Oh Sikap!

December 31, 2009


(sebenarnya entri ini ditaip malam semalam. tapi hari ni baru publish )

Golek kot sini tak kena, golek kot sana pun tak kena. Aduyai ~ Entah kenapa malam ni rasa lebih hangat dari biasa ( macam agak familiar tagline ni ). Jam dindingku menunjukkan pukul 4.15 pagi. Okey aku tipu. Aku tak ada jam dinding. Again, jam di laptop aku sudah menunjukkan pukul 4.16 pagi ( seminit telah berlalu )


Banyak benda yang menyesak di minda. Banyak perkara bermain di layar mata. Banyak persoalan yang menanti jawapan yang tak kunjung tiba. Aku tak tahu kenapa. Anda tahu? Kalau tahu bagitahulah aku supaya aku yang tak tahu ini tahu. Oh stop it! Jangan memeningkan kepala aku lagi.


Aku rasa aku tahu ( lor ingatkan dah habis dah ). Sebelum memori di dalam kepala otak aku lupus begitu saja baik aku keluarkan di sini ( almaklumlah memori aku pakai 4 Tera Giga Bit je ) Adei ~


Bermula dalam bas. Seperti biasa kalau perjalanan siang menaiki bas aku perlukan bahan bacaan. Maka buku kesayangan aku ( siapa tahu angkat tangan! ) turut serta dalam perjalanan bersama aku.

Cerita bermula, baru sahaja membaca halaman kedua penumpang di sebelah menjeling ke arah aku. "Ala, nak tunjuk rajin la tuh! Ingat bagus sangat la membaca dalam bas ni". Eh, astaghfirullahalazim. Tak baik buruk sangka. Mungkin dia cakap macam ni, "Eh bagusnya mamat ni, mesti ulat buku, tak pun ulat bulu. Ishh mesti pandai budak ni." ( poyos )

Kalau dia cakap macam tu munkin aku akan balas macam ni, "eh standard la, gua ni kan rajin. Kat mana-mana pun gua membaca la. Tu lu tak tengok gua membaca dalam tandas lagi. Eh ni nak riak ni. Haha ~" ( eh jangan tak tahu, member gua ada buat. Baca dalam tandas. Tapi baca news paper la )


Semua dialog di atas hanya disuarakan di dalam hati. Harap maklum! Okey, tibalah saat-saat yang ditunggu. Sesi komentar tak bergergaji.


Itulah sikap orang kita. Ya la, orang kita, kita kan rakyat Malaysia ( kata-kata Jalaludin Hasan dalam iklan beras jasmin super 5 ). Apabila membaca di tempat awam dirasakan sesuatu yang pelik. Ke aku sorang je yang berpendapat sebegini? Adei ~ Buat malu je. Eh ada pun yang sokong. Tengkiu! Tengkiu!

Orang yang tengok tu sudah la mengata yang macam-macam. Si pembaca pula terus dengan keriakan yang menguasai jiwa. Last last tak fokus pun terhadap bahan bacaan tu. Ye la dok asyik dengan keriakan yang tak disengajakan tu. Okey, ini hanya pendapat dari gua. Kalau kalian membangkang kenyataan gua ni, janganlah pangkah gua untuk pilihan raya akan datang.


Oh masih berkisar pasal pembacaan. Masa bas berhenti di traffic light, aku sempat meninjau di luar jendela bas. Ada seorang brader membaca surat khabar. Bagusnya beliau! Akan tetapi secara tiba-tiba, Pon! Pon! Kedengaran kereta di belakang van brader tu membunyikan hon menandakan suruh jalan. Oh tarik balik. Tidak bagus di situ! Membaca tetapi mengganggu perjalanan manusia lain. En. Brader dah okey dah, nak tahu perkembangan dunia. Tapi biar kena tempat ya. Tak gitu?



Okey tamat cerita untuk bas. Bila sampai kat rumah flat aku, cubaan untuk menaiki anak tangga terhalang dengan tiba-tiba dek kerana ada segumpalan air jatuh kurang 2 inci dari aku. Okey 4 inci.
Lantas ku mendongak ke atas. “ dei, watongperengge”. Sungguh biadap manusia itu. Ludah ke bawah. Kalau kena tadi, aihh. Angkat tangan kunun meminta maaf. Bukan minta maaf ukurannya. Tapi segelintir manusia yang tak bertamadun dan pengotor! Sikap manusia lagi.

Begitulah alkisahnya. Sikap adalah perangai dan perangai adalah sikap ( tiada motif ). Sikap kalau tidak diubah sekarang, jangan haraplah anda akan berubah 5 tahun lagi, 10 tahun lagi. Kirim salam sajalah.

Seperti biasa, menasihati diri ini terlebih dahulu. Marilah kita muhasarawakkan diri. Kenal kelamahan diri dan cuba perbaiki. Dari yang tak baik ke baik. Dari yang baik ke lebih baik. InsyaALLAH. Renung-renungkan dan selamat beramal ( pinjam ayat Prof Izzi )

Wassalam ~
p/s --> Selamat Menyambut Tahun 2010 semua. Jom kita berubah sikap jom! :-)

You Might Also Like

10 Comments

  1. wahaha ayt lwk gle.herm biasela manusia..org buat baek pn mengata..lgla kalu buat bnde yg x baek..kn3..?jum.sy join awk ubah sikp.ehheh

    ReplyDelete
  2. Ape2 pn, continue tabiat yg baik tu ... Buat pew segan lau kena tempat.
    Lama2, mne tau kot2 ade org tiru habit ulat buku saudara. InsyaAllah dapat pahala. Kan ??

    ReplyDelete
  3. salam a'laikh...

    setiap masa terluang ku byk abiskn masa dgn teman karibku " buku " =)
    so x heranlah kalau dalam tandas pun baca buku..

    rasanya xde hal lah kot kn sal nk mbaca buku dmerata tempat?...sbb lau naek bus ke tgu bus ke tgu kawan ke tgu nk makan ke tgu lecturer nk p date ke (hahaha..guraw je) mana2lah aslkn ada time mmg menatap wajah buku jelah...n org len x mgata pape pun.
    knowledge is power so lau dorg bunyi balas lah ngn cara yg pling baik.buat benda baik x usah kisah org nk kata apa... negara lain dah maju..siap bjalan baca buku ag..mmg rakyat msia ptot ubah sikap kpd lbh bfikir k hadapan lau nk maju =)

    n buku adlah tmpt paling terbaek..
    y d bez? pk sndri..sapa mmahami buku die akan faham.

    pasal mludah tu lak...mmg kurang sopan. p kat die taruk kat dahi "JGN MELUDAH DI MERATA TEMPAT" e..yeaks! pgotor...ada kslahan yg boleh d maafkn n mistke yg perlu d ajar kembali agr x berulang.

    eh kaylah..byk blebel dah nie.selamat mlngkah ke tahun bru(2010)....moge sukses selalu.

    wassalam..

    ReplyDelete
  4. selamat taun baru
    renung2 kn dan selamat beramal
    =)

    ReplyDelete
  5. membaca tu amalan mulia.. bagus tuh kalau rajin membaca.. aku selau mendapat idea menulis n3 blog ditandas.. hehehehehhe...

    tentang sikap ia memanglah susah untuk diubah tetapi bukannya tak boleh diubah...

    Tun dr M pun mengakui antara kegagalannya adalah mengubah sikap org melayu...

    Kita mulakan dari diri kita sendiri terlebih dahulu.. jom...

    selamat tahun baru 2010...

    ReplyDelete
  6. jom lah ubah sikap...saye pun nk ubah...banyak yg perlu diubah...selamat tahun baru untuk kamu juga;)

    ReplyDelete
  7. waahhh!!bgsnye...kalo nna la,xde la nk bace kot..lgpon mmg jenis xleh bace dlm kenderaan ke,kt tmpt bising2 ke,ape ke..mmg xleh la..rs pening sgt!!dlu penah try..hammbekk tros muntah..hahhaha;p

    pape pon,jarang nmpk bero2 y ske mbace nih..tahniah2!!

    Selama Tahun Baru 2010!!

    ReplyDelete
  8. hehehe kalu t'kne gumpalan air 4cm 2 sure berapi..huhu org melayu mmg mudah b'pikirn negative..tgk org rajin m'bace ckp tunjuk rajin..tp sy proud dgn org yg sentiasa m'baca bile ada kelapangan...

    selamat tahun baru.=]

    ReplyDelete
  9. nvel 9nyawa RAM mmg xbosn m'bcanya...moral vlue pn gempak...

    ReplyDelete
  10. statement riak tu memang statement cannot blah. haha.

    anyway, lelaki yang membaca buku di tempat awam adalah sangat attractive okeh. jadi, teruskan usaha anda. haha.

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe