Rindu Ayah
December 16, 2015
Hujan sangat lebat.
Dua tiga hari ni memang akan hujan lebat bila menjelang petang.
Sambil memandu, memori melayang jauh. Ada perasaan rindu yang ditahan-tahan. Ya Allah, aku terlalu rindu padamu ayah.
Hari ini genap 66 tahun kalau ayah masih ada di dunia ini. Hari ini tarikh lahir ayah. 16 Disember 1949. Ya "kalau". Kalau itu terlalu indah. Semua boleh dilakukan, semua perkara boleh diubah, tapi sayangnya 'kalau' itu hanya manis di pinggiran bibir, hanya indah di bayangan minda.
Balik rumah, lantas aku buka youtube dan cari lagu Ayah by Peterpan. Mungkin lagu ini boleh menjadi sedikit pengubat rindu di hati.
Ayah - Peterpan
Dimana akan kucari
Aku menangis seorang diri
Hatiku selalu ingin bertemu
Untukmu aku bernyanyi
Untuk Ayah tercinta
Aku ingin bernyanyi
Walau air mata dipipiku
Ayah dengarkanlah
Aku ingin berjumpa
Walau hanya dalam mimpi
Lihatlah hari berganti
Namun tiada seindah dulu
Datanglah aku ingin bertemu
Denganmu aku bernyanyi
"Aku ingin berjumpa walau hanya dalam mimpi". Itu doa aku. Jika dapat bertemu ayah dalam mimpi mungkin dapat mengubat segala kerinduan ini. Untuk kalian yang masih punya ayah, sayangi, kasihi dan berbaktilah pada mereka. Jangan sesekali menderhaka. Kerna kita tidak tahu esok lupa mungkin mereka bakal meninggalkan kita semua.
AB HALIM BIN MD. DIAH (16 DISEMBER 1949 - 17 APRIL 2011)
Moga ayah tenang di sana. Al-fatihah.
7 Comments
Kalau arwah masih hidup, yuyu yakin dia sangat bangga lihat encik hami sekarang..
ReplyDeletemoga Allah izinkan encik hami bertemu arwah dalam mimpi.
moga dia sentiasa tenang di sana. amiin..
banyakkan berdoa. semoga dapat mengubat rindu pada arwah
ReplyDeleteMoga roh ayah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan kekasih Allah. tidak terputus doa anak yang soleh untuk ibu bapanya yang telah pergi.
ReplyDeleteAl-Fatihah.. moga roh arwah di tempatkan dalam kalangan beriman. Tatkala rindu, bacalah risalah Allah dan sedekahkan pada arwah. Kerinduan itu pasti terubat :)
ReplyDeleteAl-fatihah..rindu kita sama bro..
ReplyDeleteMoga roh ayah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan kekasih Allah.
ReplyDeleteBe strong. Allah takkan uji hambanya . Allah tahu kemampuan setiap insan yg diuji
ReplyDeleteNota kaki = i miss 'him'(arwah bapak)
Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)