Terharu Apabila Blog Picisan Aku Di Promosi Oleh Seorang Doktor

February 06, 2011


Assalamualaikum w.b.t



Dari start cuti sampai habis cuti. Tak ter-update jugak. 15 hari tidak di update blog ini. Terus dan terusan meninggalkannya tanpa rasa bersalah. Sebenarnya bersalah juga. Tapi alasan yang meniti di bibir. Kekangan masa. Bukan kekenyangan. Kekenyangan memang sudah terlebih. Perkara standard apabila di rumah. Makan, makan dan makan.


Okey bukan mahu bercakap pasal makan. Cukuplah bercakap perihalnya di Twitter gua. Ah, para Twitterer yang menetweet dengan gua pasti tahu apa yang sedang aku canangkan di sini. Okey cukup!


Kronologinya begini. Ada seseorang tweet yang mention namaku:


"Baru baca tentang belog yang memuji @HamiAsraff dan @BENASHAARI. Tetiba rasa terharu."


Eh dia pulak yang nak rasa terharu. Aku dapat tweet ni masa aku kat luar malam tadi. So taktaulah apa yang berlaku. Blog yang memuji yang bagaimanakah. Takpa, bekpilah dulu.


And then bila balik, ada mesej dari inbox Facebookku:


(Klik/Right click --> Open Link in New Tab untuk tumbesaran gambarajah)


Lantas, aku mengkelik teruslah link berkenaan. Ini ayat yang dicoretkan mengenai diriku di dalam entri beliau yang merupakan seorang doktor.



"Pada hari ini saya juga telah bertemu dengan satu lagi blog yang istimewa yang dimiliki oleh seorang insan yang bernama Hami Asraff. Penampilan blog beliau sederhana, namun saya amat kagumi ramainya orang yang memberi komen setiap kali beliau membuat entri dalam blog beliau. Sedikit berbeza dengan Ben Ashaari, blog Hami Asraff tidak di update sesekerap blog Ben Ashaari. Blog Hami Asraff banyak menggabungkan nuansa islami yang diselit dengan kata-kata motivasi dan pesan-pesan dakwah. Mungkin ini ciri khas blog Hami Asraff sehingga digemari ramai. Antara kata-kata beliau dalam blog yang memberi kesan mendalam pada saya ialah "Aku menulis blog sebab aku suka menulis. Trafik bukan perkara yang aku titikberatkan sekarang ni..."



Kelu lidah sudah untuk berbicara. MasyaALLAH what else I can say? Terima kasih, terima kasih dan terima kasih banyak-banyak. Sangat terharu dengan entri yang Doktor lampirkan. Sangat terharu dengan alasan yang doktor hamparkan. Sangat terharu dengan coretan yang doktor coretkan. Terima kasih :)


Link blog beliau di sini --> LINK


Doktor dan pembaca-pembaca blog picisan inilah nadi saya. Pencetus ilham dan semangat untuk terus berkarya. Pemangkin untuk meneruskan idea dan agenda. Dan sumber kekuatan yang kadangkala hilang dalam kesamaran.


Ada seseorang kemukakan sesuatu di kotak inbox Facebookku:



(Klik/Right click --> Open Link in New Tab untuk tumbesaran gambarajah)



Femes? Tak pernah rasa begitu pun. Menjadi perbualan? Tak pasti perbualan apa yang dibualkan. Tetapi yang pastinya diriku tidak femes. Eh kenapa perlu ada femes? Tak pernah terlintas di fikiran pun perkataan 'femes' itu akan muncul. Dan kalaulah nak dibandingkan dengan blogger-blogger yang hebat lain, masih terlalu jauh untuk dibandingkan. Jauh sangat. Dan femes atau tidak bukanlah ukuran untuk seseorang blogger itu.


Kadangkala aku terlepas pandang. Ada yang emel aku. Minta maaf banyak-banyak. Antara emel yang jugak buat aku terharu:



(Klik/Right click --> Open Link in New Tab untuk tumbesaran gambarajah)

Speechless, speechless, speecless. And berbillion thanks to you nik :)

Suka sekiranya kalian mahu berkongsi cerita dan idea dengan diriku. Terasa sangat terharu dan amatlah dihargai. Boleh klik tab bar Hubungi Hami Asraff di atas untuk menghubungi diriku. Atau boleh dibuat di sini:

1. Emel & Google Talk : hamiasraff@gmail.com
2. Yahoo Messenger : hami_asraff@yahoo.com
3. Facebook (inbox)
4. Twitter (memang di sini paling lama aku lepak)

Bukan mahu melahirkan rasa kebanggaan ataupun riak di hati apabila menulis begini. Mintak dijauhkan dari diri. Cuma mahu berkongsi rasa dengan pembaca. Kegembiraan kadangkala perlu dinikmati bersama. Untuk menambah seri pada hati. Dan ukhwah terjalin dengan kemas kini. InsyaAllah.


Itu saja buat masa ni. Thanks again untuk Doktor Mohd Hafiz Bin Osman yang sudi review blog picisan saya. Dan thanks kepada semua pembaca yang sudi baca karya diri ini.


"Manfaat itu terlalu besar sekiranya dikongsi bersama. Teruskanlah berkongsi, teruskanlah memberi manfaat. Moga perolehi syafaat."

Wassalam.


Hami Asraff:

1. Tiba-tiba teringat entri dari Encik Ben mengenai segmen terjah blog. KLIK SINI.
2. Memang makin hari makin sibuk. Biasalah nama pun student.

You Might Also Like

42 Comments

  1. wah ! tahniah - tahniah . kesimpulannya , entry yang terbaik adalah yang paling jelas dan mudah untuk pembaca fahami isi yang disampaikan . MANTOP !

    ReplyDelete
  2. wah bestnyer..mr.Hami..i pun teringin nak jadi mcm u n ben. tapi my blog just a simple blog..like one of ur fan said..syok sendirik.hahahha..ada ku kisah.. peace! anyways, congrats.

    http://lifeissecret.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. eh eh? macam kenal ja twitt tu, heheheh.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih sudi buat entri tentang saya pula.. Jujur dari hati saya, saat saya membaca blog asraff hati saya untuk seakan tersentuh kerana ada seorang anak muda yang menjadikan blog sebagai satu wadah berdakwah. Dan lebih mengujakan kerana bila terbaca yang trafik bukanlah apa yang asraff kejar sebaliknya berkongsi sesuatu yang bermanfaat buat semua para pembaca agar para pembaca mendapat mesej positif itulah yang dicari... Teruskan usaha menulis blog yang entri-entrinya santai tetapi sarat dengan unsur-unsur dakwah , moga Asraff menjadi ikon pemuda Islam yang menjadikan penulisan blog sebagai media dakwah ...

    ReplyDelete
  5. saya pun kenal awak....blogger yg suka buat entry2 yg berilmiah..awak kenal tak saya agak2? hehehhehe..gurau jek..;p

    ReplyDelete
  6. Salam Hami, akak pun suka blog Hami..dah ikut dari dulu lagi, cuma tak pernah komen, tapi akak komen tentng Hamidi blog doktor tu.

    Teruskan menulis ye...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum wbt....tiba2 tersentap baca entry saudara sbb dalam emel yg org bg tu ada sbut pasal doktor mas afzal, pemilik blog not the primrose path. Blog yang saya follow, tapi dah lama tak jengah...rupa2nya entry pertama yang saya bca tu adalah entry terakhir dr arwah...singgah ke blog arwah, memang sebak baca entry oleh mak arwah pula beserta dengan komen rakan2 dan follower beliau...:""(

    morale of the story:: at least once a week ziarah blog yg kita follow..kbtulan masa arwah meninggal tu saya sibuk kerja part time..
    Al-Fatihah untuk arwah..
    Btw..blog saudara memang bagus..smoga trus maju..

    ReplyDelete
  8. tahniah2...teruskan usaha murni
    anda....

    tentang blog doktor mas afzal, mmg banyak beri ispirasi kepada pembacanya...semoga arwah dicucuri rahmatNYA...

    http://masafzal.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. @Nurul Farhanah:

    Biar ringkas dan padat tetapi dapat difahami oleh pembaca. Dan pemabaca dapat itu sebagai panduan.

    ReplyDelete
  10. @Ct_hAjAr:

    Jadilah diri sendiri. Itu yang paling penting :)

    ReplyDelete
  11. @Dr Mohd Hafiz bin Dato' Osman:

    Sama-sama. Pernah sahabat tanya, "agak-agak apakah sumbangan kita dekat akhirat kelak ye?"

    Kelu lidah untuk berbicara. Mungkin medan blog ini boleh jadi salah satu daripadanya. InsyaAllah kalau kita mahu teruskan agenda berkenaan :)

    Yang penting saya menulis untuk ingatkan diri sendiri terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  12. @Cikgu Nurin:

    Salam Cikgu Nurin. Terima kasih sudi baca. InsyaAllah :)

    ReplyDelete
  13. @anaMuslimah:

    Waalaikumussalam. Saya pun baru je dapat tahu tentang blog arwah. Memang terkejut jugaklah bila baca. Al-fatihah. Terima kasih sudi baca.

    ReplyDelete
  14. teruskan berblog ye? kagum tu ramai yg bagi perhatian kat awk

    ReplyDelete
  15. salam...saye sngt setuju dgn entry Dr Mohd Hafiz itu...blog saudara ada pengisian yg trsendiri dan ada unsur2 yg sngt baik utk semua orng dan sngt bersesuaian utk semua lapis msyarkt walau apapun latrbelakng mereka...sudah agak lama sy follow blog ni...tahniah dan semoga terus sihat dan kuat untuk menulis di blog ini...=)

    ReplyDelete
  16. @greenailin:

    Terima kasih. Sama-samalah kita usaha ke arah usaha murni ni ye :)

    ReplyDelete
  17. @/Dayah/nurul/dayak:

    Tak ada apa yang nak dikagumkan. Yang penting teruskanlah jadi diri sendiri :)

    ReplyDelete
  18. teruskan usaha anda daam penulisan...
    kembangkan medium dakwah :)

    semoga Allah merahmatimu ^^,

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum.

    ana suka baca blog enti.

    banyak pengisian.

    sampai tak sangka da famous mcm koyube iluvislam.

    =) Silap2 masuk astro oasis utk program selami jiwa.

    enti, ana nak bg peringatan bersama.

    ana harap dgn ramainya masyrakat bangga, kagum dgn peribadi enti, jangan ada perasaan bangga diri dlm diri kita.

    syaitan akn cuba menghasut kita halus2 walaupun sehalus jarum.

    jaga niat . luruskan niat selalu .
    nak2 before post sesuatu. tanya diri kita, utk tujuan ape kita menulis. niat dakwah . lillahitaala . kdg2 masa kita taip, niat kita da lari sedikit .

    Ya qudus. ya qudus .

    emm. sampai situ je la kot rasanya. ana harap enti tak ambil hati teguran yang ana beri cuma peringatan bersama .

    barakallahu fik . Assalam~

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum.

    ana suka baca blog enti.

    banyak pengisian.

    sampai tak sangka da famous mcm koyube iluvislam.

    =) Silap2 masuk astro oasis utk program selami jiwa.

    enti, ana nak bg peringatan bersama.

    ana harap dgn ramainya masyrakat bangga, kagum dgn peribadi enti, jangan ada perasaan bangga diri dlm diri kita.

    syaitan akn cuba menghasut kita halus2 walaupun sehalus jarum.

    jaga niat . luruskan niat selalu .
    nak2 before post sesuatu. tanya diri kita, utk tujuan ape kita menulis. niat dakwah . lillahitaala . kdg2 masa kita taip, niat kita da lari sedikit .

    Ya qudus. ya qudus .

    emm. sampai situ je la kot rasanya. ana harap enti tak ambil hati teguran yang ana beri cuma peringatan bersama .

    barakallahu fik . Assalam~

    ReplyDelete
  21. @hatina:

    Waalaikumussalam. Terima kasih sebab bersetuju. Terima kasih atas sokongan. Cuba buat yang terbaik untuk diri sendiri :)

    ReplyDelete
  22. @: husna ::

    InsyaAllah. Terima kasih banyak-banyak.

    ReplyDelete
  23. @Anonymous:

    Waalaikumussalam. Hurmm, saya tak pernah meletakkan aras 'famous' itu. Terpulang kepada pembaca untuk menilai. Memang rasanya tak perlu ada femes semua-semua ni. Yup riak dengan manusia terlalu dekat. Kita silap sikit terus dicantas. Sebab itulah kita kena berwaspada selalu. Senantiasa jaga hati dan peribadi diri. Terima kasih beri teguran & ingatkan saya tentang ini. Sangat hargai :)

    ReplyDelete
  24. blog ni mmg best dari segi kandungannya. tak perlu hairan klu pujian diberikan kpd author :)

    ReplyDelete
  25. congrets bro! hop owez sukses oke.. :)

    ReplyDelete
  26. hari tu saya ada visit blog ni lepas kena promote dgn doktor...lagi terkejut bila blog saya kena laway dgn abg Hami( tua drpd saya kan??) ....ingatkan saper H.A tu....
    entah camna abg leh "jump" kat blog saya.....

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum hami..
    tahniah.. mmg dari dulu lagi suka sangat baca entry2 kt blog ni... walaupun tak tinggalkan komen, saya selalu masuk bila ada entry baru.. saya jarang on blog skank, tpi dapat tahu info pasal entry terbaru hami dari twitter n facebook.. teruskan penulisan bagi memberikan input berguna kepada kami semua..

    dari blog ni juga saya kenal perfume pure.. hehee... thanks hami..

    ReplyDelete
  28. I am Glad i came across this web site.Added hamiasraff.blogspot.com to my bookmark!

    ReplyDelete
  29. Keep up a good work..
    insyaAllah tulisan yang baik, Dia akan pandang sebagai salah satu amalan baik kita

    ReplyDelete
  30. walau jasad tiada lagi, nukilan anda tetap abadi.;)

    ReplyDelete
  31. walaupun jasad tiada lagi, nukilan itu terus kekal disini. :)

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum en.hami asraff ..terasa formal la plak tapi x pe sbb sy sgt respect kat empunya blogger,instagram n facebook yg penuh dgn ayat motivation..dah lama x visit blog.hari ni baru sempat n terkezut bila tgk db blog yg baru..hihi lawa sgt..Alhamdulillah slow mowly sy baiki diri sy dgn motivasi drp hami asraff .terima kasih kpd Allah yg mengurniakan rezeki sy bertemu dgn seorang insan yang selalu memberi kata-kata motivasi melalui dakwahnya di alam maya..terima ksih Allah ..terima kasih hami asraff...teruskan berkarya..ilham dr Tuhan

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe