Terkejut Juga Dengan Blogger Ini Tulis Pasal Diriku

May 06, 2010






Assalamualaikum w.b.t

Okey fine! Aku memang tak boleh tidur. Update di Twitterku yang mengatakan aku sudah hendak tidur itu hanyalah tipuan semata telinga hidung dan mulut sahaja. Ya akulah Mr. Insomnia a.k.a Kelawar Man. Eh bangga pulak menjadi Mr. Insomnia. Err, tak tak! Hakikat yang cuba dibentangkan.

Dah tak boleh tidur ni, apa lagi. Sesi penjelajahan blog dijalankanlah. Sehingga terjumpa sebuah blog sang gadis. Sang gadis yang membuatku tersipu-sipu malu seperti kucin' (without g) garfield. Garfield ialah kucin' okey. Kucin' oren yang besar. Itulah garfield. Eh eh eh, bukan nak cerita pasal kucin' oren garfield yang besar tu. Tapi nak cerita pasal ni.

Teruskan pembacaan.

Entri sang gadis yang membuatkanku terasa seperti di awang-awangan. Juga terasa menggula di dalam hati (pinjam ayat seseorang ni). Kelakar yang bersulamkan ke'blushing'an. Okey memang ku blushing. Blushing tu muka merah kan? Eh pipilah merah. Okey pipiku merah! (setelah dicubit). Ala, macam la hampa nampak merah ke tak.

Apa entri itu? Sehinggakan kamu ter'blushing'?

Hemm, nak link ke nak copy balik ayat dia ek? (pikiaq sat)

Okey aku buat dua-dua. Fair & Lovely!

Ni petikan dari entri Sang Gadis :

Berapa ramai blogger kacak (lelaki lah, ada ke perempuan kacak?) yang bila kamu masuk blog dia, jantung berdetak laju. Rasa nak gugur? Rasa bagai direntap? Iman kelip-kelap? Duhh.

Jangan ingat orang lelaki saja suka cuci mata. Orang perempuan pun sama tau. Cuma kami gadis-gadis pemalu di dunia nyata, akan sangat sedikit teruja dengan blogger-blogger sedap mata memandang ni.

Entri ini akan saya ceritakan blogger kacak yang bikin kecoh rumah saya. Rumah sewa, bukan rumah mak ayah. nak mampos gedik-gedik depan mak ayah.

Rumah saya ada tiga orang blogger amatur. Masih amatur, belum blogger tegar. Apa saja pasal blog, kami kongsikan bertiga. Tiga saja. habis nak buat macam mana yang lain buta internet. Blog pun taktau. Window 7 dengan Office 2007 pun taktau apa beza.

Seorang blogger kacak ni, saya mula tahu blog dia bila seorang housemate saya, Gadis M cerita pasal entri dia berkenaan tempat duduk lelaki perempuan diasingkan dalam bas. Saya teruja. Islamiknya dia. Buka laptop & cari blog dia.

Perghh, header saja sudah mengancam jiwa. Bila baca entri-entri dia, fuh..! penulisannya sama kacak dengan orangnya. Sejak itu blogger lelaki ini jadi fenomena antara kami bertiga. Mungkin juga ribuan follower gadis-gadis blog HA.

(cakap dengan kuat dari bilik sendiri)

Gadis F : weiiiii!!! HA masuk blog akuuu!

Cukup kuat untuk didengar oleh saya dan Gadis M. Lalu kami berdua menerpa ke bilik Gadis F. semata-mata nak tengok apa blogger HA tulis di shoutout box Gadis F.

(sambil menekur kepala)

Gadis M : ergghh, kenapa HA tak masuk blog aku ni……..(suara sayu)

Sejak itu sepertinya Gadis M dan Gadis F bersaing menanti-nanti blogger HA menjejak kasih di blog masing-masing. Seakan sudah menjadi satu hiburan pula mendengar nama HA diomel-omelkan di rumah saya.

Gadis M : waa, HA masuk blog aku!

Gadis F : eleh, dia pun masuk blog kite jugak!

Oppss, kami gatalkah? Terpulang pada tafsiran pembaca. Kami meminati HA disebabkan gaya penulisannya. Santai berdakwah. Tegurannya tak terasa pedas, tapi terkesan di hati. Kacak? Wahh itu bonus.

Akhir semester, saya pula yang menekur kepala,

“wei…kenapa HA tak pernah masuk blog aku pun!”


Hahaha. HA aka Hami Asyraff.



Dan inilah blog Sang Gadis itu --> [link]

Eh rileks rileks! Jangan rasa bersalah. Janganlah anggap daku ingin memalukan kamu pulak. Oh tidak.

First terima kasih. Sebab menjadikan blogku yang hampes ini sebagai gurauan dan percakapan saudari-saudari sekalian. Mengerti dan fahamilah, ku tidak seperti yang kalian bualkan. Tiada apa yang hendak kalian terujakan dengan diriku yang sebatang kara ini. Err, cuba menambah bagi sedap.

Tapi yang ni serius. Daku tulis blog hanya untuk suka-suka sahaja. Tak habis cakap lagi. Pada dulu-dululah. Tapi lama-kelamaan terpanggil untuk mencoretkan sesuatu untuk manfaat bersama. Itu yang ku cuba titikberatkan dalam setiap penghasilan entriku. Tahu ada yang tak beri manfaat pun. Sebab tu ku akan terus mencuba.

Tiada apa pada paras rupa. Mungkin pada pandangan kita, manusia sarwajagat itu antara terpenting. Tapi di sisi Allah Taala, bukan itu ukurannya. Hanya iman dan takwa jugalah penyemai dan menjadi asas segala.

Buat Sang Gadis M dan F, ku friendlylah. Jangan bimbang. Paling aktif di Twitter. Addlah ku di situ. Yang lainku dah tak gemar sangat dah. YM boleh juga nak add kalau sudi.

Ni YMku : hami_asraff@yahoo.com

Akhir kata, nilailah blogku ini dari hasil karyaku. Hasil penaipan ku yang tak seberapa. Ya, rupa paras yang cantik itu anugerah. Yang sebaliknya pun juga anugerah. Bersyukur itu yang menjadi keutamaan. Maka, nilailah blogku ini dari penghasilan tulisanku, bukanlah yang lain ya.

Wassalam.




Post Script 1 : Perjuangan belum selesai. Doakanku ya kalian!

Post Script 2 : Dah lama tak buat entri untuk sesama berfikir mencari kebenaran. Tunggu untuk next entry ya. InsyaAllah :)



Share/Bookmark

You Might Also Like

47 Comments

  1. hahahahahahahaha!!
    memang jadik sebutan laa kan?
    kalo saye pon memang kembang habes laa kan?
    hahaha
    lawak lawak!

    ReplyDelete
  2. haaaaaaaaaa.. sat lg de la bikin kech blog hg nie.. hehehhe

    ReplyDelete
  3. erkk..saya sudah kantoi dgn Hami Asraff..ingatkan kamu takkan jumpa entri ni sebab kamu tak pernah masuk blog saya.. err...*blushing*

    jangan marah jangan terasa..entri usikan nakal dari peminat...

    ReplyDelete
  4. tu la kelebihan orang kacak
    hehe

    ReplyDelete
  5. kalau diberi pilihan kacak atau baik untuk menceritakan tntg seorg lelaki .lebih selesa ceritakan kebaikan.kerana rupa x bawa kemana.dan kebaikan 2 bukan diketahui melalui lelaki 2 sendiri.lebih suke tahu kebaikan lelaki tersebut dgn diceritakan oleh org lain.dan kebaikan dy boleh menaikan iman si gadis, bukan mengusik hati si gadis.maaf.
    (oops..terconteng dan berbual sorg2 disini)..sory2 pergi dulu.

    ReplyDelete
  6. terus terang saye cakap.
    saye jarang masuk blog nie.
    sebab muke tuan blog ade di mana2.
    masuk2 je da nampak da.
    setan da bisik2 kat telinga.
    lebih baik jauh kan diri kan?

    keep on blogging.
    saye suke baca tulisan anda.

    ReplyDelete
  7. salam..

    wahhh..thniah bro, makin ramai peminat, makin hebatlah berblogging pas ni..

    syukur dan pujian buat yg selayaknya pada Tuhan yg menjadikan makhluknya dlm sebaik2 kejadian, Alhamdulillah..

    erm, buat sape2 saja, tuk diri sendiri jugak, jgn dirasa bahawa Tuhan itu tidak adil dalam mencipta, sesungguhnya dalam tiap2 kejadian itu, ada kelebihannya yg tersendiri, ada hikmah yg pasti, cuba rungkai kembali, inshaAllah, anda juga istimewa =)

    .::. sorry, conteng banyak pulak kt sini

    ReplyDelete
  8. hehe...

    ini bukan masok bakol angkat sendiri nie..

    ini memang dah terangkat..!

    ReplyDelete
  9. wah3 HA mantop...
    jd igauan aweks...
    lalala...
    siap tempel gambo sendiri...
    tp sy suka gaya penulisan kamu...
    wat rasa nk bace smpai abes...
    bukan kerana muka
    bukan kerana cermin mata
    kreatif itu je aku mau kata

    =)

    ReplyDelete
  10. hahahhahahaaa menarik.... jadi saya patut berbanggala HA dtg di shoutbox sye...muahahaa... anyway pas neyh mesti blog gadis tue pon bnyk kunjungn...salam

    ha lagi satu memang jarang jumpa blogger laki yg hensem.. huhu

    ReplyDelete
  11. tak kacak poooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooon

    jeles ;(


    hehe

    ReplyDelete
  12. entry berkualiti, mesti jadi sebutan... muka ensem tu kira bonus la.. tnx to HA cuz pernah menerjah blog ku yg tak berisi tu.. :)

    ReplyDelete
  13. Ok, pasni jangan tanya nape gambar HA pula hilang.. hehehehe...

    ReplyDelete
  14. ramai peminat tuh hami ehehehe =)

    ReplyDelete
  15. ohohoohohoh.. lucu jugak... btw siyes penulisan kamo santai... xmustahil ramai yg tergila2kan sbb anugerah yg Allah berikan.. SYUKUR.. jgn pas nie heboh plak jd rebutan.. kikikiki

    ReplyDelete
  16. Congrats (betul ke guna word nih?) bro..huhu, xjeles2~

    ReplyDelete
  17. giler la~~jadi bualan para penduduk rumah sewe~~
    nanti aku nak jual blog ni kat rumah tumpangan plak~~
    tunggulah entri dari mereka~~

    ReplyDelete
  18. salam,

    hami n semua pengunjung blog ni, jom join contest mudah di blog sy,,,

    ReplyDelete
  19. fuiyooo...

    HA fames!fames! hawhawhaw...

    ReplyDelete
  20. eeeeeeii..tolong laaa,,perghh..mmg aku da agak bnda ni akan jd..

    ReplyDelete
  21. kah2...rupa paras adalah kurniaan
    Allah kpd kita supaya x mempersia2knnya..so,ht2 la bla menggunakannya..huhu~~

    ReplyDelete
  22. bce entry tu :)

    ReplyDelete
  23. sapelah agak2 budak F dengan budak Mtu...musykil2...

    ReplyDelete
  24. amboih.. seronotnya. blog aidi xde sape nak jengah pon. :(

    ReplyDelete
  25. hehehehe, cumel gila la saudari2 tersebut! ;p

    ReplyDelete
  26. kuang2x..tahniah bro!!naluri manusia sukakan yg cntik...huk2..aku pon mcm 2...aku rs x yah ko letak gambo2 ko yg hensem tuhhhh..nati terancam...kah2..
    hati d jln ry ingt la org tersygggg..bla bla bla....

    ReplyDelete
  27. Teringat entri ko pasal gambar dlm blog bg effect kan. Hehehe.

    ReplyDelete
  28. salam singgah...

    x sangka HA jpe blog peminat dia...hik3..

    ReplyDelete
  29. Lelaki diorang punya stail laen sket...tapi memang lorh...Asal jumpa blog ensem @ cantik mesti kecoh....tapi apa yang aku x pernah reti sampai skang...Camne nak buat gaya penulisan yang menarik...Kawan aku buat entri pasal bilik dia bersepah jer tp gaya dia tulis sangat voke....

    ReplyDelete
  30. hahaha..glamer bang teh..
    bila nk mkn2 kat DC lg,huu sedih2..
    nti mai kg.hlmn, roger la..p aneka beli baju raya ka~

    ReplyDelete
  31. hahahahahahahaha

    ReplyDelete
  32. saya berumur jauh sgt dari HA. Pada pandangan saya wajah HA menyejukkan ..itu yg menjadi bualan sang gadis..teruskan dengan coretan bernas HA

    ReplyDelete
  33. salam...baru first time singgah kat sini...dapat link awak dari shout box saya tadi...terasa la pulak bangga awak singgah blog saya lepas baca entry ni..hehehehehehe....

    ReplyDelete
  34. u all girl2 I jealous tau..I sekacak brad pitt ..tak caya tgok profile ha,ha

    ReplyDelete
  35. u all girl2 I jealous tau..I sekacak brad pitt ..tak caya tgok profile ha,ha

    ReplyDelete
  36. walaweh.... terbangge lak HA masuk blog ku... hahaha... thanks HA... ~terbangge sbb orng ramai peminat jenguk kite~ LOL... XD

    ReplyDelete
  37. salam...

    mmg mcmtu lah lumrah gadis2 blogger rsanyer, sbb kdng2 kami menilai brdasarkan rupa paras..bila terjumpa yg 'sedap dipndang mata' dan hasil penulisannyer plak sejuk hati mmbaca,mksudnyer kmu mmg istimewa la tu.. ;)

    ReplyDelete
  38. I like this site^-^

    ReplyDelete
  39. wahhhh2x. bertuahnye jadi blogger terhangat.. *tahniah.(:

    ReplyDelete
  40. kelakar jugak bila baca komen anak remaja dewasa ni..Tapi memang begitulah fitrah, suka sebab rupa paras, tulisan dan perawakan seseorang memang boleh jadi sebutan ketika di alam muda ni. Tidak salah tapi perlu ada batas2nya. Sebenarnya saya pun ke blog hami sebab adik saya asik cakap dia suka blog hami asraf sebab banyak entry bagus. Saya ni kadang2 suspicious jugakla..betul ka adik aku ni tengok blog bagus bagus. Jadi siasat2 la jugak. Alhamdulillah ada pengisian2 yang bermakna.

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe