Lari

November 03, 2013

Kadang-kadang,
Mahu sahaja aku berlari,
Berlari tanpa destinasi.
Mengejar bayang-bayang sendiri.

Kadang-kadang,
Mahu sahaja aku pergi,
Pergi jauh dari ruang dimensi,
Agar yang tinggal cebisan kenangan untuk diingati.

Kadang-kadang,
Aku tidak peduli,
Cakap manusia di sana-sini,
Bila penat mereka berhenti.

Kadang-kadang,
Lari itu bukan solusi,
Larilah hingga hujung dunia sekali,
Masalah tetap hinggapi.

Jangan lari,
Duduk di sini,
Muhasabah diri,
Mohon bantuan Ilahi.



Hami Asraff
02:05 pagi
3 November 2013,
Kamar Dingin,
Bangi, Selangor.

You Might Also Like

13 Comments

  1. Masalah itu bukan untuk dihindari,
    Tetapi untuk dihadapi,
    Kerana ia menguji kekuatan diri,
    Dalam menempuh ujian Ilahi.

    ReplyDelete
  2. sejauh mana kita lari
    kita tetap tak dapat lari
    dari masalah hari-hari
    kerana kita yang mulakannya sendiri
    Dia hanya memerhati
    kemana saja kita lari
    semuanya akan menghantui
    selagi kita tak selesaikannya sendiri
    selagi itu kita rasa mahu berlari
    tapi.....
    jika masalah itu kita hadapi
    pasti tak mahu lari lagi
    kerana tetap selesa disini
    bersama insan-insan yang disayangi.

    jangan lari
    mohonlah pada Ilahi
    kerana Dia Maha Mengetahui.

    ReplyDelete
  3. menarik :)
    luahan yang membuka minda..
    lari bukan 1 jln penyelesaiannya..
    tabah dan kuat hadapi sbg kekuatan dalam meneruskn hidup.
    pinta pada Sang Pencipta utk terus bangun dan kukuh berdiri..
    moga Dia memacu pada penyelesaian yg terbaik..In Shaa Allah...

    ReplyDelete
  4. menarik :)
    luahan yang membuka minda..
    lari bukan 1 jln penyelesaiannya..
    tabah dan kuat hadapi sbg kekuatan dalam meneruskn hidup.
    pinta pada Sang Pencipta utk terus bangun dan kukuh berdiri..
    moga Dia memacu pada penyelesaian yg terbaik..In Shaa Allah...

    ReplyDelete
  5. lari, lari dan aku berlari
    aku ingin sendiri.
    mungkin sampai mati?
    atau ke Jannah Ilahi?

    ReplyDelete
  6. Andai lari itu jawapan
    maka majulah kau ke depan.
    Andai lari itu persinggahan
    maka bersedialah untuk bertahan.
    Andai lari itu perlu
    janganlah berhenti kerana jemu.
    Kerana bukan semua lari itu pergi
    ada lari yang membawa hati.

    ReplyDelete
  7. hadapi..ape shj yg menanti..krn kita xprnh..Allah menemani..

    ReplyDelete
  8. ramai follower dye nih..singgah cni ye abg hihi

    ReplyDelete
  9. Lari tiada istilah hidupku
    untuk berlari menghilangkan diri
    Walaupun perit menerima derita ini
    tapi aku percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

    Aku ingin diam dan terus diam
    menerima segala yang berlaku.

    Dan aku percaya kesabaran itu mahal harganya dan jarang dimiliki orang.

    Nota : Belajar untuk lebih tabah dan kuat semangat 2014

    ReplyDelete
  10. lari dan terus berlari mngejar cinta illahi... :(

    #AkuGadisRapuhDenganImanYangAmpuh

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe