­

Manusia

Kadang-kadang... Manusia itu terlalu kompleks, Semuanya salah di setiap aspek, Salah sendiri disimpan dalam poket, Salah manusia lain dirobek-robek. Kadang-kadang... Manusia itu tidak bersyukur, Mengeluh sana-sini berhambur-hambur, Lupa pada nikmat pandangan kabur, Yang ada cuma nafsu berbaur-baur. Kadang-kadang... Manusia itu sibuk mencanang, Mencanang keburukan supaya rasa senang, Walhal sebenarnya mengundang tidak tenang, Apatah lagi belas ihsan orang. Kadang-kadang... Manusia itu jiwanya tidak dibajai,...

Continue Reading

Lari

Kadang-kadang, Mahu sahaja aku berlari, Berlari tanpa destinasi. Mengejar bayang-bayang sendiri. Kadang-kadang, Mahu sahaja aku pergi, Pergi jauh dari ruang dimensi, Agar yang tinggal cebisan kenangan untuk diingati. Kadang-kadang, Aku tidak peduli, Cakap manusia di sana-sini, Bila penat mereka berhenti. Kadang-kadang, Lari itu bukan solusi, Larilah hingga hujung dunia sekali, Masalah tetap hinggapi. Jangan lari, Duduk di sini, Muhasabah diri, Mohon bantuan Ilahi....

Continue Reading

Kita Sering Terlupa Pada Yang Satu

Assalamualaikum w.b.t Fuh fuh! Bersawang. Pandang skrin laptop dengan perasaan pending. Tenung lama. Jari lambat-lambat menari di papan kekunci. Cernaan idea datang samar-samar. Deria rasa kian direnjat. Apa khabar pembaca blog (jika yang masih membaca) budiman sekalian? Harap sentiasa awesome dengan amalan. Harap sentiasa upgrade iman. Harap sentiasa kacak dengan solat. Harap sentiasa cantik dengan akhlak. Ya harap-harap. Ada benda nak berkongsi dengan...

Continue Reading

Kembali

Cuba untuk kembali. Melakar sesuatu di sini. 5 tahun lalu medan ini, sungguh meriah mewarnai. Biasalah mana boleh samakan dulu dan kini. Tetap mengejar destinasi. Sama saja seperti kalian, bezanya cuma kita berlainan dimensi. Jatuh bangun berdiri. Bukan semua orang tahu kisah hidup ini. Teruskan sisa hidup berbaki. Teruskan memberi. Teruskan sebar inspirasi. Teruskan menulis, jangan berhenti. Hidup, perjuangan kita menuju Ilahi. Hami...

Continue Reading

Semuanya Akan Berakhir

Assalamualaikum w.b.t Tak tahu nak mula dari mana. 52 hari tak buka blog. Terus rasa suram dan muram. Jadi di kesempatan yang ada ni aku trylah update apa yang patut. Untuk mereka yang bertanya "Bila nak update blog?" tu terima kasih. Sesungguhnya soalan simple itu memberi kesan besar pada diri ini. Sebenarnya entri kat bawah ni dah ditaip lama. Cuma dibiarkan tersimpan rapi...

Continue Reading

Beranak Di Tapak Pembinaan

Panas terik di tapak pembinaan Prima Saujana, Kajang. Aku mundar mandir memantau. Masing-masing sibuk dengan kerja mereka. Drawing plan kondominium 24 tingkat itu ditatap lama. Ini projek besar. Projek mega. "Jom minum dulu!" Ajak Ah Seng, Site Supervisor. Aku memang banyak berurusan dengan Ah Seng. "Jom!" Berjalan menuju ke kantin sementara yang dibina di tapak pembinaan. Pengusahanya warga negara Indonesia yang menetap lama...

Continue Reading

Hidup Adalah Sebuah Pilihan. Tetapi Kadang-Kadang Kita Tiada Pilihan.

Assalamualaikum w.b.t Kekok. Dah lama tak bertandang ke sini. 2013 pun makin menjengah ke tengah. Pantasnya masa berlalu. Aku masih termanggu. Tergaru-garu. Maaf jikalau ada yang menunggu hasil nukilan picisanku. Jikalau tiada yang menunggu, biarlah aku malu. Seperti biasa, terlalu banyak coretan yang ingin dimadahkan. Terlalu banyak sorotan kehidupan mahu di hamparkan. Satu persatu episod dan sirah hidup yang mahu dikupaskan. Ya terlalu...

Continue Reading

Subscribe