Jangan Kata "Tidak" Pada Mak

February 22, 2016






"Bila aku gembira dan sedih, aku mula menulis."

Itu jawapan bila ada yang bertanya bagaimana aku mula menulis. Bila aku gembira, semangat menulis itu menggunung tinggi. Bila aku sedih, jari jemari pantas berlari di papan kekunci. Banyak perkara memberi aku inspirasi dalam hidup ini. Inspirasi yang buat aku terus mahu dan mahu lagi. Buat dan buat lagi. Jika inspirasi itu terus berlari, ada baiknya jika aku berkongsi segalanya di sini. Berkongsi supaya sama-sama memahami dan mengerti.

Mukadimah.

Aku masih di kampung halaman. Orang balik kampung cuti hari raya cina, aku masih di kota. Malas nak bersesak-sesak dengan orang. Hari tu aku balik lebuhraya PLUS lengang gila. Kalau setiap kali balik kampung, begitu keadaannya, alangkah gembiranya hati.

Rindu mak. Itu tujuannya. Memang setiap bulan at least sekali aku akan balik kampung. Itu pun kalau tak busy. Ah busy pun tetap kena curi masa balik kampung. Jangan pernah buat alasan jika mahu pulang ke kampung tengok mak. 

"Jangan pernah kata tidak pada mak."

Bila balik kampung, perkara paling best bila dapat bersembang dengan mak. Mak kita biasanya mahu bersembang banyak benda dengan kita. Terlalu banyak benda dia nak berkongsi. Jadi inilah masanya kita spend time dengan mak. Duduk dan bersembang.

Bila dah bekerjaya benda paling best adalah bila mampu tunaikan impian-impian kecil mak. Pantau dipersekitaran rumah. Tinjau dapur mak. Tengok ada benda apa-apa yang terkurang. Lalu cubalah buat suprise sikit. Beli milo ke, susu ke, gula ke, kicap ke. Kalau dah ada pun, apa salahnya beli lagi. Tak rugi pun.

Semalam mak bersembang pasal blender. Mak kata blender dah rosak.

So petang semalam lepas jumpa member di Changlun, aku memang bercadang nak buat suprise pada mak. Ya aku beli blender dekat mak. Beli yang mahal sikit. Yang ada jenama. At least boleh tahan lama. So aku grab dan beli.

Bila balik, letak diam-diam kat dapur. Berpura-pura buat tak tahu. Then, bila mak ke dapur mesti terperanjat.

"Eh sapa beli blender ni?"

"Tak tau mak tak tau hahaha."

Hakikatnya mak dah tau pun sapa yang beli. Paling penting terpancar kegembiraan di raut wajah mak. Memberi satu kegembiraan pada aku. Alhamdulillah, terima kasih Allah memberi aku sedikit kegembiraan, memberi sedikit kegembiraan pada mak, walaupun pemberian tidak seberapa dibandingkan dengan jasa dan bakti mak.

Kadang sedikit usaha usaha kecil kita, mampu membuatkan orang yang kita sayang gembira. Cuma, adakah kita sentiasa berusaha menggembirakan orang yang kita sayang?

Wang memang tidak boleh membeli kebahagiaan. Tetapi wang boleh membeli barang-barang kesukaan orang yang kita sayang.

Esok dah nak balik kotaraya Bangi (kota la sangat). So kehomesickkan itu akan terasa untuk dua hari. Hahaha. Normal. Since Tingkatan 1 lagi aku duduk asrama, homesick tetap dirasa. Ah, cepat gila masa berlalu.

Andai masa berlalu itu tidak membawa kegembiraan, bertenang dan berlapang dadalah. Andai masa berlalu itu membawa seribu satu keseronokan dan kebahagiaan, hayatilah setiap detik dengan penuh makna.

Hargailah orang yang kita sayang. Lakukan yang terbaik untuk orang yang kita sayang. Cukupkan keperluan orang yang kita sayang, ibubapa khususnya. Tidak perlu membeli barang yang mahal, cukuplah dengan pemberian yang kita berusaha untuk dapatkan, paling penting kita beri dengan seikhlas hati.

Berbakti selagi mereka masih bernafas. Berbakti sebelum kita menyesal di kemudian hari.

Mulai hari ini.

Saat ini.


Gambar dengan mak masa pelancaran buku sulung aku di Pesta Buku Shah Alam.

Hami Asraff:

1. Kembali busy dengan kehidupan
2. Doakan aku untuk siapkan buku kedua. Untuk yang ingin membeli buku sulung aku boleh KLIK DI SINI. Terima kasih.


You Might Also Like

13 Comments

  1. saya yang duk kat hotel dekat dengan rumah pun dah jadi homesick sangat2. rasanya macam makin dekat makin homesick.

    gembirakanlah hati mak kita selagi dia masih ada kan. tak ada siapa lebih faham kita berbanding mak sendiri

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah. inshaa Allah sy pun nak bahagiakan mak sy

    p.s ada typo dgn ayat ni "Eh sapa bila blender ni?" ..beli kan :)

    ReplyDelete
  3. Betul..kalau boleh hampir setiap minggu nak balik jenguk mak dekat rumah..jarak perjalanan pun xjauh mana, cuma ambil masa dalam 1 jam setengah jer..memang tiap tiap minggu akan balik jenguk mak.. :)

    Bila time nak balik semula rumah kita, mula lah liat nak kemas baju pakaian semua..rasa macam nak ambil cuti terlalu lama.. :)

    Apa apa pun emak adalah segalanya.. :)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah...sejuk perut ibu ko dik...akak ni kirenye beruntung sebab duduk dekat je dengan rumah mak..hari2 pon bole jumpe dan borak2...semoga terus sukses dengan dunia penulisan... :)

    ReplyDelete
  5. "Bila aku gembira dan sedih, aku mula menulis."

    salam, saya, bila sedih jari lebih lagu menulis tapi nk buat macam mana bila sedih laptop ada jauh dari saya. impian nk buat buku sendiri pon macam jauh sangat je..

    part mak, serius memang best dapat ada kan apa yabg mak hajat kan

    ReplyDelete
  6. Ibu dan ayah sebenarnya inspirasi untuk kita terus hidup..



    Sedih aku baca....sbb dua-dua dah takda...

    ReplyDelete
  7. Betul tu.. bila dah berjauh dengan mak baru rasa.. mujur ada telefon

    ReplyDelete
  8. Touching baca...semoga emak sentiasa sihat dan Hami dapat mengembirakan emak Hami sehingga ke akhir hayat!

    ReplyDelete
  9. setuju...Mak segalanya. satu dan tiada dua....

    seronok melihat hami masih ada waktu untuk bersembang dengan emak...hargai setiap detik...

    semoga mak hami sihat dan bahagia :)

    ReplyDelete
  10. teruskan kebaikan itu. By the way, Tahniah..semakin berjaya. Tumpang kagum boleh :)

    ReplyDelete
  11. Selalu jugak gurau-gurau dengan mak. Ajak mak beli barang dapur, bila sampai kaunter "Mak bayar ye". Padahal dah keluarkan duit nak bayar pun. :D

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe