Semalam aku menonton filem 'Friend Request' arahan Simon Verhoeven. Boleh tahan seram filem ni. Kisah sekumpulan budak kolej yang begitu sosial dengan kehidupan (memang dah klise) di kolej. Lepas tu ada sorang minah ni dia macam obses sikit dengan Facebook. Semua benda nak update dan upload di Facebook. Macam korang selalu buat tu.
So dari situ dia kenal sorang minah psiko yang tiba-tiba wujud. Obses nak berkawan dengan minah yang first tadi tu. Kat sini mulalah konflik. Sehinggakan sorang demi sorang kawan minah tu mati dibunuh dan bunuh diri. Ngeri siot. Selebihnya korang kena pergi tengok sendiri. Tak feel la kan kalau aku cerita.
Eh actually bukanlah nak cerita pasal movie seram tu. Cuma terrelate dengan benda yang aku nak cerita ni. Mengenai Facebook jugak. Kebetulan semalam tertengok movie mengenai Facebook.
Okey ceritanya macam ni. Lama aku tak contact seorang sahabat aku ni. Di Facebook pun macam menghilang diri. Bulan lepas ada status dan gambar baru diupdate setelah lama menghilang. Dari gambar, terlihat susuk tubuhnya kian mengecil. Seakan sakit. Walhal beliau seorang yang gempal dulunya.
"Salam bro. Lama tak nampak. Kau sihat ke?"
"Waalaikumusalam. Ada je. Tak berapa sihat sangat."
Menegur seperti biasa di kamar inbox. Soalan demi soalan sekadar berbasa basi.
"Last february aku diagnosed cancer."
Satu ayat yang terus buat aku terkesima. Speechless. Hilang kata-kata. Rupa-rupanya syak wasangka aku, sedikit sebanyak ada betulnya.
Lambat-lambat aku reply. Serba salah pada masa sama sangat simpati.
"MasyaAllah. Teruk ke? Stage ke berapa?"
"Stage 1 leukimia."
Terkejut yang amat sangat.
"Macam nak mati dah. Tapi aku okey je."
"Weh apsal cakap macam tu? Sedih aku dengar. Kau sabar ya. Ujian untuk kau ni."
Sedih aku dibuatnya bila ungkapan itu terkeluar dari mulutnya. Tapi dalam bait-bait penyembangan ada nada-nada gurauan. Ada tawa. Ceria, seperti yang aku kenal. Aku hanya mampu memberi nasihat klise. Ya itu yang aku mampu buat masa ni. Aku tahu dia pun tahu, dia mungkin dah dapat banyak nasihat berunsurkan begitu. Orang boleh suruh bersabar, tetapi hati dan diri yang merasa, hanya Allah saja yang tahu.
"Kau ada insurans kan?"
"Alhamdulillah Hami, aku ada insurans. So far aku masuk semua bil dicover oleh insurans. Nasib baiklah aku ambil dari awal dulu. Sebab kos-kos rawatan susulan ni pun dicover. Kalau tak ada insurans, bayar kos rawatan susulan ni bukan murah."
Lega aku dengar. Sekurang-kurangnya di saat genting ini, insurans ada untuk membantu.
"Okeylah tu. Kau jangan fikir banyak sangat. Aku selalu doakan moga kau cepat sembuh. Aku tahu kau kuat!"
Entah kenapa malam itu aku rasa hiba sangat. Rasa sedihnya hati. Ya Allah! Kau tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaMu yang lemah ini. Dulu kami rapat. Masa zaman belajar dulu. Tapi bila masuk alam pekerjaan, masing-masing bawa hal sendiri. Sebab tu aku rasa sangat meruntun jiwa. Mana tak nya, lama tak bersua, tahu tahu mengalami sakit. Allahuakbar!
Terbaru, lagi berita yang menyedihkan diterima. 3 hari lepas. Member sepengajian UiTM Shah Alam dulu meninggal dunia disebabkan darah beku di dalam kepala. Beliau meninggal seusia 28 tahun. Tidak pernah menyangka orang yang kita tengok sihat walafiat, ceria orangnya, pergi dulu meninggalkan kita semua. Innalillah.
Lately, banyak yang kita dengar berita mengenai ini. Sakit dan mati. Ramai. Orang yang sihat walafiat, bergelak ketawa, boleh pergi dengan sekelip mata. Yang terlantar di katil sakit berbulan lamanya masih terus berjuang meneruskan hidup. Setiap orang punya asbab di setiap kematian yang bakal menjelma. Mungkin hari ini hari mereka, hari kita entah pulak bagaimana.
Bila saya mula bercerita mengenai Takaful pada semua, alhamdulillah makin ramai yang punya kesedaran yang tinggi mengenai Takaful. Saya sentiasa ingin membantu kalian semua keluar dari kemelut kewangan, saya ingin memberi jalan penyelesaian untuk menyenangkan kalian di kemudian hari. Berulang kali saya katakan, sakit dan mati itu 2 perkara yang pasti akan tiba sama ada kita bersedia atau tidak.
Senario 2 sahabat saya di atas sudah cukup menggambarkan bagaimana peranan Takaful dapat membantu. Alhamdulillah dengan adanya Takaful, segala kos rawatan dan pembedahan untuk sahabat saya yang pertama semuanya ditanggung oleh Takaful. Begitu juga untuk arwah sahabat kedua. Saya tak pasti beliau memiliki Takaful atau tidak. Seandainya beliau punya polisi Takaful, InsyaAllah pewaris (ibu bapa) akan peroleh pampasan berupa wang tunai dari syarikat Takaful. Itulah fungsi Takaful. Membantu di saat tidak diduga.
Di atas ini adalah konsep mudah bagaimana Takaful itu berfungsi. Untuk mengetahui lebih lanjut, tentang pelan yang ada di bawah PruBSN Takaful, pelan pendidikan, Pelan Ummahlink untuk menunaikan Haji dan Umrah, Pelan Persaraan, Pelan Simpanan dan sebagainya, bolehlah hubungi saya seperti di bawah. InsyaAllah nanti kita boleh set appointment, dan boleh mengopi bersama.
Ayuh merancang kehidupan dengan lebih harmoni!
TEMUI SAYA DI SINI:
Hami Asraff Bin Ab. Halim
Perunding Takaful
Prudential BSN Takaful
+6019-4522171 (WhatsApp/SMS/Call)
Email: hamiasraff (at) gmail (dot) com
Facebook: https://www.facebook.com/hami.asraff
Twitter: https://twitter.com/hamiasraff
WeChat: hami_asraff
Alhamdulillah selamat sampai bumi Malaysia. Percutian 5 hari di bumi Beijing agak bermakna. Aku suka bandar Beijing. Tapi aku tak suka penduduk Beijing. Haha boleh begitu? Bunyi macam diskriminasi. Oh tidak. Tak suka yang dimaksudkan adalah penduduk-penduduk negara China, Beijing khususnya macam agak kasar, attitude depa macam teruk sikit. Mungkin tak semua, tapi kebanyakkannya. Bukan aku seorang sahaja yang bercakap macam ni. Ramai lagi kot.
InsyaAllah aku akan cerita perihal Beijing di sini nanti. Ah, percutian ke Surabaya dan Osaka sebelum ni pun tak sempat nak bercerita lagi. Hanya mampu berhuhuhu. InsyaAllah akan ku gagahi jua untuk menulisnya.
Sampai pagi tadi. Alhamdulillah selamat sampai. Cuak juga sebab flight yang aku naiki adalah MH360. Err... Hmmm... Okey tak nak cakap apa-apa. Semua tu kuasa Allah. Dia berhak untuk segalanya.
Bila touch down je Malaysia, terus aku diserang gatal-gatal. Start dengan tangan and then merebak ke peha dan kaki. Banyak kot. Naik macam ruam. Akibat kegatalan yang melampau, apa lagi aku pun garu, garu dan garu. MasyaAllah betapa sedapnya garu tu Allah saja yang tau. Natijahnya, lagi terus membiaklah ke seluruh badan aku. Tanpa fikir banyak, dari airport terus singgah klinik. Doktor kat klinik tu cucuk vaksin dalam badan aku. Doktor tu bagi ubat makan dan sapu. Dan alhamdulillah hari ni makin okey.
Hari ini (Rabu, 13 Januari 2016), belum bersemangat nak kerja lagi. Badan rasa letih dan lemau lagi. InsyaAllah esok dan hari seterusnya akan terus berjuang dalam arena Takaful ini.
Untuk segala maklumat, cerita mengenai Takaful, apa itu Takaful dan sebagainya, anda boleh KLIK DI SINI. InsyaAllah boleh hubungi saya terus jika ada sebarang persoalan dan keraguan.
Moga dapat tidur dengan nyenyaknya.
1:54 pagi
14 Januari 2016
Kamar Terang
Bandar Baru Bangi
Semua orang ada masalah. Masalah sekelumit kuman pun tetap sebuah masalah. Masalah setinggi Gunung Everest sekali pun ianya tetap sebuah masalah. Masalah dan manusia memang tak boleh dipisahkan. Buatlah macam mana sekali pun. Masalah tetap datang menghinggap dan merayap, seterusnya merebak ke semua saraf-saraf, mengalir ke sendi, membawa ke otak.
Ada orang menjadi sawan dek kerana masalah. Ada orang hilang arah tuju kerana masalah. Ada orang hilang nyawa kerana sebuah masalah. Ada orang terus dibelenggu kesedihan yang lama kerna masalah.
Mengapa terlalu memikirkan tentang masalah sehingga kau terlupa untuk berfikir menjadi seorang yang waras? Ada orang terlalu mengambil jawapan singkat daripada segala masalah yang beliau hadapi. Biasanya orang begini pendek akal. Ada je masalah, terus ambil jalan mudah. Terus beremosi. Terus terusan meleretkan masalah menyelimuti anggota badan. Dia tak berfikir banyak. Baginya apa sahaja yang terlintas di fikiran, itu yang harus dilakukan terlebih dahulu. Lantas dia cuba selesaikan masalah dengan tidak rasional. Dia terlupa sebenarnya dia sedang mencipta masalah baharu.
Satu aku pesan, kalau kau ada masalah, jangan beremosi berlebihan. Macamlah kau beremosi tu dapat settlekan semua. Aci kerat buku lali, semua masalah kau dengan beremosi tu, kau sebenarnya sedang menambah-nambahkan lagi masalah. Kalau kau punya masalah, kau hadaplah sorang-sorang. Tak perlu pun nak melibatkan orang lain turut serta dengan masalah kau. Tapi oleh kerana kau tu pembawa masalah, semua orang sekeliling terpalit dengan masalah kau. Adilkah?
Satu lagi aku pesan. Kau dah besar panjang. Kau bukan lagi budak kecil yang perlu ditatang. Kau bukan lagi kanak-kanak yang sentiasa perlu bebelan. Kau dah tahu semuanya. Kau dah kenal dunia. Tetapi kenapa acapkali apa yang kau buat sering berlawanan arus? Tak ubah seperti budak hingusan yang dahagakan belaian. Tak ubah seperti kanak-kanak ribena yang menangis tidak keruan. Hello pleaselah, buruk bebenor kot.
Kita diberi akal fikiran. Kita telah lama diberi panduan. Yang mana yang baik kita jadikan tauladan, yang buruk kita jadikan sempadan. Nah, bukanlah kau tak tahu kan? Cuma kau saja ego tak bertempat. Bagi kau, kau seorang je di dunia ini yang betul. Orang lain semuanya salah. Cakap kau saja perlu didengar, orang lain tidak perlu diambil kira.
Hmmm. Bebelan ini berunsur general. Untuk sesiapa sahaja. Yang terasa dipersilakan. Jangan kau lari pada masalah. Duduk dan hadapi. Cari solusi. Itu yang kau kena buat.
Woho! Aku rindu bebelan di sini. Haha. So aku tamatkan entri ini dengan video Matluthi di bawah. Mohon ambil iktibar.
Hami Asraff:
"Masalah tidak akan selesai jika kau tangani dengan emosi. Malah masalah kau akan bertambah lagi. Kau punya akal. Guna. Jangan bazirkan."
Assalamualaikum w.b.t
Aku sematkan azam tahun baru 2016 ini dengan ingin menghidupkan kembali blog ini. Jujur, aku merindui coretan-coretan masa lalu. Ketika aku masih belajar di UiTM Shah Alam. Ya ketika itu aku memang kaki blogging. Ada saja titipan entri disisipkan di sini. Makanya, aku ingin mengulangi semuanya kembali.
Jarang aku menceritakan hal-hal personal di sini. Tapi mungkin tibanya aku berkongsi semula aktiviti dan kegiatan harian, sama ada dalam memenuhi tuntutan karier atau coretan sekadar suka-suka. Okay baiklah, mari aku mulakan.
Ini tahun kedua aku bekerja fulltime sebagai Perunding Takaful PruBSN Takaful di bawah Agensi Muqmeen Group. Ya setiap permulaan tahun, Agensi akan menganjurkan Agency Planning Workshop (APW) ini bagi tujuan review performance sepanjang tahun 2015. Alhamdulillah aku mencatat pencapaian peribadi di dalam bidang Takaful ini. Syukur, semuanya dari Ilahi.
Alhamdulillah aku di antara puluhan Perunding Takaful lain yang berjaya qualified untuk ke London.
InsyaAllah dalam bulan 5 nanti akan ke London. Semua full sponsor. Hanya membawa kebahagiaan diri sahaja ke sana.
Ini pula untuk Potential Korea. Maksudnya challenge untuk ke Korea masih berlangsung. Doakan aku. (Gambar dari paparazi)
Di antara Top Agent of The Month Disember 2015. Syukur.
Sedikit perkongsian dari aku.
Bla bla bla...
Di antara wajah-wajah jejaka pejuang Takaful.
Doakan perjuangan kami dalam menyedarkan nusa bangsa.
Ini vision board. Hanya draft sahaja dulu. Balik baru cari gambar kereta idaman, rumah idaman, percutian ke tempat idaman, lekatkan di board, buat cantik-cantik dan letak pada tempat yang mudah dilihat. Seriously, vision board ni memang sangat-sangat helpful untuk meneraju semua impian-impian kita.
Since aku join Takaful ini, macam-macam yang aku dapat. InsyaAllah ramai yang bertanya kenapa aku sanggup meninggalkan kerjaya sebagai seorang Lecturer dan menjadi seorang Ejen Takaful/Perunding Takaful. InsyaAllah aku akan menceritakan di lain-lain entri.
Moga Allah memakbulkan semua impian-impian kita. Amin.
Hami Asraff:
"Jangan pernah mengalah mengejar impian. Di saat kau ingin berputus asa, di saat itu Allah sedang menunaikan segala impianmu. Teruskan melangkah gagah."
Permulaan tahun baru dimulakan dengan baik. Ada sesi Brainstorming di sini. Ya tempat bermulanya sebuah kerjaya aku dalam Takaful ini. Alhamdulillah di sini aku dapat apa yang aku nak. Syukur rezeki Allah Taala.
Esok seharian masih ada program. Agency Planning Workshop. Program untuk merangka, merancang, memberi energy sesama kami dan bagaimana untuk terus maju dalam bisnes Takaful ini.
Penat. Nak balik tidoq.
Seperti biasa bila merebahkan kepala di bantal, macam-macam perkara mula berlegar di minda. Semuanya menyerbu masuk.
Keadaan sunyi sepi. Hanya terdengar bunyi kipas angin ligat berpusing. Tiba-tiba teringat kisah dalam novel BISIK karya Syaihan Syafiq yang aku baru habis mentelaah tadi. Horror juga cerita dia. Tapi nice. Tak klise.
Sebenarnya aku tak boleh tidur ni sebab memikirkan hal esok hari. Eh bukan esok. Tapi hari ini. 31 Disember 2015. Ya ampun. Hari terakhir, bulan terakhir tahun ni. Cepatnya lahai masa berlalu. Serius cepat gila. Entah apa lah yang terbazir masa pada tahun ni. Moga tahun ni kita tinggalkan dengan kenangan dan pengalaman yang indah.
Actually esok aku ada misi penting. Apa misi tu? Eh mana boleh habaq. Haha. Paling penting, hampa doakan aku ya. Moga semua berjalan lancar. Okaylah nak tidoq.
Wan'an semua.
*peluk teddy bear*
1:39 minit pagi
31 Disember 2015
Kamar Sunyi
Bandar Baru Bangi
















