Adakah Terlambat Untuk Aku Belajar Baca Al-Quran?
May 21, 2019
Rupa-rupanya pertemuan moreh dengan sahabat lama sebentar tadi memberi kesan pada aku.
“Weh hang dah nampak macam ustaz-ustaz dah sekarang ni. Amacam beb kerja dekat dengan mak ayah? Mesti best gila kan?”
Berbasa basi. Biasalah bila dah lama tak jumpa member.
“Tak ada makna ustaz beb. Alhamdulillah weh ada hikmah aku ditukarkan ke area kampung. For sure paling best boleh tengok mak ayah setiap hari. Tapi yang paling best bila boleh solat berjemaah dekat kampung tanpa missed. Tu paling aku rasa improve berbanding kerja KL dulu.”
Akui, memang teramat bestlah bila dapat kerja yang dekat dengan rumah mak ayah. Tetiap hari boleh jenguk mak ayah. Tak semua orang boleh rasa nikmat macam ni.
“Lepas tu setiap petang dapat tadarus dengan orang-orang kampung. Dulu aku segan sikit la, satu sebab aku paling muda. Kedua, bacaan Al-Quran aku lemah. Tak tau tajwid, makhraj semua. Tapi alhamdulillah lama-lama aku improve la sikit.”
“Lepas tu setiap petang dapat tadarus dengan orang-orang kampung. Dulu aku segan sikit la, satu sebab aku paling muda. Kedua, bacaan Al-Quran aku lemah. Tak tau tajwid, makhraj semua. Tapi alhamdulillah lama-lama aku improve la sikit.”
“Wah geng-geng tadarus tu ka teguq bacaan hang?”
“Depa pun teguq jugak. Tapi aku masuk kelas. Aku jumpa banner mari belajar mengaji dekat tepi jalan, aku call ustaz tu dan masuk kelas. Jujur aku cakap, aku start zero balik. Start nak kenal Al-Quran balik. Belajaq basic balik, iqra’ semuanya. Serius aku tak malu nak habaq. Dan alhamdulillah selepas 2 tahun aku belajaq, alhamdulillah aku makin improve. Syukur weh.”
Allah. Speecless la pulak. Tak tau aku nak respon macam mana. Kagum aku. Lalu terpikiaq la aku,
“Bila kali terakhir aku buka dan baca Al-Quran?”
“Betul ke tajwid dan makhraj bacaan aku selama ni?”
“Adakah aku konsisten baca Al-Quran setiap hari?”
“Apa inisiatif aku untuk improve bacaan aku?”
Nah! Persoalan demi persoalan menerjah. Benar. Semuanya benar. Dan aku tiada jawapan tentang persoalan yang aku sendiri ajukan.
“Jujur, aku cakap dekat hang. Aku sendiri pun tak pasti bacaan aku betul ke salah selama ni. Malu weh. So, adakah terlambat kalau aku nak belajar balik?”
“Tak ada apa untuk hang nak rasa malu. Dan tak pernah terlambat pun untuk kita sama-sama perbaiki bacaan Al-Quran kita. Aku sendiri pun masih dok belajar. Paling penting effort kita dalam nak perbaiki bacaan Al-Quran tu. Jangan risau, Allah nilai effort kita walau sebesar zarah sekalipun.”
Moreh di kedai mamak tadi rupanya memberi aku tamparan dan inspirasi. Tak sangka ajakan moreh last minute tu bagi some lesson. Kadang Allah aturkan sesuatu pertemuan itu ada asbabnya.
“Paling penting effort kita dalam nak perbaiki bacaan Al-Quran tu. Jangan risau, Allah nilai effort kita walau sebesar zarah sekalipun.”
Kata-kata sahabat masih terngiang-ngiang.
Tanya pada diri,
“Sejauh mana kita sedang berusaha ke arah itu?”
Takpa, simpan jawapan di lubuk hati terpaling dalam.
Renung-renungkan.
Moga kita peroleh sesuatu.
Moga kita peroleh sesuatu.
3 Comments
Kebanyakkan orang dewasa sekarang berlajar AlQuran dari mula balik termasuklah saya yang telah tua ini. Tak payah rasa malu bahkan harus bersyukur at least hati kita telah dijentik untuk mendapat hidayah dariNya sebelum menutup mata.
ReplyDeletemuhasabah diri :)
ReplyDeleteinshAllah pasti usaha kita dipermudahkan oleh Allah Taala. yang penting, jangan tunggu. buat ja :)
ReplyDeleteSetiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)