Terharu Apabila Terjumpa Pembaca Blog Aku Yang Mahu Mengambil Gambar. Aku Bukan Artis.

November 25, 2010



Assalamualaikum w.b.t


Berlintas langsung dari tempat praktikal, Lotus West Sdn. Bhd. Masuk minggu kedua dan hari ke lapan aku berpraktikalan di sini. Setakat ni semua okey. Banyak yang belajar dan tak kurang hebatnya bersenang-senangan. Bersenang-senangan a.k.a berileksan. Begitulah.

Nak bercerita sebuah alkisah yang berkait rapat dengan tajuk entri di atas. Pernah menulis di status Facebook aku suatu masa dulu. Suatu masa dulu untuk menunjukkan yang kejadian aneh ini berlaku lama dah yang tak berapa lama. 12 hari yang lalu. Tak lama lagi kan? Masih segar-bugar dalam kotak fikiran.

Ceritanya begini.

12 hari yang lalu ialah hari Sabtu. Keluar berfoya-foya bersama rakan tak sebaya. Berfoya-foya bukan pi buat benda tak tahwan hala. (keluaq dah bahasa Kedah dia). Berjalan jalan mencari pasal. Cari pasal terhadap kewangan kendiri yang tak berapa nak stabil. Tak paham? Bagus!

Alkisahnya berlaku di One Utama (OU), Damansara.


Tempat kejadian yang lebih spesifik ialah dalam sebuah kedai souvenir, S & J. Kedai oren tu. Masuk kedai macam orang lain. Menengok, membelek dan menyentuh barang-barang di sekitar kedai adalah aktiviti biasa. Eleh macam korang tak pernah buat.

Tiba-tiba... (tak perlulah sound efek)

Ada segerombolan gadis memasuki kedai tersebut. Ada dalam 4 atau 5 orang macam tu. Tak pasti. Tapi yang pasti mereka bercakap-cakap dan mempaling wajah ke diri ini. Eh kejap, sebelum perasan, tengok belakang aku dulu. Okey clear. Tiada sesiapa di belakang.

Ah, perasan la aku ni. Depa tengok benda lain aku perasan. Hahaha. Getus hati. Yer la cubaan nak sedapkan diri. Macam tu je lah caranya. Maka, aku menjarakkan diri ke sudut hujung kedai. Masih meneruskan aktiviti menengok, membelek dan menyentuh barang.

Tiba-tiba lagi... (ikut korang la nak letak sound efek ke tak nak)

Seorang gadis berjalan menuju ke arahku. Okey cool cool!


"Ni abang Hami Asraff?", sapaan sang gadis.


"Ya saya", balasan daripadaku. Dalam hati siapa pulak this girl? Serius aku tak kenai. Mungkin kenalan lama kot. Takkan aku dah kelupaan.


"Saya pembaca blog abang. Macam tak percaya dapat jumpa", terus terang terus.


"Ooo...", *speechless*


"Boleh tak nak ambil gambar dengan abang?" Soalan sang gadis yang buat aku rasa cannot describe.


"Err... Hurmm... Boleh boleh", jawab dalam separa tak sedar. Tak percaya.


*gambar ditangkap*


"Kamu ni blogger jugak?", soalan aku untuk memecah kesunyian. Jangan percaya. Tak sunyi pun.


"Tak tak. Saya silent reader. Saya baru Tingkatan 4", menjawab sambil tersenyum.


"Ooo... Muda lagi", aku masih kelu lidah berbicara.


"Teruskan menulis ya abang" , katanya sambil mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi.


"Sama-sama", hanya itu mampu aku katakan.


Eh eh eh eh. Aku tak sempat tanya nama pun -_____-"

Aku bermimpikah? Dia kata dia tak percaya jumpa aku. Habis yang aku ni dapat percaya? Adoi ~ Serius sampai hari ni tak percaya. Tak percaya ada orang kenal dan paling mengharukan nak tangkap gambar sebab pembaca blog picisan aku ni. Aku bukan ARTIS.

Habis nak cakap apa lagi?


TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK SUDI BACA. ITU SUDAH CUKUP BUAT SAYA GEMBIRA :)




Tak pernah langsung terlintas yang berblogging bakal dikenali. Taktau pun sebenarnya. Sampai hari ni. Hari Khamis. MasyaAllah.

Kepada blogger sekalian, marilah kita menulis sesuatu yang memberi manfaat kepada diri sendiri dan pembaca. Cubalah walaupun sedikit. Langsung tak rugi. Tetapi terlalu banyak jasa tu. Tak kisah yang bermanfaat bagaimana. Tetapi cuba beri sesuatu kepada semua. Bukankah itu lebih baik?

Tak salah menulis merapu meriban. Aku pun merepek-repek banyak jugak dalam blog aku ni. Cuma seperti yang aku cakap menulis boleh menjadi medan untuk kita menyumbang sesuatu. Cuba dulu baru tahu.

Kepada silent readers, terima kasih banyak-banyak yang tak jemu bertandang ke blog picisan ini. Anda silent readers yang aku hargai :)


Kalau silent readers ni pun aku hargai. Jadilah kan? :)


Okeylah mahu bersambung bersenang-lenang di tempat praktikal ni. Sila jangan tanamkan perasaan jeles di lubuk hati kalian ye.

Wassalam.

Hami Asraff:

1. Untuk gadis di atas, boleh tak emelkan gambar yang kamu tangkap tu? Nak jugak. Terima kasih :)

2. Teringat pulak aku kat ENTRI INI :)

You Might Also Like

101 Comments

  1. wow.!

    kalo gua nak bergambar dgn lu boleh dok?

    hahahhahaha..

    *gelak guling2

    ReplyDelete
  2. oii hang curik tulang update blog masa reja.. =='

    ReplyDelete
  3. salam..
    bilakah akan dapat bertemu dgn abg hami ni..
    leh tgkap gambar sekali..hehe :-)

    ReplyDelete
  4. ahak ahak!!! dah yg kite terjumpa hang tu.. masa tu tak sedar lagi keee encik hami oi.. hihhi :D

    ReplyDelete
  5. sound efek:jeng3~
    ahahaha...(agk2 sesuai tak?)kuikuikui

    ala abg hami, ang mmg glemer la..
    two thumbs up for u!

    ReplyDelete
  6. @KeyrOL Zaman Razak:
    Boleh je beb. Tapi cas mahal sikit la. Ekekeke.

    ReplyDelete
  7. @madihah:
    Wsalam. Ala tak best mana pun untuk nak tangkap gambar dengan diri ini. Uhuuu ~

    ReplyDelete
  8. salam.,.

    da lame tunggu entri kamu..
    heee
    :)

    ReplyDelete
  9. @iela abul:
    Sangat sesuai! Haish, tak glemer mana pun la. Adoi ~

    ReplyDelete
  10. @Miss Shyra Marchelli:
    Alaaaa ~ Tidak merasakan sebegitu pun. Sungguh!

    ReplyDelete
  11. wahh ramai peminat nih..

    nak amik gmbr jugak! boleyyy... heheee

    ReplyDelete
  12. see! ramai silent reader.. hehee.. jadik artis blogging la hami skrg ni..

    ReplyDelete
  13. @meowwmania:
    Haishh, kena bagi terserempak secara tak sengaja baru boleh :)

    ReplyDelete
  14. bestnya..setakat ni baru jumpa sorang masa datang majlis kahwin lisa dulu..kak pepel..

    ReplyDelete
  15. nnti jgn lupa tayang gmbar peminat eh...

    ReplyDelete
  16. hahah... leh kongsi tip ngan aku ke... huahaha....

    ReplyDelete
  17. wah terbaeklah incik hami asraff!!!len kali kalo jumpe,mahu ambil gambar juga boleh???:p

    ReplyDelete
  18. ABANG HAMI ! SAYA NAK TANGKAP GAMBAR DENGAN AWAK BOLE ?


    LOL =P

    ReplyDelete
  19. encik hami ramai peminat~
    xmacam kite..huk3..
    ade ke adik2 sekolah nampak kite nak snap pic?
    silap2 dorang xkenal pun a.k.a xpernah tahu pun kewujudan ku~

    apepun~tahniah..ehehe

    ReplyDelete
  20. waaa kalo eka tjmpe hami pon ase nk bgmbr jugak kot..hehehe

    ReplyDelete
  21. aku setakat ni tak ada lagi org tegur tepi jalan mintak bergambar :D

    ReplyDelete
  22. @aYu:
    Adoi ~ Tak ramai pun. Ala, rezeki kot :)

    ReplyDelete
  23. hahaha..xley ker begambar???
    hahaha.. :p

    ReplyDelete
  24. Akak pun terhingin sangat nak jumpa Hami Asraff secara LIVE ... hehehe... lepas tu nak ambik gambo jugak ;D

    ReplyDelete
  25. wah bertuah tu... bilalah ada gadis nak ambil gmbr sama2 plak.. hmmm...

    ReplyDelete
  26. salam.. nak beriklan di blog ni boleh?

    kalau boleh nak free je.. hehehe..

    nak review/blogpost..

    email kpd sy

    admin[@]blogobo.com
    (sila remove [ ] )

    regards,
    http://blogobo.com/

    ReplyDelete
  27. bestnyee..hehe
    ada silent reader...
    ^__^
    best kan kalau kita wat pape org hargai..

    ReplyDelete
  28. SAYA SUKA BLOG AWAK LA.

    http://thebluestar-nurulhani1302.blogspot.com/2010/11/saya-suka-blog-awak-la.html

    ReplyDelete
  29. artis kadang2 bila org jumpa kat luar pon, dorg tak tgur..buat tak tahu..femes la bro..grr..thniah

    ReplyDelete
  30. tu baru tgkap gambar..
    kalu die mintak autograf, mengalir air mata terharu kut..
    huu

    ReplyDelete
  31. ni abg hami asraff ea?nak tgkap gambar gak la. :P

    ReplyDelete
  32. SAYA SUKA BLOG AWAK LA..http://skyjuicemyself.blogspot.com/2010/11/saya-suka-blog-awak-la.html

    ReplyDelete
  33. @My Life My World:
    Adoi ~ Bukannya best pun bergambar denganku. Uhuu ~

    ReplyDelete
  34. @little cart00n:
    Ramainya semua orang ada silent readers :)

    ReplyDelete
  35. mesti adik tu tgkap gmbr nak tnjuk calon kat mak ayah...
    hihihi~
    ;)

    ReplyDelete
  36. Asalam..
    Tertarik hendak membaca..hehe tahniah ya..bertuah dan ucapkan syukur kerana jelas ada orang suka kongsi dgn membaca tiap n3 H Asraf..so teruskan.
    Tak apalah jika bukan artis, bolehlah seorang pembloger kira terkenal . Alhamdulillah ya..turut hapy membaca n3 anda.

    ReplyDelete
  37. salam kenal...wah popular betul blog anda ni...

    ReplyDelete
  38. salam..wah2..xbleh imagin klu org mtk abik gmbr camtu..tolak karang dikatanya sombong, kalau terima, mcm x sedap la plak sebab x kenal..nak ke x..nak ke x..haha..alik2 bdk tu pegi camtu je sebab tggu jawapan lame sgt..aishhh..

    *..ni sekadar imagin je..hehe

    ReplyDelete
  39. @etuza:
    Waalaikumussalam. Terima kasih sudi baca. Terkenal? Tak layak untuk gelaran itu. Ramai lagi blogger yang dikenali. Nak banding dengan saya jauh panggang dari api :)

    ReplyDelete
  40. @Tilam:
    Salam. Adoi ~ Tak terkenal pun Hencek Tilam :D

    ReplyDelete
  41. Inilah yang dikatakan hasil berblog bro :)

    http://profhariz.com

    ReplyDelete
  42. salam kenal..bagus la kira ada org menghargai anda.teruskan menulis...

    ReplyDelete
  43. haish.. napa tak minta no fon ?? :DD

    ReplyDelete
  44. saya juga pernah mengalami pengalaman yg serupa dulu. kini saya lebih selalu menjadi "anonymous". bukan apa, bila org dah tahu muka, hal dalam seluar pun mereka nak tahu,ada saja salah kita yg mahu dicari.

    tp tu dulu, kira 3-4 tahun lepas.

    oh ye, minta otograp..heheh :))

    ReplyDelete
  45. orang dah femes, beselahh. even blogger je. tapi kalau dah femes, sume orang kenal. hihih XD

    ReplyDelete
  46. Assalamualaikum abg Hami...
    tahniah dah jdi femes..hehe=)
    sye bru je follow blog abg, best gitu...
    Tahniah!!!!

    ReplyDelete
  47. i pun sll baca blog abg hami...nak sain....
    blk uum mai ar umah aku...tgk ank aku...

    ReplyDelete
  48. seronok kan bila ada baca hasil penulisan kita. rasa puas apa yang dibentangkan dapat dikongsi bersama-sama :)

    ReplyDelete
  49. lain kali, klau nk kluar jalan2, jgn lupa post yer...
    snang ckit nak tgkap gambr...hihi(^^,)

    ReplyDelete
  50. i like........ : ) teringin nk berjumpe kamu..

    ReplyDelete
  51. salam..
    sy baru je terjumpa blog ni, mula2 entry yg sy bce, buat sy nk bce lg..
    semuanya bermanfaat Alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  52. thanks pd penulis blog (maaf xigt nama) tp letak link Hami Asraff..jd sy pon terjumpa dan terbaca blog ini..for me bkn kefemesan yg dicari..tp itu petanda blog anda memberi inspirasi baik utk remaja..tahniah!femes itu hanya bonus..semoga anda akan terus menulis..

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe