Kejayaan Kita Bersama

October 24, 2009



Assalamualaikum w.b.t

*Amaran Keras : Bebelan untuk entry aku kali ni maybe agak panjang dari biasa. Sila tinggalkan blog ini dengan kadar segera jikalau ianya mendatangkan kebosanan kepada anda. Terima kasih!

First thing first, aku nak bagitau yang aku mungkin akan mengingnorekan blog aku selama 2 minggu dek kerana aku ada amanah yang perlu dipikul. Ada tanggungjawab yang perlu digalas. Ada keupayaan di sebalik kesengsaraan. Ada sinar di sebalik kegelapan. InsyaAllah. ( Ceh seolah-olah macam ramai sangat yang dok ushar blog aku. Buat malu ja keluarkan statement ni. Adei~ )

Adalah ini dimaklumkan aku akan menghadapi satu lagi ujian hidup yang terbesar dalam hidup aku. Serius beb, gua cakap ni. Percayalah! Please trust me! Ala, final exam je pun. Orang lain pun ambil exam juga apa. Eh ya tak ya juga ek. Tapi korang laen la. Aku laen. Apa yang laennya? Semua orang yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi tak terlepas daripada menerima ujian dunia ini. Ya tak ya juga ek. Tapi korang laen la. Aku laen. Apa yang laennya? ( Aku cuba mengulangi ayat tersebut untuk kali ke2 ). Paper semua rapat-rapat ke? Ala, standet charted la tuh! Semua orang dah pernah merasa la. Aku pun. Semester lepas satu hari sampai 2 paper. Gila! Eh sory2.. Tak gila lagi. Biasa la tu.




Maka dengan ini dimaklumkan tempoh pengabaian blog ini ada lebih kurang dari 4 jam. Dan selepas itu " A JOURNEY " akan melayari hidupnya tanpa ownernya di sisi. Ceh nak kata study maut la tuh! Belom ada lagi sejarah orang study sampai maut. Eh ada ka? Tatau plak aku. Kalau sesiapa tau bagitau supaya aku yang tatau ni dapat tau dan sesiapa yang laen tatau turut dapat tau. Aku dah try melalutkan diri. See... Kan aku dah warning, boring kan? Lantak korang la sapa suruh baca. Eh kasar bunyi. Eh minta maaf ya. Sebenarnya ceq ngantok ni. Cuba menyelitkan elemen lawak yang tak lawak ni. Hopefully kalian tak salah kepahaman tatabahasa ya.

Tune pembacaan di ubah...

Aku... Melewati hari yang mendatang bagai satu penyeksaan. Ya penyeksaan dunia terhadap insan kerdil ini. Dalam erti kata lain ujian hidup. Ya kita hanya manusia biasa. Ujian, masalah, ragam kehidupan adalah adunan yang lengkap untuk para manusia di muka bumi Allah ini. Tiada manusia yang tak ditimpa masalah. Tidak terkecuali walaupun seorang akan menerima ujian daripadaNYA. Masalah akan datang dan terus datang. Menunggu tika dan masa yang sesuai untuk 'ditangkapnya'. Begitu juga ujian yang diaturkan Allah ini untuk kita.

Ya Allah kenapa Kau beri hambaMu ini ujian sebegini rupa? Ya Allah, apakah yang cuba Kau berikan kepadaku ini Ya Allah? Ya Allah, apakah hikmah di sebalik semua ujian yang Kau timpakan kepada kami ini Ya Allah? Antara persoalan yang sering berlegar di dalam otak saya dan juga kalian barangkali. Bila kita ditimpa musibah ataupun ujian, persoalan yang acapkali dilontarkan. Kenapakah, kenapakah dan kenapakah? Bukan diri anda dan saya tidak mengsyukuri apa yang diberikannya. NO tidak sama sekali. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku ini sekiranya aku tidak mengsyukuri nikmat-nikmat yang telah Engkau berikan. Tapi aku hanya manusia biasa yang sering dihambat noda dan dosa. Tidak terlepas oleh aku untuk untuk itu, kerna aku hanya insan biasa.



Tertarik satu kisah dimana kisah ini diceritakan oleh Dato' Fadzilah Kamsah. Bunyinya lebih kurang macam ni. " Kalau kita pakai kereta, tengoklah orang yang pakai motosikal, kalau kita pakai motosikal, tengoklah orang yang pakai basikal, orang yang pakai basikal, tengoklah orang yang berjalan kaki, orang yang berjalan kaki, tengoklah orang yang tidak memakai kasut, orang yang memakai kasut, tengoklah orang yang berkaki ayam, orang yang berkaki ayam, tengoklah orang yang tiada kaki ". Begitulah perumpamaannya. Mengerti dan fahamilah di sini. Janganlah engkau merasai yang engkau paling susah di atas muka bumi ini. Yakinlah ramai lagi lebih susah daripada kamu. Ya Allah, insan ini berdosa lagi. Ampunkan dosa hambaMu ini Ya Allah. Telah dijanjikan oleh Allah, bebanan seseorang itu adalah mengikut kesanggupannya. Pasti ada kemudahan. Lihatlah aturan yang telah diaturkan oleh Allah S.W.T. Terlalu sempurna. MasyaAllah...



Dua elemen yang penting untuk kita hayati bersama. Bersukur dengan apa yang ada. Redha dengan apa yang tiada. Ketenangan pasti dirasakan dalam diri bila mana kita yakin segala yang datang itu hakikatnya dari Allah jua. Jika ada kelebihan, itu cuma nikmat sementara saja yang menguji kita. Kadang-kadang kita perlu penuhkan akal dengan ilmu, penuhkan semangat dengan keyakinan dan penuhkan hidup dengan kejayaan. Kejayaan inilah yang membawa pada impian. Penghalang kepada kejayaan ialah diri sendiri, bukanlah kecacatan atau kekurangan. Kelembutan yang ada itulah sebenarnya kekuatan kita.

Redha bukan bermakna pasrah atau menyerah bulat-bulat tanpa bertindak apa-apa pun. Pasrah dengan KEGAGALAN, kita menerima kenyataan yang ada tetapi fikiran dan tubuh perlu berikhtiar memperbaiki kenyataan. Pasti kejayaan di tempa. Yakin setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. " Keyakinan pada Allah adalah ibarat air kedamaian yang tidak pernah kering. Menjadikan seseorang itu tetap segar di saat orang lain berguguran air mata dan tetap tenang di saat orang lain ketakutan. Memang telah dijanjikan, " Mereka itulah yang akan mendapat kebahagiaan dari apa yang mereka usahakan dan Allah amat cepat perhitungannya. ( Al- Baqarah : 202 ) "

Banyak kegagalan dalam hidup yang berpunca daripada mereka yang tidak menyedari betapa dekatnya diri mereka dengan kejayaan semasa mereka mereka berputus asa dahulu - Thomas Edison -
" To succed, we must first believe that we can " - Michael Korda -
Antara kata-kata semangat untuk renungan bersama.
Semua orang ada peluang untuk berjaya. Terpulang pada diri sendiri dengan tekad, azam, usaha, doa dan tawakal. Sentiasa muhasabah diri, kita amanah ibubapa. Kegembiraan paling berharga buat ibubapa melihat anak-anak cemerlang. Hendaklah berjaya jangan sesekali putus asa atau kecewa. bangkitlah dari lena. KEGAGALAN kunci KEJAYAAN.



Itulah suntikan semangat yang aku cuba aku praktikan untuk diri sendiri dan untuk sesiapa yang membaca blog ini. Barangkali! Janganlah lepaskan peluang yang ada di depan mata. Kita tak tahu sama ada peluang itu akan datang buat kali ke 2. Be the challenger. Sifat negatif perlu diubah. Kenali diri, insafi diri, muhasabah diri ke arah kebaikan. Istiqamah dengan apa yang dilakukan pasti sentiasa dibantu ke arah jalan yang benar.

Rasanya cukuplah sampai di sini. Doakan kejayaan aku ya kalian. Kalian jua, insyaAllah aku juga akan berbuat demikian. Orang berjuang sering menangis lemah di sisi Allah, tapi Allah kuatkan dia di sisi manusia. Berjuanglah kerana Allah, berbahagialah hati walaupun payah, kerana itu jalan menuju ke JANNAH. Minta maaf kalau ada salah dan silap. Yang buruk dan cela itu dari insan kerdil ini jua dan yang terbaik, sesempurna hanya dari Yang Maha Esa. Wallahu'alam..

Wassalam~


p/s : Good Luck for final exam sahabat-sahabat semua...




You Might Also Like

10 Comments

  1. gud luck hencek!!!

    buat sungguh ye!!

    nanti kita berjimba2..haah

    =)

    ReplyDelete
  2. teruskanlah berjalan tanpa henti....meskipun terpaksa mnanggung bebanan yg berat...Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang....

    ReplyDelete
  3. apakah berjimba2 itu hencek aizul?
    tq la 4 da wish..~

    ReplyDelete
  4. nukasih : terima kasih!
    itulah yg sy sedang lakukan.. my journey will continue n continue..~

    ReplyDelete
  5. ddalam hidup setiapa apa yg dlakukan hendaklh sesuatu yg mdtgkn pahala dri Allah s.w.t........
    kerna pahala itu umpama bonus dlm perjalann hdup ini. "HIDUP UNTUK MENCARI PAHALA" "BUKAN MENCARI DOSA".
    ku doakan semoga berjaya dalam examintn keyh..
    wassalam..........

    ReplyDelete
  6. asraf,

    semoga berjaya. teruskan perjuangan. dan jangan mengeluh. sbb itu dugaan-Nya.

    wish all the best and insyaAllah, ada ganjaran menanti di hadapan, insyaAllah.

    ReplyDelete
  7. nurkasih : hemm.. memang sepatutnya menjadi keutamaan.. meletakkan Allah SWT di hati senantiasa.. dan apa pun yg dilakukan mencari kerehaan drNYA d smping mengutip pahala.. thanks for the remember ;-)

    ReplyDelete
  8. faizal : insyaAllah takkan mengeluh dgn ujian dunia ini.. kalo ada pon maybe luahan ht dan rasa..

    tq la geng for the wish..~

    xsabaq nak abih final..

    ReplyDelete
  9. comei gambaq hang study ...

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe