Lumrah Kehidupan: Manusia Datang Dan Pergi Dalam Hidup Ini
March 27, 2012
Mendongak ke langit. Memerhati alam sekeliling. Membuang pandangan kosong. Keadaan tampak berbeza. Semuanya bertukar serta-merta. Cepatnya keadaan berubah. Pantasnya masa berlalu. Lajunya manusia mengalami perubahan. Sedarlah, ini yang dinamakan kehidupan.
Apabila menyorot kembali rentetan hidup yang telah berlalu pergi, akan terbit rasa sayu di hati. Sekilas rasa gembira yang banyak sekali. Disilih gantikan dengan pelbagai rasa yang bercampur aduk menjadi satu. Sedih, kecewa, suka, duka, terharu, terkilan, rawan dan segalanya. Unik sungguh punya rasa-rasa ini semua. Semuanya berkumpul dalam membentuk rasa. Menyedarkan yang kita hanyalah manusia biasa yang kerdil dari pandanganNYA.
Dari bangku sekolah kita punya rakan-rakan seangkatan. Apabila memasuki sekolah menengah rakan-rakan lain pulak kita temui. Apabila tamat sekolah rasa seperti hilang rakan-rakan apabila memasuki alam Universiti. Di Universiti kembangan rakan-rakan itu lebih meluas. Pelbagai rakan segenap inci negeri ditemui. Tak kurang juga yang mencari buah hati di sini. Dan fasa kehidupan diteruskan apabila memasuki alam kerjaya. Sekali lagi kita dihadapkan dengan manusia-manusia yang baru. Dan pada klimaksnya alam perkahwinan.
Selama kita melalui seperti yang diutarakan di atas sudah berapa ramai manusia yang datang dan pergi dalam hidup kita? Mesti ramai bukan? Dalam ramai-ramai akan muncul seorang dua yang masih setia menemani hari-hari yang layak digelar sebagai sahabat sejati. Sahabat sejati itu akan ada walaupun tidak sentiasa hadir di mata. Mereka pasti ada di saat kita perlukan mereka. Jika tiada pun tidak mengapa. Terima sahaja.
Kadang-kadang ada yang bersedih memikirkan hal ini. Tak perlu bersedih. Terimalah aturan Allah ini dengan tenang sekali. Setiap orang punya kehidupan yang telah direncanakan Allah untuknya. Bergantung bagaimana pengendalian dalam usaha untuk teruskan hidup.
Tidak perlu bersedih andai mereka hilang ataupun lari dari hidup anda. Belajarlah terima hakikat yang di mana inilah kehidupan. Belajar jangan mengongkong kehidupan orang lain. Manusia punya hak dan keputusan untuk lakukan apa sahaja yang terbaik dalam hidupnya. Begitu juga kita bukan? Makanya itulah keadilan yang Allah sudah berikan pada kita.
Manusia akan terus datang dan pergi dalam hidup kita. Kita juga akan terus datang dan pergi dalam hidup orang lain. Apa yang perlu kita sematkan di hati dan fikiran ialah, berbaik dan berbaktilah dengan semua orang. Berbaik dan berbaktilah kepada semua orang tanpa mengharapkan sebarang balasan. Ada hikmah di setiap pemergiaan manusia yang pernah hadir dan pergi dalam hidup kita. InsyaAllah satu hari kita akan temui hikmahnya.
Ingat, andai semuanya pergi dalam hidup kita, sekurang-kurangnya kita masih punya keluarga yang tetap menyayangi dan kita akan temui jodoh untuk terus layari bahtera perkahwinan sehingga akhir hayat. Andai sudah mendirikan rumah tangga, jagalah ikatan itu sehingga hari muka. Moga kita semua terus berbahagia. Senyum dan terima segalanya :)
Wassalam.
Hami Asraff:
"Jangan menoleh pada kehidupan yang lalu. Fokus pada kehidupan yang mendatang. Hadapi dengan cekal."
33 Comments
Assalamualaikum...
ReplyDeleteBenar, ada hikmah di setiap pemergian manusia yang pernah hadir dan pergi dalam hidup..
Tanpa disedari, pengalaman tersebut jugalah yang telah mematangkan dan membuatkan kita lebih cekal untuk meneruskan kehidupan.
Sangat berterima kasih atas perkongsian..
Wassalam. :)
kahwin?? bilekah
ReplyDeletetetapi kadangkala terfikir kenapa manusia mudah melupakan kisah lalu dgn sekelip mata dan dapat menerima kehadiran org lain begitu mudah...
ReplyDeleteYep.. Itu lah manusia. Manis berjnji
DeleteItu lah manusia. Cinta yg kekal hanya milik Allah
DeleteAsalam..
ReplyDeleteSebab itu blog saya " Pesona Etuza Warna-Warna Kehidupan" berbagai rasa, asam garam kehidupan...
rindu shah alam..bile la aku nak ke sana lagi ye..
ReplyDeleteHami, panjang umur, jumpa lagi~
salam...skrg sy sedang bersedih..sahabat baik sudah berubah...sehingga depan2 dia cakap kat saya "aku dah tak tahan dgn kau lg" .semua blaku ats slh fhm orglain..puas dijelaskn tp tdk dpt djernihkn..Subhanallah...kecewa tidak terkata hti ini. but life must go on kn????
ReplyDeleteya ALLAH...suka sangat dengan entri nie..sangat bermakna buat saya...:)
ReplyDeleteitulah lumrah kehidupan, setiap yang datang itu pasti dia akan pergi bila tiba masanya..
ReplyDeleteassalam...yup..life must go on...yang bab kwn tu mmg stuju sgt..kalu dah abes sk tu,smua ilang tapi x semua,sbb still ada shabat yang sme2 dgn kita dlu..sbbkan shbt tu la,kita kdang2 jd smangat..and kadang2 kita jgk kna padang ke masa lampau untuk memperbaiki kehidupan di masa akan datang..sbab guru yang paling baik adalah kehidupan di masa lalu...
ReplyDeletesenyum selalu...:)
@[ Yuyu Atiqa ]:
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Pengalaman manusia itu mahal.
@Anonymous:
ReplyDeleteEh amboi!
@mazelina punye bLog:
ReplyDeleteKerana dia redha :)
@etuza:
ReplyDeleteYa itulah perencah di dalam kehidupan kita seharian :)
@Anonymous:
ReplyDeleteOkey jumpa lagi. Eh tapi siapakah anda?
@Gadis Merah Jambu:
ReplyDeleteBerdoa dan teruskan hidup!
@hazanis:
ReplyDeleteMoga-moga ia bermakna untuk kita semua. InsyaAllah.
@mas saari:
ReplyDeleteDan kita perlu bersiap-sedia sentiasa.
@nik:
ReplyDeleteKutip sisa-sisa lampau untuk dijadikan pengajaran pada hari ini. InsyaAllah.
Itulah manusia...Lumrah kehidupan.
ReplyDeletemendalam.. satu penulisan yang menarik.. :)
ReplyDeleteye.. bile hari bahagia nye??
ReplyDeletesalam...entry ni betul2 memberi semangat. :)
ReplyDeletebest bca nih :D setiap yg berlaku ada hikmahnya. yg pergi tu biarkan mereka pergi dgn tenang dan kit harus merelakan pemergiannya. hidup harus diteruskan dan harus byk bersabar walau apa jua yg berlaku.
ReplyDeletesetiap orang akan melalui hal macam nih. tak sekarang akan datang. kadang di luar sedar kita.
ReplyDeletesalam sahabat
ReplyDeletepertama kali melawat ke sini...menarik sekali penulisan, byk membangkitkan hati kepada-NYA. Teruskan menulis insyaAllah bakat tu akan terus digilap lebih padu =)
Datang gembira, pergi duka. Kdg2 lupa Allah menguji manusia...moga yang alpa diampunkan-NYA
Salam...;)
ReplyDeletesaya baru 1st time baca tinta blog nie..N entry nie membuat saya sayu mengenangkan shbt sejati saya.. what ever pun apa yang dicoretkan membuatkan saya bertambah yakin dengan apa yang telah direncanakan oleh Sang Pencipta untuk hamba-hamba Nya..
so true..
ReplyDeletepeople comes and go..
but there are someone will comes and leave footprints in our heart.. :)
🌱 BAHAGIA itu BeRMuLa dengan DIRI kita SeNDiRi
ReplyDeleteBUKAN dengan PaSaNGaN
BUKAN dengan KeRJa
BUKAN dengan DUIT.🌱
💘HANYA aNTaRa kita DaN ALLAH!
🌱BaHGia🌱
Terima kasih abang hami. Sedikit sebanyak coretan milik abang berjaya menjentik sanubari saya. InsyaAllah i will try my best untuk menjadi apa yang dicoretkan oleh abang. Teruskan😊
ReplyDeleteTerima kasih abang hami. Sedikit sebanyak coretan milik abang berjaya menjentik sanubari saya. InsyaAllah i will try my best untuk menjadi apa yang dicoretkan oleh abang. Teruskan😊
ReplyDeleteassalamualaikum.😊 rasa semangat sy ketika membaca nya.terima kasih atas coretannya.sangat bermakna sekali.
ReplyDeleteizinkan sy copy & save utk dijadikan pembakar semangat sy ketika sy memerlukan.
terima kasih.
Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)