Sakit Dan Mati Boleh Bertandang Bila-Bila Masa Sahaja

January 19, 2016






Semalam aku menonton filem 'Friend Request' arahan Simon Verhoeven. Boleh tahan seram filem ni. Kisah sekumpulan budak kolej yang begitu sosial dengan kehidupan (memang dah klise) di kolej. Lepas tu ada sorang minah ni dia macam obses sikit dengan Facebook. Semua benda nak update dan upload di Facebook. Macam korang selalu buat tu. 

So dari situ dia kenal sorang minah psiko yang tiba-tiba wujud. Obses nak berkawan dengan minah yang first tadi tu. Kat sini mulalah konflik. Sehinggakan sorang demi sorang kawan minah tu mati dibunuh dan bunuh diri. Ngeri siot. Selebihnya korang kena pergi tengok sendiri. Tak feel la kan kalau aku cerita.

Eh actually bukanlah nak cerita pasal movie seram tu. Cuma terrelate dengan benda yang aku nak cerita ni. Mengenai Facebook jugak. Kebetulan semalam tertengok movie mengenai Facebook.

Okey ceritanya macam ni. Lama aku tak contact seorang sahabat aku ni. Di Facebook pun macam menghilang diri. Bulan lepas ada status dan gambar baru diupdate setelah lama menghilang. Dari gambar, terlihat susuk tubuhnya kian mengecil. Seakan sakit. Walhal beliau seorang yang gempal dulunya.

 "Salam bro. Lama tak nampak. Kau sihat ke?" 

"Waalaikumusalam. Ada je. Tak berapa sihat sangat."

 Menegur seperti biasa di kamar inbox. Soalan demi soalan sekadar berbasa basi.

 "Last february aku diagnosed cancer."

Satu ayat yang terus buat aku terkesima. Speechless. Hilang kata-kata. Rupa-rupanya syak wasangka aku, sedikit sebanyak ada betulnya. Lambat-lambat aku reply. Serba salah pada masa sama sangat simpati.

 "MasyaAllah. Teruk ke? Stage ke berapa?"

 "Stage 1 leukimia."

 Terkejut yang amat sangat.

 "Macam nak mati dah. Tapi aku okey je."

 "Weh apsal cakap macam tu? Sedih aku dengar. Kau sabar ya. Ujian untuk kau ni."

Sedih aku dibuatnya bila ungkapan itu terkeluar dari mulutnya. Tapi dalam bait-bait penyembangan ada nada-nada gurauan. Ada tawa. Ceria, seperti yang aku kenal. Aku hanya mampu memberi nasihat klise. Ya itu yang aku mampu buat masa ni. Aku tahu dia pun tahu, dia mungkin dah dapat banyak nasihat berunsurkan begitu. Orang boleh suruh bersabar, tetapi hati dan diri yang merasa, hanya Allah saja yang tahu.

"Kau ada insurans kan?"

"Alhamdulillah Hami, aku ada insurans. So far aku masuk semua bil dicover oleh insurans. Nasib baiklah aku ambil dari awal dulu. Sebab kos-kos rawatan susulan ni pun dicover. Kalau tak ada insurans, bayar kos rawatan susulan ni bukan murah."

Lega aku dengar. Sekurang-kurangnya di saat genting ini, insurans ada untuk membantu.

"Okeylah tu. Kau jangan fikir banyak sangat. Aku selalu doakan moga kau cepat sembuh. Aku tahu kau kuat!"

Entah kenapa malam itu aku rasa hiba sangat. Rasa sedihnya hati. Ya Allah! Kau tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaMu yang lemah ini. Dulu kami rapat. Masa zaman belajar dulu. Tapi bila masuk alam pekerjaan, masing-masing bawa hal sendiri. Sebab tu aku rasa sangat meruntun jiwa. Mana tak nya, lama tak bersua, tahu tahu mengalami sakit. Allahuakbar!

Terbaru, lagi berita yang menyedihkan diterima. 3 hari lepas. Member sepengajian UiTM Shah Alam dulu meninggal dunia disebabkan darah beku di dalam kepala. Beliau meninggal seusia 28 tahun. Tidak pernah menyangka orang yang kita tengok sihat walafiat, ceria orangnya, pergi dulu meninggalkan kita semua. Innalillah.





Lately, banyak yang kita dengar berita mengenai ini. Sakit dan mati. Ramai. Orang yang sihat walafiat, bergelak ketawa, boleh pergi dengan sekelip mata. Yang terlantar di katil sakit berbulan lamanya masih terus berjuang meneruskan hidup. Setiap orang punya asbab di setiap kematian yang bakal menjelma. Mungkin hari ini hari mereka, hari kita entah pulak bagaimana.

Bila saya mula bercerita mengenai Takaful pada semua, alhamdulillah makin ramai yang punya kesedaran yang tinggi mengenai Takaful. Saya sentiasa ingin membantu kalian semua keluar dari kemelut kewangan, saya ingin memberi jalan penyelesaian untuk menyenangkan kalian di kemudian hari. Berulang kali saya katakan, sakit dan mati itu 2 perkara yang pasti akan tiba sama ada kita bersedia atau tidak.

Senario 2 sahabat saya di atas sudah cukup menggambarkan bagaimana peranan Takaful dapat membantu. Alhamdulillah dengan adanya Takaful, segala kos rawatan dan pembedahan untuk sahabat saya yang pertama semuanya ditanggung oleh Takaful. Begitu juga untuk arwah sahabat kedua. Saya tak pasti beliau memiliki Takaful atau tidak. Seandainya beliau punya polisi Takaful, InsyaAllah pewaris (ibu bapa) akan peroleh pampasan berupa wang tunai dari syarikat Takaful. Itulah fungsi Takaful. Membantu di saat tidak diduga.




Di atas ini adalah konsep mudah bagaimana Takaful itu berfungsi. Untuk mengetahui lebih lanjut, tentang pelan yang ada di bawah PruBSN Takaful, pelan pendidikan, Pelan Ummahlink untuk menunaikan Haji dan Umrah, Pelan Persaraan, Pelan Simpanan dan sebagainya, bolehlah hubungi saya seperti di bawah. InsyaAllah nanti kita boleh set appointment, dan boleh mengopi bersama.

Ayuh merancang kehidupan dengan lebih harmoni!


TEMUI SAYA DI SINI:

Hami Asraff Bin Ab. Halim 
Perunding Takaful
Prudential BSN Takaful
+6019-4522171 (WhatsApp/SMS/Call) 
Email: hamiasraff (at) gmail (dot) com 
WeChat: hami_asraff


You Might Also Like

19 Comments

  1. eh eh sedih nya :((((
    harap kwn Hami stay strong! :)

    ReplyDelete
  2. Assalam... 'sediakan payung sebelum hujan' dan pastinya berlandaskan yg halal. Moga hidup tenang di dunia dan sejahtera di akhirat, in shaa Allah... aamiin.

    ReplyDelete
  3. entah bagaimanala rasanya bila dapat tahu kita ada kanser kan..mesti sedih :(
    semoga kawan sembuh dan pulih seperti biasa dan semoga ditabahkan hati.

    sakit dan mati memang bila+ masa saja sama ada kita bersedia atau tidak. semuanya kuasa Allah dan kehendakNya jua.

    ReplyDelete
  4. mati itu pasti...cuma masa dan tempat menjadi rahsia Allah...

    moga kawan hami yang luekimia tu dipermudahkan sakitnya..dan cepat sembuh..amin

    ReplyDelete
  5. ASSALAM..PERKONGSIAN MENARIK MENYENTUH HATI...SUDAH ADA POLISI INSURAN TAKAFUL NI...

    ReplyDelete
  6. Asalam Asraf ya betul...penjelasan yang terbaik ..tqvm

    ReplyDelete
  7. Mati memang tak mengira usia. Sekarang ni ramai orang muda yang mati tiba2 sebab penyakit

    ReplyDelete
  8. Pentingnya diri kita protected kan... nice sharing! :)

    ReplyDelete
  9. Ya Allah...kesianya bila dengar berita macam tu...zaman sekarang insurance memang tak dinafikan penting sebab benda2 macam nie kita tak tahu bila boleh jadi kat kita..Aku harap kawan ko tabah menghadapi dugaan ini..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  10. biasa dengar pasal Takaful. tapi macam x berani pula nak join. lagipun masa tu masih belajar. so, lagi tak yakin nak bertanya. memang banyak sangat ye kelebihan dia?

    ada tengok trailer Friend Request. ish nampak macam ngeri.

    ReplyDelete
  11. kehidupan ini sentiasa penuh dengan kejutan.. beringat sebelum terkena,, bagus entri ini..

    ReplyDelete
  12. memang terkejut kalau orang yang kita kenal ada cancer

    ReplyDelete
  13. mati itu pasti. tetiba rasa sebak plak. ahahaha

    ReplyDelete
  14. Sediakan payung sebelum hujan. Tidak dinafikan, kos perubatan sekarang bukannya murah :(

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum,
    Terima kasih perkongsian yang bermanfaat ini. Insaf dengan kehidupan yang entah bila akhirnya..yang pasti ada akhirnya.

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe