­

Hidup Tidak Seperti Apa Yang Kita Jangka

July 27, 2017


Berada di JPJ Cawangan Bangi. Memang dah tahu kalau datang JPJ hang kena banyak bawa bersabar. Aku datang ambil nombor giliran. 4192. Dan sekarang nombor giliran 4115. Maknanya ada 82 orang lagi kena tunggu untuk sampai pada aku. Nampak tak kenapa kena banyakkan bersabar?


Jadi bagi tak melengahkan masa, aku ambil keputusan untuk ke Pejabat Pos Bangi. Memang cadangnya lepas ke JPJ nak ke Pejabat Pos. Nak dipendekkan cerita ini, aku dah sampai Pejabat Pos dan ambillah barang aku. Kekecewaan melanda. Ini padahnya kalau beli pakaian via online. Memang tak 100% sama dan seperti kita expect. 😭

Masa dilengahkan lagi. Dari Pejabat Pos aku balik rumah sebentar. Terlupa nak print bukti saman yang aku dah buat. Aku rasa dah habis melengah masa dah. Dari rumah sewa terus pecut ke JPJ Bangi. Dalam 5 minit je pun. Tercungap-cungap sampai. Takut nombor giliran dah terlepas. Korang agak-agak nombor sekarang berapa? Tak payah agak, aku bagitau. 4137. So ada 60 orang lagi weh. Gilalah! Kiranya aku berkampung di JPJ ni ke macam mana. 🙄

Sebab tu lah boleh terhasilnya entri ini. Ada 2 moral story dari cerita aku ini:

1) Jangan korang bertangguh. In any situation or pekerjaan. Memang rasa benda tu simple je kadang-kadang. Tapi benda simple tu yang kita terlepas pandang. Bertangguh nampak macam settlekan masalah. Tapi sebenarnya dengan bertangguh kita sedang menambah bebanan yang baru.

2) Jangan beli barang online kalau rasa tak yakin. Aku ni boleh dikatakan kerap juga la beli barang online. Memang rasa mudah. Tak perlu bersusah payah nak ke mall bagai. Boleh beli, kalau korang rasa barang tu confirm kualiti, memang tarak hal. Kalau sebaliknya baik elakkan.

Okey itu je la nak berkongsi. At least tak krik krik sangat blog ni (walaupun memang krik krik pun). Kbai. 😂


You Might Also Like

5 Comments

  1. print bukti saman?
    saman apa?
    untuk siapa?



    shuhada -

    ReplyDelete
  2. alamak. saya pun seller online. tapi always cuba untuk pastikan barang yg kita jual 'meet customer expectation' (kecuali kalau yang memang terlampau high expectation la). hehe.

    actually faham apa yang cuba disampaikan. memang ada peniaga yang jujur dan ada je yang tak.

    ReplyDelete
  3. Mama dulu pun sceptical sgt beli online Dan juga online banking. Tp skrg alhamdulillah. Cuma kena awas masa bbeli online atau guna online banking jgn guna wifi

    ReplyDelete
  4. 60 org? pengsan tunggu huhu
    tak suka beli barang online..pernah pun sekali ja selama 26 tahun ni haha
    betul tu..apapun kita kena buat sebaiknya jangan la bertangguh

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe