Student Tak Boleh Ambil Takaful Ke?
March 24, 2015
Assalamualaikum w.b.t
Banyak dapat mesej di WhatsApp dan PM di Facebook tentang Takaful. Alhamdulillah, terima kasih sudi bertanya. Antara soalan-soalan glemer yang sering dilemparkan adalah:
"Saya masih seorang student, bolehkah jika saya mahu mencarum dalam PruBSN Takaful?"
Oh biasalah, jawapannya mestilah boleh.
TAPI... Saya tidak galakkan.
Eh eh, orang nak ambil Takaful dengan dia, tak galakkan pula. Apa ingat kami (para student) ni tak terdedah pada risiko bahaya? Tell me why? Why?
Amboi teremosi di situ. Sabaq naa adik-adik. Bagi abang ruang nak explain. Dengaq dulu. Satgi baru tanya. Okey macam ni. Saya ada sebab munasabab yang kukuh kenapa saya tak galakkan seorang student untuk mencarum dalam Takaful.
1) Income
Kalau dah nama student, confirm-confirm masih belum ada income tetap. Kalau yang kerja part time kat Seven Eleven tu tak dikira. Ni income yang betul-betul income, yakni dapat duit bulan-bulan. Jadi kalau dah tak ada income guane nak mencarum dalam Takaful ye dak? Sebab bayaran untuk Takaful perlu dijelaskan setiap bulan. Yang tu sebab utama kenapa saya tak galakkan. Nanti kalau dah semester terakhir dan dah rasa bau-bau akan dapat kerjaya yang diidamkan, teruslah contact gua. InsyaAllah boleh advice sedikit sebanyak.
2) Komitmen
Komitmen seorang student haruslah belajar, belajar, belajar, bercinta, belajar, belajar dan belajar. Maka jadinya tidak perlu bersusah payah nak membanting tulang empat kerat untuk buat kerja-kerja lain. Dok Universiti ka, mana-mana pusat pengajian tinggi, tak perlu nak fokus hal-hal lain. Komitmen belajar tu yang terutama. Membeli Takaful ni sama macam hang beli kereta la. Nak tak nak hang kena bayar duit kereta bulan-bulan. Jadi dah kalau komitmen tak ada lagi, macam mana nak bayar? Bab parents tanggung tu nanti aku cerita di bawah.
3) Bebanan
Aku tau kalau jadi student ni dah banyak sangat bebanan. Dengan assignmentlah, kena attend kuliahlah, quizlah, test lagi, bercinta lagi (eh?), jadi tak perlu nak tambah bebanan korang memikirkan hal Takaful. Buat menyemak akal fikiran aja dong. Time aku jadi student dulu bukan main berjimat cermat kalau bab duit. Nak makan pun rasa ragu-ragu. Nasi bujang senantiasa. Tak kisah lah sama ada PTPTN atau Biasiswa atau PAMA, yang penting bebanan akan timbul jika duit yang keluar tu bukan dari hasil titik peluh kita sendiri. Mengerti?
Jadi kalau kami para student ni berdegil nak ambil Takaful juga macam mana?
So kalau nak juga ambil Takaful, make sure bagitau parents tentang benda ni. Kalau parents atau boyfriend (jangan mengada-ngada) korang boleh tanggung, langsung tak ada masalah. Jadi yang rasa dia student dan awareness tentang Takaful ni dah mula meresap dalam sanubari, kaborlah dekat parents yang awak perlukan Takaful untuk melindungi diri dari segala ancaman bahaya. InsyaAllah jika anaknya punya awareness yang tinggi, apatah lagi parentsnya. Pasti kesedaran tentang Takaful itu membuak-buak dalam diri.
Justeru, faham ya? InsyaAllah saya jenis tak memaksa orang ambil Takaful. Persediaan menghadapi itu lebih penting dari segalanya. Kalau tak faham seperti biasa, korang boleh contact aku di bawah ni. Dan kepada sesiapa sahaja nak tau pasal Takaful segala, jangan segan silu, contact gua. Boleh pekena teh tarik barang segelas dua. Okay dah.
Terima kasih.
(P/S: Sorry, penggunaan kata nama "Aku", "Saya" dan kadang-kadang "Gua" adalah mengikut kesesuaian ayat dan bertepatan dengan tema blog "Abstrak Jiwa" ini. Heh.)
TEMUI SAYA DI SINI:
Hami Asraff Bin Ab. Halim
Perunding Takaful
Prudential BSN Takaful
+6019-4522171 (WhatsApp/SMS/Call)
Email: hamiasraff (at) gmail (dot) com
Instagram: hamiasraff
Facebook: http://www.facebook.com/hami.asraff
Twitter: http://twitter.com/hamiasraff
WeChat: hami_asraff
6 Comments
Menarik entri ni.
ReplyDeleteSampai sekarang saya belum ada takaful sebab tak pernah dapat penjelasan tepat daripada ejen takaful. -.-''
nak tanya , kalau tak bayar duit prudential ni bila da daftar apa yang akan berlaku???
ReplyDeletekalau da daftar prudential tapi tak pernah nak bayar apa yang akan berlaku eh?
ReplyDeleteaku dah ada prudential.
ReplyDeleteok tu je nak cakap. kbai
Saya pun belum ada takaful lagi, huhu. Tapi tengah berkira-kira nak ambil prudential sekarang ni. Yela, umur pun semakin meningkat. Kena ambil langkah berjaga-jaga..
ReplyDeleteSaya dah ada prudential, tak pernah miss bayar lagi setakat ni, haha..
ReplyDeleteSetiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)