Dedikasi Terima Kasih

September 14, 2009


Assalamualaikum W.B.T

Prekuel-->

Teringat masa Dato' Fadzilah Kamsah membuat ceramah di UiTM penang suatu ketika dahulu. Tahun 2005 kot kalau tak silap aku. UiTM Penang menjemput beliau untuk memberi ceramah motivasi sempena..... ( owh i can't remember ). Tapi yang pastinya memang beliau! ( yang ni konpem remember! ). Tajuk ceramah beliau berkisar pasal student la. Masalah-masalah yang dihadapi student IPT, tips serta pandangan dari beliau. Very interesting! ( Sesungguhnya aku memang suka ceramah motivasi daripada beliau ).

Masih terngiang-ngiang lagi satu pertanyaan daripada beliau untuk para student. Soalan beliau berbunyi macam ni. "Pernahkah anda semua mengucapkan TERIMA KASIH kepada ibu anda kerana melahirkan anda ke dunia ini?" Para audien kaget dan takasima! ( takasima bukan kerusi yang mengurut tu ke? ). Termasuklah diri aku. Aku rasa semua orang dalam dewan UiTM Penang yang open tu ( laman perdana ) akan memberi jawapan TIDAK PERNAH, or BELUM LAGI. Eh sorry2 untuk mereka yang memberi jawapan PERNAH. Bagus! Beliau menyambung lagi. "Kalau belum, balik rumah nanti atau telefon ibu kamu dan ucaplah TERIMA KASIH ibu kerana melahirkan saya ke dunia ini". "For sure mengalir air mata ibu anda" tambah beliau lagi.

Now--->

Sampai ke hari ini aku masih belum mengucapkan TERIMA KASIH itu lagi kepada insan yang paling ku cintai. Ya Allah, berdosakah aku tidak mengucapkan TERIMA KASIH itu kepada ibuku? Kepada insan yang menyebabkan aku mengenali dunia ini. Kepada insan yang mencorakkan kehidupan aku. Kepada insan yang mengajarku apa erti kehidupan dan perjuangan. Juga kepada insan yang telah membimbingku sehingga aku bergelar seorang manusia. Astaghfirullahal'azim... Ampunkan dosa-dosaku Ya Allah.. Adakah kalian sudah?

Menghargai adalah satu nilai yang lahir di setiap sanubari insan yang bergelar manusia. Manusia belajar menghargai dan dihargai. Dari situlah tercetusnya ikatan. Seterusnya membuahkan keintiman. Kita tidak perlu penghargaan untuk rasa di hargai. Cukuplah dengan ungkapan paling tinggi nilainya. TERIMA KASIH! Ungkapan inilah yang menyebabkan seseorang manusia itu akan belajar mengenali sesebuah penghidupan keikhlasan. Bukan sesuatu yang payah untuk dilaksana, tetapi sesuatu yang sukar untuk dilontarkan.

The beauty of life does not depend on how happy you are, but on how happy others can be... Because of you and how you respect and appreciate others... A relationship will never be long apart if you don't have a bravery to sweep the tears, kiss the eyes, and listen to the words... Think about it...

Sebelum aku mendedikasikan TERIMA KASIH ini, terlebih dahulu aku ingin mengucapkan syukur kepada Yang Maha Esa kerana memberi banyak sangat nikmat dan rahmat untuk insan kerdil ini. Moga-moga aku tergolong dalam golongan yang bersyukur.. InsyaAllah.. Seterusnya jutaan dan bilionan TERIMA KASIH ( macam buat folio la pulak.. hehe..~ ) untuk kedua ibu bapa tercinta, ahli keluarga, jiran tetangga, guru-guru, sahabat handai serta sesiapa sahaja yang mengenali aku. Terima kasih menghargai aku dalam hidup kalian. Aku juga akan belajar menghargai. Sama-sama kita membaiki diri.

Jadilah seperti mata air yang tidak pernah berhenti melepaskan airnya ke sungai hingga ke laut tanpa mengharapkan air itu kembali dan jadikanlah mentari yang tdak pernah berhenti memberi cahayanya kepada semua yang ada di bumi tanpa mengharap cahaya itu akan kembali sebagai balasan... InsyaAllah..~

TERIMA KASIH dalam bahasa lain :

1. Bahasa Arab: Syukron.

2. Bahasa Inggeris: Thank you, Thank you very much, Thanks.

3. Bahasa Perancis: Merci, Merci beaucoup.

4. Bahasa Mandarin: Xie-xie.

5. Bahasa Jepun: Arigato Gozaimasu.

6. Bahasa Spanyol: Gracias.

7. Bahasa Belanda: Dank je.

8. Bahasa Jerman: Danke.

9. Bahasa Italia: Grazie.

10. Bahasa Korea: Gamsa-hamnida.

11. Bahasa Portugis: Obrigado.

You Might Also Like

3 Comments

  1. salam..

    thx for d song info..sdp..hehe..tiap entry mesti ade gbr khas ek..rajen bergambar..bagus..buley tahu perkembangan diri..huu!

    nway...time paling sesuai untuk ucap terima kasih kat ibu ialah time besday..slalu time besday kan org mcm sambut2 kite..tp sbnrnye ari tu lah ari kite minta maaf dan terima kasih byk2 kat ibu kite...*kalau mcm malu2 nak wat slalu kan..hehe*

    saje berkongsi..nway..nice entry..salam ukhuwah!

    ReplyDelete
  2. wsalam..

    sy memang suke bergmbr! :)
    tu la sy sendiri pon masih belom.. insyaAllah one day.. salam ukhwah..~

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbt..
    Salam sejahtera...
    Salam 1 Malaysia..

    Rs happy je bl bc blog awk..bnyk info yg bleh sy dpt..TERIMA KASIH...dulu, cikgu sy slalu ckp..yg kita perlu ringankan mulut utk mengucapkan terima kasih walaupun bantuan yg dihulurkan oleh seseorang itu adalah kecil nilainya..tidak rugi katanya..dan.mmg kita kn berterima kasih kt ibu kita..dan rs bersyukur krn mmpunyai seorang ibu yg snggup mlahir,menjaga dan membesarkan sy..sy syg mak sy..hahahaha..ok la..apa2 pn slamat maju jaya..truskan dgn blog awk..smoga awk sentiasa dirahmati oleh-Nya...
    sekian..salam..(^_^)

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe