­

Lima Belas Minit

May 02, 2019


Aku tengah buntu.
Aku on laptop.
Aku macam tak ada hala tuju.
Ya la dah lama kot tak on laptop.
Jadi tak tau nak search apa di sini.
Jadi aku buka blog.
Ya blog yang berhabuk ni.
Nak update blog la kononnya.
Seperti biasa, hang pun tak tau nak update apa.
Lantas baca entri-entri lama.
Ya ampun!
Geli mat gila baca entri-entri lama.
Macam "Weh betoi ka aku yang tulis semua ni?"
Hahaha serius memang lawak gila baca.
Tapi itulah, kalau tak ada yang dulu tiadalah yang sekarang.
Jadi di saat aku kebuntuan mahu update apa.
Aku dapat satu idea.
Macam mana cara termudah dan terpantas untuk aku update blog.
Caranya?
Okey macam ni, aku set lima belas minit dekat phone aku.
Countdown lima belas minit.
So aku hanya ada masa lima belas minit untuk update blog.
Ya seperti yang aku tengah buat ni.
Serius aku tengah stuck dan tak tau nak tulis apa ni.
Tapi yang hairannya jari jemari masih menaip ni.
Hahaha help!
Tolonglah bagi idea nak tulis apa!!
Masa ada 7 minit 27 saat lagi.
Cepat tolong aku bagi idea.
Slumber tak nak tolong.
Okay baik!
Dengan ini aku rasa baiklah aku stop di sini saja.
Serius aku perlu stop sekarang!
Dan percayalah dengan cara ni berjaya jugak aku update blog ni.
Walaupun hang merepek apa ni wehhhhhh?
Okay sampai di sini saja.
Selamat Hari Pekerja semua!
Tata!

You Might Also Like

1 Comments

  1. mmg kalau dah lama tinggalkan menulis kat blog mmg susah nak start balik... satu lagi kalau tgk cara lama kita menulis kelakar juga hehehehe

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe