Pernah Kita Terfikir Yang Kita Akan Mati Esok Hari?
January 26, 2012
Apa khabar kalian semua? Makin rajin mengemaskini blog. Kalau betul-betul free memang no hal. Yang sering menjadi hal adalah apabila untuk mencari free berkenaan. Ingat free nak cari free? Okey merepek. Mukadimah merepek kadang-kadang adalah bakat terpendam aku. Apa kamu juga? Baik, mari berkongsi kemerepekkan bersama. Merepek, semua orang berbakat.
Okey cukup. Mari kembali pada landasan yang benar.
Hari tu. Dah lama. Tahun lepas. Aku sedang study dengan seorang sahabat di fakulti aku. Samad (bukan nama sebenar) namanya. Agak tekun study. Study untuk Final Exam rasanya. Dalam keasyikan dan kekusyukan study, tiba-tiba Samad memecah kesunyian dengan menanya sebuah soalan.
"Kita ni study, agak-agak ada masa depan yang cerah tak?"
Amboi soalan Samad. Aku berfikir sebentar. Sejurus aku menjawab.
"InsyaAllah ada. Ni yang kita study ni untuk masa depan yang cerah la."
Pergh jawapan aku. Harap jawapan yang selamat. Jawapan yang memuaskan hati Samad. Menunggu respon daripada beliau.
"Kadang-kadang risau dan runsing juga. Entah boleh ke tidak jadi Engineer ni."
Samad menambah tutur kata.
"Alaa beb, ada punyalah rezeki kita. Jangan risaulah!"
Balas spontan aku. Konon tak risau. Padahal risau juga. Mestilah risau juga. Tapi aku percaya kalau usaha pasti dapat. Beliau mengangguk sahaja. Dan meneruskan ketekunan kembali.
Sejurus giliran aku pulak membuka persoalan.
"Hmmm, kita ni asyik berfikir, risau dan runsing dok pikir masa depan yang cerah je. Pernah tak sekali kita terfikir yang kita akan mati esok hari?"
Samad diam. Aku pun diam. Tak sangka pulak aku boleh tanya soalan macam tu.
"Eh, ha'ahlah."
Balas pendek Samad.
***********
Persoalan tadi tidak hanya terhenti di situ. Wah dah macam lagu Asfan. Eh tapi bukankah lagu Asfan, Terhenti Di Sini? Okey tak payah layan sangat aku ni.
Walaupun aku tak dapat tidur malam, aku akan cuba merebahkan kepala di tilam juga. Apabila telah pun bermula sesi rebahan, seperti biasa aku akan berfikir. Banyak. Dari satu topik ke satu topik. Berangkai-rangkai. Tak mahu berfikir sebenarnya. Tetapi semuanya seperti datang sendiri. Dan aku dapat kenal pasti ini adalah salah satu faktor kenapa aku tidak dapat tidur malam. Sadis. (-_-")
Jadi fikiran aku menular pada sebuah persoalan yang aku rasa kecut perut. Gerun.
"Ya Allah, andai ini tidurku yang terakhir, cukupkah amalan-amalanku selama ini untuk bertemuMU?" :(
Rasa kecut perut itu adalah kerana aku seperti tidak membuat persediaan menghadapi mati. Rasa gerun itu berpunca dari adakah cukup amalan-amalanku selama ini?
Astaghfirullahalazim... "Aku mohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung"
Mari kita fikir dan renung kembali. Semuanya. Tanya pada diri. Adakah kita tiap-tiap hari membuat persediaan menghadapi mati? Adakah kita tiap-tiap hari teringat yang kita akan mati? Adakah tiap-tiap hari kita akan berfikir adakah hari ini adalah hari terakhir kita hidup di muka bumi Allah ini?
Terus terang aku katakan. Aku tidak fikir. Hanya sekilas dua sahaja. Betapa jahilnya aku. Kita terlalu runsing memikirkan kehidupan mendatang. Kita terlalu risau akan adakah kita akan mempunyai masa depan yang cerah. MasyaAllah jahilnya kita. Alpanya kita. Teruknya kita. Hinanya kita. Jika ada yang membuat persediaan menghadapi mati hari-hari, tahniah diucapkan. Anda adalah muslim dan muslimah sejati. Kita seringkali mendengar kata-kata begini:
"Jika kita mengejar dunia, akhirat akan lari tinggalkan kita. Tetapi jika kita mengejar akhirat, dunia akan mengekori kita."
Jelaslah kehidupan akhirat itu yang paling utama yang sering kita alpa. Kita ingat bila kita susah. Bila kita senang lenang, kita lupa semuanya. Pernah menulis di entri yang berkaitan iaitu Kita Manusia Yang Berdosa dan Pedihnya Sakaratul Maut.
Again, apa yang aku tulis semua ini adalah nota diri sendiri. Mengingatkan diri sendiri dan di samping berkongsi dengan pembaca. Moga kita terus sedar akan sebuah hakikat. Hidup pasti akan mati. Moga ada manfaat bersama.
Wassalam.
Hami Asraff:
"Mati akan datang menjemput kita bila-bila masa sahaja. Jadi senantiasalah bersiap sedia selengkapnya."
Again, apa yang aku tulis semua ini adalah nota diri sendiri. Mengingatkan diri sendiri dan di samping berkongsi dengan pembaca. Moga kita terus sedar akan sebuah hakikat. Hidup pasti akan mati. Moga ada manfaat bersama.
Wassalam.
Hami Asraff:
"Mati akan datang menjemput kita bila-bila masa sahaja. Jadi senantiasalah bersiap sedia selengkapnya."
25 Comments
Kematian adalah kehidupan, gerbang penentuan kepada "kebaikan dan keburukan","kebahagiaan dan penderitaan" dan ,"keimanan dan kekufuran"
ReplyDeleteTajuk: Pernah terfikir yang kita akan mati esok?
ReplyDeleteJawapan: Pernah. Hehe!
#okbai
salah satu cara mningkatkan iman ialah dgn mengingati mati
ReplyDelete@Syafiq Ahadin:
ReplyDeleteKalau pernah alhamdulillah :)
@Princess Nur:
ReplyDeleteItulah cara yang paling berkesan. Moga terus dijadikan amalan.
@Wan Zulqhairi:
ReplyDeleteKematian adalah permulaan untuk hidup.
selalu je terfikir pasal mati..setiap hari kot..masa nak tido dgn masa bawak motor g keje..takut tak terjaga nk tgk hari esok..takut mati kejung eksiden tak sempat ngucap..sebab tahu amalan tak cukup lagi nak buat bekalan..T_T
ReplyDeleteya kita selalu lalai akan mengingatkan kematian.. yg kita selalu nak tahu apa akan jadi ngan masa depan kita..
ReplyDeletesebesar-besar peringatan ialah kematian.. sesungguhnya akhirat ialah tempat menuai hasil yang diusaha didunia..
ReplyDeletehanya segelintir yg sedar akan hakikat mati,ramai yg mengejar dunia even untuk berfikir pasal mati pun tak pernah terlintas dfikiran mereka...
ReplyDeletealhamdullilah,kaaka masih lg dlantasan yg betul..hopefully kita semua akan pergi dlm keadaan islam secara zahir dan batin...
Siang tadi sorang kakak opis cakap, dia rasa takut bila ada orang ramalkan tahun ni dunia akan kiamat. Saya cakap....jangan risau, mati itu pasti sebab ntah2...kita akan mati bila2 masa sebelum kiamat berlaku.
ReplyDeleteAs'salamualaikum , izinkn sya share . trma kash . JazaakALLAHu Khair
ReplyDeletecoincidently, smlm b4 tidur mmg trfikir kalau2 itu adalah tidur yg terakhir..moga Allah sentiasa memberikan hidayahNya kita. amiin.
ReplyDeleteapa yang anda sampaikan mmg terkesan...sy suka baca blog anda...teruskan penulisan anda..
ReplyDelete@♥CIK SHA♥:
ReplyDeleteSebab tu kita kena senantiasa muhasabah diri.
@shera haifa:
ReplyDeleteTiada siapa dapat meramal masa depan. Sebab itu persiapan perlu dilakukan demi menghadapi masa depan.
@~cik atin~:
ReplyDeleteAkhirat itulah kehidupan sebenar.
@kaAka:
ReplyDeleteInsyaAllah moga keimanan kita masih utuh untukNya.
@Jumir:
ReplyDeleteMati itu pasti. Setiap orang akan merasai.
@Bella:
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Terima kasih :)
@waniez:
ReplyDeleteMoga berfikir itu sebagai satu cabang mencari kebenaran.
@Anonymous:
ReplyDeleteTerima kasih sebab suka. Nasihat diri sendiri terlebih dahulu.
sama-samalah perbaiki diri beb.. huhu
ReplyDeleteNice one akhi...same-samela kita m'cari bekal utk p'sediaan dialam sana.
ReplyDeleteBagi aku jangan terlalu berfikir tentang hari esok. Buat hari ini sebaik mungkin, insya-Allah akan ada rezeki hari esok
ReplyDeleteSetiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)