Mencuba Bangun Lagi

February 22, 2012





Aku jatuh lagi.
Entah yang ke berapa kali.
Seingat aku berkali-kali.
Makin lali dengan semua ini.

Pelbagai rasa lagi yang perlu ditempuhi.
Yang aku terima ini hanya sipi-sipi.
Yang besar itu masih menanti.

Tetap cuba positifkan diri.
Tetap teguh berdiri.
Tetap beralaskan kaki sendiri.
Di persada duniawi ini.

Doakan aku kembali.
Kembali merebut segala yang dihujani.
Untuk kesekian kali.
Aku tetap redha dengan ujian Ilahi.



[04:34am]
[22.02.12]
[Shah Alam]



Hami Asraff:
"Makin dekat kita mendekati, makin kuat kita diuji."


You Might Also Like

23 Comments

  1. When Allah bring us to it, He also bring us through it :)

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah memberimu kekuatan untuk menghadapi ujianNya.. ameen.

    ReplyDelete
  3. semakin teguhlah dengan redha.

    redha itu ikhlas -

    ReplyDelete
  4. banyakkan bersabar ye... Allah sentiasa bersama dgn hambaNya yg bersabar... DIA menguji hambaNya kerana DIA tahu kemampuan hambaNya... jika rebah, kembali padaNya... (pesanan utk diri sendiri juga.._ =)

    ReplyDelete
  5. UjianNYA datang sbg tanda sayangnya DIA pd hambaNYA..be strong :)

    ReplyDelete
  6. semakin jauh kita dari-Nya, semakin dekat pula Dia menghampiri kita. Setapak kita mendekat kepada-Nya, 10 tapak Dia rapat kepada kita..

    (^^,)

    ReplyDelete
  7. pujuk hatimu dengan janji-janji Allah, bahawa Dia selalu dan tetap ada, dengan kita, untuk kita. semoga tenang dan dirahmati-Nya sntiasa

    (^_^) hadapi dengan tenang jiwa... semua kan baik-baik saja...

    ReplyDelete
  8. setiap manusia akan diuji oleh-Nya...teruskan bersabar and always have faith in HIM.....all the best..!

    ReplyDelete
  9. moga di tiupkan semangat kuat.. :)

    ReplyDelete
  10. Bila kita mohon kejayaan dariNya, ujian diberi utk kita lalui .. AllahuRabbi sentiasa disisi.. Firman Allah, dlm surah al baqarah, khabarkanlah berita gembira kepada mereka yg bersabar .. Iaitu org yg ucpkan inna lillahi wainnailaihirojiun .. Mereka itulah yg dpt keampunan n rahmat drpd Allah dan mereka itulah org yg mndpt ptnjuk ;)

    ReplyDelete
  11. Jika 8 kali kau jatuh, maka bangkitlah 15 kali. Terus berdiri dan berlari.Berkuat-kuatlah. ;)

    ReplyDelete
  12. smoga tabah mendatngi hari mendatang..

    ReplyDelete
  13. smoga tabah mendatngi hari mendatang..

    ReplyDelete
  14. Asalam saudara..
    Tiap pagi membangunkan anak2, cabarannya kuat, namun kita ibubapa perlu teruskan jua usaha membangunkan mereka..keranaNya..
    Nampak nilai dalam sajak HA..tq berkongsi..

    ReplyDelete
  15. setuju, makin kita rasa dekat dan hampir denganNya, makin kita tersungkur...

    life is not easy, but Allah is always there...:-)

    ReplyDelete
  16. dont wori...

    bila jatuh kita bounce back...

    ReplyDelete
  17. salam,,

    biar bertatih sekarang, asal nanti boleh berlari ツ

    ReplyDelete
  18. ok..dah jumpa idola dalam berblog...

    ReplyDelete
  19. Allah sayang hamba-Nya dengan memberi ujian.

    sabar.

    Assalamualaikum.
    thanks sebab drop komen kat blog gua.

    ReplyDelete
  20. diuji oleh-Nya kerana Dia Maha Mengetahui..itulah yang hambaNya mampu..

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe