Berjumpa Dengan Penulis Yang Aku Kagumi

December 04, 2011


Assalamualaikum w.b.t

Pesta Buku Karangkraf. Jarang ambil tahu. Bila dah dapat tahu dah habis. Selalu begitu. Paling menyakitkan hati dan sanubari ialah apabila Karangkraf berkenaan terletak di Seksyen 15, Shah Alam. Okey tadi berkesempatan menjengah ke sana. Amatlah rugi sekiranya tidak menyoping (kata dasar adalah shopping) sebakul dua buku-buku kat Pesta Buku berkenaan. Diyakini amat murah sekali.

Maka bergegaslah aku ke sana bersama seorang sahabat (tukang pegang bakul). Bajet banyak buku pulak kan nak beli. Dalam kepala hanya sebuah buku saja yang aku cari. Memang manusia ramai. Melimpah ruah juga. Agak kesukaran untuk mengadakan sesi pencarian buku yang telah diidamkan. Secara tiba-tiba terpandang seorang mamat memegang buku berkenaan. Tanpa berselingkuh dan rasa malu aku bertanya di mana terletaknya buku itu.

Dipendekkan cerita pencarian aku berhasil. Kat bawah ni lah raut wajah buku berkenaan. Buku hasil karya penulis yang aku kagumi.



Memandangkan diskaun 30% daripada harga asal, jadi tidak manis sekiranya aku hanya membeli sebuah buku sahaja. (Macam tu pun ada). Jadi aku menyambar satu lagi. Juga dari penulis yang sama.



Dapatlah 2 bijik. Aku sebut buku ya di atas? Sebenarnya ianya adalah sebuah novel. Novel pun adalah sebuah buku juga.

Setelah berhempas pulas membuat pusingan di dalam Karangkraf berkenaan, mahu berangkat kaki pulang. Dalam hati memang teringin nak berjumpa dengan penulis novel di atas. Seriously teringin gila. Sejak aku mengumpul karya-karya beliau 6 tahun lepas.

Dan keteringinan itu akhirnya direalisasikan.



Inilah penulis novel yang aku kagumi itu. Ramlee Awang Murshid. Novelis THRILLER No.1 Malaysia. Alhamdulillah berkesempatan jumpa dan menangkap gambar dengan beliau. (Abaikan plastic beg Sinar Harian ditanganku)



Tandatangan penghargaan daripada beliau.

Ada orang kata, "Macam perempuan la weh baca novel."

Aku gelak saja dan tersenyum. Balas aku, "Hang bacalah novel-novelnya dulu. Sebelum hang nak judge apa-apa. Lepas tu sila beri komen pada aku. Tapi pastikan khatam semua novel-novelnya. Setuju?"

Aku dah ada 18 koleksi novel daripada beliau. Siapa peminat novel beliau pasti tahu betapa superbnya hasil karyanya. Ya sangat superb sehingga aku sangat mengagumi. Berharap menjadi sepertinya suatu hari nanti. Angan-angan. Mungkin jadi kenyataan? Wallahu'alam.

Wassalam.

Hami Asraff:

"Menyepi bukan sepi. Menyepi bukan sendiri. Menyepi mencari Nur Ilahi. Moga kita semua terus mencari. Jaga diri. Jaga hati. Jaga peribadi."



You Might Also Like

40 Comments

  1. Haha.. Aku pun minat dia weyh.. Tapi aku jenis tak suka beli novel.. Aku lagi suka pinjam je.. Kui3..

    Novel dia yang paling aku suka : Hatiku di Harajuku..

    Perghh!!! Memang terbaik.. Mandatori pun layan gak.. hehe..

    ReplyDelete
  2. suke penulis ramli awang murshid...nak gk r beli buku ni

    ReplyDelete
  3. dua-dua penulis berkaca mata tu hensem dan superb...
    yang kurang lebat rambut di kepala dan yang lebat juga rambutnya didagu

    ReplyDelete
  4. Salam. Ei,seronokny dpt jmpe beliau. Sy pn sgt mengagumi semua karya beliau. Tringin sgt nk jmpa.. Huhu.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum wbt. yana belum pernah baca lagi hasil karya beliau. InsyaAllah nanti nak try juga la cari novel2 beliau tgk mcm best jugak. :)

    ReplyDelete
  6. Pergh! Masterpiece! Superb! Subhanallah! Memang menanti2 karya beliau yang ini. 'Sutera Bidadari' dah khatam pun.

    v(^_^)v

    ReplyDelete
  7. yup.......tau tkpe.karya2 beliau best sgt la.terutama novel ni bagaikan puteri,cinta sang ratu dan hijab sang pencinta dan barunyer sambungan is sutera bidadari..

    karya sambungan yg lain best jgk tombiruo tu..semangat hutan dan tombiruo terakhir..sory menganggu kt cnie..huhu.. ^_^

    ReplyDelete
  8. muke cm ad iras2 le..huhu..

    ReplyDelete
  9. salam.

    woah!!! teruja!!
    peminat en Ramlee jugak.

    betul2!! karya en ramlee terbaik. saya bukannya minat novel sangat tapi novel en ramlee memang best!!

    fiksyen 302 dah kuar!! kene dapatkan nie~~~

    p/s : baca jangan tak baca sutera bidadari tu.. banyak yang tersirat diselitkan dalam kisah akhir saifuddin~~ ><

    ReplyDelete
  10. salam bro
    seronoknya dapat jumpe RAM. penulis favorit aku jugak tu. dulu nak jumpa di pesta buku tak kesampain sebab ramai sangat.huhu

    huyoo, ada novel baru. tak tau pun. kena dapatkan jugak ni.

    ade orang kate bace novel memang macam perempuan. lantaklah apa orang nak kata. membaca tu kan jambatan ilmu. chewah

    TAJUK N3
    JOM SINGGAH BLOG SAYA :
    KAU ILHAMKU 2.0

    ReplyDelete
  11. muke cm iras2 la..huhu

    ReplyDelete
  12. betul..karya beliau sangat lah best...hmm nape muka hami dgn penulis ramlee AM macam ada iras2 je haha

    ReplyDelete
  13. Ada iras-iras la. Taknak cuba jadi novelis mcm RAM ke? hehe.

    ReplyDelete
  14. salam...
    bestnye.. saya juga peminat no 1 RAM..hampir sume novel die sy ade kecuali dalam entry encik blogger..so perasaan jeles itu sedikit wujud dlm diri sebab dah lame gak nak memiliki 2 novel ini..dan berkeinginan juga bergambar dgn RAM.okay ape sorg lelaki baca novel?boleh je terima walaupun die baca novel jiwang sekalipun, baca novel thriller RAM lagi okay..:)

    ReplyDelete
  15. fiksyen 302 tu novel baru yerk? mcm menarik.. pernah baca tombiruo terakhir.. yang tu mmg superb.. skang bru baca 9 nyawa.. tupun xabis lagi..

    ReplyDelete
  16. suka baca novel beliau...
    Laksamana sunan... Awan kalau dapat ku capai, saktilah hamba,,,

    ReplyDelete
  17. saya pun minat karya-karya dia.kreatif sangat2.kadang2,kita tak tahu or takkan jangka apa yg akan jadi.klu difilemkan,memang seronok lah.hehe

    ReplyDelete
  18. okay. kakak aku minat gila2 dgn karya penulis ni. been wonder why.

    ReplyDelete
  19. kenal RAM sebelum penulis novel lain. Sebut je apa tajuk, semua dah baca, termasuk novel BI dia. Huk3!!! Jeles!

    ReplyDelete
  20. La.... Tak tau plak ada jualan dktk arangkraf seksyn 15. Klu tau dh lama pegi. Dkt dri rmh sy.

    ReplyDelete
  21. dh mcm kembar lak.hehehe.minat gak baca karya RAM tapi akak selalu xbg pinjam novel RAM sebab dia kata kita xminat.ceh!!!

    ReplyDelete
  22. nak komen jugak....tetiba nak jd peminat RAM jgk lah sbb en hami dah peminat dia.tp sy mmg minat baca novel RAM ni sbb adik saya suka beli,jd saya suka baca...haha:)adik saya cek putet

    ReplyDelete
  23. aku minat gak en ramli ni bro.. novel dia bnyk best.. sekarang bukan je girl minat bc novel, laki pun minat bro..

    ReplyDelete
  24. jelesnye...
    Abang hami Ashraff dpt jumpa dgn Ramlee Awang Murshid..

    ReplyDelete
  25. Ramlee Awang Mushid is the best writer..n i adore him so much...untunglah dapat bgambar dg die..:)

    ReplyDelete
  26. sutera bidadari mmg mengasyikkan. aku kagum dengan penulisan beliau. raja roman selalu terbyg kat otak kalau xabis baca,haha.

    eh rupa korang mcm saudara la RAM ngan tuan blog :)

    ReplyDelete
  27. MO pon beli jugak Fiksyen 302.. MO pi borong 7 buah novel triller hari tu tapi MO pi sabtu.. huhu.. tengok2 baru diumumkan RAM datang ahad.. huhuhu... kalau tak boleh dapatkan sign dia sebab sebelum ni hanya pinjam je buku2 dia.. huhu.. sekarang dah keja baru ada mood nak membeli.. huhu

    ReplyDelete
  28. sy mmt peminat no 1 RAM,


    dh kuar novel baru, mmg nk rembat novel tuh!!

    ReplyDelete
  29. waaaa... untunglah dia :)

    memang betul! RAM memang seorang novelis yg berbakat besar..

    saya pun teringin nak jumpa dia.. huhu

    ReplyDelete
  30. cik anis pon minat kat si RAM ni.. dh kua rupenye novel baru die..adakah sambungan rayyan fantasi???
    haha x sabaq nk bace.

    ReplyDelete
  31. Teknik penulisan en Ramlee ni memang versatile.. x jeme eden membacanya :) hihi

    ReplyDelete
  32. paling best Ungu Karmila....seram sampai terbawa-bawa lam mimpi....huhu...

    hope dapat jumpa RAM satu hari nanti....

    ReplyDelete
  33. aku pun nak bergambar dgan beliau jgak....wahhh...jeles wei...=)

    ReplyDelete
  34. eh ssame ar peminat Ramlee Awang !

    ReplyDelete
  35. malas nak baca entry, cuma browse. eh3! samala buka kamu dengan Ramlee awang murshid. Serius seiras.... ;)

    ReplyDelete
  36. Kalau berkesempatan, bacalah entri saya mengenai RAM. Just nak saudara tahu bagaimana beliau dapat ilham menulis. Itu saja. Saya dengar dari mulut beliau sendiri. Masterpiece! (Kalau baca, abaikan cara penulisan saya yang sangat tidak matang itu. ngee~)

    http://azianizolman.blogspot.com/2011/12/alhamdulillah-dapat-input-dari-ram.html

    ReplyDelete
  37. aku tak minat sgt bca buku...msa muda2 je rajin la..huhu

    ReplyDelete
  38. sy pon minat karya beliau..
    tapi lepas baca karya pasal rayyan fantasi terus krik..krikk jap.
    tapi paling sy suka hati ku di harajuku, mikhail dan ungu karmila.

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe