Adakah Insurans Kereta Lebih Penting Dari Insurans Nyawa?

August 04, 2015





Seronok apabila bersembang dengan klien yang memahami. Klien yang sedar kepentingan Takaful ini. Feedback yang diterima juga memuaskan hati. 2 hari lepas bersembang dengan seorang brader yang digelar sebagai prospek. Penyembangan berkisarkan kisah kehidupan. Tak kurang juga keluhan rasa dengan arus hidup yang menekan.

"Stress la weh. Kereta aku accident minggu lepas."

 Beliau memulakan perbualan.

"Oh! So teruk tak kereta bro?"

"Teruk juga la. Lagi teruk aku langgar kereta orang."

Beliau memulakan cerita. Dari riak wajah memang tampak risaunya. Yer la kan? Kalau jadi kat aku pun stress juga jiwa raga.

"Tapi ada insurans kan? At least insurans cover, tak la teruk sangat bawa keluar duit tu."

"Ha,ah nasib baik boleh claim insurans. Kalau tak kopak juga la duit aku ni."

Soalan berbasa basi. Biasanya kalau accident kereta, insyaAllah memang insurans akan cover. Cuma kena keluarkan duit dulu. Pay and claim.

"Insurans ni memang penting bro. Itu baru kereta. Kita dah rasa cuak sangat. Kalau melibatkan nyawa? Lagi tak tahulah nak cakap. Bro dah ada life insurans?"

"Errr... Err.. Hmmm... Belum!"

Lambat-lambat dijawabnya. Biasalah, mungkin terkena pada batang hidung sendiri, rasa terpukul juga. Tapi don't worry, soalan aku bukan untuk menguji, sekadar ingin tahu.

"Boleh tolong buat plan insurans Takaful ni kat aku? Aku kena start buat dari sekarang la bro!"

Belum sempat aku menjawab, beliau dah memintas. Alhamdulillah. Kesedaran itu timbul juga setelah sesuatu berlaku pada diri. Bukan kita meminta sesuatu yang tidak dingini berlaku, tetapi inilah langkah persediaan yang kita perlu buat. Dari sekarang. Tak dinafikan ramai di antara kita semua memiliki kereta dan merenew roadtax besertakan insurans setahun sekali.

Ya keluarkan duit untuk perlindungan kereta yang disayangi. Saya berani jamin, ramai yang punya kereta sendiri masih belum ada perlindungan Insuran/Takaful untuk diri sendiri.

InsyaAllah saya sebagai Perunding Takaful, untuk membantu kalian. Menyalur, menggandakan, menyelamatkan duit anda di saat tidak diduga. Tiada sesiapa pun mahu musibah. Tetapi adakah kita mampu meramalkan musibah yang datang melanda? Apa persediaan kita untuk hadapinya?

Tepuk dada, tanya hati dan minda. Boleh hubungi saya di nombor yang tertera di bawah. InsyaAllah kita boleh sembang, dan boleh tanya sampai kalian faham.




TEMUI SAYA DI SINI:

Hami Asraff Bin Ab. Halim 
Perunding Takaful
Prudential BSN Takaful
+6019-4522171 (WhatsApp/SMS/Call) 
Email: hamiasraff (at) gmail (dot) com
Instagram: hamiasraff 
WeChat: hami_asraff

You Might Also Like

0 Comments

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe