Mimpi Menongkah Awan Di Langit

February 12, 2012





Assalamualaikum w.b.t

"Tidak salah untuk bermimpi. Sekurang-kurangnya kita yakin setiap daripada kita punya impian yang tinggi untuk dilestari."

Bermimpi di siang hari. Menyemai angan-angan yang tinggi. Kalau boleh mahu menggapai awan di langit. Menongkah atmosfera bumi. Mengejar bintang di kejauhan. Jika tidak dapat bintang, mungkin boleh mendarat di bulan.

Fantasi sungguh bila bermimpi. Nama pun bermimpi. Jadi pilihlah jalan cerita yang mana satu untuk dibawa ke alam mimpi. Jika ada kelebihan memilih begitu, alangkah indahnya. Mahu saja bermimpi kahwin anak raja misalnya. Ah, cukup-cukuplah dengan mimpi tu. Kejut. Bangun. Dari mimpi.


23 Januari 2012, (3:00 pagi)

Tersentak dari tidur. Terasa seperti kepenatan. Tercunggap-cunggap. Aku bermimpi apa tadi? Aneh. Tak pernah rasa mimpi begitu.

Lantas aku capai telefon bimbit dan aku taip sesuatu;

"Jauh di atas langit. Di atas kepulan awan. Melihat ke bawah. Gayat. Sayup-sayup kelihatan. Sangat tinggi. Beribu-ribu kaki barangkali. Seperti dengan seseorang di atas sana. Tetapi tidak kelihatan orangnya. Di depan ada jalan yang agak lebar. Juga dilitupi awan tebal. Merentasi jalan ada sebuah destinasi yang samar bayangan. Terjaga dari mimpi yang mendebarkan."



Pertama kali dapat mimpi sebegitu. Cepat-cepat tulis sementelah ianya masih segar dalam ingatan. Aku fikir ianya cuma mainan tidur. Seperti manusia lain berfikiran. Begitu senang. Tidak terus menjadi tanda tanya dalam diri. Jadi siapa kata kita tidak mampu bermimpi menongkah awan di langit? Telah dibuktikan aku. Di dalam mimpi. Jadilah.

Mimpi itu angan-angan. Kadangkala mimpi boleh jadi kenyataan. Bergantung bagaimana mimpi yang dicanangkan. Juga bagaimana ikhtiar kita dalam merealisasikan mimpi berkenaan. Semua orang berhak untuk bermimpi. Pilihlah mimpi anda untuk dilestarikan. Moga berjaya hendaknya.

Aku tinggalkan kalian dengan dendangan lagu dari Asmidar, Biar Sampai Ke Bintang. Agak tertarik dengan lirik lagu ini.

"Jangan resah ini takdir. Tuhan mendengarnya. Untuk membawa mimpi-mimpi kita."



Wassalam.

Hami Asraff:

"Hidup, kena belajar berdepan dengan realiti yang penuh dengan teka-teki. Itulah permainan duniawi."


You Might Also Like

15 Comments

  1. wahhh mungkinkah bersama bakal isteri??hehehhe... mudah2han mimpi2 yg beroleh keberkatan... :)

    ReplyDelete
  2. menarik~ mimpi salu org katakn mainan tdo.. tapi sbnr kte perlu ambl dn jadikan 1 anjakan diri untuk menggapainya jika ianya penghijrahn ke arah lebih baik..

    ReplyDelete
  3. subhanallah.

    seriously, saya juga pernah alami mimpi yang sama. baru beberapa hari yang lepas..

    Alangkah indahnya kalau setiap mimpi yang menjadi impian dapat dikecapi.. :')

    ReplyDelete
  4. Apa kata hami bukukan semua cerita menjdi satu buku.mesti laku punya....tryla.rugi sia2kan bakat yg ada....

    ReplyDelete
  5. @[ Yuyu Atiqa ]:

    Dikecapi dalam mimpi. Rasa enak sekejap cuma.

    ReplyDelete
  6. @sea_lavender:

    Ya, kadang-kadang mimpi itu adalah petunjuk dari Allah.

    ReplyDelete
  7. slm ziarah.
    mimpi..kalau bangun dan trlupa mmg buat gila.
    tapi kadang2 mmpi trlalu indah dan ngeri utk ditafsir

    ReplyDelete
  8. mimpi itu boleh jadi khabar gembira, mainan tidur dan khabar/gangguan dari syaitan..mimpi juga boleh ditakwil akan khabarnya, salam ziarah ya akhi..ukhuwwah fillah :)

    ReplyDelete
  9. Misteri mimpi penuh rahsia. Hanya Yang Maha Besar lebih mengetahui

    ReplyDelete
  10. @[ Yuyu Atiqa ]:

    :)

    @hara:

    Selalu mimpi memang sukar ditafsirkan.

    @Ad-Dien:

    Yang baik itu petunjuk dari Allah.

    @Cik Anis:

    Ya. Semua itu rahsia Allah.

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe