Entri Yang Tiada Tajuk Spesifik

November 13, 2010





Assalamualaikum w.b.t

Kita sering mencuba untuk menjadi yang terbaik. Walaupun hakikatnya kita tidaklah sebaik mana. Seringkali didengari "sebaik dan sebanyak mana jasa yang ditaburi, pasti ada yang tak puas hati, iri hati." Ah, lumrah manusia yang tidak pernah padam. Perilaku lahiriah yang susah untuk diubah. Turun temurun.

Janganlah kita mencuba sekiranya tidak berdaya. Risiko itu terlalu besar. Tampak tiada apa-apa, tetapi mampu memberi kesan yang mendalam. Kecewa dan dikecewa. Oh tiada siapa mahu. Perkataan itu sudah cukup menggetar jiwa.

Harapan disandar demi keegoan. Seringkali culas dalam mentafsir kenyataan. Hakikat menyedihkan. Kesedihan tidak tertanggung. Keupayaan tidak mampu diharung. Kekhilafan menggunung. Pencarian terkurung.

Indahnya kehidupan. Hamparan telah terbentang luas. Jalan sudah diberi. Cuma harus teruskan berjalan, berlari untuk ke destinasi. Carilah destinasi itu.

Wassalam.

Hami Asraff: Minta maaf belum sempat nak update yang sesungguhnya update. InsyaAllah i will.


You Might Also Like

16 Comments

  1. sungguh indah nukilan saudara.. tabeek spring!

    ReplyDelete
  2. take ur time dear~

    Mari Berbicara Hati ke Hati,
    Weekend Yang Indah

    ReplyDelete
  3. W'kumsalaam, first time komen di sini. Walaupun da lama duk baca entri HA. Nampak mcm ada something stuck somewhere, panjatkan aduan kepada Dia, insyaAllah tenang dan juga keluarga dan teman taulan. Maaf, jika anggapan tidak mengena tapi hakikat kehidupan begitula, tidak HA maka pd kami (pembaca) atau sesiapa yg berkenaan... Jazakallahu khairan jazak

    ReplyDelete
  4. keep on walking to reach the destination...

    ReplyDelete
  5. culas tu apa?
    maaf aku xfaham sangat bahasa2 tinggi nih
    hehehe

    yups
    manusia tak pernah puas
    itulah hakikatnya

    P/S : Jom Tengok Jenis Jeruk Buah - Buahan..Sedap Owhhh!

    ReplyDelete
  6. salam..hye there..enjoy reading ur blog..good job =)

    ReplyDelete
  7. @hans:

    Assalamualaikum..dah terbaca cek tolong jawab.. culas tu sama maksud dengan malas..heheh..

    boleh tambah vocab...save..tq

    ReplyDelete
  8. kecewa satu rase yg sangat sakit tapi setiap manusia yg berjaya pasti pernah rase erti sebuah kekecewaan dan kegagalan.. manusia yg paling berjaya adalah manusia yg paling banyak kali gagal namun tak pernah putus asa. insyaALLAH, ikhlaskan hati, mudah-mudahan perjalanan kamu dimudahkan.. may ALLAH bless u HA..

    ReplyDelete
  9. Salam ziarah bro. Sangat best blog dan entry2 kamu :)

    Post-post menarik.
    Allah wujud ke?
    Allah Sangat Baik. Setuju?

    ReplyDelete
  10. salam~
    hidup kita hanyalah punyai 2 pilihan...

    ReplyDelete
  11. moga2 kita ditunjukkan jalan yang lurus
    bukan jalan yang berliku
    insyaallah

    ReplyDelete
  12. salam..
    berblogwalking sebentar..
    btol ape yang dikatekan..
    manusia slalu cube untuk menjadi yang terbaik..
    mungkin sbb mahu orang lain jdik yang terbaik..so lbh baik kite berubah kpd yang terbaik sebelum meminta orang lain berubah kpde yang lbih baik..
    waalahualam~

    ReplyDelete
  13. utamakan kerja yang lain tuh bro... hehe

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe