Pilu
July 28, 2026Sayu.
Pilu.
Keduanya bertelingkah satu sama lain.
Sejujurnya ini perasaan yang hadir sekarang.
Aku tak tahu nak luahkan di mana.
Kerana apa?
Kerana bukan semua manusia punya jiwa dan rasa.
Tak semua mahu cuba memahami.
Apatah lagi mengerti intipati.
Aku tak tahu mahu respon bagaimana.
Yang pastinya, hati ini bersulam duka.
Sungguh.
Aku tak mampu membohongi diri.
Allah.
Akhirnya, aku cuba untuk relakan semua.
Walau sebenarnya amat payah.
Paling memilukan, semuanya dah tak sama.
Dan makin tak sama.
Air mata yang lama bertakung.
Aku biarkan jatuh perlahan-lahan.
Moga Allah tuntun hati ini.
Untuk terus kuat.

0 Comments
Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)