Assalamualaikum w.b.t
Ramai yang bertanya. Jadi aku terpaksa jawablah. Bukan apanya, bila jawab sorang, esoknya tanya lagi. Lotih den nak jawab. Bajet se-famous Hilal Asyraf orang nak bertanya bertali-arus. Makanya aku jawab bagi pihak Hilal Asyraf sekali la ni.
Hilal Asyraf
Nama yang tidak asing lagi di dunia maya mahu pun dunia nyata yang terang tang tang. Sapa tak kenai mamat ni? Rasanya ramai yang kenal dan makin dikenali. Bahkan Tun Mahathir pun pernah tulis pasal Hilal Asyraf di blognya tentang Hukum Hudud yang dulu tu. Pandai-pandai hampa pi belek tengok.
Dia ni penulis yang berbakat besar. Dah ada banyak buku dia dekat pasaran. Aku ada juga la beli buku dia. Seorang pendakwah yang banyak guna medium Facebook untuk menyampaikan dakwahnya. Twitter ada juga. Tapi tak sekerap Facebook. Tu yang aku pasti.
Lagi? Ah, semua orang dah tau la salasilah mamat yang bernama Hilal Asyraf ni. Selebihnya korang boleh elobrate dekat aku :)
Hami Asraff
Okey siapa pulak mamat ni? Sapa ni? Sapa ni? Tak kenai pun. Tak kenai pun. Hahaha aku dah agak dah. Memang tak dak orang yang kenal aku. Rasakan! Aku ni cuma penulis blog bergenre carca-merba. Menulis blog masuk tahun ni dah empat tahun. Seorang penulis blog yang dah tak serajin dulu mengupdate/merepek/meroyan di blog. Tulis bila ada masa dan mood. Ikut dan.
Antara soalan-soalan dan ayat yang glemer yang gua dapat adalah:
1. "Hami Asraff dan Hilal Asyraf ni adik-beradik ke?" (sama macam tajuk entri)
2. "Hami Asraff ni adik Hilal Asyraf ke?"
3. "Hami Asraff dengan Hilal Asyraf ada apa-apa kaitan tak?"
4. "Tulisan Hami Asraff dan Hilal Asyraf hampir sama. Depa ni orang yang sama ke?"
5. "Aku sering confused antara Hami Asraff dan Hilal Asyraf".
Mai sini cik abang dan cik adik nak habaq mai. Hami Asraff dan Hilal Asyraf BUKAN adik-beradik. Ya diulangi dengan tulisan dibold dan dihurufbesarkan, kami BUKAN adik-beradik. Aku Asraff, beliau Asyraf. So kat situ dah menandakan yang kami BUKAN adik-beradik. Eh? (Macam tu pun boleh? Layannn!)
Soalan yang kedua ni nampak sangat yang aku muda. Hahaha perasan itu adalah harus sama sekali. Bukan apanya, aku lahir tahun 1985. Jadi umur aku adalah 27 tahun. Dan Hilal Asyraf lahir tahun 1989. Umur beliau 23 tahun. Jadi sangatlah impossible sekiranya aku ni adik beliau. Mengerti kalian semua?
Jadi yang dok confused lagi tu tak payah nak cofused sangat la. Oh ya bab tulisan hampir nak sama. Dengan ini dimaklumkan, aku memang tak plagiat tulisan-tulisan Hilal Asyraf yang ternyata memang best. Diakui aku memang suka buat quote. Semua quote tu kebanyakan adalah quote spontan dari minda gua secara tiba-tiba. Itu ja. Baca ENTRI INI untuk lebih pemahaman.
Itu sajalah. Satgi ada la yang kata aku nak tumpang glemer si Hilal Asyraf la tu. Eh hahaha macam-macam la hampa ni dok pikiaq. Kalau hampa nak pikiaq macam tu pikiaq la. Aku tak untung pun. Malah kerugian pun tidak. Heh!
Okey cukup. Kalau tanya lagi soalan macam ni siap!
Wassalam.
Hami Asraff:
"Kita buat apa yang kita suka. Tanpa ganggu ketenteraman orang lain. Tu pun ada yang rasa terancam. Pelik."










.jpg)
.jpg)


