Surat Daripada Syaitan

April 11, 2010


Gambar Hiasan
Assalamualaikum w.b.t

Okey fine! Aku mencuri. Aku terpaksa. Aku terdesak. Semuanya hanya sebab blog ini. Aku tak nak ianya terus bersawang walaupun pada hakikatnya tak nampak pun sesawang itu. Woi woi hampa toksah dok pikiaq yang bukan-bukan. Aku mencuri masa untuk mengupdate blog ini la. Apa daa.

Tajuk entri kelihatan menggerunkan bukan? Err, tak pun. Kelakar ada la. Perghh dia sebut kelakar tu. Sat nah, aku nak setori kat bawah.

Sebelum tu, perasan tak entri aku bawah yang sebelum ni? Itulah entri terpendek pernah aku hasilkan. Saja nak mencuba sesuatu yang baru :) Entri-entri aku ni tak mencecah 50km sejam memang tak sah. Ceh tak laju langsung!

Okey begini. Sila jangan takut lagi. Dulu aku pernah hasilkan entri Surat Untuk Encik Maxis. Now Surat Daripada Syaitan pula. Oho!

Mari teruskan pembacaan. Sila khusyuk ye membaca.

Hai manusia yang tersayang,

Sewaktu engkau mahu tidur, aku lihat engkau tidak memuji Allah, tidak berselawat, tidak membaca ayat kursi. Ini bagus sekali kerana waktu tidur adalah untuk tidur bukan untuk membaca dan mengingat apa-apa. Sesungguhnya engkau tidak membuang masa tidurmu.

Pagi ini aku melihat engkau tidak mengerjakan solat subuh. Bagus sekali! Engkau telah membuktikan bahawa engkau sahabatku yang budiman. Jangan engkau susah-susah bangun dan memendekkan masa tidurmu. Tidurlah dengan nyenyak dan nyaman. Janganlah engkau pedulikan azan subuh yang mengejutkan engkau dari tidurmu. Bila subuh menjelang, udara masih dingin, tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku seperti puteri kayangan.

Aku juga melihat engkau suka memakai pakaian yang tidak menutup aurat. Bagus sahabatku. Seharusnya engkau perlu mengikut fesyen semasa tanpa perlu terikat dengan sebarang peraturan. Pasti mata-mata juga terpesona melihat kecantikanmu. Sesungguhnya kecantikan yang dikurniakan kepadamu hendaklah ditonjolkan kepada tontonan ramai.

Aku juga melihat engkau jarang membaca Bismillah sewaktu menjamah makanan. Ini bagus kerana engkau tidak memenatkan mulutmu. Aku juga melihat engkau makan dengan lahapnya. Makanlah sepuas-puasnya sayangku. Inikan rezeki dari Tuhanmu.

Sahabat, aku juga melihat engkau bergembira menghabiskan duit dengan bershopping dan membeli kemewahan dunia. Syabas sahabatku. Engkau telah membelanjakan rezeki yang kamu perolehi dengan jalan yang betul daripada memberi sedekah kepada orang lain. Duit engkau hanya untuk engkau. Tidak perlulah bersusah-susah untuk orang lain.

Aku lihat engkau bertemu sahabat handaimu, engkau tidak mengucapkan 'Assalamualaikum', tetapi engkau mengucapkan 'Hi...Hello...Oitt...'. Ini juga bagus kerana engkau seorang yang seorang tidaklah nampak kekampungan. Engkau telah mengikut 'trend' semasa.

Engkau telah membuktikan bahawa engkau dan aku adalah sahabat sejati. Di akhirat nanti, engkau dan aku dapat bersama-sama berjalan. Kita berpegangan tangan menuju ke neraka jahanam. Betapa terharunya aku memiliki sahabat sehidup semati sepertimu duhai sayangku.

Sahabatmu yang tercinta...

Syaitan

Siapakah di antara kalian sahabatnya? Sila angkat tangan! Err, siapa la berani angkat tu bertuah sangat la. Actually artikel ini aku terjumpa dekat Fakulti aku. Dah lama dah. Baru sekarang terasa nak mencoret di sini. Disusuli ada penambahan sedikit dari aku :) Tujuan? Memperingati diriku terlebih dahulu dan kalian yang membaca. InsyaAllah.

Maka, janganlah kita menjadi sahabat Syaitan ini. Nak jadi jugak? Silalah. Sekian.

Wassalam.


Ini pun gambar hiasan juga

Post Script : Penutup terpendek pernah dihasilkan.


Share/Bookmark

You Might Also Like

49 Comments

  1. salam...
    memang entry yg gerun..huhu..tapi ada mesej yg begitu berguna yg nk disampaikan...bagus..betul tu..manusia slalu lalai walaupun bnda yg remeh temeh..so selalulah kita memperingati diantra satu sma lain..
    i/allah...

    ReplyDelete
  2. angkat tgn,
    turun tgn.
    :)
    terima kasih kerana memperingati
    :)

    ReplyDelete
  3. ..بسم الله الرحمن الرحيم

    salam saudara tuan blog..
    peringtan yg baik dlm pnympaian yg menarik..
    terima kasih ats entri ini..
    :)

    ReplyDelete
  4. Biarpun dah pernah baca, tapi setiap kali baca mesti terkesan kat hati ni.banyak sangat leka dengan duniawi..Trimas sebab kongsi..

    ReplyDelete
  5. like like like!
    suka sgt entri neh!
    suke suke die jek pgl sahabat!
    sapa ntah sahat dia tuh!!
    tak mau tak mau!

    ReplyDelete
  6. fuh takuttt....xmoh jd camtu. tq bg peringatan dr masa ke semasa.

    ReplyDelete
  7. huhuhu..kadang teralpa dengan tanggungjawab sendiri..thanx for this entry..takmo kawan ngan setann!

    ReplyDelete
  8. hak2 xmo kawe ngn setan lgik..
    hahaha

    ReplyDelete
  9. hallo...blognya keren pengunjungnya juga banyak...
    kunjungi blog ku

    ReplyDelete
  10. salam..
    entry terbaik..
    walaupun curi masa, tpi curi masa tuk sesuatu yg berguna wat kita smue saling ingat mengingati..
    sebenarnya perkara tu smue terjadi tanpa kita sedar yg kita hmpir berkawan ngan syaitan.. itulah yg amat ditakuti, menjadi sahabat syaitan tanpa sedar... nauzubillah..

    ReplyDelete
  11. adehhh~
    trase gak nie~
    setan btui syaitan nie~hehehe
    nway,thnks for the letter~
    jgn pos kt almt aku suda~hehehe=)

    ReplyDelete
  12. dlu ase cm ade cerita katun sal staitan2 ni.. katun bebudak..katun nasihat..huhu

    ReplyDelete
  13. Salam dari mama

    Mama follow dah....

    ReplyDelete
  14. peringatan y bguna utk umat masa kini~terima kasih ngn surat ini~

    ReplyDelete
  15. beringat selalu.....entri yang sungguh menarik

    ReplyDelete
  16. beringat selalu.....entri yang sungguh menarik

    ReplyDelete
  17. Salam, kemas bro entri..tak sempat nak skip baca tgk2 dah habis baca..peringatan yg bagus dari masa ke semasa,,nice one..

    ReplyDelete
  18. errr..kalo angkat tgn sparuh je kira x?? huhu..
    takmo la kwn dgn setan lagi..setan jahaaaattt~ =(

    ReplyDelete
  19. salam..
    entri menarik..
    terima kasih mengingati
    perkara yang kadang kala
    terlupa...

    ReplyDelete
  20. erkkk...dah penyet rase idungku ini..asyik terkena batang idung jew...
    nice entry~~

    ReplyDelete
  21. salam...
    maaf ye mencelahh di sini
    peanut tunggu sidebar load..
    nak cari shoubox..
    tapi tak load2 gakk
    hehhhe
    salam ziarah kembali ye incik hamiasraff,,,
    :)

    ReplyDelete
  22. Tersentap hati membace entry ni.. Aaaaa.. Tq ;)

    ReplyDelete
  23. sy x nak kwn dgn dier... tp dier yg thegeh2 gak nak kwn dgn sy.. ishh.. muka x malu. :p
    makasih krn mngingatkn hamba yg stiasa leka n plupa ni.

    ReplyDelete
  24. fuh... memang sesuai entry ni dgn gua yang rock... yearghh!!!!
    http://cicaktonjeng.blogspot.com

    ReplyDelete
  25. gambar syaitan ni slalu da dlm majalah pe tah hat islamic 2..
    asuh ek?hehehe..

    ReplyDelete
  26. folo u. folo me. nice blog. nice pix.

    takde chatbox ke?

    ReplyDelete
  27. =)))

    tidak mau berkawan dehngan dia lagi.

    terima kasih kerana memperingatkan.

    ReplyDelete
  28. Mengerunkan secara tersurat tapi menginsafkan secara tersirat. Godaan syaitan memang berbisa dan tak kenal sesiapa. Baik manusia yang jahil mahupun abid yang sempurna ibadatnya. Janji Syaitan utk menyesatkan keturunan Adam pasti ditunaikan dengan gigihnya. Sesaat terlupa, kita akan menjadi mangsanya.

    ReplyDelete
  29. tuan blog,.,.

    ntry yg mnarik.,.
    memang mengena,.,


    tp,,ni nk mntak izin nk share kat facebook,.,


    bolehkan,.?

    ReplyDelete
  30. ramai betoi kawan setan nih... (errr nak angkat tangan ke tak nih?)

    ReplyDelete
  31. huhuhu.... singgah sini juga..nnt selalula datang bertandang ke blog umidanish erk..

    ReplyDelete
  32. salam..

    Thanks for diz entry..its a kind of reminder for me.huhuhu

    ReplyDelete
  33. fuh.. nasib baik x terima surat ni hari ni. haha

    ReplyDelete
  34. dulu kecik2...selalu bace tatiih ke ape tak igt..ade katun syaitan mcm tu..=)

    ReplyDelete
  35. info sejenak =)
    good2..
    keep it up dude =)

    ReplyDelete
  36. terasa plak dgn surat tu.. heheh..

    ReplyDelete
  37. aku xmau kawan dgn diorang
    tapi diorang nak
    cam ner nih?
    ajhhaha
    apa aku merepek nih
    nice entry

    ReplyDelete
  38. salam sahabat..lama x menjengah ke sini..

    erm..tak tau lah..kdg2 berkawan dgn dia ni..knp jadi mcm tu..sbb hati ni x kuat lagi nk melawan..kdg2 tewas jugak ngan godaan dari dorg..

    ya Allah..aku kata aku takut ngan azabMu tapi dlm masa yg sama aku ikut perintah musuh yg paling nyata bagiku..beriku kekuatan ya tuhan untuk menghadapinya

    ReplyDelete
  39. peringatan yang berguna hami. syukran jaziilan

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe