Sepanjang 25 Tahun Aku Hidup Di Muka Bumi Allah Ini

November 21, 2010





Assalamualaikum w.b.t

Sihat kalian semua? Kalau tak sihat, buatlah sesuatu supaya kembali sihat. Yang dah sihat, kekalkan. Bukan nak bercakap pasal kesihatan. Yang tu kena bercerita dengan para kedokteranlah. Macam sudah lama tidak merepek-repek kat sini.

*ejas tempat duduk*

Aku tidak ke mana. Ada je di sini. Menyepi bukan sepi. Menyendiri bukan menghantui. Mungkin mencari sesuatu yang hilang dalam hidup ini. Setiap orang pasti perlukan waktu itu. Aku jugak orang yang seperti itu. Sama saja.

Dulu aku akui. Memang aku seorang Blogger tegar. Blogger tegar yang bagaimanakah? Blogger yang selalu update blognya. Macam tu la kot kalau mahu diukur dengan aras ketegaran. Bukan tidak mahu menulis. Eh masakan aku tak mahu. Menulis adalah jiwa aku. Menulis adalah inspirasi aku. Dan menulis jugak adalah terapi diri. Tak percaya? Cuba percaya.

Banyak perkara mahu dikongsi. Berblogging itu sendiri adalah berkongsi. Berkongsi rasa, idea, fakta, pengalaman, kejayaan dan rencah kehidupan. Terlalu banyak untuk dikongsi. Tetapi bukan semua masa cukup diisi.


16 November 1985

Genap usiaku 25 tahun. MasyaAllah sudah 25 tahun aku bernafas di muka bumi Allah ini. Masa itu terlalu pantas dan terus memintas. Keadaan, rupa, perlakuan, dan segalanya juga mengalami perubahan mendadak. Yang langsung kita tak sedari.

Terfikir jugak akan diri ini. Sepanjang hidup suku abad, apakah jasa dan bakti telah ditaburi?


*diam*


Terfikir jugak akan diri ini. Sepanjang hidup suku abad, adakah cukup amalan yang telah di sempurnakan sebaiknya?


*senyap*


Terfikir jugak akan diri ini. Sepanjang hidup suku abad, berapa banyak dosa yang senantiasa mengejari?


*sepi*


MasyaAllah. Kelu lidah berbicara. Kenyataan tak mampu ditafsirkan dengan jelas. Tetapi itulah hakikat. Hakikat yang semua manusia perlu sedar. Manusia ini terlebih dahulu. Kekadang kita sedar. Tetapi alpa dan lupa. Tak kurang yang senantiasa buat-buat lupa dan alpa. Manusia manusia.

Tiada apa yang membahagiakan jika orang hargai anda. Sekeliling hargai anda. Terima kasih kerana menghargai diri ini. Belajarlah untuk menghargai manusia lain sekiranya kita mahu dihargai. Tidak lokek sedikit pun. Langsung tidak rugi.

Terima kasih kepada insan-insan hebat yang hadir dalam diri ini. Terima kasih atas pemberian hadiah-hadiah tidak ternilai dari kalian.






Apa lagi yang mampu aku katakan. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih yang sudi belanja makan. Terima kasih banyak-banyak yang wish, yang mendoakan kesejahteraan diri ini. Dan terima kasih untuk semualah. Senang cerita :)

Kita perlu bersiap sedia dengan segala macam rintangan. Pelbagai manusia lagi kita bakal temui. Pelbagai gaya dan ragam yang belum kita ketahui. Tiada lain, teruskanlah melangkah tanpa lelah.

Coretan ini akan diteruskan. Terima kasih kepada yang menyokong.

Wassalam.

Hami Asraff:

1. Para pembagi hadiah tidak mahu mereka direvealkan :)
2. Kalian manusia yang aku hargai terutamanya kamu :)

You Might Also Like

29 Comments

  1. salam ulangtahun kelahiran abg.

    semoga semuanya sihat2 baik2 sahaja ;D

    ReplyDelete
  2. siapakah gerangan kamu 2?...:)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, sanah helwa sy ucapkan... "Allah bariklak, Allah bariklana..." InsyaAllah, orang2 bijak & berhikmah macm saudara berkat umurnya... SOLUSI 24

    ReplyDelete
  4. Mak aih bertuahnya badan dapat hadiah hp,mesti yg bagi tu sayang bangat kat hang kan hehehe,syukur.

    ReplyDelete
  5. selamat hari lahir meskipun terlewat...

    ReplyDelete
  6. slmt hari lahir ke 25. teruskan berkarya.

    ReplyDelete
  7. Happy Belated Birthday :)

    Keep on blogging~

    ReplyDelete
  8. aku juga sedang menanti ulangtahun kelahiran beberapa hari lagi...


    dengar2 bakal dapat handphone juge. weeeeee!

    ReplyDelete
  9. Happy birthday.

    make ur age.. as useful as possible.

    Bertambah usia. bertambah ibadat. bertambah ilmu. bertambah berkat.


    ohlala~

    ucapan bukan main. haha

    ReplyDelete
  10. uik...25 tahun dah upanya. Takpew, still muda :)

    Moga bertambah umur, bertambah kecintaan kepada Allah :)

    ReplyDelete
  11. salam alaik.. zhu ni shengri kuaile..
    moga dirimu sntsa drahmati Allah n dilimpahi kasih syg..aameen..

    ReplyDelete
  12. @maCy:
    Terima kasih. Dahsyat? Hemmm, kan? :D


    @fatinmmj:
    Sudah :)


    @Anonymous:
    Ada la. Hehehe :)


    @Adhwa:
    Eh tak layak dengan pujian itu. InsyaAllah sama-samalah kita tingkatkan amalan :)


    @syazwan022000:
    Hemmm, kemungkinan besar. Hehehe.


    @SDS:
    Terima kasih. No hal la lambat :)


    @Tinta.Muallimah:
    Terima kasih. InsyaAllah :)


    @SyafiqaNabila:
    Thanks :)


    @hans:
    Ya ianya sebuah henpon :D


    @nursarah puteri biru:
    Wah best la. Pakwe bagi ke? Hehe.


    @NAJ HEBAT:
    Tengkiu. Wah adakah itu ucapan berskrip? :D


    @Encik Tikus:
    Tengku Encik Tikus :)


    @iqbalsyarie:
    Muda lagi kan? Ekekeke ~ InsyaAllah sama-samalah kita mencari kencintaan Allah tu :)


    @fayafaya bintun kamil:
    Salam. Xiexie. InsyaAllah :)

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum..lama tak datang sini..


    zum geburtstag viel gluck mein bruder!!

    ReplyDelete
  14. Bila bace nukilan ni, dpt sesuatu...
    Syukran, Barakallah =)

    ReplyDelete
  15. @miss hav0c:
    Waalaikumussalam. Tak paham dengan bahasa Jerman itu. Eh Jermankah?

    ReplyDelete
  16. setiap kali menjelang hari lahir, ingatlah bahawa semakin hari umur kita semakin bertambah dan itu bermaksud kita semakin pendek umur~


    dan semakin dekat untuk berjumpa dengan Allah. apakah yang akan kita persembahkan kepada-Nya kelak? amalan kita. Moga kita punya cukup amal utk dipersembahkan kepada Dia.


    =) bertambahnya usia bertambah juga kualiti amalan kita~

    sanah helwah~ =)

    ReplyDelete
  17. selamat hari lahir yg ke 25, semoga sentiasa berjaya dunia akhirat.. dan sentiasa dalam rahma-Nya..

    ** hadiahnye sungguh beshhh ;)

    ReplyDelete
  18. Happy Belated Birthday, wish all ur dreams come true..

    Love,
    PojiePooh Abdullah

    ReplyDelete
  19. selamat ulang tahun kelahiran :)

    ReplyDelete
  20. Amin.moga2 saudara sehat sejahtera dan dapat teruskan hidup diatas Muka Allah S.W.T.Amin

    ReplyDelete
  21. semoga setiap kali ulang tahun itu akan mengingatkan kita pada hmpirnya pada kematian juga amal kita...

    hadiah tuh hebat btol tuh..hehe

    take care.

    ReplyDelete
  22. eppY belatEd bday....agak terlMbat sungguH wish...


    moga suksess...

    ReplyDelete
  23. Hari yg penuh muhasabah diri~
    semakin menuju ke daerah kematian.. tetapi diri masih blum tersedia utk bjmpa Sang Khaliq dan kekasihNya~
    Smga terus mencari CintaNya!

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe