Berbuka puasa di masjid...

September 13, 2009



Salam ramadan semua...


Seperti kebiasaan, rutih harianku, berbuka puasa di masjid. Masjid yang menjadi pilihan tak lain dan tak bukan Masjid Shah Alam. So around 6.30 o'clock aku pun mengorak langkah pergi ke masjid ini kerna memang ramai jugak la manusia akan berbuka puasa di situ.

Ada cakap2 orang mengatakan tak elok buka puasa kat masjid because ia disediakan untuk golongan susah & mereka yang memerlukan. So ingin membangkang di sini. Di bawah ialah bangkangan aku :

1. From my observation, banyak dermawan dan hartawan di Shah Alam ni. So, waktu bulan puasa ni mereka memang selalu menderma untuk masjid & so on. Dan banyak sangat makanan yang lebih. Aku rasa daripada kita membazir, baik kita meramaikan majlis.

2. Disediakan untuk golongan susah? Kalau golongan susah, aku rasa mereka tak kan datang ke masjid. Lagipun kita ada dana khas untuk mereka yang memerlukan. Itulah fungsinya sistem zakat.

3. Apabila berbuka puasa di masjid, kita dapat makan secara berjemaah. Hikmah tersembunyi disebaliknya iaitu yang sedikit dikongsi bersama. Juga kita boleh menunaikan solat maghrib berjemaah. Dituntut! Kalau kat rumah for sure buat sendiri2. Kalau yang berjemaah bagus la.

4. Boleh berjumpa dengan rakan2 sekampus dan menambah kenalan lain. Contohnya semalam kebetulan aku makan di sebelah seorang brader engineer. Memang kena sangat la. Dia yang tegur aku dulu. So dia cerita la serba sedikit profession dia sebagai seorang jurutera. Memang aku pun akan ke bidang tu satu hari nanti. InsyaAllah..

Jadi aku rasa tak salah pun berbuka puasa di masjid, malahan banyak kelebihannya. Ada story sikit di sebalik aku berbuka dekat masjid ni.

Tadi macam biasa la lepas berbuka semua nak solat maghrib berjemaah. Dalam rakaat pertama semasa duduk antara dua sujud, aku terkejut kerana ada bayi di sebelah kananku. Selang seorang sahaja. Masa nak mula solat tadi aku tak perasan plak. Waktu ni aku dah tak khusyuk dah. Rupa2nya seorang hamba Allah ni bawa anaknya sekali waktu solat. Bila waktu berdiri, dia mendukung anaknya dan waktu sujud dia bagi anaknya baring. Kecil lagi budak tu. Tak mengapa la kan? Tapi masalahnya anaknya menangis dan mengganggu jemaah yang lain. Dan aku rasa pergerakan dia tadi lebih daripada 3 kali sebab dia nak membetulkan kedudukan anaknya supaya tidak menangis. Aku terfikir juga lah tak kan dia datang sorang? Tak kan tak boleh si isteri jaga dulu anak tu? Ataupun memang dia datang sorang. Memang konpius gak la.. Tak pernah lagi aku tengok kejadian macam tadi sebelum ni..

Hmmm... Macam tu la.. Pelbagai kisah di sebalik ramadan. Tinggal 1 minggu saja lagi kita bakal meninggalkan bulan yang mulia ini. Terasa masih banyak amalan yang tidak dibaiki dan dipertingkatkan.. Jangan persia-siakan bulan keampunan dan bulan yang penuh kerahmatan ini. Jadikanlah 7 hari lagi ni sebagai masa untuk memohon keampunan daripadaNYA. Jangan lepaskan peluang yang ada. InsyaAllah.. ( Mengingat diri ini terlebih dahulu dan kalian yang membaca ). Wallahu'alam..

You Might Also Like

3 Comments

  1. aku tak penah bukak posa kat masjid, sahur, alhamdulilah.. dah merasa banyak kali dah. mmg best.

    ReplyDelete
  2. best bro.. try ar.. ada beberapa ari ja lg nie..~

    ReplyDelete
  3. Hai saya nak bertanya pada en.hami asraff...hrini pada tahun 2013 sya berbuka dan sembahuang maghrib di masjid ttdi...lupa lak nama masjid tu maklumla kebetulan singgah...sbb dah x sempat nak kemana2 so waktu sya sholat maghrib tiba2 kelam kabut nak betulkan saff tapi sy rasa dia ala2 makcik pakai jubah dan tudung paras dada sahaja sya tiba2 x khusyuk disbbkan waktu tahiyat awal sy terjeling tngannya terbuka tanpa memekai sarung tngan atw pakai telekung ....apa hukumnya...jarinya smpi pergelangan jelas nampak waktu tu hati sy tertnya2 sngat ada hukum baru ke apa....tah la sya cuma diam dan buat x tahu aja sbb dia lebih kecik dri sya ...wasalam

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe