Jangan Nilai Manusia Pada Masa Lalu. Lihatlah Mereka Pada Hari Ini.

July 26, 2012







Assalamualaikum w.b.t

*Situasi di sebuah restoran.

"Nak jadi baik ni memang banyak halangan kan?" Kata sang sahabat tiba-tiba, memecah kedinginan pagi.

"Hurmmmm...." Aku hanya senyum.

"Ni pasai apa hang senyum? Aku cakap serius ni!" Nada sedikit ditekan. Mungkin kurang berpuas hati dengan jawapan aku.

"Hehe. Rileks. Aku senyum sebab apa yang hang kata tu betoi sangat. Sikit pun tak salah." Jawapan yang memihak padanya.

"Tu la pasai. Aku tau la aku ni bukan baik sangat. Tapi tu dulu. Now aku perlahan-lahan nak jadi insan yang lebih baik. Mulalah orang perli macam-macam. Bajet ustaz la, bajet alim la. Macam-macam lagi la. Tambah-tambah bila aku share status-status yang islamik sikit dekat Facebook, terus kena drop. Tension jugak aku. Dugaan maybe!" Akhirnya meluahkan apa yang terbuku di hati.

Aku senyum lagi. Lantas aku bersuara, "Aku tau jawapan ni cliche, tapi for your information and aku rasa hang sendiri pun dah tau rasanya. Nabi Muhammad SAW dulu ditentang habis-habisan time nak berdakwah. Memang tak boleh nak compare Nabi Muhammad SAW dengan kita. Tapi sekurang-kurang ia menyedarkan kita yang dugaan yang Allah beri ni sikit sangat. Dan perkara biasalah ujian untuk orang-orang yang nak jadi baik ni. Sabar je."

"Hang pernah dengar cerita kertas putih dan titik hitam?" Tambah aku lagi.

"Tak pernah. Cuba story kat aku tengok." Ada nada ingin tahu.

"Aku cuba create sedaya yang aku ingat. Macam ni. Dalam satu kelas ada sorang cikgu ni buat some game kat anak-anak murid dia. Di tangannya ada sehelai kertas putih dan pen hitam. Lepas tu dia buat satu titik kecil di tengah kertas putih tadi dengan pen. Lantas dia bertanya sesuatu kepada anak-anak murid dia. Dia bertanyakan apa yang mereka nampak pada sehelai kertas putih tadi. Katakan dia bertanya pada Ali, Abu, dan Aminah. Setelah ditanya Ali, Abu dan Aminah, jawapan ketiga-tiga mereka adalah sama iaitu mereka nampak titik hitam yang kecil tu." Sungguh ghairah aku bercerita.




***************



Eh tiba-tiba habis macam tu je? Oh tak tak. Ada lagi penyembangan dengan memberku itu. Tapi aku sambung di sini pulak. Okey baik, apa yang hampa dapat dari story kertas putih dan titik hitam di atas? Apa tak dapat apa-apa? Dapat sikit? Bagus!


Pengajaran dari cerita kertas putih dan titik hitam.

Manusia itu terlalu complex kadangkala. Rumit sangat. Kadang-kadang memang tak terjangkau dek akal dengan sikap manusia ni. Mungkin segelintir daripadanya. Berkali-kali rasanya aku selalu mention sikap manusia dalam blog aku ni. Sikap manusia yang tak habis-habis mahu mencari kesalahan manusia lain walhal kebaikan manusia itu masih terlalu banyak.

Seperti cerita kertas putih dan titik hitam tadi tu la. Punya la besar kawasan putih kertas putih tu tapi yang dia nampak titik hitam yang kecil tu jugak. See... Susah bebenor nak buang sikap, sifat, mentaliti, penilaian manusia ni. Yang ada di fikiran tu negatif, negatif, negatif. Elok sangat lah. Bila negatif itu kian bercambah tumbuh pulak hasad dengki yang membawa kepada fitnah mengfitnah, balas dendam dan sebagainya. Tak kesian ke kat hati dan diri tu? Cubalah beri peluang pada diri jadi insan positif, insan yang lebih baik. Boleh? Boleh sangat kalau kita mahu.



Mari aku bawa sebuah kisah lagi untuk melihat gambaran masyarakat hari ini.

Mamat (bukan nama sebenar) adalah seorang penagih dadar tegar. Dia ditangkap pihak berkuasa dan menjalani pemulihan di pusat pemulihan akhlak selama beberapa tahun. Sepanjang di dalam pusat pemulihan dia diasuh dan diajar menjadi insan yang lebih baik. Menjauhi najis dadah dan semestinya mengajar untuk mendekatkan diri pada Yang Esa. Mamat betul-betul insaf. Dia berazam untuk menjadi insan yang lebih baik. Setelah beberapa tahun, tibalah masanya dia dibebaskan. Menjadi orang yang baru.

Tapi tidak semudah yang disangka. Penerimaan masyarakat seperti tidak adil baginya. Ada yang tidak mahu mengambilnya bekerja dengan alasan masa silamnya. Begitu jugak masyarakat kampung. Ada yang memulaunya. Alasan tak habis-habis mengungkit kisah silam. Kenapa hal ini berlaku? Sebab manusia itu terlalu memandang keburukan pada diri Mamat sehingga menutup kebaikan dalam dirinya. Mereka tidak lihat apa yang ada pada dirinya hari ini, tetapi terus-terusan menilai masa lalunya. See...


Jika bukan kita yang membantu golongan ini siapa lagi? Apabila seseorang itu mahu jadi insan yang lebih baik, berilah peluang padanya. Beri sokongan membina, bukan cacian yang memusnah. Jadi bila seseorang tu ada potensi menjadi orang yang lebih baik, berdoalah padanya. Doakan kita juga supaya menjadi insan yang lebih baik. Biarlah apa orang kata seperti Letak Status Baik-Baik Di Facebook Dan Twitter Untuk Tunjuk Diri Bagus Dan Riak? Ingat, baik atau jahat manusia akan terus berkata-kata. Sebab itu apa bentuk amalan dan perbuatan kita perlu Utamakan Pandangan Allah Daripada Penilaian Manusia. Baru hidup rasa tenang.

Hurmmm... Itu sajalah perkongsian kali ni. Moga Ramadhan ini memberi rasa best untuk semua. Best dalam beribadah pada Allah. InsyaAllah.

Wassalam.

Hami Asraff:

"Setiap orang ada kisah silam dalam hidupnya. Jika mahu terus hidup dalam masa silam, kita tidak akan berganjak ke mana-mana."




You Might Also Like

20 Comments

  1. kisah yang menarik dan memberi pengajaran
    mintak izin untuk dikongsi bersama2 adik2 didik di sekolah ye :)

    ReplyDelete
  2. sangat2 setuju. Apa2 pn ujian yg kite dpt, istiqamah 2 yg penting. Nice entry.

    ReplyDelete
  3. terbaik :)penghijrahan seseorang itu harus ada dalam diri lebih2 mendekat pada Maha Pencipta.. jadi sama2 kita saling m'ingati ke arah kebaikan.. usah memandang kesilapan yg lalu, namun perbaiki agar menjadi lebih baik dan hebat disisi Allah.. Insya-Allah..

    ReplyDelete
  4. itulah sesetengah perangai orang kita, suka pandang dan fikir negetif, pada perubahan orang, Alhamdulillah..kalau mereka mahu berubah, dan kita sebagai kenalan seharusnya memberi semangat kan?, tapi jangan pulak bila dah berubah, janganlah melebih pulak dalam sesetengah hal

    ReplyDelete
  5. @sea_lavender Manusia yang sering memandang kesalahan manusia lain ni manusia yang di dalam dirinya penuh rasa tidak puas hati.

    ReplyDelete
  6. @KY Berubah itu mungkin senang. Istiqamah itu yang mungkin susah.

    ReplyDelete
  7. dulu, masa awal awal tahu cerita titik hitam tu.
    aku pun berikan jawapan yang sama.

    banyak pengajaran dari cerita tu.
    jangan fikir negatif, perlu berfikir secara meluas.

    aku ada sorang kawan,
    terjebak dengan dadah.
    orang taknak ambik dia bekerja.
    dia pun malu nak keluar rumah.
    duk terperap dalam rumah je.

    bila selalu disisihkan,
    sometimes, mereka rasa ingin terjebak lagi dengan najis dadah.

    Happy Ramadhan bro.

    ReplyDelete
  8. Urmm, kekadang kesian tgok org yg dahulunya berkelakuan jahat dan kini berybah jd baik...mcm yg Hami ckp tu la, tak semua org bleyh terima...

    tp tak semua org kuat untuk menerima tomahan tu, so, sbb tu la klu nak buat jahat kena pk bnyk kali...Tapi, kita sbg saudara kena saling memaafkan barulah hidup tu harmoni kan? =)

    ReplyDelete
  9. kadang2 manusia baik jadi jahat dan manusia jahat jadi baik... kita berdoa pd Ilahi semoga kita akan tetap menjadi hambaNYA yg taat pd perintahNYA

    ReplyDelete
  10. Perubahan memang memerlukan istiqamah dan fokus yang tinggi.
    dan itulah yang menghalang ramai manusia memulakan perubahan.

    apapun, perkongsian yang sangat menarik.
    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  11. @Syazwan Che Deraman Boleh dikatakan segelintir manusia akan memberi jawapan yang sama :)

    Itulah susah nak bendung perkara ni jika kita tak mulakan.

    ReplyDelete
  12. @ebizon9 Hati manusia mampu berbolak balik. Jika tidak berwaspada, bila-bila masa sahaja kita akan kembali pada jalan lama.

    ReplyDelete
  13. @ummi kalthum binti mohamad Ramai orang boleh berubah. Tapi tak ramai yang istiqamah.

    ReplyDelete
  14. susah utk istiqamah sbnrnya.apa apa pun, diri sendiri yang kena kuat untuk berubah.

    ReplyDelete
  15. kisah kertas putih dan satu titik hitam ..maka menusia memusatkan fikiran untuk sesuatu yg jelas...itu hakikat.

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe