Cemburu Yang Dipendam
February 17, 2012Assalamualaikum w.b.t
Menarik selimut meliputi tubuh badan. Malas. Badan seperti digam kuat dengan permukaan tilam. Bila dah nama malas, usah dipaksa berganjak dari tempat asal. Memang tidak berganjak. Ah! Kena lawan kuat kuat dengan malas ni. Kalau kau bagi muka pada'nya' memang kau akan tewas. Lemah terkulai.
Mukadimah yang bukan menunjukkan pada aku. Tapi pada kamu-kamu semua. Ye la, ye la aku sekali. Jadi mari kita muhasabah diri sama-sama.
*senyap sunyi seketika*
Okey dah cukup muhasabah diri tu baru hampa semua boleh sambung baca entri ini. Aku nak bercerita mengenai cemburu, jealous, envy dan yang sekutu di atas kepala dengannya. Bila aku sebut cemburu masing-masing dok pikiaq dalam kepala cemburu dengan sang kekasih, jealous dengan sang kekasih, envy dengan sang kekasih. Apa la hampa ni. Cuba la pikiaq jauh dari ruang lingkup tu sikit.
Jadi aku tak mahu fokus sangat tentang cemburu dengan kekasih tidak halal tu. Apa yang aku nak cerita ni lebih kepada cemburu yang baik. Cemburu yang dipendam :)
Ada pulak la kan cemburu yang dipendam. Aku terspontan mencipta cemburu yang dipendam ni. Memandai-mandai. Itulah aku. Bab-bab tambah imbuhan, mengada-adakan ayat yang tidak sepatutnya tu memang cukup terer. Terer yang membawa kepada hancurnya bahasa. Harap kalian maafkan aku.
Setiap daripada kita ni tak boleh terlepaslah dari hadirnya rasa cemburu di benak hati dan minda. Sampai sekarang aku masih tak tahu cemburu itu hadir dari mana. Hati ke minda? Yang tau ia hadir dengan tiba-tiba. Ya kan? Oh sungguh subjektif jika mahu mengupas akan kehadiran rasa cemburu ni. Ada masa, kita cari di mana puncanya. Sekarang nak bercerita benda lain.
Bila orang tu lebih sikit dari kita in term of pelajaran misalnya, mulalah sesi monolog dalaman berlaku.
"Dia tu pandai dari aku. Tengok tak la study sangat pun. Tapi keluar result mesti highest. Oh cemburunya daku!"
Cemburu itu dipendam.
Apabila kenalan atau sahabat kita dapat isteri cantik.
"Perghh comel gila bini dia weh. Haih, dia biasa-biasa je. Cemburu gila kot!"
(Kalau perempuan, pandai-pandailah ubah ayat di atas kepada dapat suami yang hensem la ye)
Cemburu itu dipendam lagi.
Kejayaan kerjaya sahabat handai dan rakan raulan.
"Dia dah la kerja besar, kereta besar, rumah besar. Huih ni jeles aku pun besar jugak ni!"
Cemburu itu dipendam lagi dan lagi.
Okey tarik nafas, hembus. (ulang 4x)
Sebagai manusia biasa, gejala itu adalah perkara biasa. Perasaan cemburu itu akan tumbuh juga walaupun dielak dengan jayanya. Cubalah elak macam mana pun pasti akan ada juga walaupun sekelumit kuman. Dari sekelumit kuman, tumbuh menjadi bakteria, dan makin membesar tumbuh hitam di pinggir hati. Lepas tu mulalah rasa iri hati dan hasad dengki. Okey jangan begitu.
Cemburu bersifat positif itu tidak ada salahnya. Malah digalakkan. Kekalkan rasa cemburu yang positif dengan tujuan menjadi pemangkin semangat untuk terus maju, berbudaya saing. Baru betul dengan rasa cemburu yang dipendam tu. Jadi tak ada salahnya untuk rasa cemburu itu. Tapi sikit-sikit sudah. Dan kalau rasa terfikir negatif, cepat-cepat positifkan diri. Ubah mindset. Boleh? Boleh kalau kita mahu.
Jodoh, maut, rezeki, qada dan qadar tu adalah tetapan Allah. Semua orang tahu rasanya. Tetapi setakat tahu saja tak cukup. Kena yakin dengan seyakinnya. Mungkin lambat sedikit dengan orang lain itu tidak bermakna kita lemah, kita tidak hebat, kita tidak beruntung. Allah dah sedia yang terbaik untuk kita semua. Cuma kita kena terus berusaha dan berusaha tanpa putus asa. InsyaAllah, jom berusaha!
Wassalam.
Hami Asraff:
"Kita perlu melihat sesuatu itu daripada pandangan orang lain sama. Kadangkala dari pandangan orang akan nampak apa yang kita tidak nampak."
Kejayaan kerjaya sahabat handai dan rakan raulan.
"Dia dah la kerja besar, kereta besar, rumah besar. Huih ni jeles aku pun besar jugak ni!"
Cemburu itu dipendam lagi dan lagi.
*********
Sebagai manusia biasa, gejala itu adalah perkara biasa. Perasaan cemburu itu akan tumbuh juga walaupun dielak dengan jayanya. Cubalah elak macam mana pun pasti akan ada juga walaupun sekelumit kuman. Dari sekelumit kuman, tumbuh menjadi bakteria, dan makin membesar tumbuh hitam di pinggir hati. Lepas tu mulalah rasa iri hati dan hasad dengki. Okey jangan begitu.
Cemburu bersifat positif itu tidak ada salahnya. Malah digalakkan. Kekalkan rasa cemburu yang positif dengan tujuan menjadi pemangkin semangat untuk terus maju, berbudaya saing. Baru betul dengan rasa cemburu yang dipendam tu. Jadi tak ada salahnya untuk rasa cemburu itu. Tapi sikit-sikit sudah. Dan kalau rasa terfikir negatif, cepat-cepat positifkan diri. Ubah mindset. Boleh? Boleh kalau kita mahu.
Jodoh, maut, rezeki, qada dan qadar tu adalah tetapan Allah. Semua orang tahu rasanya. Tetapi setakat tahu saja tak cukup. Kena yakin dengan seyakinnya. Mungkin lambat sedikit dengan orang lain itu tidak bermakna kita lemah, kita tidak hebat, kita tidak beruntung. Allah dah sedia yang terbaik untuk kita semua. Cuma kita kena terus berusaha dan berusaha tanpa putus asa. InsyaAllah, jom berusaha!
Wassalam.
Hami Asraff:
"Kita perlu melihat sesuatu itu daripada pandangan orang lain sama. Kadangkala dari pandangan orang akan nampak apa yang kita tidak nampak."
36 Comments
cemburu yg baik dibolehkan kerana akan mendtgkn kebaikan jika dibandingkn dgn cemburu bersandarkan nafsu.
ReplyDeletemmg betul pon...dlm islam pon digalakkan kita cmburu dgn cara2 sedemikian
ReplyDelete@Azek zk:
ReplyDeleteInsyaAllah mari kita terus cemburu yang baik :)
@eszyamin:
ReplyDeleteCemburu yang bersifat positif.
amboi istilah cmburu yg dipendam gitu, hee :D
ReplyDeletetapi btul pun, sbb cmburu yg kita pendam ni jugak la kita lagi usaha nk dapatkan that something :)
@fathiahRAIHANA:
ReplyDeleteKita pendam dulu. Lama-lama kita keluarkan sikit-sikit.
Assalamualaikum, Ya. Cemburu yang positif dan baik. InsyaALLAH.
ReplyDeleteakak tak cemburu kalau suami orang lain lebih hensem hihi..almaklumlah saya isteri setia..:)
ReplyDeletebetul2 semoga cemburu itu menjadi pemangkin semangat diri..jangan melemahkan diri atau menghinakan diri sendiri dengan sifat dengki...
nice entry..:)
cemburu takpe, asalkan tak dengki. Kadangkala kita tak sedar orang lain mencumburui kita. Kadang-kadang rasa pelik, apalah yang nak dicemburukan sangat. Tapi itulah, setiap orang memandang sesuatu perkara dari sudut yang berbeza.
ReplyDeleteada jugak cemburu yg mkn diri sendri.. cemburu tu kan emosi, klau dikawal dengan akal pasti jadi baik, tapi kalau dikawan dengan nafsu, binasalah jawabnya.. :) nice sharing..amani baru jumpa site awak ni.. menarik..
ReplyDeletecemburu.... skrg aku cembur pasal ko ada amazon bro. meh kasi aku la sempena kenal2 nie, boleh amzon tu kawan ngan domo kun aku, dah ada model tuk gambar2 aku nanti
ReplyDeletethanks kerana menjenguk belog aku bro....
dont compared your life with others. you dont know what they are going through. :-)
ReplyDelete@Aqilah Sani:
ReplyDeleteItu yang perlu disemai.
@RULZA:
ReplyDeleteWah bagus setia pada yang satu.
@delarocha:setuju dengan encik ni :)
ReplyDelete@Sya Isya:
ReplyDeleteSikap manusia sukar ditafsirkan.
@azwa amani:
ReplyDeleteTerima kasih :)
@Telor Power:
ReplyDeleteKurang faham. Ada amazon apakah?
@delarocha:
ReplyDeleteStand with our feet. Believe in ourself :)
cemburu itu wajar :)
ReplyDeletekdgkala ianya pemangkin supaya kita bangun utk maju~~ Insya-Allah..
moga Allah membrkati dgn cemburu yg ke jalan yg baik =)
salam..suka baca posting nie, cemburu tu firahkan..kita sedar segala kekurangan dan kelebihan orng lain tu adalah takdir dan ketentuan..cuma utk belajar menjdi redha tuk xsemudah..meletakkan keyakinan pada ALLAH,adakalnyanya hati terselit kegurasan dan xpasti..kerna kita hamba yg lemah.
ReplyDeleteCemburu yg positif tu mmg bagus.. So that kita pun akan work forward yg dicemburui tu kn?
ReplyDeletetu gambar robot kotak tu... bukan ko punya ker bro??
ReplyDeleteNice entry. Terasa 'berinspirasi' membacanya. Saya suka kata-kata pada perenggan terakhir entry ini.
ReplyDelete'Jodoh, maut, rezeki, qada dan qadar tu adalah tetapan Allah. Semua orang tahu resanya. Tetapi setakat tahu saja tak cukup. Kena yakin dengan seyakinnya. Mungkin lambat sedikit dengan orang lain itu tidak bermakna kita lemah, kita tidak hebat, kita tidak beruntung. Allah dah sedia yang terbaik untuk kita semua. Cuma kita kena berusaha dan berusaha tanpa putus asa.'-Nice sangat.
Bila meletakkan cemburu yang dipendam ke arah bersifat lebih positif pasti semua orang akan pandang ke depan dan lebih berusaha. Tapi hakikatnya, untuk membentuk cemburu yang positif ini, perlu dilatih hanya dengan cara kita redha dengan qada dan qadarNya. :)
Btw, nice entry, nice sharing.
cemburu tu kata orang, tandanya sayang. bunyi memang cliche..terlebih cemburu, cinta melayang.... :)
ReplyDeleteselebihnya, err..kena fikir panjang...
pertama kali singgah, nice blog.. :)
sy terasa dengan cmburu tntang plajaran tu,"result msti highest"....=)kdg2 tu jealousy tahap cipan jgak...bljar sama, klas sama, tp mrkah beza...sedih...bkan rzeki kot, tak pun kena kuat lagi...thanks...have a nice day...^^
ReplyDelete@sea_lavender:
ReplyDeleteInsyaAllah, mari kita terus cemburu yang baik :)
@QalbunNur:
ReplyDeleteFitrah manusia biasa yang suka membuat perbandingan dengan yang lain. Kena bersikap positif selalu.
@LidiaSuraya:
ReplyDeleteYup begitulah!
@i M a Z a i M i:
ReplyDeleteThank you :)
@book seller:
ReplyDeleteTerima kasih sebab singgah. Singgah la lagi.
@noor:
ReplyDeleteOh itu cemburu yang kebanyakkan orang rasa tu :)
Engineer kesayangan junior anda? What a small world.. *Tibe.. :D
ReplyDeletecemburu dengan kejayaan orang lain...lalu dalam hati selalu tanamkan impian yang satu hari nanti aku juga mampu berjaya macam mereka..=)
ReplyDeleteCemburu yg baik..mmg cemburu dgn org yg lebih berjaya dari kite..mgkin sbb usahanya lebih dari kite..
ReplyDeletekene usaha dan terus usaha tanpa putus asa (best ayat ni.:) thnx)
Saya suka entri ini.. selalu terjadi dalam menjalani seharian.
ReplyDelete*lately terjadi pada diri punn ada jugak. (^_^)
Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)