Coretan Di Kala Insomnia (Siri 4)
December 31, 2015
Seperti biasa bila merebahkan kepala di bantal, macam-macam perkara mula berlegar di minda. Semuanya menyerbu masuk.
Keadaan sunyi sepi. Hanya terdengar bunyi kipas angin ligat berpusing. Tiba-tiba teringat kisah dalam novel BISIK karya Syaihan Syafiq yang aku baru habis mentelaah tadi. Horror juga cerita dia. Tapi nice. Tak klise.
Sebenarnya aku tak boleh tidur ni sebab memikirkan hal esok hari. Eh bukan esok. Tapi hari ini. 31 Disember 2015. Ya ampun. Hari terakhir, bulan terakhir tahun ni. Cepatnya lahai masa berlalu. Serius cepat gila. Entah apa lah yang terbazir masa pada tahun ni. Moga tahun ni kita tinggalkan dengan kenangan dan pengalaman yang indah.
Actually esok aku ada misi penting. Apa misi tu? Eh mana boleh habaq. Haha. Paling penting, hampa doakan aku ya. Moga semua berjalan lancar. Okaylah nak tidoq.
Wan'an semua.
*peluk teddy bear*
1:39 minit pagi
31 Disember 2015
Kamar Sunyi
Bandar Baru Bangi
5 Comments
apalah yg penting sangat tu ye..semoga dipermudahkan misi..happy new year 2016..semoga yg indah2 ja utk kita sepanjang tahun
ReplyDeleteSalam maulidur rasul...
ReplyDeleteAlolo . sweetnya..tdo peluk teddy bear
Selamat tahun baru. Semoga dipermudahkan segala urusan...
ReplyDeletecepat kan masa berlalu..sedar tak sedar sudah masuk tahun baru.
ReplyDeletep.s teddy bear? macam perempuan hehe :D :P
Bisik tu cerita schizophrenia tu kan?
ReplyDeleteSetiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)