Berubah Itu Mungkin Mudah. Istiqamah Itu Yang Payah.

November 13, 2012






Assalamualaikum w.b.t

Seperti biasa tajuk entri perlu skema dan klise selklisenya. Baru ada ummpph bak kata peminat teh boh lipton. Mai secawan...

Dalam menongkah arus hidup yang bersimpang siur, penuh pancaroba dunia, manusia seringkali dihambat dengan hasutan dunia yang tidak jemu menggoda. Apabila dunia menggoda, manusia ternoda. Siapa yang bertanggungjawab jalankan tugas ini? Tak lain tak bukan mereka inilah: 

NAFSU dan SYAITAN. Mereka kawan baik. Teman sepermainan. Bermain guli bersama-sama. Bergelak ketawa bersama-sama. Menjerumuskan manusia ke lembah hina sama-sama. Utuhnya persahabatan depa dua ni habaq hang. Apabila nafsu dan syaitan bergabung, ianya akan menghasilkan seekor makhluk yang sejahat Majin Buu. (Hampa jangan kata tak kenal Majin Buu. Yang tak kenal pi Yahoo please!).

Majin Buu merangka strategi. Majin Buu mula menguasai dunia. Buat masa ini, Majin Buu juara antara semua lawannya. Tidak terkalah. Jadi beliau mencari lawan yang tidak terkalah. Sehinggalah suatu hari Majin Buu bertemu dengan lawannya yang diberi jolokan gelaran 'Iman'. Nama penuhnya mungkin Mohd Iman. Mungkin juga Nurul Iman. Yang pastinya memang Iman. 

Maka bermula pertarungan sengit di antara Majin Buu dan Iman. Bagaikan bertemu buku dan ruas. Sama hebat. Tetapi sayangnya, Iman tidak konsisten. Pada mulanya Iman mampu menangkis segala serangan Majin Buu. Tetapi lama kelamaan powernya makin berkurangan. Tetapi Majin Buu tidak mengenal putus asa. Terus maintain. Akhirnya, Iman tewas jugak di tangan Majin Buu. Majin Buu terus bergelak ketawa. Cis!


***********



Ya Allah, korang mesti menyesal gila gila kan baca cerita rekaan gua di atas. Maaf. Sengaja mengimbau nostalgia zaman kegemilangan Dragon Ball. Diyakini dan diperakui oleh beberapa orang saksi gua adalah peminat nombot satu Mutiara Naga ini. Jadi di samping kita berMutiara Naga, harapfully dapatlah sepatah dua pengajaran yang dapat diterapkan oleh penceritaan nonsense di atas. Gapo dio?

Itulah manusia. Apabila nafsu dan syaitan bergabung, kita terumbang ambing. Lemah, jatuh dan mengalah. Iman sering goyah. Tetapi kita bangun semula. Kita insaf gila-gila. Kita bertaubat pada Allah. Kita menangis semahu-mahu padaNya. Tetapi semua itu tidak pernah kekal lama. Esok lusa kita ulangi kembali kesilapan lalu. Malah kita hampir terlupa yang kita pernah bertaubat. Kita pernah berjanji untuk tidak mahu ulangi lagi. Manusia oh manusia.

Memang benar, setiap orang mampu untuk berubah ke arah yang lebih baik. Ya setiap orang. Tetapi bukan setiap orang punya keupayaan istiqamah yang tinggi terhadap perubahan baiknya itu. Itulah masalah terbesar untuk manusia. Tiada lain, teruskan berusaha. Teruskan dekat pada Allah. Jangan tunduk pada nafsu serakah yang tidak lelah menghasut. Andai rebah, bangun dan melangkahlah semula. Hidup ini best kalau semua kita buat hanya kerana Allah. InsyaAllah.

Moga kita tidak berkawan dengan Majin Buu. Sekian. 




Hami Asraff:

"Hidup ini sebuah pelayaran. Kita orangnya yang akan mengemudi kapal. Samaada mahu karam, atau tiba selamat ke destinasi, terserah pada kita."

You Might Also Like

29 Comments

  1. semuanye terserah pada diri kite sendiri kan!

    ReplyDelete
  2. Terkesima sebentar membaca perkataan Majin Buu. Sailor Moon dan Dragon Ball jauh beza kot.

    Apa pun, nak istiqamah memang susah. Ada saja penghalang. Lagi2 dengan orang sekeliling. Tapi, perlu sentiasa doa dan berusaha supaya Cik Nurul Iman dalam diri sentiasa kuat. Perlu top up makan Cik Nurul Iman juga.

    :)

    ReplyDelete
  3. ummm..perlu ikhlas kalau nak berubah..berubah demi Allah..insya-Allah..kekal la smpai bile2..

    ReplyDelete
  4. Manusia yg sering lakukan kesilapan itu dan seringkali bertaubat lebih baik berbaik berbanding manusia yg penuh iman didada tapi berbangga kelebihan yg ada pada dirinya & lantas memandang rendah pada manusia lain... maaf sekadar berkongsi pdgan yg sy dpt drpd pakar motivasi & ustaz

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,menarik kisah tu. :) Betul tu. change is hard but being consistent is tricky part. Iman kita yazid wa yanqus. Ia kadangkala naik, dan ia juga kadangkala turun. so, didiklah iman, peliharalah iman, jaga lah iman dengan kebaikan-kebaikan. InshaAllah. Allah jaga kita.

    ReplyDelete
  6. @luqman zakaria Kekuatan diri itu terletak pada kekuatan hati.

    ReplyDelete
  7. @Anonymous Buat apa minta maaf? Kamu tak buat salah pun. Semua kamu kata tu benar belaka :)

    ReplyDelete
  8. Syaitan nie tidak mudah gentar pada manusia yang lalai, leka. Sekali kita tewas dengan nafsu, gelora lah dunia.

    Allah.

    ReplyDelete
  9. x cukup guna kame ha meha, gunalah bola jiwa jugak..
    x cukup perisai diri dgn ibadah wajib, kukuhkanlah pertahanan dgn ibadah sunat.. ye x? huhu.

    ReplyDelete
  10. betul,istiqamah.istiqamah tu yang penting.=)

    ReplyDelete
  11. Moga kita semua tetap istiqomah di jalan-Nya yg benar dan lurus, Insya Allah.
    Amin ya Rabb~

    ReplyDelete
  12. Saya sokong 100%.. Istiqomah mmg ssh.. Tpi jika kita betul2 niat nak berubah ke arah kebaikan kerana Allah Taala.. InsyaAllah.. Allah akan menolong hambaNya..

    ReplyDelete
  13. Majin bu gemuk majin bu kurus.hoho.
    Itu la.Nafsu pun sme naik jug dgn setan.Asyik nk jtuhkn kita je.

    ReplyDelete
  14. @♥ Nana BamBam ♥ Syaitan tidak pernah berputus asa. Tetapi manusia sering berputus asa.

    ReplyDelete
  15. salam maal hijrah. bersama berhijrah, berusaha untuk istiqamah

    ReplyDelete
  16. Lama tak tengok citer dragon ball..best2..^^
    yup, nak berubah senang tapi nak istiqamah tu perit sikit..papepun, nice entry :')

    ReplyDelete
  17. Senang2 kunjungi blog ini :) INSYALLAH ADA MANFAAT UNTUK KITA BERSAMA

    http://kamicintakeamanan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  18. berubah juga perlukan pengorbanan,
    pengorbanan dalam menduga hati untuk ikhlas.

    http://meteorahaslinda.blogspot.com/2012/11/live-love-laugh.html

    ReplyDelete
  19. iman turun naik, betul, susah nk konsisten...

    ReplyDelete
  20. Istiqamah melakukan perkara kebaikan walaupun hal kecil,lebih baik pada tak buat langsung.

    #PeminatkartunDragonBall(masakecikdulu)=)

    ReplyDelete
  21. kena terus berdoa untuk sentiasa istiqamah , berubah pula jangan terlalu drastik. bimbang mudah kembali ke zaman silam :)

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe