Kadangkala Tak Semua Perkara Perlu Diperbahaskan
March 07, 2012
Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar pencinta dunia dan akhirat sekalian?
Manusia makhluk yang bijak. Ye lah kita semua makhluk yang bijak-bijak belaka. Manusia akan terus mengkaji, menganalisa, mengupas, membongkar, menyelinap seribu satu persoalan dengan harapan membuahkan hasil yang membanggakan. Dengan harapan dapat menyingkap pelbagai tanda tanya di dalam diri.
Maka, perbincangan telah berlaku. Kadangkala perbincangan yang baik berlarutan sehingga membawa kepada perbalahan yang tidak sihat. Perbalahan kepada ingin menegakkan benang yang basah. Masing-masing tidak mahu kalah. Bersikap mempertahankan diri itu ada. Egois juga turut serta. Lantaklah! Janji aku rasa aku betul.
Jadi mari aku bawakan sebuah kisah ringkas yang aku rasa rata-rata orang pernah dengar ataupun bacanya.
***********
Dua orang pemuda berdebat sesama mereka di sebuah warung kecil di tepi jalan. Perbincangan mereka ialah tentang telur dan ayam; mana yang wujud dahulu.
"Tentulah telur ayam, barulah menetas jadi anak ayam dan seterusnya jadi ibu ayam."
"Dari mana datangnya telur kalau tiada ibu ayam? Jadi, tentulah ibu ayam yang wujud dahulu, barulah dia bertelur."
"Ish, tak logik! Habis tu dari mana datangnya ibu ayam itu? Mesti dari telur jugak kan?"
Pakcik tua pemilik warung mencelah perbincangan mereka. Niatnya hanya ingin meleraikan yang kusut.
"Apalah yang kamu bertekak ni. Cuba tanya pakcik yang terlebih dahulu makan garam ni."
"Haa... Yang mana wujud dahulu pakcik, telur atau ayam?"
Jawab pakcik itu: "Pakcik tidak pastilah telur atau ayam, tetapi yang pastinya, semuanya Allah yang wujudkan."
************
Amacam? Tersentap tak dengan jawapan pakcik tu?
Kadang-kadang dalam hidup ini kita tidak perlu terlalu fikirkan apa yang tidak sepatutnya kita fikir. Kadangkala dalam hidup ini kita kena belajar untuk menerima ianya memang telah sediakala begitu. Memang itu adalah aturan yang telah ditetapkan oleh Allah. Sudah takdirnya begitu. Bukan apa, kita terus mengupas, berbalah, tiada kesudahan. Yang ada cuma emosi dan marah-marah. Untuk apa? Tiada manfaat bukan?
Pengajaran: Yang pasti Allah telah sedia wujud, tiada permulaan dan tiada pengakhiran. Kita hanya makhluk, merupakan ciptaanNya yang semestinya muncul kemudian, ada awal dan akhirnya.
Moga ada manfaat bersama. Wassalam.
Hami Asraff:
"Seriuslah dalam membuat ibadat. Seriuslah dalam membuat persediaan menuju ke akhirat."
27 Comments
Ha'a kan. Masih terfikir jugak ni mana keluar dulu ni. Ehihihi:)
ReplyDeleteBetul tu, yang pasti semuanya daripada Allah:)
kalau dah perangai tu asyik nak menang, perkara langsung tak berfaedah pun nak dibahaskan. :)
ReplyDeleteKadang2 kita terlalu memikirkan suatu perkara sehingga mengabaikan perkara lain membuang masa dan tenaga.
ReplyDeletesangat menarik perkongsian kali ini~~
ReplyDeleterenungan bersama bahwa kte kena yakin Allah adalah awal dan akhir.. sgala2nya milik Allah.. dn juga ingtn kte terhadap erti syukur dalam apa yg kte miliki kini... =) syukran jazakaallah khairan atas perkongsian ^_^
sangat sentapppp!!!!
ReplyDelete@laskar pelangi:
ReplyDeleteAllah Maha Mengetahui :)
@yana halim:
ReplyDeleteYe ada je orang jenis macam tu. Tetap mahu tegakkan benang yang basah. Kadang-kadang tak faham.
@Anonymous:
ReplyDeleteDan selepas itu diri sendiri yang naya :D
@sea_lavender:
ReplyDeleteItu yang sebaiknya perlu disematkan diminda. Sama-sama.
@Syafiq Ahadin:
ReplyDeleteHaha sentap. Bagus!
bila masalh wujud,akl mgkin xleh fikir..sbb tu amik mas..tngkan fikiran dlu dan lkukan terbaik..
ReplyDeleteAllah itu maha b'kuasa..klu dia boleh cipta Adam dan Hawa,dia juga boleh cipta ayam :)
ReplyDeleteKadang pernah tertanya bagaimana Allah swt itu wujud. tapi lepas tersedar cepat2 beristighfar. MasyaAllah terlalu jauh mengelamun
ReplyDeletebetul!pernah jugak tertanya-tanya apa yang keluar dulu ayam atau telur, tapi bila last2 masih tak tahu jawapan, barulah tersedar yang semuanya dari Allah, tak perlu nak di persoalkan lagi..huhu
ReplyDeletedlu masa sy kecik2 selalu sgt bg persoalan pelik2 kat mak...mak knp itu? knp ini? knp begitu? knp begini? smpai letih mak nk melayan...
ReplyDeletestiap kejadian tu ada sbb dan musababnya kan..dan semua tu rahsia Allah..
haa btol tu... jawapan pakcik laa yg paling tepat...
ReplyDeletesetuju...kadang ada persoalan yang tak perlu dibahaskan... semua ciptaan Allah s.w.t ada aturan tersendiri...
ReplyDeletesia-sia berbalah hanya kerana ayam dulu atau telur dulu sebagai contoh... ^_^"
betul tu.. sepatutnya kita terima segala kejadian Allah itu dengan rasa bersyukur!
ReplyDeleterenung renungkan :)
ReplyDeleteALLAH sentiasa bersama kita..:)
ReplyDeletesetiap kejadian itu Allah telah jadikan sebaik-baiknya...
ReplyDeleteerti kata lain Percaya n Yakit kepadaNya kan? Apa pun permasalahan nya pasti ada hikmah nya kan?
ReplyDeletehanya Allah yang memahami segalanya..:)
ReplyDeletesaye tau...saye tau... citer nie da bace dlm solusi bulan nie :D
ReplyDelete-mengomen dengan senyuman-
Selalu bermuhasabah diri, tq share idea ..moga ada hikmah ya..
ReplyDeleteAs Salam...
ReplyDeleteEntri yang memberi inspirasi & menjadi peringatan. InsyaAllah;)
perkara mcm tu tak usah dibahskan. yg penting , Dia lahri dulu. Dia yg mencipta segalanya. (:
ReplyDeleteSetiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)