tak tau nak ckp apa..astaghfirullah..wahai saudara seislam dan seaqidah sekalian,,tanggungjawab itu ats tgn kita,,YaAllah aku tak mahu hanya diriku yang merasakan nikmatnya islam sedangkan umat dlm keadaan kontang kanting..ampuniku YA GHAFFAR...bantulah kami dalam menegakkan kalimatun tauhid di atas muka bumi ini.."innaddin 'inda Allah Al islam"

    ReplyDelete
  51. saya pun turut dapat email print screen ini, mengucap panjang juga. tak terkata apa, tak mahu komen apa.
    tapi jika dia memang betul beragama islam, dia sangatlah jahil, sangat kesian dengan diri dia, semoga dia mendapat kesedaran dengan apa yang telah dia katakan.

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe