Baru Setahun Jagung. Kini Berwajah Baru. Dan Juga Trivia Blog Ini.

August 02, 2010






Setahun jagung. Setahun juga usia blog ini.

Assalamualaikum w.b.t

Permulaan yang hanya suka-suka. Mencoret lebih kepada kegiatan harian yang dilakukan. Berkongsi rasa dan pengalaman. Terterbit di hati dan minda untuk berkongsi apa jua yang bermanfaat. Apa sahaja yang di rasakan perlu. Maka, lahirlah Blog Hami Asraff. Blog yang kini berusia setahun 14 hari. Baru setahun jagung.

Setahun sebagai seorang blogger picisan, banyak juga kenangan manis tercipta. Setahun sebagai seorang blogger picisan, banyak ilmu ditimba, banyak ukhwah terbina dan banyak perkara di kongsi bersama. Itulah keindahan berblogging. Wah bermadah!

Hemm, setahun template blog yang gelap. Aku memang bukan tak suka design. Suka sebenarnya. Cuma selesa dengan sesuatu itu untuk jangka masa yang lama. Setia pada yang satu? Kebarangkalian yang agak tinggi di situ.

But now sudah berubah. Sehari suntuk juga design. Dibantu oleh sang sahabat. Tukang komen dan beri pendapat. Terima kasih noh. Tetapi yang pastinya sepanjang penghasilan template ini, hanyalah melakukan sesi hentaman seperti dalam entri Sejarah Header Blog Aku Dan Pengeditan Gambar. Header blog ini dikekalkan, juga taglinenya. Cuma berlaku pengeditan gambar dengan yang sebelumnya. Semuanya hanya menggunakan Photoscape. Memang perisian tu sahaja yang aku tau guna setakat ni.

Kat sini juga ada la trivia mengenai blog aku ni sepanjang setahun aku berblogging :
  1. Ini adalah entri aku ke 152. (Sikit gila. Nak compare dengan blogger lain tak dapatlah)
  2. Jumlah komen di semua entri aku setakat ni 3221. (Terima kasih sudi komen. Hargai!)
  3. Jumlah terkini 1618 followers dan 452 di Facebook Page. (Terima kasih)
  4. Mendapat sokongan untuk terus berblogging dari sesiapa sahaja. (Terima kasih lagi)
  5. Mendapat kritikan yang membina. (Terima kasih banyak)

Itu saja kot trivia. Nanti ada lagi aku tambah.

Sokongan pembaca yang diperlukan oleh seorang blogger. Sangat perlu. Moga kalian terus sudi membaca karya-karya picisan aku. Semoga kita semua blogger terus memberi sesuatu kepada pembaca. Tak kira apa jua bentuk sumbangan. Yang pasti sesuatu yang manfaat bersama. InsyaAllah.

Wassalam.

Rindu template gelap.

Hami Asraff : Ingat nak menulis cerpenlah. Anda rasa bagaimana? :)


You Might Also Like

28 Comments

  1. tahniah...ini lebih mesra mata... :)

    p/s suka jugak kelainan...tak salah mencuba..

    ReplyDelete
  2. you are moving forward.. good good..

    ReplyDelete
  3. Masih belum biasa dgn templete baru hami. Tp satu perubahan yang baik.

    ReplyDelete
  4. rasa lain pulak masok blog ni..biasa gelap..hehehe..

    rasa dari hari tu lagi cakap nk tukar template kn..baru skrg tukar..lama gak dah..hehe..

    btw, nice...saya mmg suka background yang cerah..

    ReplyDelete
  5. tuka template, selalu bawak satu feel baru dlm blog.. :D

    aku hampir nak setahun jugak buat blog, tp belum cecah angka 100 entri lg..teruskan penulisan, aku suka baca penulisan ko. nak buat cerpen? sesuai kot..hehe

    pendapat anda?
    Tak mahu semua, jangan buang semua

    ReplyDelete
  6. tahniah..
    blog yg baik bukan berukur pada usianya.. dan blog ni mmg baik.. :D

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum..

    harus menulis cerpen..:)

    ReplyDelete
  8. rindu template gelap tu jugak..
    ;)

    ReplyDelete
  9. lagi kemas :)
    dan lg senang nk bace
    ngeeee

    tulis cerpen? oke je. ramai suke bace cerpen, but not me
    hahaha

    ReplyDelete
  10. salam, maaf jugak sbb dh lama x kunjung blog ni, permulaan sem ni penuh kebizian sebab praktikum 2 bulan..

    btw, tahniah atas istiqamah berkongsi ilmu dan pengalaman..moga berterusan :)

    ReplyDelete
  11. selamat hari lahir incik blog.

    pendapat?
    kamu tulis, saya baca... :D

    ReplyDelete
  12. ok ape gne putih. terang je nak bce. ;)

    semoga dpt teruskan entry2 y menarik dan bernas.tulis cerpen?menarik?postkan la kat blog.bley komen. hee~

    ReplyDelete
  13. :):)



    bagus. kalau leh kurangkan skit aneka2 kat sidebar tu :)

    ReplyDelete
  14. tulis cerpen kalau tak bersambung sambung ok kot!
    selamat ulang tahun yee!
    teruskan menulis bro!
    :)

    ReplyDelete
  15. baru syok baca!

    tak gelap lagi~

    weee~

    still, tak sabar2 tunggu kamu menulis lagi Papa!

    :)

    ReplyDelete
  16. suka yg icon twitter/facebook/rss and blogger kat tepi tu ..nak cari kat mana yek?

    suka layout baru.. terang..hehe

    MY LATEST POST: The Sorcerer’s Apprentice

    ReplyDelete
  17. hepi birthday to hamiasraff.blogspot.com!

    smoga terus maju jaya ;)

    ReplyDelete
  18. Buat cerpen yang memberi kesan kat hati, berbentuk islamik ! :)

    ReplyDelete
  19. aku suka cerpen ..
    nnty kalau tulis pergi shoutbox aku jerit kuat2 supaya cepat2 aku ke sini /..

    ReplyDelete
  20. impressive, when an ENGINEERING GUY said nak tulis cerpen!

    go ahead.
    all the best. =)

    ReplyDelete
  21. terbaik wok :) saya pun nak tukar putih tak lama lagi :) masih dalam proses mencari header :)

    ReplyDelete
  22. cerpen best kot...tp jgn leweh sgt ek..nnti bosan..

    ReplyDelete
  23. wah..entry terima kasih jugak.kebetulan sama.

    oh,sama-sama.teruslah mnulis dan menyampaikan=)

    ReplyDelete
  24. setahun jagung tp follower dah capai 1600++ kira tersangatlah bagusnya..ramai pengikut mungkin kerana :
    entry yg menarik,
    banyak issue hebat,
    rajin blogwalking,
    lelaki,
    tuan rumahnya hensem...:D
    apa2 pun tahniah dan teruskan berblog..

    p/s hami...mcm nama akak pulak.....

    ReplyDelete
  25. teringat ampa YM kami tanya pasai blog..sekarang ni dah makin femes dah..tahniah!

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe